Ahad, 13 Januari 2013
PAS HARUS BELAJAR DARI TRAGEDI INI...
Bila Dewan Syura PAS yang bermesyuarat malam tadi memutuskan pengunaan kalimah Allah adalah kalimah suci umat Islam yang hanya untuk umat Islam saja sekaligus keputusan itu mengenepikan apa yang dipertahankan Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang dan Musyidul PAS, Haji Nik Aziz ekoran desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini.
Apapun dengan keputusan itu, seluruh umat Islam akan merasa lega dan tidak lagi terkeliru dengan kenyataan dua pemimpin besar PAS itu yang mempunyai didikan agama dan menjadi ikutan puak yang taksub.
Walapun isu itu hanya mampu berkitar dalam polimik politik tanahair lebih kurang satu bulan saja tetapi ia cukup untuk meninggalkan kesan besar kepada umat Islam hingga memaksa ilmuan Islam dan Mufti campur tangan.
Sayangnya, sikap taksub sesetengah pihak terutama yang cetek agama terus saja menghukum ilmuan dan mufti sekaligus menghina mereka dengan pelbagai tuduhan tanpa melihat isu sebenar.
Malahan kalangan penulis yang memperjuangkan penyalahgunaan isu itu turun dihemtam dengan pelbagai tohmahan dan penghinaan oleh mereka yang tidak bijak melihat isu ini dan hanya mengaitkannya dengan isu politik sempit mereka.
Apapun anggapan dan pandangan, keputusan dari Dewan Syura ini adalah satu pendirian tegas yang tidak harus terus dipolitikkan lagi walaupun barangkali akan ada desakan desakan lain dari kalangan sekutu PAS terutama DAP dan PKR yang tentunya tidak senang dengan perkembangan tersebut.
Anggapkan apa yang terjadi itu sebagai satu tragedi bagi PAS yang begitu ghairah berkerjasama dengan parti kafir yang jelas tidak menerima Islam semata mata untuk menawan Putrajaya.
Pengikut PAS harus terima dengan hati terbuka pendirian Dewan Syura itu dan barangkali juga segala kebenaran ini terserlah ekoran solat hajat dan doa yang sering dilakukan mereka dalam usaha mencari kebenaran.
Bagi Haji Hadi dan Nik Aziz pula,tidak harus terus mengekalkan ego masing masing dan kembalilah menerima kenyataan dan tidak perlu lagi berdolak dalih. Kebenaran sudah berada di depan mata! Jangan sentiasa menjadi kaldai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan