Selasa, 25 Januari 2011

Tahniah buat kerajaan PR Selangor



Bila Menteri Besar Salangor,Tan Sri Khalid Ibrahim dengan angkuh memutuskan untuk mengadakan sidang tergempar sidang khas Dewan Undangan Negeri bagi memberi kuasa penuh kepada beliau untuk melakukan sesuka hati di negeri maju itu, ramai yang yakin tindakan berkenaan adalah satu pembaziran dan mainan politik sempit mereka.

Tetapi dengan mengunakan alasan untuk mengembalikan kuasa Sultan dan memelihara generasi akan datang, tanpa perhitungan waras beliau bertindak memanggil sidang khas berkenaan.

Hasilnya, pindaan Fasal 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang dibentangkan, itu tidak dapat dibacakan bagi bacaan kedua dan seterusnya.

Berdasarkan kiraan, 34 bersetuju, manakala 20 tidak bersetuju.

Pakatan Rakyat mempunyai 35 kerusi tetapi Speaker, Datuk Teng Chian Kim tidak boleh mengundi.

Bagi membolehkan pindaan itu diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor perlu mendapatkan dua pertiga undi iaitu sebanyak 37 undi daripada jumlah keseluruhan ahli dewan.

Bila keputusan yang dijangka lebih awal itu berlaku, jelas kerajaan negeri Selangor bukan berada dalam keadaan kukuh sebaliknya menjadi sebuah negeri yang tidak mampu untuk melakukan apa sahaja selain mainan politik murahan.

Sepatutnya bila keadaan ini berlaku, apa yang harus dibuat segera oleh Kkalid ialah meletak jawatan sebagai Menteri Besar atau satu tindakan yang lebih berani lagi bubar sahaja Dewan Undangan Negeri bagi rakyat membuat pilihan dan mengembalikan kuasa kepada rakyat.

Beliau tidak perlu berdolak dalih lagi dengan mula menampakkan sikap lembut terhadap Setiuasaha Kerajaan Nageri yang tidak disenangi sebelum ini.

Satu pengajaran kepada beliau, jangan terlalu cepat bongkak dan sanggup bertindak sesuka hati tanpa melihat keadaan sebenar. Jangan terlalu banyak berpolitik sehingga mata dibutakan dengan kerenah politik murahan.

Apapun tahniah buat Khalid kerana berjaya membuka pekungnya sendiri.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan motif kerajaan negeri Selangor mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor Isnin yang bertujuan meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

“Apakah usul yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) itu perlu? Adakah benar usul itu untuk memperkukuh kuasa Sultan atau ada tujuan peribadi dan kuasa Menteri Besar?

“Apakah muslihat di sebalik itu (sidang khas itu). Itu yang lebih utama,”katanya.

Muhyiddin berkata apa yang perlu dipersoalkan ialah mengenai kewajaran dan rasional sidang khas itu diadakan.

Pindaan itu adalah bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri yang kini di bawah kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkaitan, iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Tindakan itu diambil berikutan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dibantah oleh kerajaan negeri dengan alasan ia tidak dirujuk kepada Menteri Besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan