Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yakin dengan kemampuan Datuk Seri Khaled Nordin memandangkan pengalaman dan keperibadian bekas Menteri Pengajian Tinggi itu.
Katanya, Khaled Nordin telah berjanji kepadanya bahawa beliau akan mendukung prinsip-prinsip yang “bersih, cekap dan amanah” .Kerajaan perlu ada budaya perundingan. Beliau berkata, ‘budaya perundingan’ perlu diterapkan dalam kerajaan dan NGO serta memainkan peranan penting untuk menggambarkan isu-isu harian.
“Ia adalah jelas semua orang mesti berjanji, tetapi yang lebih penting ia adalah keupayaan untuk MENEPATI JANJI.
“Saya yakin dengan kemampuan Datuk Seri Khaled, dan digabungkan dengan pengalaman beliau, ia boleh dilakukan,” katanya.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam mendakwa bahawa dengan memainkan ‘sentimen dan kebimbangan’ orang cina di Johor, DAP dan Lim Kit Siang sedang mengancam tradisi hubungan erat antara kaum di negeri itu. “Kali terakhir apabila saya berada di sekolah, kita menggunakan banyak nama untuk berjenaka tentang satu sama lain, memanggil mereka nama-nama seperti belacan dan babi. Ia menunjukkan keakraban. Di Johor ia telah menjadi seperti itu.
“Adakah saya fikir ia (keakraban) akan terjejas (kerana Lim bertanding di Johor)?.
“Sudah tentu ia akan terjejas, ini adalah apa yang mereka berharap untuk mencapai. Mereka mahu menukar undi Cina berdasarkan emosi dan ketakutan, “katanya.
Musa berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai sama ada Lim Kit Siang akan dapat menarik undi Cina dari BN di Johor.
Lim Kit Siang bertanding di kawasan Gelang Patah , dia berdepan dengan Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman.
Tun Musa yang merupakan bekas orang kuat UMNO, berkata Johor tidak memerlukan “orang luar” untuk datang ke sini dan memberitahu rakyat apa yang baik untuk mereka.
Orang luar ini bertujuan untuk mengkritik dan mewujudkan ketakutan dengan bermain dengan sentimen.
“Saya pernah melalui 13 Mei, Maka sesiapa yang memainkan sentimen orang Cina atau Melayu, saya tidak akan terima, “katanya, merujuk kepada Lim Kit Siang , yang telah menghabiskan sebahagian besar kehidupan politik di negeri-negeri lain.
Beliau berkata MB Johor itu telah membuktikan rekod prestasi beliau dalam mentadbir negeri itu selama 18 tahun.
“Tidak syak lagi Lim Kit Siang merupakan pemimpin pembangkang yang berani dan dinamik, tetapi dia tidak mempunyai pengalaman menjalankan kerajaan seperti Ghani,” katanya.
Tun Musa, yang berada di Johor, pada satu majlis yang dianjurkan oleh gabungan NGO Pasir Gudang untuk BN dan calon BN Permas Jaya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ahad, 28 April 2013
MUSA HITAM YAKIN KEMAMPUAN KHALED NORDIN

JALAN JALAN TENGOK TENGOK FIKIR FIKIR TAK PERLU KATA APA APA...
Jalan2 tinjau2 terjumpa lagi bukti2 jelas kerjasama erat PAS dengan DAP. Satu semangat satu azam memperjuangkan kesamarataan agama. Tahniah DAP sudah berjaya membeli PAS...fikir2kan lah!

Kesamarataan yang diperjuangkan PAS mula menampakkan hasil dalam kerjasama erat Parti yang kononnya memperjuangkan ISlam sudah berada di bawah telunjuk DAP.
Segalanya ini didorong oleh kerakusan untuk mengekalkan kuasa walapun terpaksa bersekutu dengan musuh Islam. APapun tahniah buat pAS yang semakin berani!

10 SEBAB KENAPA RAKYAT KEDAH MESTI TOLAK PAS.
1.TIDAK CEKAP MENTADBIR NEGERI .
ISU BALAK: Kerajaan negeri melakukan aktiviti pembalakan di Gunung Inas, Jening dan Tasek Pedu demi menjana pendapatan negeri dan kononnya membangun projek ladang rakyat dan agropelancongan tetapi ia lebih dilihat banyak membawa kemusnahan kepada negeri
. ISu KUIN: Krisis kewangan KUIN bermula dengan demontrasi pelajar tahfiznya, protes kakitangan kerana gaji lewat dan berlaku pecah amanah. KEGAGALAN PROJEK Di PUPAU NEW GUINEA: Pelaburan tersebut menyebabkan kerugian lebih rm4 juta termasuk rm 1.5 juta digunakan untuk melobi menteri bagi projek itu yang akhirnya hilang begitu sahaja.KRISIS PERKHIDMATAN PEGAWAI TAKBIR NEGERI (KCS) Krisis ini bermula apabila Setiausaha Kerajaan Negeri memindahkan Pegawai Daerah Kubang Pasu ke Kuala MUda. Perkembangan ini menyebabkan ramai KCS tidak bersetuju dan tidak berpuas hati dan menganggapkan Mennteri Besar sebagai lemah.
Kami akan menyiarkan setiap siri hingga siri ke 10 mulai hari ini.
Jumaat, 26 April 2013
BUKTI PAS JUAL ISLAM
Bila melihat kenyataan Karpal Singh mengenai hukum hudud dan pelaksanaan undang Islam dengan pendirian pemimpin PAS, Haji Nik Aziz, Presiden PAS, Haji Hadi Awang, nampaknya antara mereka ada pencanggahan.
PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP mengenai hukum Islam dan tidak ada tolak ansur dalam menegakkan undang undang Islam.
Tetapi hakikatnya parti yang menggunakan nama ISlam ini adalah sebuah parti kepura puraanya yang sedang memperdagangkan ISlam semata mata untuk bersama sekutu mereka DAP dan PKR.
Gambar2 ini sebagai bukti jelas kerjasama sesama mereka mememang sentiasa terjalin erat, kenyataan untuk mempertahankan Islam adalah sekadar retorik untuk mengelirukan umat Islam. Agama dijual begitu murah demi untuk mengekalkan kuasa.Menariknya kain kain rentang ini dipasang sendiri puak PAS.
Sama sama kita renung dan fikir2kan!
KENALI HUSAM MUSA ATAU HUSAM PANTALON
BARANGKALI fitnah serta permbohongan telah menjadi darah daging Husam Musa dan kita tahu daripada mana atau siapa guru ataupun orang-orang yang berada di belakang untuk menjadikan beliau berani menabur fitnah terutama sekali menjelang tarikh mengundi PRU13 pada 5 Mei nanti.
Tidak cukup menabur fitnah di negeri kelahirannya Kelantan,penyakit fitnah terus menjalar hingga ke Putrajaya apabila beliau memfitnah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memecat AJK Masjid serta menghentikan azan Subuh di Putrajaya.
Husam Musa sudah hilang sahsiah dan jati dirinya dengan meletakkan kepentingan politik lebih utama daripada maruah beliau sebagai seorang Islam dan tidak cukup selama ini PAS mempersendakan islam,Husam mula membuka laluan fitnah serta pembohongan di sepanjang kempen PRU13 di Putrajaya.
Husam yang bertanding menentang penyandang kerusi Parlimen Putrajaya,Tengku Adnan Tengku Mansor di Parlimen tersebut kelihatan semakin terdesak dan tindakan beliau memfitnah itu membuatkan Pengarah JAWI Dato Che Mat membuat laporan polis dan akan menyaman Husam musa kerana memfitnah jabatan tersebut.
Husam telah menggunakan taktik kempen dan rayu undi dengan cara cukup jahat serta tidak berhemah apabila membawa budaya fitnah serta caci maki ke dalam masyarakat ataupun rakyat di Putrajaya.Nyata Husam begitu terdesak untuk menang dan tidak hairanlah beliau terpaksa mengheret lelaki tua berumur 84 tahun untuk berkempen bagi dirinya dan lelaki tua ini jugalah yang terus gila mahu bertanding walaupun kesihatannya tidak cukup mengizinkan namun demi kerusi DUN Cempaka,walaupun bertongkat,berpapah dan berpimpin,lelaki tua bernama Nik Aziz ini juga terus bernafsu besar.Dah jadi Husam Pantalon? Sesiapa sahaja yang mengenali Husam Musa,mereka tidak akan terkejut dengan tindakan ataupun fitnah sedemikian rupa apatah lagi sejak Husam Musa menjadi ayam sabung kepada Anwar Ibrahim,matlamat menghalalkan cara terus menjadi pilihannya walaupun beliau berada dalam kepimpinan PAS yang kononnya parti memperjuangkan Islam. Kempen fitnah memfitnah begini bukan perkara baru dalam PAS malah sejak Hadi Awang mengambil alih kepimpinan PAS, prinsip perjuangan Islam amal makruf nahi mungkar bukan lagi menjadi asas kepada perjuangan parti ini dan tidak salahlah Husam Musa membudayakan fitnah seperti ini untuk meracuni pemikiran pengundi di Putrajaya. Husam barangkali ingat rakyat Putrajaya begitu bodoh serta mudah dimomokkan sebagaimana beliau memperbodohkan pengundi beliau di Kelantan dalam DUN Salor dan kita percaya rata-rata penjawat awam yang menjadi pengundi lebih mengenali Tengku Adnan daripada Husam Musa yang pernah digelarkan Husam Jamnapari kerana terlibat dalam perniagaan kambing bersama Dato Amin yang akhirnya kambing entah kemana,Dato Amin juga terlopong menanggung kerugian. Husam yang begitu yakin boleh memperbodohkan rakyat Kelantan yang sebahagian besar tinggal dan menetap serta mengundi di Putrajaya dengan memainkan sentimen kenegerian dan barangkali Husam Musa menganggap pengundi yang tinggaldi Putrajaya itu sama bodoh dan bangang dengan pengundi yang memilih beliau di DUN Salor dan bodoh sangatlah pengundi di Putrajaya sekiranya mereka memilih Husam Musa sebagai wakil rakyat di Parlimen tersebut. Kepada rakyat atau pengundi di Putrajaya,sebelum memilih Husam dan mahu meluapakan segala bakti serta tanggungjawab Tengku Adnan di Putrajaya,kenalilah Husam Musa melalui buku `Kenali Husam’ yang sudahpun diedarkan oleh pihak-pihak tertentu di sekitar Putrajaya hari ini.Sumber: Sanggahtokjangggut.
Rabu, 24 April 2013
FITNAH TERHADAP SAYA TIDAK JEJAS PENGUNDI- Dr Rahman BN Gombak
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gombak, Datuk Dr. Raman Ismail tidak gentar dengan isu fitnah mengenai moral beliau pada 2008 dijadikan bahan berkempen pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Isu fitnah telah menyebabkan nama beliau digugurkan pada PRU-12 yang lalu walaupun pernah menjadi ahli Parlimen kawasan itu pada PRU-11 selepas mengalahkan calon Pas, Dr. Mohd Hatta Ramli dengan majoriti 13,207.
“Selepas peristiwa itu saya ambil tindakan mahkamah terhadap tuduhan itu. Mahkamah telah membersihkan nama saya termasuk akuan bersumpah bahawa perkara ini tidak benar, berlaku akibat salah faham.
Pengakuan itu sangat jelas. Nama saya telah dibersihkan,” katanya.
Dr Raman berkata beliau yakin isu berkenaan tidak menjejaskan peluang beliau pada PRU-13 yang akan diadakan pada 5 Mei depan.
“Rakyat tahu mengetahui latar belakang saya. Semasa saya bertugas dengan Hospital Kuala Lumpur, saya melakukan klinik kebajikan selama 15 tahun di Batu Caves. Selepas waktu bertugas di hospital, saya memberi khidmat nasihat dan pemeriksaan secara percuma kepada pesakit dengan hanya mengenakan kos ubat.
“Malahan khidmat berkhatan juga diberi secara percuma selama 15 tahun. Mereka (rakyat) tahu siapa saya, isteri dan keluarga saya tahu siapa saya, sebab itu saya tidak risau persepsi daripada masyarakat dan keluarga, kerana mereka tahu apa yang saya lakukan.
"Ini adalah sepak terajang politik jadi saya kira itu tidak menjejaskan saya sama sekali,” katanya.
Justeru bagi kempen PRU-13 yang sedang rancak berjalan kini, beliau tidak akan menyentuh isu peribadi lawannya, Azmin Ali yang juga penyandang kerusi Parlimen Gombak.
“Saya hanya mahu masyarakat bandingkan perubahan yang dilakukan Perdana Menteri dan apakah perubahan yang boleh dibawa oleh calon dan wakil rakyat. Saya tidak akan sentuh soal peribadi, pada saya kita harus lari dari politik sedemikian kerana kita mahu ke hadapan,” tegas beliau.Sumber KLpos.
Pengalaman di Parlimen bantu kemenangan-Mukhriz
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau yakin rakyat dapat menilai sumbangannya sepanjang lima tahun sebagai Anggota Parlimen Jerlun untuk terus memilih beliau sebagai wakil rakyat.
Beliau yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam berkata pengundi kawasan itu, satu daripada dua kerusi Dun dalam Parlimen Jerlun, boleh menilai sejauh mana sumbangannya terhadap kawasan berkenaan dan tidak akan mudah terpedaya dengan pakatan pembangkang.
” Kita ambil satu isu, mengenai pembinaan Masjid Telaga Batu… ini jelas menunjukkan betapa rakus kerajaan Pas nak ambil nama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Telaga Batu, Sungai Korok dekat sini hari ini.
Mukhriz berkata kerajaan negeri menyatakan masjid tersebut dibina sewaktu pemerintahan mereka sedangkan rakyat tahu bahawa pembinaan masjid berkenaan sebenarnya mendapat peruntukan daripada kerajaan persekutuan hasil usaha wakil rakyat BN.
“Lepas itu timbul isu kata kerajaan guna duit rakyat untuk bina masjid berkenaan. Ya, saya mengaku memang guna duit rakyat tapi yang pentingnya siapa yang uruskan amanah itu secara berhemah?
“Mereka (kerajaan negeri) guna RM1.5 juta sebagai dorongan kepada menteri di sebuah negara asing untuk beri konsesi balak, tapi kita guna RM1.5 juta untuk buat masjid,” katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri juga dilihat lemah apabila mengumumkan 12 masjid dibina sejak 2008, sedangkan sebenarnya 22 masjid dibina (menerusi usaha kerajaan persekutuan).
“Mereka sendiri tak tau, walhal mereka kerajaan negeri… sebabnya mereka tak buat, kalau dia (kerajaan negeri) yang buat takkan boleh silap angka,” katanya.
Mukhriz hari ini memulakan siri lawatannya ke setiap PDM dalam Dun itu bagi memastikan jentera parti bergerak di tahap optimum dalam tempoh berkempen ini.
Katanya pihaknya akan segera menyelesaikan lawatan ke 18 PDM di samping mengambil kesempatan menyampaikan pesanan kepada pengundi-pengundi mengenai cabaran yang dihadapi menjelang PRU kali ini.
“Saya juga ambil kesempatan ini untuk berpesan kepada jentera parti supaya masuk ‘gear lima’ dah. Setakat ni saya berpuas hati sebab sampai pukul 1 pagi pun pondok-pondok BN masih aktif,” katanya.
Langgan:
Ulasan (Atom)