Ahad, 16 November 2014
BR1M adalah aku janji BN-Ahmad Maslan
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebenarnya adalah aku janji Barisan Nasional (BN) dalam manifesto pilihan raya untuk dilaksanakan bermula tahun 2014 sehingga 2018, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Sehubungan itu, katanya, aku janji itu tidak boleh ditarik balik dan perlu diteruskan.
"...dan kita juga berjanji bukan hanya untuk meneruskan bayaran BR1M ini selama lima tahun tetapi meningkatkan bayarannya dari setahun ke setahun, sehinggalah RM1,200 pada tahun yang kelima. Sekarang ini sampai ke RM950 untuk tahun 2015," jelas beliau.
Ahmad, yang juga Ketua Penerangan Umno, ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia dan taklimat CBP untuk kakitangan TM di sini, Ahad.
Katanya semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, kaedah beliau untuk menggerakkan sektor ekonomi ialah dengan memberi rangsangan projek kepada kontraktor kelas F pada ketika itu.
Beliau berkata kaedah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjana ekonomi pula ialah dengan memberi bantuan kepada rakyat dan rantaian ekonomi yang memberi kesan berganda.
"Jadi, BR1M bukan rasuah seperti dakwaan sesetengah pihak. Kalau rasuah kita hanya beri sekali sebelum pilihan raya.....yang ini kita beri setiap tahun," katanya.
BN perlu disegar dan cergas bagi menghadapi PRU 14- PM Najib
Prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-12 dan 13 memerlukan semua parti komponennya untuk menyegarkan dan mencergaskan semula gabungan itu dalam menghadapi cabaran di masa depan, menjelang pilihan raya umum akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau memberi amaran anggota BN perlu menjangkakan cabaran lebih berat yang bakal dihadapi.
"Prasyarat pertama bagi kelangsungan politik kita adalah untuk merapatkan barisan, memperkukuhkan parti, mengelak perpecahan dalam politik dan terus melangkah untuk semua rakyat Malaysia," kata beliau ketika merasmikan Perhimpunan Agung ke-25 Parti Liberal Demokratik di sini Ahad.
Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata sebaik sahaja parti komponen telah memperkukuhkan keupayaan masing-masing, setiap parti mewakili komuniti tertentu di Malaysia perlu mengenal pasti apa yang diharapkan daripada parti itu oleh komuniti terbabit.
Beliau meminta parti komponen BN untuk berhubung dengan rakyat bagi meyakinkan mereka bahawa BN masih kerajaan terbaik untuk memimpin Malaysia.
Perdana menteri turut meminta parti komponen BN supaya sentiasa cekal dalam menangani tipu daya pembangkang dalam media sosial.
Beliau berkata parti perlu berusaha sedaya upaya untuk menangani isu yang menyerang usaha dan dasar kerajaan.
"BN seringkali dimanipulasi menerusi media sosial, dengan begitu banyak kenyataan separuh benar.
"Dalam pilihan raya lepas, pengundi diperdayakan oleh pembangkang kononnya BN membawa masuk secara senyap 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi.
"Ini (membawa masuk secara senyap 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi) terang-terangan merupakan pembohongan dan saya tidak percaya begitu ramai orang tertipu dengannya," katanya.
Najib mengingatkan rakyat agar tidak mempercayai apa sahaja perkara dalam media sosial, yang dijadikan alat oleh pembangkang untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka (pembangkang) lebih baik daripada BN.
Beliau berkata rakyat perlu melihat akibat buruk daripada sikap membenci BN, seperti yang pembangkang mahu mereka lakukan.
Katanya parti juga perlu menambat hati rakyat dengan keupayaannya sebagai sebuah kerajaan, bukannya menyemai kebencian dalam kalangan mereka.
"Malaysia antara ekonomi terbaik dalam Asean sejak sembilan bulan lepas dan baru-baru ini, pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik memberitahu saya mereka berpendapat Malaysia sebuah negara yang semakin berkembang maju, dan ini merupakan penghargaan kepada BN," kata perdana menteri.
Pegawai SPRM akan dtempatkan di Cameron Highland
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menempatkan pegawainya di Cameron Highlands bagi meningkatkan pengawasan dan pemantauan agar jenayah rasuah di kawasan itu dapat ditangani secara holistik, kata timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
Katanya langkah itu dibuat susulan pemeriksaan pihaknya yang dijalankan sejak Mei tahun lepas mendapati tidak ada pusat yang khusus dan sistematik untuk orang ramai membuat aduan dengan berkesan berhubung aktiviti pembukaan kawasan pertanian secara haram dan mengenai elemen rasuah.
Mohd Shukri berkata sementara menunggu penempatan pegawai secara tetap di kawasan berkenaan diluluskan kerajaan, SPRM akan meletakkan pegawainya di kawasan itu secara sementara secepat mungkin.
"SPRM telah memutuskan untuk menempatkan pegawai SPRM di Cameron Highlands bagi meningkatkan pemantauan secara dekat.
"Mereka yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada SPRM dan memberi sokongan padu bagi menangani isu serius di kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.
Beliau berkata walaupun SPRM menerima aduan dan maklumat dari semasa ke semasa, SPRM menghadapi masalah kekurangan bukti yang kukuh.
"Disebabkan kekurangan bukti walaupun menerima maklumat daripada orang ramai, SPRM menerusi Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan telah menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti punca-punca yang membawa kepada isu di Cameron Highlands.
Pada 5 Nov lepas, kejadian banjir lumpur berlaku di Ringlet dan Lembah Bertam, Cameron Highlands yang dipercayai turut disumbang oleh faktor penerokaan tanah haram di kawasan itu sehingga meragut lima nyawa manakala lima lagi cedera.
Mohd Shukri berkata SPRM telah, sedang dan akan terus menjalankan satu daripada fungsi utamanya iaitu menyiasat setiap kes rasuah.
"SPRM pernah membawa kes rasuah di Cameron Highlands ke mahkamah, di mana pada tahun 2013, SPRM telah mendakwa peneroka haram yang cuba memberi sogokan kepada pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands," katanya.
Katanya SPRM menyambut baik kenyataan Kerajaan Negeri Pahang bahawa pihaknya akan melaksanakan syor-syor dikemukakan SPRM sebelum ini bagi menangani isu Cameron Highlands dengan beberapa syor tersebut telah pun diambil kira Kerajaan Negeri Pahang untuk dilaksanakan.
"Pada masa yang sama, SPRM juga menyambut baik langkah penyelesaian yang diputuskan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara dan Kabinet. Pendirian Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan ini menunjukkan bahawa isu Cameron Highlands memerlukan pendekatan holistik dan kerjasama padu semua pihak, bukan hanya di pihak SPRM semata-mata.
"SPRM, selaku agensi pencegahan rasuah, akan meneruskan siasatan susulan aduan dan maklumat yang diterima dari semasa ke semasa," katanya.
Mohd Shukri berkata SPRM juga akan terus meningkatkan pendekatan pengesanan jenayah rasuah dengan kerjasama agensi-agensi lain di Cameron Highlands.
SPRM sebelum ini mengemukakan cadangan bagi mengekang jenayah rasuah di sebalik penerokaan haram di Cameron Highlands antaranya penubuhan pasukan petugas dan mewujudkan dasar kawalan kemasukan dan pengesanan pekerja asing.
Selain itu, Sistem Pengesahan bagi menghindari dakwaan yang melibatkan anggota kerabat, ahli politik dan pegawai tinggi kerajaan dengan mana-mana pihak yang mendakwa mempunyai hubungan dalam apa-apa urusan bagi menjaga nama baik pihak berkenaan, juga disarankan untuk diwujudkan.
Sabtu, 15 November 2014
Shahril Pengerusi Institut Penyelidikan dan Pemikir Umno Johor
Ketua Umno Bahagian Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilantik sebagai pengerusi institut penyelidikan dan pemikir yang ditubuhkan Umno Johor.
Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengumumkan perkara itu berkata, institut itu diyakini dapat memberi manfaat kepada orang Melayu supaya tidak terus ketinggalan berbanding kaum lain di negara ini.
"Penubuhan institut yang diumumkan pada Konvensyen Umno Johor ini akan melakukan penyelidikan terhadap isu-isu sedia ada. Hasil daripada itu, ia akan dibawa ke 26 bahagian Umno di negeri ini bagi mendapatkan input atau cadangan dan kemudian dirumus untuk dikemukakan kepada parti serta kerajaan," katanya.
Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata demikian kepada pemberita pada penutupan Konvensyen Umno Johor, di sini, Sabtu.
Beliau berkata, antara isu yang akan diberi penekanan oleh institut berkenaan termasuk mengupayakan orang Melayu supaya lebih berkebolehan dalam pelbagai bidang terutamanya sektor ekonomi.
Sementara itu, Shahrir berkata, pihaknya akan berusaha untuk mengkaji dasar-dasar awam, menguatkan kedudukan ekonomi, pendidikan, peranan orang Melayu dan Umno ke arah lebih hadapan.-Bernama
Semua pihak harus menghormati Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan-JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahu semua pihak menghormati Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, kegagalan mematuhi peruntukan berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat apabila sesuatu keputusan mahkamah dibuat.
"Peruntukan mengenai perkara ini sudah jelas.... sudah ada dan mahkamah lain tidak boleh membincang atau membicarakan hal berkaitan hukum syarak. Namun, oleh kerana ia sudah dimohon, kita tunggulah rayuan dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).
"Seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kata sebelum ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dari negeri lain akan mencelah dalam prosiding rayuan itu nanti," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ihtifal Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Rayuan, Jumaat lalu yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi Perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan. - Bernama
Rumah terbuka Pemuda UMNO dijadikan acara tahunan
Acara Rumah Terbuka Pemuda UMNO yang julung kali diadakan hari ini di Dewan Tun Razak, PWTC bakal dijadikan acara tahunan setiap kali menjelangnya perhimpunan Agung UMNO, demikian kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin.
Menurut beliau, program ini dilihat dapat menjadi medan untuk mendekati anak muda serta memperjelaskan dasar kerajaan yang dapat membantu golongan muda.
“Program rumah terbuka Pemuda UMNO ini sempena dengan perhimpunan Agung UMNO dan kita harap ia dapat dijadikan amalan tahunan untuk menarik golongan muda serta menjadikan program ini lebih menepati kehendak dan inspirasi anak muda di negara ini.
“Bagi saya ini merupakan satu permulaan yang baik dan insya-Allah pada tahun-tahun yang akan datang, kita akan cuba menjadikan program rumah terbuka Pemuda UMNO ini lebih menarik dan dapat menarik anak muda khususnya bukan di kalangan ahli UMNO untuk turut serta,” jelas beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Tambah beliau lagi, sesi dialog yang dipanggil ‘town hall meeting’ akan ditambah baik lagi agar segala isu-isu yang diperbahaskan itu lebih fokus dan lebih menepati realiti dan keadaan sebenar permasalahan yang dihadapi oleh anak muda di negara ini.
“Insya-Allah pada masa yang akan datang, saya berharap agar program rumah terbuka Pemuda UMNO ini akan dapat menarik anak-anak muda yang bukan di kalangan ahli UMNO agar kita dapat memberikan input serta penjelasan berhubung isu-isu semasa dan juga dasar-dasar kerajaan yang boleh membantu mereka, sebagai contoh isu perumahan dan sebagainya.
“Dalam usaha ke arah itu maka program ini turut menyediakan beberapa gerai bagi agensi kerajaan seperti SPNB, PR1MA dan sebagainya di mana anak-anak muda boleh mendapat maklumat dan informasi secara terus daripada agensi-agensi terbabit,” jelasnya.-MediaUMNO
PasMa janji tak akan ganggu PAS
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menegaskan pihaknya tidak akan terlibat dalam sebarang urusan parti PAS, termasuk pemilihan jawatan tertingginya, walaupun ahlinya juga merupakan ahli PAS.
Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, bagi meredakan salah faham mengenainya, PasMa akan menemui kepimpinan PAS, diketuai naib presiden Salahudin Ayub minggu depan, sebagaimana diputuskan semasa 'retreat' PAS baru-baru ini.
"Kami tidak akan campur urusan PAS. Masalah kepimpinan dalam Pakatan Rakyat (PR) akan ditentukan sendiri oleh mereka," kata Phahrolrazi pada satu sidang media selepas selesai mesyuarat pertama PasMa malam tadi di Petaling Jaya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan wartawan sama ada PasMa akan terlibat dalam pemilihan PAS yang bakal diadakan pertengahan tahun depan ekoran pendekatannya yang mahu PAS rapat dengan PR.
Phahrolrazi berkata cadangan pertemuan PAS dengan pemimpin PasMa membayangkan pengiktirafan parti Islam itu terhadap mereka dan mengubah kenyataan Majlis Syura Ulama sebelum ini yang meminta ahli PAS menjauhkan diri dari program PasMa.
Hampir 100 orang pemimpin PasMa dari semua negeri di Semenanjung Malaysia menyertai mesyuarat pertama itu selepas ia ditubuhkan 10 Ogos lalu.
PasMa, kata Phahrolrazi, akan kekal sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana parti.
"Kami adalah gerakan rakyat yang menyokong PR," katanya.
PasMa juga mengambil keputusan tidak akan campur tangan dalam isu teguran pimpinan PR terhadap presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa tidak menyertai mesyuarat kepimpinan gabungan pembangkang itu, katanya.
Mengenai tindakan sesetengah kumpulan pro-ulama dalam PAS yang sentiasa mempertikaikan PasMa, Phahrolrazi berkata, ia kerana kurangnya fahaman mereka tentang PasMa.
"Ia hasil salah faham mereka tentang kami," katanya ekoran serangan bertalu-talu kumpulan itu terhadap PasMa.
Terbaru, semua pemimpin PasMa dan pemimpin PAS yang menyokong NGO itu dilabelkan 'jebon,' iaitu istilah yang digunakan bagi menampakkan imej 'perosak' terhadapnya.
Sebelum ini, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menasihatkan semua ahli PAS agar jangan terlibat dengan sebarang aktiviti PasMa.
Dalam mesyuarat rasmi PasMa malam tadi, semua pengerusi PasMa negeri menerima watikah pelantikan dari Phahrolrazi.
Mereka ialah Mohamad Husin (Kelantan), Mohd Taib Ahmad (Kedah), Abdul Aziz Abas (Terengganu), Tengku Puji Tengku Abdul Hamid (Pahang), Mohd Iqbal Sharif (Perlis), Zulkifli Mat Lazim (Pulau Pinang), Mohd Hisomudin Bakar (Perak), Mohd Nazir Zakaria (Wilayah Persekutuan), Mohd Faizal (Selangor), Mohd Fuad Othman (Negeri Sembilan) dan Sheikh Omar (Johor).
Ketika menggulung ucapan pada majlis yang penuh dengan saranan dan cadangan itu, Phahrolrazi menegaskan PasMa kini selesai fasa taarufnya dan dikenali ramai kerana kritikan.
Oleh itu, beliau meminta para pemimpin PasMa tidak takut dengan kritikan kerana melalui kritikan, jawapan boleh diberikan.
Beliau juga bersetuju dengan pandangan pemimpin PAS Datuk Husam Musa yang PAS umpama 'pasaraya' sementara PasMa merupakan 'pasar malam'.
"Kena ingat, pasar malam ini berada berselerak di mana-mana di negara ini," kata beliau merujuk kepada sokongan kepada NGO itu yang sudah wujud di setiap negeri di Semenanjung.Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menegaskan pihaknya tidak akan terlibat dalam sebarang urusan parti PAS, termasuk pemilihan jawatan tertingginya, walaupun ahlinya juga merupakan ahli PAS.

"Kena ingat, pasar malam ini berada berselerak di mana-mana di negara ini," kata beliau merujuk kepada sokongan kepada NGO itu yang sudah wujud di setiap negeri di Semenanjung.Sumber: Malaysiainsider
Langgan:
Ulasan (Atom)