Sabtu, 12 Mac 2016

JANGAN JADI KETAM DALAM BAKUL- KU ADNAN

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan pemimpin dan anggota parti supaya tidak bersikap seperti 'ketam dalam bakul'. Beliau berkata pemimpin atau anggota UMNO bersikap seumpama itu, yang sanggup berbuat apa sahaja boleh merosakkan parti berkenaan. "Dalam UMNO, kita hanya akan berjaya jika bersatu. Justeru, kenapa nak runtuhkan institusi yang ada. "Jangan kita berperangai macam 'ketam dalam bakul," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat serentak UMNO Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Shah Alam di sini, malam tadi. Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari dan kepimpinan sayap-sayap UMNO bahagian itu. Tengku Adnan berkata anggota di setiap peringkat sehingga ke akar umbi perlu mengekalkan perpaduan dan mempertahankan parti bagi memastikan UMNO terus kukuh. "Kita (anggota dan pemimpin UMNO) harus setia dengan pemimpin sedia ada. Kita ada sistem pemilihan dan Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) memang dipilih menerusi sistem yang ada," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan