Selasa, 25 Januari 2011

Kalah semakin hampiri PAS...





Hari mengundi bagi PRK Tenang semakin hampir, suasana tenang di Pekan Labis dan sekitar DUN Tenang tidak lagi setenang dulu, orang luar semakin ramai berkampong di DUN Tenang.

Berkereta besar, bermotor besar,bercakap besar dan berbelanja besar bukan lagi menjadi sesuatu yang luas biasa walaupun pilihanaraya kecil kali ini, ada juga yang peliknya, antaranya keputusan PAS meletak calon Wanita untuk bertanding merampas kerusi tradisi UMNO itu.

Bagaimanapun menjelang hari pembuangan undi yang tinggal beberapa hari lagi sudah mula menampakkan keputusan yang jelas bahawa sekali lagi UMNO yang mewakili BN boleh terus mengekalkan kerusi DUN berkenaan.

Antaranya, bila PAS semakin tersepit memainkan isu, sebagai bukti parti itu sudah mula hilang pegangan dan rentak untuk berdepan dengan BN.

Seperti dakwaan bahawa kecuaian calon BN Mohd Azahar Ibrahim ketika menjadi penolong pegawai daerah Segamat, telah mengakibat tanah seorang penduduk dilelong tanpa pengetahuannya.

Dakwaan tersebut dibuat oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam satu sidang akhbar di Tenang hari ini.

Kes itu berlaku pada tahun 2003 sehingga mengakibatkan sebidang tanah milik Mansor Mohamad telah dilelong.

Bila PAS terpaksa memilih isu tersebut jelas membuktikan parti itu begitu tertekan dan seolah olah terpaksa bergantung pada sehelai rambut bila dalam lemas dan terpaksa mencipta isu.

Begitu juga bila Datuk Haji Nik Aziz juga sudah mula mengeluarkan fakwa baru bahawa PAS tidak pernah menghalag wanita bertanding sedangkan semua tahu pendirian parti itu dalam isu berkenaan sebelum ini.

Begitu juga dengan ceramah mereka yang hanya berjaya menarik beberapa kerat saja penduduk tempatan sebagai bukti jelas pengundi Tenang tidak lagi tenang dengan pesta janji palsu pembangkang dalam setiap ceramah mereka.

Beberepa perkembangan ini, barangkali langkah PAS memilih Cikgu Mala sebagai calon juga lebih kepada untuk menjadi kambing hitam bagi menutup kelemahan sendiri dan sedar nasib tidak lagi menyebelahi mereka sejak mula menjadi sekutu DAP dan PKR.

Apapun selamat Jalan PAS di Tenang dan selepas ini pengundi Tenang akan kembali tentang dengan Datuk Ai yang banyak mewarisi kepimpinan bapa beliau, Allahyarham Haji Ibrahim dan tertunai hasrat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melihat BN akan terus mengekalkan sekurang kurang 5000 undi majoriti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan