Isnin, 14 Januari 2013

Isu kalimah Allah: Kenyataan SU Majlis Syura PAS keliru

Sepatutnya Setiausaha Majlis Syura PAS, Datuk Zawawi Nik Salleh merungkai kekeliruan mengenai isu pengunaan kalimah Allah dengan menegaskan PERKARA ITU DAH SELESAI dan tidak perlu dipanjangkan lagi. Sebaliknya dakwaan Zawawi bahawa yang diputuskan Majlis Syura malam tadi selaras dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Musyidul Am Pas, Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh menimbulkan kekeliruan. UMat Islam masih ingat bagaimana Nik Aziz yang begitu lantang menyokong gesaan Setiausaha Agung DAP yang mahukan pengunaan kalimah Allah dibenarkan kegunaaan oleh kitab kristian. Kenyataan Nik Aziz itu pula disusuli dengan sokongan beberapa pemimpin kanan PAs termasuk Haji Hadi dan Timbalannya Haji Mohamad Sabu. Kenyataan yang menimbulkan kekeliruan itulah mendorong beberapa ilmuan dan pakar Islam dan ulama termasuk Mufti terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi mengelak timbulnya kekeliruan sehingga boleh menjejaskan akidah. Polimik tu juga yang menyebabkan timbulnya percanggahan pendapat dikalangan kepimpinan PAS sendiri termasuk daripada Timbalan Munsyidul PAS,Datuk Harun DIn dan Ketua Dewan Ulama PAs, Datuk Harun Taib. Ekoran itu juga Majlis Syura PAS bermesyuarat dan mencari kata putus agar inya tidak berpanjangan dan mengakibatkan perpecahan besar. Kenyataan awal Majlis Syura nampaknya berjaya mengurangkan ketegangan walaupun ia satu tragedi besar pada parti itu sejak bersekutu dengan DAP. Bagaimanapun kenyataan Zawawi tidak sampai 24 selepas keputusan mesyurat Majlis Syura itu sekali lagi boleh menimbulkan kekelirukan. APakah meletakkan agenda politik melebihi kepentingan agama mendorong mereka sekali lagi mencetuskan polimik bagi memberikan keuntungan poltik kepada sekutu mereka DAP. Sepatutnya Zawawi harus berani menegaskan pendirian politik dan keputusan yang dibuat Majlis Syura dan bukan mempertahankan kekhilafan yang dilakukan dua pemimpin utama parti itu. Jangan sampai Majlis Syura juga turut dipandang serong kerana cuba menegakkan benang basah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan