Ahad, 13 Januari 2013
PAS HARUS BELAJAR DARI TRAGEDI INI...
Bila Dewan Syura PAS yang bermesyuarat malam tadi memutuskan pengunaan kalimah Allah adalah kalimah suci umat Islam yang hanya untuk umat Islam saja sekaligus keputusan itu mengenepikan apa yang dipertahankan Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang dan Musyidul PAS, Haji Nik Aziz ekoran desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini.
Apapun dengan keputusan itu, seluruh umat Islam akan merasa lega dan tidak lagi terkeliru dengan kenyataan dua pemimpin besar PAS itu yang mempunyai didikan agama dan menjadi ikutan puak yang taksub.
Walapun isu itu hanya mampu berkitar dalam polimik politik tanahair lebih kurang satu bulan saja tetapi ia cukup untuk meninggalkan kesan besar kepada umat Islam hingga memaksa ilmuan Islam dan Mufti campur tangan.
Sayangnya, sikap taksub sesetengah pihak terutama yang cetek agama terus saja menghukum ilmuan dan mufti sekaligus menghina mereka dengan pelbagai tuduhan tanpa melihat isu sebenar.
Malahan kalangan penulis yang memperjuangkan penyalahgunaan isu itu turun dihemtam dengan pelbagai tohmahan dan penghinaan oleh mereka yang tidak bijak melihat isu ini dan hanya mengaitkannya dengan isu politik sempit mereka.
Apapun anggapan dan pandangan, keputusan dari Dewan Syura ini adalah satu pendirian tegas yang tidak harus terus dipolitikkan lagi walaupun barangkali akan ada desakan desakan lain dari kalangan sekutu PAS terutama DAP dan PKR yang tentunya tidak senang dengan perkembangan tersebut.
Anggapkan apa yang terjadi itu sebagai satu tragedi bagi PAS yang begitu ghairah berkerjasama dengan parti kafir yang jelas tidak menerima Islam semata mata untuk menawan Putrajaya.
Pengikut PAS harus terima dengan hati terbuka pendirian Dewan Syura itu dan barangkali juga segala kebenaran ini terserlah ekoran solat hajat dan doa yang sering dilakukan mereka dalam usaha mencari kebenaran.
Bagi Haji Hadi dan Nik Aziz pula,tidak harus terus mengekalkan ego masing masing dan kembalilah menerima kenyataan dan tidak perlu lagi berdolak dalih. Kebenaran sudah berada di depan mata! Jangan sentiasa menjadi kaldai.
Sabtu, 12 Januari 2013
Himpunan Pakatan Rakyat@shamsidar tidak beri tekanan pada BN
Penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang dipercayai dapat menghimpunkan sekitar 100,000 orang semalam, tidak memberi tekanan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN)
Ketua Penerangan dan Publisiti BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, tiada apa yang perlu dibuktikan penganjur kerana perhimpunan sebelum ini gagal capai matlamat malah ada bertukar menjadi kekacauan.
Menurutnya, himpunan sebegitu dianjurkan untuk menyaingi program Jelajah Janji Ditepati anjuran BN yang berjaya tarik kehadiran ramai rakyat.
“Program Jelajah Janji Ditepati yang merantau ke seluruh negara menerima sambutan baik. Ia berbeza dengan penganjuran himpunan mereka yang hanya bertujuan mengalihkan isu yang membelenggu pembangkang.
“Umno/BN tidak bimbang atau rasa tergugat dengan penganjuran itu. Kita bimbang berlaku kekacauan dan huru-hara seperti Bersih 2.0 sehingga menyebabkan ramai pihak rugi selain pelabur melarikan diri,” katanya yang juga Ketua Penerangan Umno.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini menyifatkan tiada kesepakatan pendirian pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH.
Katanya, walaupun terdapat pemimpin kanan pakatan cuba redakan keadaan, namun kenyataan dikeluarkan pemimpin tertinggi Pas menyebabkan mereka menolaknya.
Perhimpuan Shamsidar: Terima kasih Anwar!
Perhimpunan Pakatan Rakyat@Shamsidar yang digembargemburkan untuk mengumpul satu juta rakyat pada petang tadi hanya mampu menarik dalam lingkungan 10 peratus daripada apa yang disasarkan penganjur.
Walaupun Encik Anwar Ibrahim mendakwa perhimpunan ini berjaya memberi semangat baru kepada rakyat dan mengumpul kekuatan baru bagi menghadapi kerajaan Barisan Nasional tetapi hakikatnya ia gagal memcapai apa yang diharapkan.
Selain kegagalan untuk menarik ramai penyokongnya berkumpul sebagaimana yang diharapkan, perhimpunan kali ini juga tidak berjaya mencetuskan ketegangan yang sengaja diprovok bagi mencemarkan imaj pegawai keselamatan sebagaimana sebelum ini.
Kebijaksanaan anggota keselamatan mengawal keadaan walaupun jelas berlaku pelanggraan undang undang oleh puak berkenaan tetap ia gagal mencetuskan ketegangan walaupun ia adalah sebahagian daripada agenda puak tersebut.
Walaupun pengunaan wang turut memainkan peranan sebagaimana dilaporkan ada peserta yang menerima sehingga rm200 setiap seorang tetapi ia masih gagal untuk mengumpul seramai yang disasarkan atau sekurang kurangnya semaksima 50 peratus daripada yang diharapkan.
Barangkali Mohamad Sabu dan Hishamuddin Rais yang paling tidak begitu gembira walaupun Anwar sendiri sudah cukup berjaya dalam usahanya untuk melindungi Shamsidar yang akan turut di heret ke mahkamah nanti ekoran saman yang dikemukan terhadap sahabat karibnya Datuk Nalakaruppan.
Dengan berakhir perhimpunan itu tadi membuktikan kekuatan Anwar tidaklah sehabat sebagaimana yang diwarwarkan sebelum ini.Seperti biasa saudagar tipu itu sentiasa terus memukul canang dengan mendakwa rakyat telah menyebelahi dia...
Hakikatnya, ramai sudah mula muak dengan lakononnya dan agenda peribadinya setiap kali bila berdepan dengan sesuatu isu.
Apapun bagi kerajaan Barisan Nasional dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendiri harus merasa lega dengan penganjuran perhimpunan tadi kerana ini satu bukti jelas bahawa kerajaan tidak pernah menghalang sebarang perhimpunan kalau di adakan secara tertib dan sentiasa memberi peluang kepada rakyat untuk bersuara
Sudah dengar suara suara yang memuji langkag kerajaan itu dan sekaligus menimbulkan kemarahan kepada pihak pembangkang yang tidak habis habis menyusahkan rakyat dan terutamanya peniaga di bandar raya.
Kerajaan sudah berjaya membuktikan suara rakyat akan sentiasa di dahulukan walaupun di kalangan mereka yang sentiasa menentang kerajaan.Asalkan setiap penganjuran melalui proses dan saluran yang betul.
Sekurang kurangnya puak puak Anwar terutama Mat Sabu dan Hishamuddin Rais berjaya membantu kerajaan kembalikan imej buruk yang dibuat dengan pelbagai dakwaan buruk sebelum ini. Terima kasih Encik Anwar!.
Jumaat, 11 Januari 2013
Himpunan Jadi Taktik Terakhir Selepas Fitnah dan Manipulasi Gagal
Pakatan pembangkang telah terbukti ketandusan idea lantaran pelbagai perkara yang dilaksanakan mereka dalam usaha untuk memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk menyerang peribadi para pemimpinnya menemui jalan mati, kata Penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Dr. Zainal Kling.
Soalnya, apa lagi yang tinggal untuk dilaksanakan oleh pakatan pembangkang sebagai taktik terakhir mereka bagi menghidupkan semangat ahli-ahlinya dikalangan rakyat selain daripada mengadakan perhimpunan?
“Sebelum ini pelbagai fitnah dan manipulasi telah dilontarkan oleh pakatan pembangkang tetapi dengan gerakan berterusan kepimpinan BN yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menjaga kebajikan rakyat maka mereka gagal mendapat pulangan apa-apa,” katanya kepada UMNO-Online.
Tegas beliau, biar apa pun nama himpunan yang diadakan oleh pakatan pembangkang tetapi yang jelas ia telah ditolak oleh rakyat lantaran lebih banyak keburukan yang berlaku dan mengganggu kesejahteraan awam berdasarkan beberapa siri himpunan yang lalu.
“Perhimpunan adalah pilihan terakhir mereka kerana banyak perkara yang dilakukan gagal dan jika mahu bergantung kepada kemantapan parti secara jelas tidak ada apa yang boleh dibanggakan.
“Jika mahu mengharapkan kepada pentadbiran mereka ternyata tidak apa yang boleh dijadikan sebagai bukti kerana di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor mereka berdepan dengan pelbagai isu bersama rakyat.
“Jika melihat kepada kedudukan Pas hari ini maka perpecahan terang-terangan berlaku lantaran perbezaan pendapat dikalangan golongan ulama dan kepimpinannya sementara PKR lebih diselimuti dengan masalah moral pemimpinnya selain DAP yang sekarang kacau-bilau dan dikecam hebat kerana pemilihan Jawatan Kuasa Pusat (CEC) dikatakan tidak telus.”
Beliau yang juga Profesor Pelawat di Universiti Utara Malaysia (UUM) menjelaskan bahawa nama PR yang diketengahkan oleh mereka amat sesuai sebagaimana perlakuan parti terbabit yang lebih bertumpu kepada ‘public relation’.
Dilaporkan pakatan pembangkang akan menganjurkan himpunan yang dinamakan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang mensasarkan kehadiran sejuta rakyat di Stadium Merdeka. – MediaUMNO
1
Khamis, 10 Januari 2013
Awas agenda besar Anwar!...
Sebagaimana yang di rancang, puak pembangkang akan menganjurkan satu perhimpunan besar yang mesasarkan lebih 1 juta rupiah rakyat ( terpaksa guna satu juta rupiah biar nampak lebih besar).
Perhimpunan yang dinamakan Perhimpuan Pakatan Rakyat@ Shamsidar dicetuskan sebaik sahaja mahkamah menolak cubaan Anwar untuk mengenepikan beberapa nama dalam kes yang dibawa oleh bekas sahabat karibnya, Datuk Nalakaruppan.
Antaranya nama yang gagal diketepikan Anwar adalah Shamsidar, isteri kepada bekas Setiausaha sulitnya Azmin Ali yang kini menjadi orang kanan dalam parti diasaskan Anawar.
Dengan kegagalan itu, nama nama tersebut akan menjadi saksi di mahkamah dan terdedah pelbagai kemuskilan yang berlegar sebelum ini dan tentunya, Datuk Nalla mempunyai bukti kukuh untuk membuka mulut mereka ini termasuk juga Shamdidar.
Ekoran dari keputusan mahkamah itu jugalah, tercetusnya perhimpunan ini yang mana sudah menjadi kebiasaan Anwar mengunakan rakyat sebagai benteng menutup kerakusan nafsunya, sebagaimana kes Saiful dulu, dia cetuskan pilihanraya kecil Permatang Pauh, Perhimpunan bersih yang kotor dan sebagai.
Kali ini, bekas sahabat karibnya yang dayus, Hishamuddin Rais diberikan peranan untuk menghasut golongan muda bagi turut serta dalam perhimpunan esok dengan pelbagai tipu helah mereka uuntuk mengaburi mata rakyat.
Hishamuddin yang pernah menghilangkan diri selepas peristiwa baling awal tahun 70 dulu dan muncul kembali sewaktu Anwar berada dalam kerajaan, turut menghasut rakyat bagi turut serta dalam perhimpunan untuk menjatuhkan kerajaan.
Jelas niat mereka perhimpunan untuk Shamsidar itu adalah untuk menjatuhkan kerajaan secara jalanan dan bukan melalui pilihanraya dan bukan sekadar memprotes tindakan kerajaan.
Kalau melalui pilihanraya kenapa mereka perlu adakan perhimpunan sekarang sedangkan pilihanraya semakin hampir dan tidak mustahil hanya tinggal tidak sampai 100 hari lagi.
Tetapi agenda mereka yang lebih besar dari itu mendorong perhimpunan untuk shamsidar ini diadakan dengan mengemukakan lapan alasan untuk mengelirukan rakyat.
Kerahan tenaga terpaksa dibuat dengan kos yang agak tinggi dan setiap pemimpin parti pembangkang di beri peranan tertentu tetapi seperti biasa Anwar hanya akan melihat dari jauh dan baling batu sembunyi tangan.
Susunan dan gerakan mereka yang akan bergerak berkumpulan dari satu kawasan tertentu untuk menuju ke Stadium Merdeka juga sebagai bukti ada agenda besar yang mereka selindungkan.
Kenapa tidak perlu terus saja mengarahkan penyokong terus sahaja ke stadium dan barangkali permit perhimpunan diluluskan untuk perhimpunan di Stadium Merdeka dan tidak di tempat lain seperti Dataran Merdeka, KLCC, Masjid Negara dan sebagainya.
Tentunya pergerakan yang akan bermula di beberapa tempat akan menyebabkan kesesakan jalanraya, kerosakan harta benda, kerugian kepada peniaga, pemandu teksi dan menakutkan pelancung dan boleh menimbulkan ketegangan kepada pihak berkuasa.
Suasana ini yang mereka cari bagi menimbulkan kemarahan kepada kerajaan yang pihak berkuasa akan berada dalam delima, bertindak salah tak bertidak pun salah dan tentunya media asing akan memainkan peranan mereka...
Tentunya pelbagai provikasi akan dicetuskan bagi menunjukkan kekejaman anggota keselamatan dan cuma dua ingatan untuk penganjur, Hishamuddin bawa beg pakaian sekali nanti senang nak lari dan Mat Sabu jangan lagi lari naik motosikal nanti polis langgar lagi sekali...
Siapa Hishamuddin Rais yang mengepalai perhimpunan 12 Januari..
Semenjak kepulangannya ke Malaysia, hanya dalam tempoh setahun sahaja Hishamuddin Rais tutup mulut. Namun dasar agen subversif sepertinya, tidak akan berdiam diri selama-lamanya. Apatah lagi, kerap kali dia dilihat menerima panggilan telefon misteri dan dia sentiasa cuba bersembunyi apabila panggilan telefon itu dijawab. Apabila Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan kerana kesalahan meliwat serta rasuah salahguna kuasa, Hishamuddin Rais mulai tunjuk belang.
Bergabung dengan Tian Chua dan kepala-kepala bengkeng yang lain, Hishamuddin Rais merencanakan pelbagai rusuhan dan demonstrasi liar. Walaupun kelihatan seperti ingin mendesak Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir agar membebaskan Anwar Ibrahim, tetapi motif sebenar ialah menimbulkan kekacauan dan campurtangan dari Amerika Syarikat ke atas negara ini menjadi realiti.
Dalam apa juga keadaan, Hishamuddin Rais cuba menunjukkan dan membuktikan dia adalah seorang ilmuwan walaupun hakikatnya dia tidak banyak tahu tentang sejarah negara ini. Kepetahan dan kelicikannya selain persepsi ramai bahawa sepanjang dia menjadi pelarian di negara asing, banyak ilmu yang telah ditimbanya, menjadikan Hishamuddin Rais seperti Sang Dewa yang dipercayai memberi kehidupan baru kepada generasi muda.
Hishamuddin Rais dan kepercayaannya terhadap Sosialisme dan Marxisme tidak pernah surut meskipun, usianya semakin menghampirkannya dengan liang lahad. Hishamuddin Rais masih lagi percaya tentang teori golongan pekerja adalah penguasa dan kapitalis adalah musuh kemanusiaan.
Budaya samseng dan rukun hidup komunis yang mahu bertapak seperti demonstrasi liar, telah disuburkan oleh Hishamuddin Rais yang memberikan bantuan sepenuhnya kepada Anwar Ibrahim. Cakap sahaja, apa demonstrasi di Kuala Lumpur yang tidak disertai oleh Hishamuddin Rais. Bahkan, apa demonstrasi besar Pakatan Rakyat di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak dirancang oleh Hishamuddin Rais.
Malah sewaktu Himpunan Sejuta Rakyat kononnya di Kelana Jaya, budaya tunjuk punggung mula diperkenalkan oleh Hishamuddin Rais. Biarpun selepas itu, dia menangis-nangis dan merayu-rayu meminta maaf, ia sebenarnya hanyalah lakonan si sosialis tua untuk menagih simpati. Keinginannya untuk mengembangkan budaya kurang ajar dan biadap yang diimport dari golongan punk dan skinhead serta anggota komunis Eropah, terlalu menebal.
Anwar tahu keupayaan Hishamuddin Rais setelah lebih dua dekad berada di Eropah. Hubungan Hishamuddin Rais dengan pihak-pihak tertentu semenjak dari tahun 1974 tidak pernah terputus. Hishamuddin Rais suatu ketika pernah berlakon dan berbohong, kononnya dia pernah berada di Palestin menentang Zionis, walhal fahaman yang dianutinya dengan Zionis tiada jauh bezanya. Bahkan dia banyak menerima bantuan daripada Zionis dan hanya menunggu-nunggu masa untuk pulang ke Malaysia.
Hanya apabila Anwar Ibrahim memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan selepas Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Mahathir Mohamad bercuti dan mempersiapkan Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia serta melepaskan jawatan Presiden UMNO kepadanya, barulah Hishamuddin Rais pulang. Itu pun puas dikempen oleh media-media massa yang dikuasai oleh kroni-kroni Anwar Ibrahim pada waktu itu sehinggakan ada pula drama dan cerekarama yang digarap untuk ditayangkan di kaca televisyen bagi membenarkan Hishamuddin pulang.
Walaupun beberapa kali Hishamuddin Rais yang dipercayai sehingga kini masih perlu melaporkan diri ke Balai Polis Brickfield, telah ditahan namun kebijaksanaan peguam-peguam Pakatan Rakyat, berjaya membebaskannya. Hishamuddin Rais telah mempergunakan kemahiran yang diasahnya di luar negara untuk melepaskan diri, ditambah pula dengan bantuan peguam-peguam Pakatan Rakyat yang diketahui amat bijak memanipulasikan undang-undang di negara ini.
Bahkan, ditambah-tambah pula dengan kelemahan Pejabat Peguam Negara yang nampaknya lebih banyak memihak kepadanya, menjadikan Hishamuddin Rais seperti babi hutan yang gila hendak mengawan.
Petaka pijak gambar pemimpin dan tunjuk punggung seperti yang berlaku pada malam Ambang Merdeka tajaan Pakatan Rakyat di Dataran Merdeka, sebenarnya akan terus berlaku bahkan akan bertambah teruk selagi manusia bernama Hishamuddin Rais terus dibiarkan bebas.
Tiada sebarang kerugian sekiranya, Hishamuddin Rais yang sedang mengembangkan pembohongannya tentang sejarah bendera Malaysia dan sejarah kemerdekaan negara ini, disimpan atau didiamkan. Dia tidak pernah membawa sebarang jasa kepada negara ini. Sebelum keburukan yang lebih besar berlaku di Malaysia, pengajaran yang seharusnya diterima pada tahun 1974 lagi, perlu diberikan kepada Hishamuddin Rais.
Dia perlu disedarkan bahawa tangan yang mencincang, maka bahunya jugalah yang perlu menanggung
Rabu, 9 Januari 2013
Perhimpunan PR 12 Januari kerana tertekan hadapi pilihanraya
Tindakan Pakatan Rakyat (PR) mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini menunjukkan pihak berkenaan sudah rasa tertekan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
“Saya pun tak tahu mengapa mereka mahu menganjurkan satu tunjuk rasa tetapi umumnya ia dilakukan oleh kerana rasa tertekan,” kata beliau.
Himpunan Kebangkitan Rakyat diadakan antara lain untuk memberi tekanan ke atas kerajaan menjelang PRU13 bagi menyelesaikan isu-isu yang belum menemui penyelesaian.
“Saya tahu, mereka mahu mengadakan himpunan ini kerana pada 2013 ini mereka akan mencapai kemerosotan yang ketara dalam PRU, tidak menang dan kemudiannya mereka akan menuduh BN menipu dan SPR tipu.
"Inilah masalahnya apabila mereka akan lihat apa saja yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai salah,” kata beliau yang Setiausaha Agung Umno.
Jelas beliau lagi, segelintir pihak yang bertindak sedemikian mahukan sesuatu yang tidak diingini tercetus, malah mereka seolah-olah tidak rela kesatuan dalam kepelbagaian yang menjadi agenda negara diteruskan.
“Persoalannya kenapa perlu ada tunjuk rasa? Kalau nak kata SPR tak betul, maka tak mungkin mereka akan ada wakil rakyat dalam Parlimen.
"Kalaulah SPR ini ikut telunjuk Barisan Nasional, maka sudah pastilah 99.99 peratus adalah berpihak kepada BN dalam pilihan raya tapi SPR merupakan satu badan yang bebas, yang menjalankan tanggungjawabnya sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya.”
Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, rakyat Malaysia perlu disedarkan dengan sandiwara mereka kerana ramai orang yang cemburu dengan kedudukan negara ini yang mampu mengekalkan prestasi baik biarpun sebuah negara kecil.
“Saya berkeyakinan mereka yang nak menunjuk rasa ini mahu mendapat perhatian daripada luar negara, kawan-kawan mereka yang ada di luar negara terutamanya yang membiayai mereka kerana kalau tidak ada perbuatan sedemikian maka pembiayaan tidak akan dilaksanakan maka ini yang terpaksa dilakukan.
“Kalau nak bandingkan negara ini dengan negara-negara yang merdeka atau yang dekat dengan kita ternyata kita lebih maju daripada orang lain dengan kaedah ‘unity in diversity’. Mereka mahukan satu kaedah kekacauan dan kucar-kacir berlaku dalam negara kita ini.
Langgan:
Ulasan (Atom)







