Isnin, 4 Februari 2013

UGUTAN PUAK PENENTANG LYNAS TIDAK BOLEH DIPANDANG RINGAN

Ugutan kumpulan aktivis alam sekitar Himpunan Hijau untuk membakar loji nadir bumi Lynas Corps jika kerajaan baru yang dipilih gagal untuk menutupnya selepas Pilihan Raya 2013,tidak harus di pandang ringan. Sikap ganas yang ditunjukkan itu adalah satu yang keterlaluan dan melampaui batasan dan tata susila rakyat negara ini dan pihak berkuasa tidak haru melihatnya sebagai ugutan poltik sebaliknya sebagai satu ugutan jenayah. Pengerusinya Wong Tack harus bertanggjawab dengan ugutan tersebut dan jangan melempar batu sembunyi tangan dan mendapat perlindungan politik dari parti parti yang mendalangi aktiviti mereka selama ini.
Wong memberitahu The Malaysian Insider kumpulan anti-Lynas akan membakar loji pemprosesan tersebut dengan rasa “marah dan kecewa” jika kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) masih kekal berkuasa. Beliau berkata amaran tersebut juga terpakai jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya memperoleh kuasa tetapi gagal untuk memenuhi janji mereka untuk menutup loji Lynas tersebut. “Jika Pakatan ditampuk kuasa dan masih enggan untuk menutup kilang, mereka (rakyat) akan menjadi lebih kecewa dan marah ... Pegangan kami adalah kami akan merancang satu lagi pemberontakan, menjatuhkan Pakatan Rakyat dan membakar kilang,” katanya. Beliau menyatakan Himpunan Hijau kini memberi sokongan kepada pembangkang kerana janji mereka untuk menutup operasi Lynas dan perlombongan emas Bukit Koman yang melibatkan penggunaan sianida. Tindakan keterlaluan kumpulan yang menentang projek loji nadir bumi Lynas ini tidak lagi harus di lihat sebagai agenda politik walaupun yang mendokong perjuangan mereka adalah kalangan pemimpin dan parti politik pembangkang. Malahan kalangan pemimpin parti politik juga harus dipertanggjawabkan sekiranya wujudnya tanda tanda yang boleh mencetuskan keadaan tegang dan menudaratkan rakyat dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan