Khamis, 31 Mac 2011

Durian dah berbunga...




Semalam sempat ke behrang, tanjung malim, sahabat lama ajak ke dusun durian.

Dah lama tak makan durian yang panas panas terus dari pokok, biasanya hanya makan durian yang di beli dari chow kit.

Durian dari chow kit tak kira musim dan sepanjang masa sentiasa ada. Durian Pahang, durian perak durian segamat.

Tapi bila nak membeli, yang menjual rata rata pedagang dari indonesia.

Persoalannya apakah mereka ini ada permit kerja atau PATI?, apakah langkah pihak berkuasa melihat isu ini.

Jangan sampai yang berbunga akan menjadi buah, yang buah menjadi pokok, yang pokok menjadi akar dan isu PATI terus menjadi isu "bisu" yang tidak ada penghujung.

Berkunjung lah ke pasar chow kit, pasar borong Selayang untuk mencari durian !


- Posted using BlogPress from my iPhone

Salam buat semua...

Salam buat semua, lama sudah tak singgah kat blog, tuntutan kerja, komitmen lain yang muncul dan tanggungjawab harian yang tidak dapat dielak.

Insallah akan muncul semula ekoran pelbagai isu yang tiba tiba mewarnai persada politik tanahair.

Daripada pilihanraya umum negeri Sarawak hingga kepada isu tape yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang menarik untuk diperkatakan.

Insallah kita akan kembali bertemu. Berani untuk benar!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Khamis, 27 Januari 2011

Suami Cikgu Mala kencing berlari...




Dalam keghairahah calon PAS, Cikgu Mala menjelajah ke seluruh DUN Tenang bagi bertemu pengundi untuk mendapatkan talian hayat yang semakin pendek memandangkan sehari dua lagi dia akan bergelar penggaggur terhormat dengan muda suami kesayangan yang juga penyokong tegar PAS membuat satu tindakan berani.

Cikgu Maarof, suami setia yang bersama CIkgu Mala telah melakukan satu pegorbanan yang besar semata-mata untuk isteri tersayang sehingga sanggup menipu untuk tidak hadir ke sekolah.

Cik Maarof yang mula mecetuskan penipuan bahawa dia menjadi mangsa kezalimah kali itu bukan saja menipu rakyat di Tenang tetapi menipu kerajaan dengan mengunakan surat cuti sakit untuk tidak ke sekolah.

Bila cikgu tipu sakit, sedangkan siang malam ke sana ke sini bersama isteri tersayang ia bukan sahaja tindakan yang salah tetapi juga mengajar anak murid kencing berlari.

Bila Cikgu kencing berdiri, anak murid akan kencing berlari. Apa akan jadi dengan anak murid bila cikgu yang konononya menjadi mangsa kezaliman kerajaan bertindak lebih teruk dari itu.

Adalah lebih baik bagi Cikgu Maarof turun mengikut jejak isterinya untuk turut sama meletak jawatan dan menjadi penceramah PAS selepas ini ataupun sekurang kurangnya menjadi bodyguard kepada isteri yang akan menjadi sri kandi kepada PAS Johor untuk menjelajah memaki harum kerajaan yang menyuapkan nasi ke mulutnya sebelum ini.

Bagi Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Hamidah Osman, tindakan Maarof itu
adalah suatu perbuatan tidak bermoral dan bertanggungjawab kerana meningggalkan amanah serta tugas sebagai pendidik demi kepentingan politik.

Hamidah Osman menyifatkan apa yang dilakukan oleh suami calon Pas pilihan raya kecil (PRK) DUN Tenang, Maarof Abdul Mutalib sebagai perbuatan menipu dengan mengambil cuti sakit hanya untuk membantu isterinya berkempen.

“Jangan salah gunakan cuti sakit, kalau benar-benar sakit, duduk rumah, berehat bukannya ambil cuti sakit untuk pergi berkempen, ini satu penipuan bukan sahaja menipu majikan tetapi anak murid turut jadi mangsa penipuan.

“Jika dia ingin membantu isterinya berkempen, dia boleh mohon cuti, bukannya dengan cara itu, apa yang dilakukan jelas membuktikan bahawa bukan sahaja pemimpin pembangkang sahaja pandai menipu, malah ahlinya juga turut menipu,” katanya.

Hamidah mengesa pihak yang terbabit menjalankan siasatan mengenai dakwaan itu dan tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang melarikan tugas tetapi melakukan kerja lain menggunakan cuti sakit.

“Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan, tindakan tegas perlu dimabil kerana apa yang dilakukan itu membabitkan pihak lain, rakan setugas dan pelajar sekolah terbabit menjadi mangsa kepada penipuannya.

“Inikah yang hendak kita jadikan contoh, orang macam ni kah yang hendak kita pilih sebagai pemimpin, cakap berjuang mengenai Islam tetapi suami sendiri menipu dibiarkan begitu sahaja, kita tidak mahu ada pemimpin sebegini,” katanya.

Menurutnya, apa yang berlaku itu jelas menunjukkan parti pembangkang terutamanya Pas sanggup mengahalalkan apa sahaja yang dilakukan oleh mereka walaupun perkara itu salah tetapi haram jika dilakukan oleh UMNO atau Barisan Nasional (BN).

Beliau berharap bukan sahaja pengundi di Tenang yang harus menolak parti pembangkang tetapi rakyat di seluruh negara perlu menilai apa yang dilakukan oleh mereka yang nampaknya lebih mementingkan kepentingan diri dan sanggup lari dari tanggungjawab hanya untuk berpolitik.

Selasa, 25 Januari 2011

Kalah semakin hampiri PAS...





Hari mengundi bagi PRK Tenang semakin hampir, suasana tenang di Pekan Labis dan sekitar DUN Tenang tidak lagi setenang dulu, orang luar semakin ramai berkampong di DUN Tenang.

Berkereta besar, bermotor besar,bercakap besar dan berbelanja besar bukan lagi menjadi sesuatu yang luas biasa walaupun pilihanaraya kecil kali ini, ada juga yang peliknya, antaranya keputusan PAS meletak calon Wanita untuk bertanding merampas kerusi tradisi UMNO itu.

Bagaimanapun menjelang hari pembuangan undi yang tinggal beberapa hari lagi sudah mula menampakkan keputusan yang jelas bahawa sekali lagi UMNO yang mewakili BN boleh terus mengekalkan kerusi DUN berkenaan.

Antaranya, bila PAS semakin tersepit memainkan isu, sebagai bukti parti itu sudah mula hilang pegangan dan rentak untuk berdepan dengan BN.

Seperti dakwaan bahawa kecuaian calon BN Mohd Azahar Ibrahim ketika menjadi penolong pegawai daerah Segamat, telah mengakibat tanah seorang penduduk dilelong tanpa pengetahuannya.

Dakwaan tersebut dibuat oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam satu sidang akhbar di Tenang hari ini.

Kes itu berlaku pada tahun 2003 sehingga mengakibatkan sebidang tanah milik Mansor Mohamad telah dilelong.

Bila PAS terpaksa memilih isu tersebut jelas membuktikan parti itu begitu tertekan dan seolah olah terpaksa bergantung pada sehelai rambut bila dalam lemas dan terpaksa mencipta isu.

Begitu juga bila Datuk Haji Nik Aziz juga sudah mula mengeluarkan fakwa baru bahawa PAS tidak pernah menghalag wanita bertanding sedangkan semua tahu pendirian parti itu dalam isu berkenaan sebelum ini.

Begitu juga dengan ceramah mereka yang hanya berjaya menarik beberapa kerat saja penduduk tempatan sebagai bukti jelas pengundi Tenang tidak lagi tenang dengan pesta janji palsu pembangkang dalam setiap ceramah mereka.

Beberepa perkembangan ini, barangkali langkah PAS memilih Cikgu Mala sebagai calon juga lebih kepada untuk menjadi kambing hitam bagi menutup kelemahan sendiri dan sedar nasib tidak lagi menyebelahi mereka sejak mula menjadi sekutu DAP dan PKR.

Apapun selamat Jalan PAS di Tenang dan selepas ini pengundi Tenang akan kembali tentang dengan Datuk Ai yang banyak mewarisi kepimpinan bapa beliau, Allahyarham Haji Ibrahim dan tertunai hasrat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melihat BN akan terus mengekalkan sekurang kurang 5000 undi majoriti.

Azhar komited untuk jadi calon- MB




Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman hari ini menafikan dakwaan kononnya Mohd Azahar Ibrahim enggan menjadi calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang.

“Dia komited untuk menjadi calon kita dan memenangi pilihan raya ini demi meneruskan pembangunan di DUN Tenang,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan kononnya Mohd Azahar, 39, tidak bersungguh-sungguh dalam kempennya kerana beliau dikatakan keberatan untuk menjadi calon.

Abdul Ghani, yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi kerusi Tenang itu, berkata Mohd Azahar menerima pemilihan beliau sebagai calon cuma bekas Penolong Pegawai Daerah Labis itu agak terkejut apabila dimaklumkan mengenai pemilihannya sehari sebelum pengumuman namanya dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu lepas.

Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar berdepan calon PAS Normala Sudirman, 38, yang juga Ketua Muslimat PAS Labis. Pengundian ialah pada Ahad ini.

Ketua Penerangan Umno Johor Datuk Samsol Bari Jamali pula mahu pasukan pemantau menyiasat dakwaan kononnya ada beberapa pelajar institusi pengajian tinggi dipercayai bekerja untuk PAS berkempen memburuk-burukkan nama BN dan Umno.

“Menggunakan pelajar untuk aktiviti kempen ini adalah sesuatu yang tidak sihat dan kita mahu ianya dihentikan,” katanya.

Tahniah buat kerajaan PR Selangor



Bila Menteri Besar Salangor,Tan Sri Khalid Ibrahim dengan angkuh memutuskan untuk mengadakan sidang tergempar sidang khas Dewan Undangan Negeri bagi memberi kuasa penuh kepada beliau untuk melakukan sesuka hati di negeri maju itu, ramai yang yakin tindakan berkenaan adalah satu pembaziran dan mainan politik sempit mereka.

Tetapi dengan mengunakan alasan untuk mengembalikan kuasa Sultan dan memelihara generasi akan datang, tanpa perhitungan waras beliau bertindak memanggil sidang khas berkenaan.

Hasilnya, pindaan Fasal 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang dibentangkan, itu tidak dapat dibacakan bagi bacaan kedua dan seterusnya.

Berdasarkan kiraan, 34 bersetuju, manakala 20 tidak bersetuju.

Pakatan Rakyat mempunyai 35 kerusi tetapi Speaker, Datuk Teng Chian Kim tidak boleh mengundi.

Bagi membolehkan pindaan itu diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor perlu mendapatkan dua pertiga undi iaitu sebanyak 37 undi daripada jumlah keseluruhan ahli dewan.

Bila keputusan yang dijangka lebih awal itu berlaku, jelas kerajaan negeri Selangor bukan berada dalam keadaan kukuh sebaliknya menjadi sebuah negeri yang tidak mampu untuk melakukan apa sahaja selain mainan politik murahan.

Sepatutnya bila keadaan ini berlaku, apa yang harus dibuat segera oleh Kkalid ialah meletak jawatan sebagai Menteri Besar atau satu tindakan yang lebih berani lagi bubar sahaja Dewan Undangan Negeri bagi rakyat membuat pilihan dan mengembalikan kuasa kepada rakyat.

Beliau tidak perlu berdolak dalih lagi dengan mula menampakkan sikap lembut terhadap Setiuasaha Kerajaan Nageri yang tidak disenangi sebelum ini.

Satu pengajaran kepada beliau, jangan terlalu cepat bongkak dan sanggup bertindak sesuka hati tanpa melihat keadaan sebenar. Jangan terlalu banyak berpolitik sehingga mata dibutakan dengan kerenah politik murahan.

Apapun tahniah buat Khalid kerana berjaya membuka pekungnya sendiri.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan motif kerajaan negeri Selangor mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor Isnin yang bertujuan meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

“Apakah usul yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) itu perlu? Adakah benar usul itu untuk memperkukuh kuasa Sultan atau ada tujuan peribadi dan kuasa Menteri Besar?

“Apakah muslihat di sebalik itu (sidang khas itu). Itu yang lebih utama,”katanya.

Muhyiddin berkata apa yang perlu dipersoalkan ialah mengenai kewajaran dan rasional sidang khas itu diadakan.

Pindaan itu adalah bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri yang kini di bawah kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkaitan, iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Tindakan itu diambil berikutan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dibantah oleh kerajaan negeri dengan alasan ia tidak dirujuk kepada Menteri Besar.

Khamis, 20 Januari 2011

UMNO Labis sokong penuh Azhar




UMNO Bahagian Labis memberi sokongan penuh terhadap pemilihan Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian itu Rosdin Mahamud berkata, walaupun sebelum ini namanya disenarai pendek sebagai calon BN, beliau tidak mempunyai masalah bekerjasama dan membantu Azahar memenangi pilihan raya kecil tersebut.

"Azahar merupakan batang tubuh yang dipinjamkan kepada parti untuk mewakili parti, tapi yang sebenarnya, inilah semangat yang perlu ada pada kita, kita tidak perlu nak melobi sana melobi sini...

"Siapa saja yang dipilih pucuk pimpinan, walaupun ada nama saya, nama naib, nama Ketua Pemuda, saya terbuka, kita serahkan kepada pucuk pimpinan," katanya pada sidang akhbar di pejabat Umno di sini.

Beliau berkata, adalah penting semua anggota di setiap peringkat menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan atasan bagi mendukung aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rosdin menyifatkan kredibiliti dan ketokohan Azahar, selain memiliki ramai kenalan kaum Cina, mampu menjadi kekuatan beliau untuk memenangi kerusi DU NTenang.

"Saya cukup berkeyakinan dengan kerjasama yang akan diberikan oleh seluruh pimpinan sama ada Pemuda, Wanita seluruh bahagian ditambah dengan parti-parti komponen dan NGO yang ada di Labis ini, kita akan dapat melihat satu keputusan yang cukup membanggakan kita," katanya - Putra Merdeka