Sabtu, 12 Januari 2013

Himpunan Pakatan Rakyat@shamsidar tidak beri tekanan pada BN

Penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang dipercayai dapat menghimpunkan sekitar 100,000 orang semalam, tidak memberi tekanan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) Ketua Penerangan dan Publisiti BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, tiada apa yang perlu dibuktikan penganjur kerana perhimpunan sebelum ini gagal capai matlamat malah ada bertukar menjadi kekacauan. Menurutnya, himpunan sebegitu dianjurkan untuk menyaingi program Jelajah Janji Ditepati anjuran BN yang berjaya tarik kehadiran ramai rakyat. “Program Jelajah Janji Ditepati yang merantau ke seluruh negara menerima sambutan baik. Ia berbeza dengan penganjuran himpunan mereka yang hanya bertujuan mengalihkan isu yang membelenggu pembangkang. “Umno/BN tidak bimbang atau rasa tergugat dengan penganjuran itu. Kita bimbang berlaku kekacauan dan huru-hara seperti Bersih 2.0 sehingga menyebabkan ramai pihak rugi selain pelabur melarikan diri,” katanya yang juga Ketua Penerangan Umno. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini menyifatkan tiada kesepakatan pendirian pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH. Katanya, walaupun terdapat pemimpin kanan pakatan cuba redakan keadaan, namun kenyataan dikeluarkan pemimpin tertinggi Pas menyebabkan mereka menolaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan