Selasa, 5 Februari 2013

ANWAR AKUI TIDAK SELAMAT

Bila Anwar Ibrahim membayangkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang, perkembangan ini sekaligus membuktikan ketua Pembangkang itu mulai terasa kedudukannya semakin tidak selamaat lagi. Malahan ada ura ura sekumpulan ahli akar umbi PKR di Pulau Pinang sedang menggiatkan gerakan untuk menjatuhkan beliau kerana tidak berpuas hati dengan kepemimpinan parti itu mendorong beliau untuk meninggalkan Parlimen tersebut. Kumpulan itu kini dilaporkan sedang giat mengumpul ahli sebagai persiapan untuk memastikan matlamat menolak kepemimpinan Ketua Umum PKR itu menjadi kenyataan, lapor bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah kepada Berita Harian. Aminah juga salah seorang ahli kumpulan turut diminta menyertai gerakan itu yang bermula dari kampung Anwar sendiri di Cherok Tok Kun, kawasan Parlimen Permatang Pauh. “Jika di kawasan Anwar sendiri ahli parti itu boleh berpaling tadah, bayangkan di kawasan lain yang tidak diwakilinya. “Ketika ini gerakan menjatuhkan Anwar memberi tumpuan untuk memastikan perubahan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13). “Tidak mustahil juga kumpulan itu akan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepemimpinan PKR,” katanya. Anwar dalam wawancara dengan Sinar Harian baru-baru ini telah mendedahkan dua indikasi yang menarik, pertama, beliau membayangkan berkemungkinan tidak akan mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh dan akan bertanding di kawasan parlimen lain yang belum diumumkan lagi.
Kedua, Anwar turut membayangkan dalam PRU13 ini bukan bermatlamatkan untuk memburu jawatan Perdana Menteri, sebaliknya untuk menjaga kepentingan rakyat, berbeza dengan ucapan-ucapan kempennya sepanjang 4 tahun lepas Perubahan nada kempen Anwar itu hampir sama dengan kempen dalam Pilihanraya Negeri Sarawak, daripada berkempen dengan penuh yakin dapat mengambil alih tampuk pemerintahan kepimpinan negeri, sehingga menabalkan bakal Ketua Menteri, Baru Bian, kepada bermatlamatkan mahu mengurangkan majoriti dua pertiga kepimpinan kerajaan negeri beberapa hari sebelum hari mengundi. Perubahan nada kempen Anwar itu hampir bertepatan dengan keputusan rasmi yang diumumkan pada 16 April 2011, di mana cita-cita Anwar untuk mengurangkan majoriti 2/3 tidak kesampaian apatah lagi mahu menawan kerajaan negeri itu apabila PKR dan Pas kalah teruk, berbanding dengan DAP. Keputusannya, DAP memenangi 12 kerusi, PKR, 3 kerusi dan Pas gagal memenangi apa-apa kerusi, berbanding dengan calon yang dipertandingkan PKR, 49 calon; DAP, 15 calon; dan PAS, 5 calon. Anwar akhirnya melarikan diri ke luar negara, melupakan janji politik di Sarawak dan kembali semula dengan janji baru untuk menawan Putrajaya dalam PRU13.-AIDC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan