Rabu, 16 Januari 2013
Patrick Teoh: LU JANGAN MAIN API ...
Patrick Teoh Hina Islam & Al-Quran : Tidak kisah samada dia artis Malaysia atau tidak, hukuman tidak membezakan antara status yang ada padanya. Yang bertambah hairan bagi kami, bagaimana seorang yang sudah menginjak lebih separuh abad tinggal di Malaysia tergamak untuk mengeluarkan perkataan makian seperti di dalam laporan berita ini. Mengapa?
Sudah lebih dari 55 tahun kita orang islam dan bukan Islam duduk bersama tetapi kenapa mengapa masih ramai lagi orang bukan Islam belum memahami kehendak orang islam di Malaysia? Sukarkah? Benda mudah sahaja yang diminta. Minta hormat agama orang lain sahaja. Begitu orang islam perlu hormat agama Islam. Sepertimana yang tercacat dalam :
“Janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah selain Allah,karena mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.Demikianlah Kami memperelokkan pada (pada pandangan) tiap-tiap ummat akan amal perbuatan mereka,kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka,lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”
(Q.S.al-Anan’am:108)
Andaikata tidak bersetuju sekalipun, dengan peraturan & garis panduan yang dikenakan Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2013 kali ini, mengapa tergamak mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa? Belajar menghormati agam orang islam, Insyaallah orang lain menghormati agama kamu. Kami tidak rasa semua bukan Islam tergamak melakukan kenyataan sebegitu rupa. Ini kerana daripada ramai-ramai orang bukan Islam di Kedah amnya dan di Malaysia umumnya, hanya beliau seorang sahaja yang tergamak mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa melibatkan isu kali ini.
Kenyataan Hina Islam Ditarik Balik?
Adakah begitu mudah?Sampai bilakah insiden seperti ini akan terus berlaku. But perbuatan yang mengguris hati orang Islam, kemudian terus meminta maaf. Apa jaminannya insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi?
P/S : Adaalanya kami tertanya-tanya timbul persoalan di mana jikalau selama ini, ada insiden yang membabitkan insiden hina Sultan sepantas kilat akan ada demonstrasi, tindakan pantas pihak berkuasa dan macam-macam lagi. Itu Sultan. Sekarang ini ada kalangan rakyat Malaysia kita yang menghina agama lain, agama Islam. Apa tindakan pihak berkuasa?
Petikan:
Selasa, 15 Januari 2013
Bila DAP setuju dengan Majlis Syura PAS...
Alhamdulilah isu pengunaan kalimah Allah yang menimbulkan kekeliruan umat Islam hampir sebulan lalu sudah pun selesai dan dengan rahmat Allah isu yang menjadi polimik dan percanggahan pendapat di kalangan umat Islam sudah menemui jawapan.
Muhyidul Am PAS, Nik Nik Nik mAt dan Presiden parti itu Haji HAdi yang mempertahankan tindakan Setiausaha Agung DAP, Guan Eng akhirnya bersetuju dengan keputusan Majlis Syura.
Ini sekaligus membuktikan dua pemimpin itu mula meletakkan kepentingan agama mengatasi matlamat politik walaupun sebelum ini timbul percanggahan dan kekeliruan antara pengikut taksub PAS dan umat Islam lain.
Persetujuan mereka yang akur dengan keputusan Majlis Syura itu juga diikuti oleh pemimpin lain seperti Haji Mohd Sabu dan tentunya semua tanpa mengira fahaman politik akan kembali tenang dan terima perkembangan tersebut.
Bagaimanapun dalam ketenangan menerima keputusan tersebut sekali lagi isu ni menimbulkan gejutan apabila DAP Perak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura itu.
Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, isu berkenaan kalimah ALLAH tidak harus diperbesarkan sebaliknya perlu dibuat perbincangan bagi menyelesaikannya.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Majlis Syura Ulama Pas bahawa kalimah ALLAH adalah universal dan siapa pun boleh menyebutnya.
Kenyataan yang mendahului Guan Eng yang membuat desakan sebelum ini masih boleh menimbulkan pertikaian sejauhmana kejujuran atau ada yang tersirat dari tersirat.
APapun semua pihak harus berhati hati melihat dengan teliti apa yang sedang dimainkan DAP ini yang begitu mudah menyokong dasar yang bercanggah dengan apa diperjuangkan mereka sebelum ini..Kita tunggu dan lihat...
Isnin, 14 Januari 2013
Isu kalimah Allah: Kenyataan SU Majlis Syura PAS keliru
Sepatutnya Setiausaha Majlis Syura PAS, Datuk Zawawi Nik Salleh merungkai kekeliruan mengenai isu pengunaan kalimah Allah dengan menegaskan PERKARA ITU DAH SELESAI dan tidak perlu dipanjangkan lagi.
Sebaliknya dakwaan Zawawi bahawa yang diputuskan Majlis Syura malam tadi selaras dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Musyidul Am Pas, Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh menimbulkan kekeliruan.
UMat Islam masih ingat bagaimana Nik Aziz yang begitu lantang menyokong gesaan Setiausaha Agung DAP yang mahukan pengunaan kalimah Allah dibenarkan kegunaaan oleh kitab kristian.
Kenyataan Nik Aziz itu pula disusuli dengan sokongan beberapa pemimpin kanan PAs termasuk Haji Hadi dan Timbalannya Haji Mohamad Sabu.
Kenyataan yang menimbulkan kekeliruan itulah mendorong beberapa ilmuan dan pakar Islam dan ulama termasuk Mufti terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi mengelak timbulnya kekeliruan sehingga boleh menjejaskan akidah.
Polimik tu juga yang menyebabkan timbulnya percanggahan pendapat dikalangan kepimpinan PAS sendiri termasuk daripada Timbalan Munsyidul PAS,Datuk Harun DIn dan Ketua Dewan Ulama PAs, Datuk Harun Taib.
Ekoran itu juga Majlis Syura PAS bermesyuarat dan mencari kata putus agar inya tidak berpanjangan dan mengakibatkan perpecahan besar.
Kenyataan awal Majlis Syura nampaknya berjaya mengurangkan ketegangan walaupun ia satu tragedi besar pada parti itu sejak bersekutu dengan DAP.
Bagaimanapun kenyataan Zawawi tidak sampai 24 selepas keputusan mesyurat Majlis Syura itu sekali lagi boleh menimbulkan kekelirukan.
APakah meletakkan agenda politik melebihi kepentingan agama mendorong mereka sekali lagi mencetuskan polimik bagi memberikan keuntungan poltik kepada sekutu mereka DAP.
Sepatutnya Zawawi harus berani menegaskan pendirian politik dan keputusan yang dibuat Majlis Syura dan bukan mempertahankan kekhilafan yang dilakukan dua pemimpin utama parti itu.
Jangan sampai Majlis Syura juga turut dipandang serong kerana cuba menegakkan benang basah...
Ahad, 13 Januari 2013
PAS HARUS BELAJAR DARI TRAGEDI INI...
Bila Dewan Syura PAS yang bermesyuarat malam tadi memutuskan pengunaan kalimah Allah adalah kalimah suci umat Islam yang hanya untuk umat Islam saja sekaligus keputusan itu mengenepikan apa yang dipertahankan Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang dan Musyidul PAS, Haji Nik Aziz ekoran desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini.
Apapun dengan keputusan itu, seluruh umat Islam akan merasa lega dan tidak lagi terkeliru dengan kenyataan dua pemimpin besar PAS itu yang mempunyai didikan agama dan menjadi ikutan puak yang taksub.
Walapun isu itu hanya mampu berkitar dalam polimik politik tanahair lebih kurang satu bulan saja tetapi ia cukup untuk meninggalkan kesan besar kepada umat Islam hingga memaksa ilmuan Islam dan Mufti campur tangan.
Sayangnya, sikap taksub sesetengah pihak terutama yang cetek agama terus saja menghukum ilmuan dan mufti sekaligus menghina mereka dengan pelbagai tuduhan tanpa melihat isu sebenar.
Malahan kalangan penulis yang memperjuangkan penyalahgunaan isu itu turun dihemtam dengan pelbagai tohmahan dan penghinaan oleh mereka yang tidak bijak melihat isu ini dan hanya mengaitkannya dengan isu politik sempit mereka.
Apapun anggapan dan pandangan, keputusan dari Dewan Syura ini adalah satu pendirian tegas yang tidak harus terus dipolitikkan lagi walaupun barangkali akan ada desakan desakan lain dari kalangan sekutu PAS terutama DAP dan PKR yang tentunya tidak senang dengan perkembangan tersebut.
Anggapkan apa yang terjadi itu sebagai satu tragedi bagi PAS yang begitu ghairah berkerjasama dengan parti kafir yang jelas tidak menerima Islam semata mata untuk menawan Putrajaya.
Pengikut PAS harus terima dengan hati terbuka pendirian Dewan Syura itu dan barangkali juga segala kebenaran ini terserlah ekoran solat hajat dan doa yang sering dilakukan mereka dalam usaha mencari kebenaran.
Bagi Haji Hadi dan Nik Aziz pula,tidak harus terus mengekalkan ego masing masing dan kembalilah menerima kenyataan dan tidak perlu lagi berdolak dalih. Kebenaran sudah berada di depan mata! Jangan sentiasa menjadi kaldai.
Sabtu, 12 Januari 2013
Himpunan Pakatan Rakyat@shamsidar tidak beri tekanan pada BN
Penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang dipercayai dapat menghimpunkan sekitar 100,000 orang semalam, tidak memberi tekanan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN)
Ketua Penerangan dan Publisiti BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, tiada apa yang perlu dibuktikan penganjur kerana perhimpunan sebelum ini gagal capai matlamat malah ada bertukar menjadi kekacauan.
Menurutnya, himpunan sebegitu dianjurkan untuk menyaingi program Jelajah Janji Ditepati anjuran BN yang berjaya tarik kehadiran ramai rakyat.
“Program Jelajah Janji Ditepati yang merantau ke seluruh negara menerima sambutan baik. Ia berbeza dengan penganjuran himpunan mereka yang hanya bertujuan mengalihkan isu yang membelenggu pembangkang.
“Umno/BN tidak bimbang atau rasa tergugat dengan penganjuran itu. Kita bimbang berlaku kekacauan dan huru-hara seperti Bersih 2.0 sehingga menyebabkan ramai pihak rugi selain pelabur melarikan diri,” katanya yang juga Ketua Penerangan Umno.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini menyifatkan tiada kesepakatan pendirian pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH.
Katanya, walaupun terdapat pemimpin kanan pakatan cuba redakan keadaan, namun kenyataan dikeluarkan pemimpin tertinggi Pas menyebabkan mereka menolaknya.
Perhimpuan Shamsidar: Terima kasih Anwar!
Perhimpunan Pakatan Rakyat@Shamsidar yang digembargemburkan untuk mengumpul satu juta rakyat pada petang tadi hanya mampu menarik dalam lingkungan 10 peratus daripada apa yang disasarkan penganjur.
Walaupun Encik Anwar Ibrahim mendakwa perhimpunan ini berjaya memberi semangat baru kepada rakyat dan mengumpul kekuatan baru bagi menghadapi kerajaan Barisan Nasional tetapi hakikatnya ia gagal memcapai apa yang diharapkan.
Selain kegagalan untuk menarik ramai penyokongnya berkumpul sebagaimana yang diharapkan, perhimpunan kali ini juga tidak berjaya mencetuskan ketegangan yang sengaja diprovok bagi mencemarkan imaj pegawai keselamatan sebagaimana sebelum ini.
Kebijaksanaan anggota keselamatan mengawal keadaan walaupun jelas berlaku pelanggraan undang undang oleh puak berkenaan tetap ia gagal mencetuskan ketegangan walaupun ia adalah sebahagian daripada agenda puak tersebut.
Walaupun pengunaan wang turut memainkan peranan sebagaimana dilaporkan ada peserta yang menerima sehingga rm200 setiap seorang tetapi ia masih gagal untuk mengumpul seramai yang disasarkan atau sekurang kurangnya semaksima 50 peratus daripada yang diharapkan.
Barangkali Mohamad Sabu dan Hishamuddin Rais yang paling tidak begitu gembira walaupun Anwar sendiri sudah cukup berjaya dalam usahanya untuk melindungi Shamsidar yang akan turut di heret ke mahkamah nanti ekoran saman yang dikemukan terhadap sahabat karibnya Datuk Nalakaruppan.
Dengan berakhir perhimpunan itu tadi membuktikan kekuatan Anwar tidaklah sehabat sebagaimana yang diwarwarkan sebelum ini.Seperti biasa saudagar tipu itu sentiasa terus memukul canang dengan mendakwa rakyat telah menyebelahi dia...
Hakikatnya, ramai sudah mula muak dengan lakononnya dan agenda peribadinya setiap kali bila berdepan dengan sesuatu isu.
Apapun bagi kerajaan Barisan Nasional dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendiri harus merasa lega dengan penganjuran perhimpunan tadi kerana ini satu bukti jelas bahawa kerajaan tidak pernah menghalang sebarang perhimpunan kalau di adakan secara tertib dan sentiasa memberi peluang kepada rakyat untuk bersuara
Sudah dengar suara suara yang memuji langkag kerajaan itu dan sekaligus menimbulkan kemarahan kepada pihak pembangkang yang tidak habis habis menyusahkan rakyat dan terutamanya peniaga di bandar raya.
Kerajaan sudah berjaya membuktikan suara rakyat akan sentiasa di dahulukan walaupun di kalangan mereka yang sentiasa menentang kerajaan.Asalkan setiap penganjuran melalui proses dan saluran yang betul.
Sekurang kurangnya puak puak Anwar terutama Mat Sabu dan Hishamuddin Rais berjaya membantu kerajaan kembalikan imej buruk yang dibuat dengan pelbagai dakwaan buruk sebelum ini. Terima kasih Encik Anwar!.
Jumaat, 11 Januari 2013
Himpunan Jadi Taktik Terakhir Selepas Fitnah dan Manipulasi Gagal
Pakatan pembangkang telah terbukti ketandusan idea lantaran pelbagai perkara yang dilaksanakan mereka dalam usaha untuk memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk menyerang peribadi para pemimpinnya menemui jalan mati, kata Penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Dr. Zainal Kling.
Soalnya, apa lagi yang tinggal untuk dilaksanakan oleh pakatan pembangkang sebagai taktik terakhir mereka bagi menghidupkan semangat ahli-ahlinya dikalangan rakyat selain daripada mengadakan perhimpunan?
“Sebelum ini pelbagai fitnah dan manipulasi telah dilontarkan oleh pakatan pembangkang tetapi dengan gerakan berterusan kepimpinan BN yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menjaga kebajikan rakyat maka mereka gagal mendapat pulangan apa-apa,” katanya kepada UMNO-Online.
Tegas beliau, biar apa pun nama himpunan yang diadakan oleh pakatan pembangkang tetapi yang jelas ia telah ditolak oleh rakyat lantaran lebih banyak keburukan yang berlaku dan mengganggu kesejahteraan awam berdasarkan beberapa siri himpunan yang lalu.
“Perhimpunan adalah pilihan terakhir mereka kerana banyak perkara yang dilakukan gagal dan jika mahu bergantung kepada kemantapan parti secara jelas tidak ada apa yang boleh dibanggakan.
“Jika mahu mengharapkan kepada pentadbiran mereka ternyata tidak apa yang boleh dijadikan sebagai bukti kerana di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor mereka berdepan dengan pelbagai isu bersama rakyat.
“Jika melihat kepada kedudukan Pas hari ini maka perpecahan terang-terangan berlaku lantaran perbezaan pendapat dikalangan golongan ulama dan kepimpinannya sementara PKR lebih diselimuti dengan masalah moral pemimpinnya selain DAP yang sekarang kacau-bilau dan dikecam hebat kerana pemilihan Jawatan Kuasa Pusat (CEC) dikatakan tidak telus.”
Beliau yang juga Profesor Pelawat di Universiti Utara Malaysia (UUM) menjelaskan bahawa nama PR yang diketengahkan oleh mereka amat sesuai sebagaimana perlakuan parti terbabit yang lebih bertumpu kepada ‘public relation’.
Dilaporkan pakatan pembangkang akan menganjurkan himpunan yang dinamakan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang mensasarkan kehadiran sejuta rakyat di Stadium Merdeka. – MediaUMNO
1
Langgan:
Ulasan (Atom)






