Isnin, 4 Februari 2013

APA MOTIF TIAN CHUA FITNAH PEMIMPIN PAS

Terkenal dengan seorang pemimpin yang suka menyebarkan berita palsu seperti gambar Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia sebelum ini, yang akhirnya mengaku senjaga mencipta gambar tersebut dan kali ini sekali lagi Ahli Parlimen Batu, dari PKR, Tian Chua cuba menyebarkan berita palsu kononnya Ahli Parlimen PAS, Datuk Taib Azamudin telah kembali ke rahmatullah. Tak pasti dengan sengaja atau tidak dan apa motifnya, Tian Chua dalam twitternya menyebarkan berita ahli Parlimen Baling itu yang yang sedang dalam rawatan di sebuah hospital di Pulau Pinang. Ustaz Taib Azamuddin adalah antara Ahli Parlimen Pas yang cukup lantang menentang penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja, tentangan taib azamuddin bukan setakat di atas pentas ceramah, malah dia juga lantang menentang perkara itu di dalam dewan parlimen... Apa motif berita itu di sebarkan, hanya tian chua sahaja yang tahu dan ahli pas patut meminta tian chua meminta maaf atas penyebaran berita palsu itu. Bagaimanapun sehingga hari ini,kalangan pemimpin PAS masih mendiam diri mengenai berita palsu yang disebarkan oleh Tian Chua melalui twitternya.Sumber; DARUL EHSAN TODAY.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan