Ahad, 3 Februari 2013

NEGARA HURU HARA PEMBANGKANG SIAP SEDIA

EDAH PRU13 semakin hampir dan makin kelihatan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sedang menjuarai isu,mendekati rakyat malah seluruh pimpinan BN mula bergabung tenaga memberikan tekanan kepada pembangkang,menangani isu,persepsi serta fitnah yang bertahun-tahun dilemparkan oleh pembangkang. Saat pembangkang terkial-kial menepis isu kalimah Allah yang mereka sedang persendakan,dendam Nik Aziz hingga membawa kepada pemecatan Nasharudin sebagai ahli Majlis Syura,kebangkitan rakyat seluruh Negara yang mula menyedari tipu helah pembangkang serta kegilaan DAP yang masuk campur dalam segala urusan parti yang bergabung dengan mereka,UMNO terus memacu serta memperkasakan komitmen membela rakya,agama,bangsa dan negara. Namun dalam masa yang sama,BN jangan sesekali terlepas pandang dengan gerakan senyap daripada pembangkang apatah lagi memperkecilkan segala usaha mereka untuk menumbangkan BN kerana PRU13 sahajalah peluang yang ada kepada pakatan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan sedia ada kerana mereka sedar mereka tidak akan berpeluang lagi selepas ini. Sesekali BN harus berpaling ke belakang kerana pembangkang mempunyai strategi fitnah politik yang berseni dan tersendiri malah dengan bantuan daripada seluruh pengkhianat agama,bangsa dan Negara.kita yakin pembangkang sedang menyusun strategi untuk membantut segala usaha penerangan UMNO kepada rakyat yang selama ini terpedaya dengan tipu helah mereka. Kelicikan Anwar dan kuncu-kuncunya termasuklah Nik Aziz,Hadi Awang,Karpl Singh.Lim Guang Eng serta Lim Kit Siang harus dijadikan keutamaan oleh pimpinan BN kerana mereka ini terbukti pakar dalam membina kilang-kilang fitnah serta menggerakkannya untuk terus mengelirukan rakyat dan kita percaya semakin hampir dengan PRU13,mereka akan semakin menggila menabur racun dan fitnah di kalangan rakyat jelata. Anwar sedar bahawa partinya tidak mungkin menang dan beliau dia tidak akan menjadi PM melalui mana-mana PRU sekalipun dan beliau cuma berharap PRU13 sahaja yang akan menentukan untung nasibnya dalam kitaran politik tanahair. Anwar yang di`remote’ oleh tangan-tangan ghaib harus mencuba dengan segala daya dengan melancarkan serangan secara konsisten bagi menghakis keyakinan rakyat terhadap agensi-agensi kerajaan seperti PDRM, Institusi Kehakiman, SPRM, Angkatan Tentera Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Negeri termasuklah SPR adalah bertujuan untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap sistem dinegara ini. Serangan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia pasti akan ditingkatkan kononnnya mahu rakyat menuduh SPR tidak menjalankan sistem pilihanraya yang adil dan saksama dan kita percaya pembangkang sedang menyusun strategi bagi menjadikan PRU13 kali ini adalh satu pilihnaraya paling buruk dalam sejarah tanahair dan berkemungkinan besar rakyat yang buta mata hati mereka akan diheret ke jalanraya bagi membantah kekalahan mereka nanti. Kita lihat bagaimana kumpulan pengkhianat Negara ini bergerak mencari sokongan,tidak cukup dengan agensi kerajaan,mereka turut menyerang GLC,GOC dan syarikat gergasi dimiliki kerajaan lain seperti Petronas, Felda, Khazanah Holding malah badan seperti PTPTN serta AES juga di cabuli kononnya kerajaan menzalimi rakyat dan mengaut untung daripada mereka. Anwar tahu, jika mengharapkan pilihan rakyat, semestinya rakyat telah mula sedar pembohongan beliau terhadap seluruh bangsa dalam Negara ini termasuklah Cina, India,Melayu dan seluruh bangsa di Sabah serta Sarawak pun telah sedar bahawa Anwar adalah `sesumpah’ politik yang sentiasa berubah mengikut keadaan sepertimana di depan Cina, Anwar berjanji dengan pelbagai kemewahan seperti peluang perniagaan dan kesamarataan dalam semua bidang,, di depan India, Anwar berjanji menaikkan taraf hidup kaum itu malah didepan Melayu pula, beliaulahdilihat pejuang agama,bangsa dan negara terulung. Dalam masa edah PRU13 ini,kita yakin dan percaya isu seperti Altantunya, Scorpene, NFC, RCI dan beberapa isu terdahulu akan di rebus serta di perhangatkan semula untuk tujuan mencalarkan imej PM dan keluarganya.Pimpinan BN harus bersedia untuk menangkis serangan berbau fitnah ini. Inilah yang disebutkan sebelum ini strategi Blitzkrieg yang mereka gunakan iaitu mengumpul sebanyak mana isu dan fitnah dan mereka akan gunakan apabila tiba masa yang sesuai dan Anwar serta pasukannnya mempunyai kepakaran menyusun bagi melaksanakan gerakan rekayasa fitnah terhadap BN dan juga PM Najib. Beberapa siri demonstrasi dan pehimpunan jalanan adalah antara strategi menghasut rakyat untuk bangkit menentang kerajaan dan Revolusi Warna yang disebutkan sebelum ini serta perhimpunan yangg menggunakan lambang tertentu yang di pelopori barat telah manjadi acuan pembangkang untuk menunjukkan kepada dunia bahawa sistem negara ini perlu di ubah. Anwar dan pemikirnya dari luar negara melalui NGO tertentu yg memiliki dana tanpa had menyusup masuk ke dalam negara melalui gerakan mahasiswa dan badan bukan kerajaan yang kononnya berjuang atas dasar kebebasan sedangkan mereka ini adalah alat kepada kuasa lain yang terancang untuk mengubah rejim di sesebuah negara. BN tidak boleh memberi muka serta memandang ringan terhadap orang seperti Anwar ini yang merupakan politikus yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat peribadi dan yakin serta percayalah, anwar akan membuat sesuatu diluar kotak pemikiran kita termasuklah menangis ataupun bersumpah bahawa beliau bukan peliwat ataupun penzina Tidak mustahil peristiwa kematian Benazir Bhuto akan menjadi `grand design' kepada anwar untuk menagih undi simpati daripada rakyat dan jangan terkejut sekiranya Anwar akan menjadikan peristiwa Wan Azizah ditembak sebagai kaedah terakhir mendapatkan sokongan dan mengajak rakyat bangkit. Moga rakyat menjadikan PRU13 sebagai kesempatan terakahir menolak kegilaan politik pembangkang dan juga medan mempertahankan Negara ini daripada terus di peralatkan oleh kuasa asing.- SANGGAH TOK JANGGUT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan