Rabu, 6 Februari 2013

PAS TAKUT KELUAR PAKATAN- TUN M

Pas tidak berani keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana bergantung kepada DAP, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, parti yang memperjuangkan Islam itu akan kekal bersama PR kerana 'menyayangi Karpal'. "Jika Pas keluar daripada PR, parti itu akan kalah. Dia (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) meraikan hari jadi bersama Karpal (Pengerusi DAP, Karpal Singh) dan menyambut perayaan Thaipusam bersama. "Mereka tidak berani keluar PR, Nik Aziz bercerai dengan Nasha (Nasharudin Mat Isa) tetapi dia tidak mahu bercerai dengan DAP," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku bertajuk Antarctica: Malaysia's Journey to the Ice di sini, hari ini.

PAS SAHKAN WUJUD PERBEZAAN PENDAPAT

PAS mengesahkan wujudnya perbezaan pendapat dalam gagasan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan in, bagaimanapun ianya tidak memudaratkan kerjasama antara mereka. Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk MUstafa Ali, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam mana-mana kerjasama politik baik PR mahupun Barisan Nasional (BN) sendiri. Namun katanya, dalam banyak perkara, ikatan PKR, DAP dan Pas sentiasa mencapai kata sepakat dan mempunyai banyak persamaan. "Kita akan terus dengan PR, tidak timbul isu Pas mahu bersendirian, Pas akan terus bersama PR bagi hadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menggesa Pas supaya keluar dari PR dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.
Nasharudin juga mendakwa PR telah melanggar syarat tahaluf siyasi hingga mengusik kesucian Islam susulan tuntutan DAP supaya kalimah ALLAH dibenarkan digunakan dalam Bible berbahasa Melayu. Dakwa Nasharudin lagi, pengaruh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melemahkan Pas susulan campur tangannya dalam hal ehwal dalaman dan pentadbiran parti itu. Ahli Parlimen Bachok itu menyesyorkan supaya Pas menjauhkan diri daripada anasir luar berkepentingan peribadi termasuk pihak yang memiliki ikatan tahaluf siyasi jika mahu mengekalkan asas perjuangannya.

Selasa, 5 Februari 2013

BUKTI PENYELEWENGAN YAYASAN SELANGOR

Yayasan Selangor (YS) ditubuhkan pada 1970 atas kesedaran kerajaan yang memerintah Selangor pada waktu itu tentang pentingnya pendidikan , khususnya bagi masyarakat luar bandar. YS mendapat pelbagai kemudahan dari kerajaan negeri mahu pun kerajaan pusat untuk memastikan kejayaan dan kesinambungannya berterusan. Di waktu pemerintahan BN , sudah sampai satu tahap di mana YS tidak memerlukan dana dari kerajaan negeri untuk bergerak. Mereka menjanakan pendapatan untuk kos operasi dari segala kemudahan yang diberikan kerajaan sebelum itu. Satu demi satu asrama serta pusat latihan baru yang dibuka oleh YS. Semua dan segalanya berubah selepas berlaku perubahan kerajaan yang memerintah Selangor pada tahun 2008. YS yang ditubuhkan dengan objektif untuk meningkat, mengangkat serta memartabatkan kualiti atau mutu pendidikan anak-anak Selangor telah bertukar menjadi sebuah yayasan tempat kroni-kroni PKR, PAS dan DAP meningkatkan pendapatan dan memadatkan poket mereka. Apabila berlaku pertukaran pucuk pemerintahan kerajaan negeri, maka sudah pastilah berlaku juga perubahan dalam YS. Seorang penganggur yang bertahun-tahun tidak bekerja, Ilham Marzuki yang mana orang itu merupakan kroni PKR dan mempunyai ramai kenalan dalam PAS telah dilantik oleh MB Selangor sebagai Pengurus Besar Yayasan Selangor dan diberi gaji gred Jusa A. Tidak lama selepas dilantik sebagai pengurus besar dan melakukan beberapa perubahan dalam pentadbiran YS serta mengenal pasti harta dan wang yang dimiliki oleh YS yang berpeluang untuk dirembatnya serta kroni-kroni PKR, maka bermulalah operasi penyamunannya. Perkara yang pertama dilakukannya adalah menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sabak Bernam. IKYS Sabak Bernam diwujudkan oleh YS untuk memberi peluang kepada remaja-remaja yang berminat dalam bidang kemahiran atau pertukangan. Ketika itu IKYS tersebut mempunyai 280 orang dan kos operasinya sebanyak RM 720 ribu setahun (termasuk gaji tenaga pengajar) Surat arahan penutupan IKYS Sabak Bernam ditandatangan oleh Ilham Marzuki dan alasan yang berikan kerana pusat latihan tersebut tidak menguntungkan. Bukankah itu satu alasan yang cukup-cukup dangkal. Jika itu alasan mereka , maka tidak mustahil jika ditakdirkan PKR memerintah negara kelak sekolah-sekolah dan universiti kerajaan juga akan ditutup atas alasan tidak menguntungkan. Dalam tahun yang sama IKYS ditutup atas alasan tidak menguntungkan, YS boleh pula berbelanja sehingga RM 1 juta untuk majlis sambutan ulangtahun ke 40 YS. Peringkat awal MB Selangor cuba berbohong dengan mengatakan kos untuk majlis sambutan ulangtahun berkenaan hanya RM 300 ribu, bagaimanapun selepas diasak bertalu-talu oleh Datuk Seri Noh Omar, akhirnya Khalid Ibrahim mengakui peruntukan yang diluluskan untuk majlis itu adalah RM 1 juta. Perkara tersebut bukan sahaja mengejutkan rakyat Selangor, malah turut mengejutkan KDYMM Sultan Selangor dan Baginda telah mengambil keputusan membatalkan keberangkatan Baginda ke majlis sambutan ulangtahun berkenaan. Sebuah syarikat penganjuran majlis yang bernama Drift Z Enterprise yang ditubuhkan pada hujung November 2009 (selepas PKR memerintah Selangor) telah diberikan projek yang bernilai RM 300 ribu untuk menguruskan penganjuran majlis ulangtahun tersebut. Yang mengejutkan, sebelum majlis bermula (5 November 2010) syarikat berkenaan telah diberi dua kali bayaran iaitu RM 142, 500 dan RM 128 ,250 . Jumlah RM 270, 750 telah dibayar sebelum majlis dijalankan atau kira-kira 70% daripada kos keseluruhan projek. Apa yang dilakukan itu bertentangan sekali dengan amalan yang digunapakai dalam kerajaan atau agensi-agensi dibawahnya. Akan tetapi oleh kerana ianya melibatkan syarikat kroni, maka semuanya dihalalkan. Pada tahun 2010 juga Ilham Marzuki telah memberikan kontrak kepada sebuah syarikat yang bernama TL Tinala Enterprise untuk menjahit pakaian rasmi hari raya kakitangan YS yang bernilai RM 200 ribu. Syarikat tersebut juga tergolong dalam golongan syarikat yang boleh ditubuhkan dalam masa 15 minit (enterprise) yang ada kaitan dengan pimpinan PAS dan ditubuhkan kira-kira 3 bulan selepas PKR,PAS dan DAP memerintah Selangor dan beralamat di sebuah rumah di Shah Alam. Pada tahun 2010 sebuah syarikat 15 minit juga yang bernama Rahah Enterprise telah diberi kontrak asal yang bernilai RM 170,000 kemudian ditambah lagi RM 29,000 (jumlah RM 199,000) untuk majlis berbuka puasa YS seramai 500 orang di Dewan Sivik MBPJ yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim. Syarikat Rahah Enterprise juga ditubuhkan selepas PKR, PAS dan DAP memerintah Selangor dan beralamat di sebuah rumah di Shah Alam. Pada tahun 2010 juga sebuah syarikat yang bernama SDF Media & Events SDN BHD telah diberi 2 kontrak yang berjumlah RM 360,000 untuk dua majlis yang berbeza yang tidak masuk akal. Pertama, syarikat berkenaan diberi kontrak untuk majlis sambutan hari raya YS yang bernilai RM 320,000. Kedua, syarikat berkenaan diberi kontrak yang bernilai RM 40,000 untuk majlis perasmian Sekolah Maahad Tahfiz Kiblah di Dengkil Selangor. Sekolah berkenaan menyewa bangunan YS dan sekolah itu ada hubung kait yang rapat dengan pimpinan PAS. Yang menjadi persoalan disini adalah kenapa perlu YS mengeluarkan wang mereka untuk majlis perasmian sekolah yang disewa dari mereka ? Sepatutnya segala kos perlu ditanggung oleh penyewa dan bukannya sama sekali menjadi tanggungjawab YS. Apa yang dinyatakan diatas telah pun menjadikan perhatian umum sejak 2010. Di sini, kami ingin menyatakan satu perkara yang belum lagi diketahui umum. Seperti yang dijanjikan, hari ini kami muncul dengan bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor sepertimana yang kami janjikan semalam. Dalam akhbar rasmi Kerajaan Selangor edisi 16-23 Mac 2012 , Ilham Marzuki berazam untuk mengheret 3 bekas MB Selangor di zaman BN ke mahkamah atas alasan berlaku ketirisan sebanyak RM 500 juta semasa zaman bekas-bekas MB itu memerintah Selangor. Ilham Marzuki produk PKR, sudah tentu dia cukup hebat untuk memutar belitkan cerita bagi mengalihkan perhatian orang ramai kepada penyelewengan –penyelewengan beliau semasa disoal siasat oleh SELCAT. Rasuah tidak mengenal jumlah, kesalahan dan dosanya tetap sama. RM 500 juta atau RM 500, hatta RM 5 , rasuah tetap rasuah. Semenjak Ilham dilantik sebagai pengurus besar, YS sering dikunjungi oleh para-para kenalan Ilham Marzuki termasuklah seorang kenalan rapatnya yang juga Ahli Parlimen Pas Kuala Krai, Hatta Ramli. Pada pertengahan Julai 2010 Ilham Marzuki telah mengeluarkan arahan supaya peruntukan RM 20, 000 dikeluarkan untuk belanja satu majlis makan di bilik mesyuarat tingkat 18 YS. Yang mana majlis makan malam tersebut dihadiri oleh kenalan Ilham Marzuki yang majoritinya bekas pelajar MCKK dan golongan yang memperjuangkan Anwar Ibrahim. Pada majlis itu pelbagai perkara yang mereka bualkan, termasuklah peluang-peluang perniagaan dengan YS dan Hatta Ramli ada memaklumkan kepada mereka-mereka yang datang bahawa YS boleh agih-agihkan dana dan sebarang kekurangan dana untuk kegiatan politik boleh diperolehi dari YS. Hubungan akrab Hatta Ramli dengan Ilham Marzuki tidak boleh dinafikan dan Hatta boleh mempengaruhi Ilham untuk melakukan sebarang keputusan. Pada tahun 2010 Hatta Ramli melalui perbualan telefon telah menyarankan agar YS membeli 10,000 naskah Al-Quran secara rundingan terus dari sebuah syarikat milik kepada adik Sheikh Ismail iaitu pemilik sekolah Tahfiz Kiblah yang menyewa bangunan YS di Dengkil. Al Quran itu dikatakan dari Syria dan dijual dengan harga RM 22.50 senaskah kepada YS. Mengikut maklumat yang kami terima pula Al Quran itu dibeli dari sebuah syarikat di Hulu Klang dan dijual kepada YS. Soal darimana Al Quran itu datang tidak menjadi masalah, apa yang kami ingin dedahkan disini hari ini adalah tentang penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Ilham Marzuki untuk menolong syarikat kroni-kroninya. Sebutharga dari syarikat adik kepada kenalan rapat Hatta Ramli kepada YS yang bertarikh 15 Oktober 2010
Ruangan payment terms: Pembekal menyatakan 50 % dari jumlah bayaran pesanan perlu dibayar pada keesokan harinya iaitu 19 Oktober 2010 dan bakinya perlu dibayar semasa penghantaran Al Quran. Terdapat catitan dibahagian bawah yang menyatakan “untuk mengelakan kelewatan sila urus pembayaran mengikut jadual”. Dicatatkan oleh Pengurus Besar YS , Ilham Bin Marzuki (IBM) pada 18.10.2010. ys_2
Memo memohonan kelulusan daripada timbalan pengurus besar kepada pengurus besar 18 Oktober 2010. Dibahagian bawah ruangan diluluskan telah dibulat oleh oleh Ilham Marzuki dan dicatitkan “Ini adalah program sempena 40 tahun YS. YS akan menyembah senaskah Al Quran kpd DYMM Tuanku Sultan dan 10,000 naskah kepada rakyat di 9 daerah negeri Selangor. Moga diberkatinya” Bertarikh 18.Oktober.2010 Timbalan pengurus besar kembali memohon kelulusan pengurus besar untuk melantik syarikat berkenaan sebagai pembekal. Sedangkan dokumen 1 secara jelas menunjukkan bukan sahaja pengurus besar telah bersetuju , malah telah mengarahkan timbalan pengurus besar menguruskan pembayaran mengikut jadual. Masing-masing cuba bermain jalan selamat (play safe) Dokumen 1 menunjukkan minit yang dicatitkan oleh pengurus besar tidak mempunyai tandatangan. Hanya dicatat IBM. Timbalan pengurus besar bimbang beliau dipersalahkan jika timbul isu kerana kontrak diberi kepada syarikat kroni pengurus besar tanpa melalui tender terbuka , lalu dia memilih untuk mendapat kelulusan secara sah dari pengurus besar. ys_3 Dokumen 3a ys_4 dokumen 3b Keterangan dokumen 3a dan 3b Surat tawaran kerja kepada syarikat Dakwah Corner Bookstore (M) Sdn Bhd yang dikeluarkan oleh Pengurus Besar YS yang bertarikh 18 Oktober 2010. Dicatatkan pada perkara ke 3 bahagian IV: Yayasan Selangor berhak menahan bayaran 5% daripada jumlah keseluruhan kontrak pembekalan ini sehingga Yayasan Selangor berpuashati dengan semua kerja pembekalan yang dilaksanakan pembekal. Ini adalah antara sebahagian pendedahan yang boleh dijadikan bukti jelas pelbagai penyelewengan sedang bermaharaya lela dalam perbadanan milik kerajaan negeri. Kesimpulannya keseluruhan proses ini daripada saat pengurus besar menerima sebut harga kepada mengeluarkan surat tawaran dan sehinggalah kepada proses pengeluaran bayaran penuh semuanya selesai dalam masa satu hari pada 18 Oktober 2010. Sebelum barang yang dipesan diterima oleh YS , bayaran 100 % telah diproses dan dikeluarkan. Malah sebelum pembekal memberi persetujuan (dokumen 4) untuk menerima arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh YS , pihak YS dengan telah selesai memproses bayaran penuh kepada pembekal. Beberapa hari lepas MB Selangor dengan penuh lagak dan ego berkata bahawa beliau boleh menunjukkan BN cara tadbir dengan betul. Apakah apa yang dilakukan YS satu contoh pentadbiran yang telus, yang amanah, yang tidak mengamal kronisme, yang tidak salah guna kuasa ? Semoga Khalid Ibrahim belajar depan cermin untuk menyikat rambut dengan betul.Sumber Sel13.com

ISU ANCAM BAKAR LOJI LYNAS: MCA CABAR PEMBANGKANG

MCA mencabar pembangkang menyatakan pendirian mereka mengenai ancaman pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack untuk membakar loji nadir bumi Lynas Corp di Gebeng, di sini sekiranya Barisan Nasional (BN) tidak menutup loji itu apabila terus berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang. Pengerusi MCA Bahagian Bentong Datuk Hoh Khai Mun berkata DAP dan sekutunya dalam pakatan pembangkang seperti PASdan PKR perlu bertanggungjawab terhadap ancaman yang disuarakan Wong itu. Katanya akibat mengamalkan politik kebencian, DAP dan rakannya sering menyeru anggota mereka dan orang ramai supaya turun ke jalan raya bagi tujuan menggulingkan kerajaan. “Kali ini, seorang daripada pengikut mereka bertindak terlalu jauh dalam menyahut seruan Pakatan (pembangkang) untuk menyalakan api kebencian, tanpa memikirkan kesan segera dan jangka panjangnya terhadap orang ramai,” katanya. Hoh mencabar DAP, PAS dan PKR menyatakan pendirian mereka tentang keghairahan Wong mengenakan tekanan terhadap pihak berkuasa tanpa sebab munasabah dan secara tidak langsung mempengaruhi orang ramai supaya melanggar undang-undang. Hoh,yang juga anggota Exco Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan berkata ancaman Wong untuk membakar sebuah bangunan itu samalah seperti mengugut kerajaan yang dipilih serta rakyat dan perbuatan itu boleh mencetuskan huru-hara. Semalam, Wong memberitahu portal berita The Malaysian Insider bahawa mereka (Himpunan Hijau) akan membakar kilang berkenaan sekiranya kerajaan yang baharu dipilih tidak menutupnya selepas pilihan raya umum 2013.

ANWAR AKUI TIDAK SELAMAT

Bila Anwar Ibrahim membayangkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang, perkembangan ini sekaligus membuktikan ketua Pembangkang itu mulai terasa kedudukannya semakin tidak selamaat lagi. Malahan ada ura ura sekumpulan ahli akar umbi PKR di Pulau Pinang sedang menggiatkan gerakan untuk menjatuhkan beliau kerana tidak berpuas hati dengan kepemimpinan parti itu mendorong beliau untuk meninggalkan Parlimen tersebut. Kumpulan itu kini dilaporkan sedang giat mengumpul ahli sebagai persiapan untuk memastikan matlamat menolak kepemimpinan Ketua Umum PKR itu menjadi kenyataan, lapor bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah kepada Berita Harian. Aminah juga salah seorang ahli kumpulan turut diminta menyertai gerakan itu yang bermula dari kampung Anwar sendiri di Cherok Tok Kun, kawasan Parlimen Permatang Pauh. “Jika di kawasan Anwar sendiri ahli parti itu boleh berpaling tadah, bayangkan di kawasan lain yang tidak diwakilinya. “Ketika ini gerakan menjatuhkan Anwar memberi tumpuan untuk memastikan perubahan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13). “Tidak mustahil juga kumpulan itu akan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepemimpinan PKR,” katanya. Anwar dalam wawancara dengan Sinar Harian baru-baru ini telah mendedahkan dua indikasi yang menarik, pertama, beliau membayangkan berkemungkinan tidak akan mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh dan akan bertanding di kawasan parlimen lain yang belum diumumkan lagi.
Kedua, Anwar turut membayangkan dalam PRU13 ini bukan bermatlamatkan untuk memburu jawatan Perdana Menteri, sebaliknya untuk menjaga kepentingan rakyat, berbeza dengan ucapan-ucapan kempennya sepanjang 4 tahun lepas Perubahan nada kempen Anwar itu hampir sama dengan kempen dalam Pilihanraya Negeri Sarawak, daripada berkempen dengan penuh yakin dapat mengambil alih tampuk pemerintahan kepimpinan negeri, sehingga menabalkan bakal Ketua Menteri, Baru Bian, kepada bermatlamatkan mahu mengurangkan majoriti dua pertiga kepimpinan kerajaan negeri beberapa hari sebelum hari mengundi. Perubahan nada kempen Anwar itu hampir bertepatan dengan keputusan rasmi yang diumumkan pada 16 April 2011, di mana cita-cita Anwar untuk mengurangkan majoriti 2/3 tidak kesampaian apatah lagi mahu menawan kerajaan negeri itu apabila PKR dan Pas kalah teruk, berbanding dengan DAP. Keputusannya, DAP memenangi 12 kerusi, PKR, 3 kerusi dan Pas gagal memenangi apa-apa kerusi, berbanding dengan calon yang dipertandingkan PKR, 49 calon; DAP, 15 calon; dan PAS, 5 calon. Anwar akhirnya melarikan diri ke luar negara, melupakan janji politik di Sarawak dan kembali semula dengan janji baru untuk menawan Putrajaya dalam PRU13.-AIDC

Isnin, 4 Februari 2013

PM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT TPM KYRGYZSTAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkesempatan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Kyrgyzstan, Djoomart Otorbaev yang mengadakan kunjungan hormat di Seri Perdana Rabu lalu. Kunjungan hormat itu adalah sebahagian daripada rangka lawatan kerja beliau selama empat hari ke negara ini. Dalam pertemuan itu, Djoomart yang bertanggungjawab dalam bidang ekonomi dan kewangan menyatakan minat Kyrgyzstan dalam meneroka kerjasama dalam bidang pelaburan dengan Malaysia. 'Saya harap pertemuan ini akan merapatkan lagi hubungan Malaysia dan Kyrgyzstan, sekali gus dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara". kata PM dalam email yang dihantarkan kepada rakan rakan media hari ini.

UGUTAN PUAK PENENTANG LYNAS TIDAK BOLEH DIPANDANG RINGAN

Ugutan kumpulan aktivis alam sekitar Himpunan Hijau untuk membakar loji nadir bumi Lynas Corps jika kerajaan baru yang dipilih gagal untuk menutupnya selepas Pilihan Raya 2013,tidak harus di pandang ringan. Sikap ganas yang ditunjukkan itu adalah satu yang keterlaluan dan melampaui batasan dan tata susila rakyat negara ini dan pihak berkuasa tidak haru melihatnya sebagai ugutan poltik sebaliknya sebagai satu ugutan jenayah. Pengerusinya Wong Tack harus bertanggjawab dengan ugutan tersebut dan jangan melempar batu sembunyi tangan dan mendapat perlindungan politik dari parti parti yang mendalangi aktiviti mereka selama ini.
Wong memberitahu The Malaysian Insider kumpulan anti-Lynas akan membakar loji pemprosesan tersebut dengan rasa “marah dan kecewa” jika kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) masih kekal berkuasa. Beliau berkata amaran tersebut juga terpakai jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya memperoleh kuasa tetapi gagal untuk memenuhi janji mereka untuk menutup loji Lynas tersebut. “Jika Pakatan ditampuk kuasa dan masih enggan untuk menutup kilang, mereka (rakyat) akan menjadi lebih kecewa dan marah ... Pegangan kami adalah kami akan merancang satu lagi pemberontakan, menjatuhkan Pakatan Rakyat dan membakar kilang,” katanya. Beliau menyatakan Himpunan Hijau kini memberi sokongan kepada pembangkang kerana janji mereka untuk menutup operasi Lynas dan perlombongan emas Bukit Koman yang melibatkan penggunaan sianida. Tindakan keterlaluan kumpulan yang menentang projek loji nadir bumi Lynas ini tidak lagi harus di lihat sebagai agenda politik walaupun yang mendokong perjuangan mereka adalah kalangan pemimpin dan parti politik pembangkang. Malahan kalangan pemimpin parti politik juga harus dipertanggjawabkan sekiranya wujudnya tanda tanda yang boleh mencetuskan keadaan tegang dan menudaratkan rakyat dan negara.