Selasa, 25 Jun 2013
Kerajaan tidak takut dengan Malaysian Spring
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan tidak gentar dengan penggunaan ungkapan ‘Malaysian Spring’ untuk menggambarkan usaha menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan, dan tidak akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menggunakan ‘rakyat’ untuk melahirkan rasa tidak puas hati, selagi tindakan mereka tidak melangkaui batas undang-undang negara.
Perdana menteri berkata mereka yang menggunakan perkataan ‘rakyat’ semata-mata untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diberi ruang membantah selagi tindakan seumpama itu tidak melangkaui batas undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Jika tindakan sudah langkaui batas undang-undang Perlembagaan Persekutuan, kerajaan tidak teragak-agak untuk bertindak agar kedaulatan negara terus dihormati,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Soalan Abdul Latiff yang menyentuh pandangan kerajaan mengenai penggunaan perkataan ‘rakyat’ untuk melahirkan rasa tidak puas hati mengenai keputusan PRU13 dan cubaan mewujudkan ‘Malaysian Spring’ menjadi soalan pertama yang dikemukakan pada persidangan Dewan Rakyat penggal pertama ini.
Soalan serupa turut dibangkitkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). Najib berkata sebarang usaha untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada Malaysia.
“Malah jika diamati dan diteliti, keadaan negara yang bergolak angkara rusuhan dan pergolakan jalanan, tidak ada perkara positif yang terhasil daripadanya. Ekonomi dan politik di negara-negara itu masih tercalar akibat persengketaan dan tidak nampak sebarang tanda untuk pulih seperti sedia kala,” katanya.
Terdahulu, Najib berkata perbezaan pandangan bukan penyebab malapetaka dan punca perpecahan, sebaliknya jika ditangani dan diurus dengan baik, ia mampu mendatangkan rahmat dan kebahagiaan kepada rakyat dan memajukan negara.
Kerajaan, katanya, mengakui kematangan dan kebijaksanaan rakyat dengan memberi hak untuk memilih kepimpinan negara melalui peti undi yang menjadi kaedah terbaik yang boleh diamalkan mana-mana negara.
“Ironinya, mereka yang lantang menyuarakan mengenai ketidakadilan, menerima pula keputusan di kawasan yang dimenangi mereka,” katanya sinis.
Menjawab soalan tambahan Abdul Latiff, kerajaan belum berhasrat untuk mewajibkan rakyat untuk mengundi.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak menolak cadangan untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik.
“Apa-apa undang-undang jika difikirkan baik, perlu dilihat dahulu sama ada ia boleh dikuatkuasakan secara praktikal atau tidak,” katanya. – Bernama
Ghani Othman dilantik Pengerusi Sime Darby
Bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman telah dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Sime Darby Bhd yang baru berkuat kuasa 1 Julai, bagi menggantikan pemangku Pengerusi Tan Sri Samsudin OSman.
Abdul Ghani, 66, akan berkhidmat sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif Sime Darby manakala Samsudin ditukar menjadi Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Sime Darby, demikian menurut konglomerat itu di dalam satu kenyataan hari ini.
"Abdul Ghani telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada Disember 1993 sehingga Mac 1995 sebelum menjadi Menteri Besar Johor sehingga Mei 2013," katanya.
Samsudin dilantik sebagai pemangku Pengerusi Sime Darby berikutan persaraan Tun Musa Hitam sebagai pengerusi pada mesyuarat agung tahunan yang diadakan pada 8 Nov, 2012.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Tan Sri Mohd Bakke Salleh mengalu-alukan pelantikan Abdul Ghani, sambil menyatakan ia baik bagi kumpulan multinasional itu.
"Sime Darby berbesar hati menerima beliau sebagai ahli Lembaga Pengarah dan kami yakin beliau akan membantu menyumbang bagi mengemudikan syarikat itu ke tahap lebih tinggi lagi dan bagi mengharungi tempoh yang mencabar," katanya. - Bernama
Isnin, 24 Jun 2013
Sesumpah yang sudah angkat sumpah...
Terciptalah sejarah, sekaligus bagi mereka yang mempunyai akal fikiran yang dibukakan oleh Allah Taala, akan melihat sendiri tembelang dan belang Anwar Ibrahim yang selama ini cukup kuat menipu dan memperdayakan rakyat Malaysia semata-mata untuk kepentingan peribadinya atau lebih tepat lagi demi menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia.
Sejurus selepas kegagalan demonstrasi di Padang Merbok, Anwar Ibrahim menyatakan Pakatan Rakyat tidak akan menganjurkan sebarang himpunan atau demonstrasi lagi. Seolah-olah dia sudah serik kerana sambutan yang diberikan terhadap himpunan di Padang Merbok amat mengecewakan.
Bagaimanapun, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dia tidak akan menutup mulut daripada mencaci Malaysia dan kerajaan kepada pihak asing, selagi mana dia akan terus diberikan sokongan dari pelbagai sudut dan bentuk.
Itu janjinya….
Beberapa hari sebelum hari angkat sumpah dan perlantikan Speaker Dewan Rakyat, Anwar bersuara juga. Katanya, Pakatan Rakyat mencadangkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Abdul Kadir Sulaiman sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baru walaupun sebenarnya cadangan itu membuang masa, memandangkan jumlah Ahli Parlimen mewakili Barisan Nasional jauh mengatasi jumlah Ahli Parlimen mewakili Pakatan Rakyat.
Namun Anwar Ibrahim yang licik cuba pula kaedah lain. Dia menuntut agar undian dijalankan secara rahsia dan ada nombor siri seolah-olah akan berlaku penipuan sepertimana dalam pemilihan CEC DAP mahupun pemilihan MPP PKR.
Menjelang dua hari sebelum hari angkat sumpah, Anwar Ibrahim ke Padang Merbok. Berapi-apiucapannya. Bersemangat seperti biasa walaupun air mukanya keruh apabila melihat lebih ramai peserta demonstrasi angkat kaki dan enggan mendengar ucapan skemanya.
Selesai program berkenaan, Anwar Ibrahim menghamburkan kemarahan kerana pemimpin Pakatan Rakyat kebanyakannya enggan memberikan komitmen dalam menjayakan demonstrasi terbesar rakyat Malaysia menentang Kerajaan UMNO-BN.
Hadi Awang yang berjanji akan turun padang, tak nampak batang hidung. Para pemimpin PAS kecuali manusia seperti Mujahid Yusof dan Khalid Samad, lebih senang berada di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut daripada sama-sama berarak meredah jerebu tebal yang didatangkan Allah Taala dari arah selatan Semenanjung.
Itu cerita dua hari sudah…
Semalam, gerombolan yang diketuai oleh Chegu Bard, Harris Ibrahim, Aruchelvam dan Adam Adli dengan bertemankan Tian Chua menjadikan Padang Merbok sebagai lapangan untuk mereka berkhemah. Jam 4:40 pagi, penguatkuasa DBKL merobohkan khemah-khemah mereka dan tercetus pula provokasi sambil Tian Chua menyatakan, tindakan anggota-anggota penguatkuasa DBKL itu melanggar Akta Perhimpunan Aman.
DBKL terpaksa membuat laporan polis dan meminta bantuan polis agar menangani kedegilan kelompok manusia yang gemar menyalahgunakan undang-undang untuk kepentingan mereka.
Pagi tadi, mereka berarak dan melakukan kekecohan di luar Parlimen. Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dicederakan. Alasan mereka hanyalah ingin menyerahkan memorandum tetapi tindakan mereka menyusahkan lebih ramai orang.
Pemilihan speaker Dewan Rakyat berjalan penuh kontroversi. Anwar Ibrahim tidak membuat usul sebab dia tahu, usul itu adalah usul bodoh. Sebaliknya dia mengarahkan si tongong yang jadi Menteri Besar Selangor untuk buat usul. Keputusan akhirnya berpihak kepada Pandikar Amin Mulia dengan keseluruhan undi wakil Barisan Nasional diberikan kepada Pandikar Amin Mulia.
Mahfuz Omar melalak melolong bagi pihak Anwar Ibrahim. Semuanya diungkit dan alasan kononnya, undi tidak dijalankan secara rahsia kerana Barisan Nasional takut ada Ahli Parlimen mereka yang khianat, dipopularkan. Sedangkan selama ini, itulah proses yang diamalkan di Parlimen sepanjang sejarah Parlimen Malaysia.
Kecoh lagi…
Tetapi sewaktu rehat tengah hari, Anwar Ibrahim bergelak tawa dan sungguh mesra dengan Najib Abdul Razak serta Muhyiddin Yassin!
Gelagatnya jelas menunjukkan para pengikutnya telah dikencing dan diberak di atas kepala masing-masing. Anwar sedikit pun tidak prihatin dengan semangat meluap-luap para penyokongnya sendiri!!!
mykmu.net
Keputusan pembangkang turut angkat sumpah bukti demokrasi masih diperakui...
Kehadiran semua 89 anggota Parlimen pembangkang pada majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat hari ini menunjukkan sistem demokrasi di negara ini diperakui pembangkang di sebalik laungan tidak puas hati terhadap keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata dengan itu, pembangkang pada masa depan tidak sepatutnya mempertikaikan lagi sistem pilihan raya atau demokrasi negara.
“Proses ini (angkat sumpah) menandakan sistem demokrasi di negara kita sudah diamalkan dengan baik, dan kitapun, termasuk pembangkang, telah angkat sumpah taat setia, mematuhi undang-undang dan menghormati Perlembagaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini.
Ditanya kekecohan yang dicetus segelintir pemimpin pembangkang sewaktu proses pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat pagi ini, anggota Parlimen Semporna, Sabah itu berkata perkara yang dipertikai hanyalah kecil dan sengaja diperbesarkan.
“Kita selaku anggota Parlimen sepatutnya ada peradaban dan faham aturan mesyuarat mana yang boleh, mana yang tidak, takkanlah kita terlampau ‘rigid’ sangat dalam cara perjalanan mesyuarat, sedikit perkataanpun nak dijadikan pertikaian dia (pembangkang),” katanya.
Acara angkat sumpah melibatkan 222 anggota Dewan Rakyat itu didahului Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, diikuti anggota Dewan Rakyat lain, termasuk 89 daripada gabungan pembangkang PAS-DAP-PKR.
Komposisi Dewan Rakyat kali ini terdiri daripada 133 anggota Parlimen Barisan Nasional selain 38 dari DAP, PKR (30) dan PAS (21).
Turut menyokong kenyataan Mohd Shafie ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang menjelaskan prosedur pemilihan Speaker dan timbalannya melalui undi bersurat sudah dinyatakan dalam Peraturan Mesyuarat 4.
“Undi bersurat bermakna kita kena tandatangan sebab nanti sesiapapun boleh undi, jadi bila kita undi kita tanda tangan, bererti kena tulis nama kitalah untuk pastikan tandatangan itu tandatangan kita,” katanya.
Dalam pada itu, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang menasihatkan semua wakil rakyat agar mematuhi lafaz sumpah yang diucap pada sesi mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat hari ini.
“Keputusan pilihan raya telah dibuat malah sudah sampai masanya semua wakil rakyat datang bersidang dan lupakan isu-isu politik dan sebaliknya menunjukkan komitmen serta semangat mereka untuk menyumbang kepada rakyat,” katanya.
Abu Zahar berkata semua wakil rakyat tanpa mengira parti politik seharusnya menggunakan persidangan kali ini sebagai platform untuk menyumbang khidmat bakti kepada negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berharap anggota Dewan Rakyat pada kali ini akan berhujah dengan lebih bijaksana selaras dengan peringatan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
“Beliau telah memberi peringatan awal supaya Parlimen Malaysia menjadi contoh dan anggota Parlimen yang baharu dan lama dijadikan ikutan ketika sesi perbahasan,” katanya.Petikan Umnoonline.com
Jumaat, 17 Mei 2013
PM Najib dijangka dilanda gelora-Kabinet yang sugul.
TIDAK ada sesiapa pun yang mempertikaikan pemilihan ataupun sipa yangPM najib pilih Ahli Parlimen daripada Sabah maupun Sarawak kerana kedua-dua negeri ini layak untuk diberikan sedikit kelebihan berbanding dengan negeri-negeri lain lantaran kemenangan besar mereka dalam PRU13 hingga menyumbang kepada pembentukan kabinet Najib.
Namun meminggirkan Ahli Parlimen di negeri-negeri yang menang seperti Kedah dianggap oleh pemerhati politik sebagai menafikan sumbangan besar pimpinan negeri yang telah berjaya merampas serta menumbangkan kerajaan PAS di negeri itu dan sekaligus mengembalikan Kedah ke tangan Barisan Nasional.
Apakah kejayaan tersebut tidak dilihat sebagai sebuah kejayaan yang besar oleh PM Najib?Kalau Sabah dan Sarawak boleh diberikan tempat yang begitu besar dalam kabinet PM Najib,adakah cukup dengan hanya seorang sahaja MP diberikan jawatan sebagai Menteri cabinet sedangkan Terengganu yang hilang begitu banyak kerusi Parlimen dihadiahkan dua jawatan Menteri?
Apakah Johari Baharum tidak layak sedangkan beliau sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen dan memegang jawatan Pengerusi Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah dan memegang jawatan Timbalan Menteri di Kementerian Pertanian Dan Indsutri Asas Tani ataupun Johari Bahrum dicantas oleh Tun M kerana dendam kesumat?Pengalaman Johari Bahrum rupa-rupanya gagal memikat PM Najib.Kejayaan Johari Bahrum meningkatkan majoriti dalam PRU13 daripada tujuh ribu ke 10,444 bukan ukuran keberkesanan pimpinan beliau?
Apakah Mahadzir Khalid tidak layak sedangkan beliau bekas Menteri Besar Kedah seperti juga Sahidan Kasim dan Idris Jusuh yang diberikan jawatan Menteri Penuh dalam kabinet Najib?Sepatutnya bekas Menteri Besar Kedah ini menolak perlantikan tersebut kerana inaya bersifat penghinaan kepada beliau..PM Najib `menampar’ Mahadzir Khalid dalam senyum dan sepatutnya Mahadzir Khalid menolak lantikan tersebut kerana beliau tidak rugi apa-apa pun apatah lagi pengalaman beliau sebelum ini tidak mendapat tempat.
Jo Bahrom mangsa dendam Tun M?
Siapa yang menyusun kabinet ini?PM Najibkah ataupun masih ada campurtangan Tun M ataupun orang-orang yang sama sebelum ini menyusun calon yang kononnya `winnable candidate’ dan akhirnya PM Najib terpempam tidak memperolehi majoriti 2/3 turut sama menjadi tangan-tangan ghaib menasihati PM Najib dalam masa menyusun kabinet ini?
Apakah PM Najib tidak melihat kejayaan pimpinan Kedah itu bukan sesuatu yang patut dibanggakan dan kita bersetuju keputusan PM Najib yang tidak menyenarai satu pun jawatan Menteri kepada calon yang menang di Selangor ekoran kegagalan mengambilalih negeri itu dari pembangkang tetapi memandang remeh kepada kejayaan pimpinan UMNO Kedah menakluk kembali negeri itu merupakan satu tindakan yang silap dan PM Najib seperti tidak berterima kasih kepada segala usaha mereka itu selama ini.
10 Parlimen BN Berjaya rampas datri PAS dan menumbangkan PAS untuk mengambil alih kerajaan negeritetapi malangnya perjuangan serta pengorbanan pimpinan Kedah tidak mendapat tempat di hati Najib sebagaimana Sabah dan Sarawak yang diberikan enam jawatan Menteri manakal Sarawak pula mendapat tujuh jawatan Menteri termasuk bertaraf Senator.
Di Sarawak pula,Parti Progresif Demokratilk Sarawak (SPDP) yang bertanding di empat kerusi Parlimen dan menang kesemuanya,itu pun tidak mendapat perhatian daripada PM Najib sedangkan Joseph Kurup yang bertanding satu kerusi dan tidak pun mempunyai keahlian yang ramai dipilih Najib untuk mengisi jawatan menteri.
Apakah Tiong King Sing yang merupakan bekas Pengerusi BNBBC tidak layak untuk mengisi kuota parti itu bagi jawatan Menteri?Buruk sangatkah pimpinan SPDP ini hingga PM Najib langsung tidak memandang keupayaan mereka?Tafsiran perkongsian kuasa apa yang PM Najib lakukan ini?
Mahadzir patut tolak jawatan Timbalan Menteri..!
Kita bersetuju andai PM Najib kata politik bukan satu bentuk jaga hati,politik adalah perjuangan menentukan nasib serta masa depan agama,bangsa dan negara tetapi PM Najib harus mengambil kira perjuangan serta pengorbanan mereka tatkala Najib mengambil alih pimpinan daripada Pak Lah dan kepada mereka inilah antara yang Najib sandarkan apabila berlakunya ura-ura ada penghijrahan ataupun lompat parti beberapa orang MP sebelum ini dan adakah PM Najib begitu yakin,peristiwa 16 September tidak berulang lagi?
Sekarang ini pun sudah terdengar bisik-bisik suara yang tidak puas hati apabila yang patut menjadi Menteri disingkirkan atapun tidak mendapat tempat dihati PM Najib dan penasihat-penasihat dan PM Najib tidak perlu yakin dengan AkuJanji calon-calon yang bertanding kerana dalam demokrasi AkuJanji bukan penghalang untuk mereka berhijrah.moral bukan lagi keutamaan.
Sekiranya masih ada ruang yang terbuka,kabinet berimbang PM Najib ini harus secara menyeluruh supaya tidak ada Ahli Parlimen yang menang terguris hati dengan gaya politik PM Najib ini dan sebagai rakyat bawahan,kita mahu semua yang berkelayakan serta berpengalaman harus mendapat tempat sejajar dengan segala kerja keras mereka untuk memenangkan parti hingga PM Najib boleh menubuh kerajaan.Petikan: Sanggahtokjanggut.
Rabu, 15 Mei 2013
barisan kabinet Persekutuan 2013
Berikut ialah senarai barisan kabinet Persekutuan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini:
Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)
Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan
Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan
Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit
Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman
Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan
Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun
Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi
Kementerian Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah
Khamis, 2 Mei 2013
ANCAMAN CAMPURTANGAN KUASA ASING TERHADAP KEDAULATAN ISLAM
1. Semenjak beberapa hari lalu, beberapa pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO Islam) telah menerima aduan yang tidak henti-henti daripada orang ramai yang menzahirkan rasa bimbang dan marah mereka berkaitan suatu klip video bertajuk “Malaysia Prophecy from Jerusalem” yang telah dimuatnaik ke laman Youtube pada 26 April 2013 oleh seorang paderi bernama Karen Dunham dari Living Bread Church – sebuah organisasi gereja yang mempunyai cawangan di Israel, Amerika Syarikat dan Gaza.
2. Klip video tersebut telah disaksikan berpuluh ribu pengunjung Youtube. Pada waktu kenyataan akhbar ini dibuat, hampir seratus ribu klik telah dibuat ke atas klip video tersebut. Kilp video tersebut juga telah dikongsi oleh berpuluh blogger melalui blog-blog mereka. Manakala melalui laman facebook pula video tersebut telah menjadi bahan “panas” yang dikongsi bersama oleh beribu pemilik akaun facebook.
3. Susulan dari aduan tersebut, pihak NGO Islam telah meneliti video berkenaan dan kami membangkitkan kebimbangan yang mendalam berhubung isu kandungan video itu dan mesej yang ingin disampaikan di saat-saat Malaysia sedang berdepan suasana tidak menentu menjelang PRU-13. Kami mendapati wujud kecenderungan untuk mengaitkan doa penganut Kristian di dalam klip video berkenaan dengan kewujudan ‘sebuah kerajaan baru selepas PRU-13 kelak’.
4. Video ini juga menimbulkan pertanyaan di kalangan NGO-NGO Islam kerana pihak yang mennyebut doa-doa dan ucapan di dalam video tersebut dilihat begitu memahami dan mengetahui secara dekat apa yang berlaku di Malaysia walaupun mereka berada di Jurusalem. Mereka cuba menggambarkan bahawa Tuhan mereka akan membantu memberi kemenangan kepada kerajaan baru di Malaysia. Mereka juga berkeyakinan bahawa kerajaan baru di Malaysia kelak akan mengiktiraf hubungan dengan Negara haram Israel.
5. Melalui penelitian kami dan rentetan beberapa fakta sejarah, persoalan yang timbul ialah adakah video ini mempunyai kaitan langsung dengan dakwaan menggemparkan oleh bekas Setiausaha Organisasi dan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), Razali Abdul Rahman dan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa bahawa adanya usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Kristian?
6. Adakah ini juga ada kaitannya dengan seorang pemimpin pakatan pembangkang di Malaysia yang dikatakan pernah cuba mengiktiraf Negara Israel dan diwar-warkan oleh media Israel, the Jerusalam Post di dalam laporannya bertarikh 20 Mac 2008 sebagai ahli politik yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia?
7. Sebagai kumpulan aktivis yang telah sekian lama memantau ‘trend’ gejala pemurtadan, pluralisme, liberalisme dan LGBT, NGO-NGO Islam telah berhadapan dengan pelbagai bukti-bukti yang sukar disangkal dan kami percaya bahawa usaha-usaha untuk mengancam kesucian Islam di Malaysia adalah nyata, benar lagi sahih. Ini termasuklah agenda ‘Rainbow Nation’ yang pernah didedahkan beberapa bulan yang lepas.
8. Kami memberikan amaran bahawa NGO-NGO Islam dan ummah di Malaysia tidak sesekali akan berdiam diri dan bersedia memperjuangan kesucian Islam dan aqidah hingga ke titisan darah yang terakhir, biarpun terpaksa mengorbankan nyawa kami sendiri.
9. Kami juga memberikan peringatan bahawa sebarang usaha untuk mencabar kesucian Islam di Negara ini adalah bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan kedudukan Islam sebagai agama Negara dan pelbagai peruntukan lain sama ada di peringkat Persekutuan ataupun Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu.
10. Bersandarkan perkembangan ini, kami ingin mengajak seluruh umat Islam di Malaysia untuk sama-sama menunaikan solat hajat selepas solat Jumaat esok, 3 Mei 2013 bagi memohon bantuan dan pertolongan Allah SWT menggagalkan usaha jahat anasir-anasir yang cuba menggugat kedaulatan Islam di Negara kita.
11. Pada kesempatan ini kami ingin memaklumkan bahawa satu perhimpunan aman akan diadakan selepas solat Jumaat esok di Masjid Negeri Shah Alam bagi menzahirkan kerisauan dan perasaan marah umat Islam terhadap sebarang bentuk percubaan kuasa asing untuk campur tangan dalam hal-hal berkaitan Negara kita. Kami juga menyeru aktiviti yang sama dilakukan di masjid-masjid di seluruh Negara demi mempertahankan kesucian Islam yang telah didaulatkan sekian lama dibumi tercinta ini.
12. Pihak NGO Islam juga ingin menyeru kesemua umat Islam yang masih ‘tidur’, alpa dan lalai (sehingga lebih sibuk memikirkan harga minyak dan harga kereta turun) supaya berfikir dan menanamkan kesedaran terhadap hal yang sangat serius ini. Tolonglah celikkan mata selebar-lebarnya, bukalah hati dan dengarlah seruan mempertahankan Islam yang sedang dalam proses dihancurkan oleh anasir-anasir luar.
13. Kami pasti bahawa teguran dan pandangan kami ini akan dilabel sebagai “siege mentality” dan dituduh menerima upah pihak-pihak tertentu. Pihak NGO Islam ingin menegaskan bahawa tanggapan sebegini dengan sendirinya menggambarkan sikap taksub dan bebal dengan politik kepartian mereka semata-mata dan menafikan kedegilan menerima bukti kebenaran yang jelas di depan mata.
14. Pihak NGO Islam telah menghidangkan masyarakat Islam dengan pelbagai bukti realiti ancaman ini, bangkitlah ! Bangunlah ! Dan pertahankanlah Islam di Malaysia dengan penuh keimanan dan tanpa ragu-ragu!
Bagi Pihak NGO-NGO Islam
2 MEI 2013
KELAB SULTAN SULAIMAN
KG. BARU, KUALA LUMPUR
Langgan:
Ulasan (Atom)
