Ahad, 31 Mac 2013

PRU 13: Peluang untuk singkirkan veteran pembangkang- Tun M

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah masa terbaik untuk rakyat negara ini menamatkan karier politik tiga pemimpin veteran pembangkang. Mereka yang dimaksudkan ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Gesaan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berucap pada program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi. "Anwar sejak awal lagi tidak pernah memperjuangkan agama dan bangsa, baru tiga hari masuk UMNO minta jawatan Ketua Pemuda, lepas itu mahu Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden sampai saya Presiden sendiri pun nak lawan. Sampai sekarang gila-gila nak jadi Perdana Menteri. "Kit Siang pula sibuk mahu orang 'change', Barisan Nasional dah berapa kali 'change' dah... dia di situ juga. Patut dia kena buat dulu. Jadi orang Johor perlu ganyang Kit Siang, biar PRU-13 jadi hari terakhir politik dia. "Nik Aziz pula bagaimana boleh gelar diri ulama jika mengatakan Tuhan mencarut, Nabi Muhammad sama seperti orang kampung biasa dan tidak perlu sambut Maulud. Tapi hari beranak dia, Karpal beri kek dan sambut pula," katanya. Sehubungan itu, Mahathir menyeru rakyat menolak pakatan pembangkang yang jelas hanya 'bersatu di permukaan' walaupun hakikatnya mahu menipu sesama sendiri. Menurutnya, tidak seperti BN yang ikhlas berkongsi kuasa dan kekayaan negara sejak merdeka lagi, tanpa berpura-pura dan tidak berlawan sesama sendiri malah calon yang bertanding mendapat undi semua parti komponen bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya untuk bina kerajaan. "Bila mereka (pembangkang) menang... Kalau mereka menanglah... Mereka akan kelahi sesama mereka. Kalau mereka kalah... Dan tahu akan kalah... mereka mahu cetus tunjuk perasaan dan demonstrasi sepanjang masa. "Dia (Anwar) memang 'expert' kalau tunjuk perasaan, dulu dalang demonstrasi pada tahun 1974 kononnya ada rakyat mati kebuluran di Baling, kemudian selepas dipecat 1999, lepas itu Bersih. Saya bukan jenis bertaruh, tetapi saya bertaruh 10 sen yang dia akan tunjuk perasaan," katanya.

MASA BERSAMA KELUARGA

Saya mengambil peluang untuk mengisi masa lapang pada hari Ahad ini dengan menikmati makan tengahari bersama keluarga saya di Little Penang Café, The Curve sebentar tadi. Keluarga adalah segala-galanya bagi saya dan sebab itulah saya cuba meluangkan masa untuk bersama mereka. Kami sekeluarga seronok kerana berpeluang menikmati makanan tempatan yang digemari oleh setiap daripada kita sebagai rakyat Malaysia. Saya memilih untuk menikmati Assam Laksa sebentar tadi dan ia sangat menyelerakan. Kita cukup dikenali di seluruh dunia dengan pelbagai makanan tempatan yang menyelerakan. Dalam kesempatan itu, saya melihat ramai daripada anda rakyat Malaysia juga turut mengambil peluang cuti hujung minggu untuk bersama keluarga. Syukur Alhamdulillah kerana negara kita kekal aman dan ini membolehkan kita bebas untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Terima Kasih Malaysia...!!

Sabtu, 30 Mac 2013

PAPA HOMO VS PAPA GOMO

BAGAIKAN tidak ada satu pun halangan yang mampu menghalang PapaGomo untuk menghentikan tindakannya mendedahkan wajah-wajah jalang Anwar dan penyiaran terbaru video Anwar menerkam seorang mahasiswa membuktikan bahawa beliau langsung tidak tercuit pun dengan segala serangan peribadi yang dilemparkan terhadapnya terutama sekali oleh pencacai nombor wahid Anwar,Rafizi Ramli malah beliau terus menyerang dan menyerang. Mesikupun Rafizi Ramli berusaha keras untuk menyelamatkan maruah idolanya yang sudah pun tidak bermaruah dengan mendedahkan segala latar belakang PapaGomo termasuklah menuduh PapaGomo pengundi hantu,bekas polis yang bermasalah dan berbagai-bagai lagi hinggalah menggunakan bekas isteri PapGomo untuk menyerang penulis blog tersebut namun PapaGomo konsisten serta istiqamah mendedahkan perilaku Anwar bagi menyedarkan rakyat yang selama ini tertipu dengan wajah imam Anwar,lenggok nyanyian serta tarian Anwar. Penyiaran klip video ketiga DISINI membuktikan bahawa penulis blog ini tidak sedikit pun gentar dengan ugutan Anwar dan barua-baruanya termasuklah tidak peduli seinci pun dengan saman RM100 juta yang dibuat oleh peguam-peguam Anwar malah PapaGomo terus memperbudakkan Anwar sehingga bertempiaran para juak Anwar merekayasakan bukti dan saksi bagi mencemarkan kredibliti PapaGomo. Tatkala PapaGomo dilabelkan pengundi hantu oleh Rafizi Ramli,carian SPR juga membuktikan Rafizi juga pengundi hantu,Tatkala PapaGomo dituduh perasuah oleh Rafizi,sumber lain pula mendedahkan bahawa Rafizi dipecat dari Petronas kerana membuat tuntutan palsu dan malang bagi Rafizi,saat beliau terkial-kial seperti orang mabuk ubi gadung mempertahan dan mereka hujah untuk menyelamatkan Anwar,Wan Azizah mengambil sikap berdiam diri. Perlu diingat siapa pun PapaGomo,itu bukan urusan kita tetapi sekurang-kurangnya dengan adanya PapaGomo kita lebih mengetahui dan mengenali siapa Anwar sebenarnya dan topeng apa yang Anwar pakai untuk menutup wajah serta kelakuan sebenar beliau. Sepatutnya kita mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada PapaGomo atas keberanian serta pembuktiannya yang membuktikan bahawa Anwar adalah manusia sesumpah dan terlibat sebagai pengamal bisesksual. Perlu juga kita ingat,apa pun latar belakang PapaGomo,beliau bukan pemimpin UMNO,beliau bukan manusia yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan tidak pernah terlibat meliwat bekas pemandu,adik angkat ataupun mahasiswa sebagaimana Anwar yang sedang bercita-cita untuk merampas Putrajaya dan terlibat dengan bekas pemandu serta adik angkat dan terbaru seorang mahasiswa serta paling baru di http://Rajagoyang360.blogspot.com. PapaGomo perlu merasakan dirinya hebat kerana telah dijadikan agenda cukup penting oleh Anwar selain daripada Najib,Rosmah serta kepimpinan UMNO lain kerana saman tersebut adalah sebaris dengan harga sama Anwar terhadap pemimpin UMNO yang lain dan sekaligus Anwar meletakkan PapaGomo lebih hebat dari dirinya namun tidak mewarisi kejalangannya. Tulisan serta jawapan PapaGomo terhadap Anwar cukup mudah,andaipun beliau terpalit dan dipalit dengan segala masalah,itu tidak penting kerana apa yang lebih penting adalah menghalang kerakukasan Anwar dari terus menipu rakyat dan sebagai warganegara yang ada tanggungjawab,rakyat perlu disedarkan dan Anwar perlu dibogelkan supaya rakyat tahu siapa Anwar sebenarnya. PapaGomo telah melaksanakan tanggungjawabnya dan rakyat yang celik serta cerdik harus juga menjalankan tanggungjawabnya untuk mentalkinkan Anwar dan partinya dalam PRU13 nanti dan bak kata PapaGomo dengan kunjungan pembaca melebih 4 juta orang,mustahil dan agak kegilaan yang luar biasa andainya Anwar terus dipilih untuk menjadi pemimpin masa depan di bumi Malaysia ini. Kita percaya masih ada lagi rakaman yang melibatkan Anwar sewaktu berlangsungnya Konvensyen PKR di Johor,Pulau Pinang dan beberapa tempat lain lagi dan kita percaya rakaman ini akan terus dikeluarkan pada bila-bila masa kerana kita merasakan cukup-cukuplah Anwar bersandiwara sebagai pejuang bangsa sedangkan hakikatnya beliau sebenarnya adalah pejuang bangsat.SUmber: Sanggah tok janggut

Jumaat, 29 Mac 2013

"U tak kerja ke besok", EPISOD KE TIGA SUDAH KELUAR...

Episod ketiga video yang mengaitkan tokoh parti pembangkang sudah berada di intenet dengan aksi dan dialog yang lebih panas. Blog blog politik sudah mengeluarkan dan mengulas mengenai video itu yang mula panas dengan pendedahan berani Papa Gomo minggu lalu. Antara petikan dari blog ulat dan kulat.blogspot.com Sampai bila agaknya Anwar Ibrahim boleh bertahan dengan pendedahan prilaku homoseksualnya yang tersiar di blog PapaGomo.com yang kini sudah masuk ke episod tiga. Ntah berapa banyak lagi episod yang masih tersimpan? Sehingga ke hari ini, Anwar Ibrahim terus berdiam diri dalam isu video seks sejenis yang melibatkan dirinya walaupun asakkan bertubi-tubi dari rakyat Malaysia yang mahukan penjelasan dari mulut beliau sendiri. Setakat ini tiada lagi kenyataan dari Anwar membuat penafian bahawa individu yang terlibat dalam klip video tersebut bukan dirinya. Sebaliknya Anwar mengenakan tindakan saman terhadap blogger yang mendedahkan perbuatan tidak bermoralnya itu untuk tujuan menutup mulut. Buat masa ini, hanya Rafizi Ramli sahaja telah mengesahkan bahawa lelaki yang sedang beramah mesra dengan seorang lelaki ‘lembut’ di dalam bilik hotel seperti yang disiarkan di blog PapaGomo adalah Anwar Ibrahim. Sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita tinggi hendak menjadi Perdana Menteri, Anwar harus beranikan diri dengan tampil dikhalayak ramai memberi penjelasan tetantang apa sebenarnya telah berlaku dan tidak perlu lagi bersembunyi di balik kain isteri apabila isu moralnya timbul. Sekarang sudah jelas lagikan bersuluh, sebagai rakyat yang masih lagi boleh berfikir secara waras cuba tanya pada diri sendiri, adakah pemimpin seperti ini yang mempunyai masalah moral begitu teruk mahu diangkat sebagai pemimpin no.1 negara? Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing…

INI KAH WAJAH PEMIMPIN KITA?...fikir2kan lah

Inikah wajah pemimpin kita 1. Mula menyertai UMNO 1982 sudah mewujudkan perpecahan di kalangan Pemuda apabila menyingkirkan Datuk Suhaimi Kamaruddin sebagai Ketua Pemuda walaupun hanya beberapa hari berada dalam parti itu. Semakin kuat, Tun Ghafar yang begitu banyak berjasa kepada UMNO dimalukan dengan membuka pintu keluar kepada pemimpin vateran itu dengan penuh keaiban dan akhir sekali wujudkan gerakan besar besaran untuk mengenepikan Tun M, tetapi usaha gagal disitu kerana tewas dengan kerakusan nafsu sendiri, Bila dipenjara harapkan sudah insaf, tapi rupanya semakin teruk hingga agama bangsa dan negara sanggup di perdagangkan...Inikah wajah pemimpin kita?...fikir2kan lah! Inikah wajah pemimpin kita 2 Apabila menyertai UMNO, membawa imej Islam dan digelar sebagai Pak Syeikh, ABIM sebagai topeng kemaraan politik, memulakan imej pemimpin berbaju kemeja putih tangan pendek, kemudian melangkah ke jawatan yang lebih tinggi, berada di puncak Kementerian Kewangan mula menampakkan keegoan, pakaian sudah mulai berubah, rakan ABIM semakin dijauhi, golongan korporat mula dikelilingi..berada setapak untuk ke jawatan utama, kerakusan semakin terserlah, media terus diguna mempotret imej, suara2 Islam semakin terhakis, berjoget menari bukan lagi luar biasa, muncul jutawan segara dari kalangan orang orang biasa, akhinya tewas di pintu kuasa...mula bergerak menghasut rakyat dengan didalangi dengan kuasa2 besar dan tangan ghaib...Islam sudah mau disamaratakan dengan agama lain, kalimah Allah sudah boleh dikongsi. Marahkan nyamuk kelambu mau dibakar, Inikah wajah pemimpin kita?..fikir2kan lah. INikah wajah pemimpin kita 3 Sejak menyertai UMNO dan kerajaan pada 1982 semua yang dilakukan kerajaan dan parti baik belaka, TUn M dianggap sebagai ayahanda, Tun Ghafar macam bapa sendiri, tetapi setelah dipecat parti dan kerajaan atas kesalahan moral sendiri pada 1998 semua dilakukan kerajaan tidak satu yang betul, Tun M dikecam dihina abis2an dan puak pembangkang Kit Siang Karpal SIngh Nik Aziz Haji Hadi yg dihina dulu dah boleh cium mulut...setiap hari yang keluar dari mulut adalah fitnah, kecaman, demdam dan hasad dengki...Inikah wajah seorang pemimpin?..fikir2kan lah.

Khamis, 28 Mac 2013

gOSsIp RaKyaT: EKSKLUSIF: 'CHIEF' ARAHKAN BUDAK BALA NI BUAT KERJ...

gOSsIp RaKyaT: EKSKLUSIF: 'CHIEF' ARAHKAN BUDAK BALA NI BUAT KERJ...: Nampaknya 'HERO' Pakatan Haprak terkubur dengan sendirinya. Pelbagai misteri yang belum terungkap disebalik kematian dan pengliba...

3 Sebab Sidek Baba Tinggalkan Anwar

Sebut sahaja nama Profesor Datuk Dr. Sidek Baba tentu ramai yang mengenalinya sebagai salah seorang sahabat yang mempunyai hubungan akrab dan cukup rapat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Sebagai bekas Naib Presiden ABIM dan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Sidek juga dikenali umum kerana peranannya dalam mengembangkan pengaruh Anwar di kalangan pelajar UIAM ketika zaman kegemilangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Dr Sidek yang kini adalah pensyarah Kanan di UIAM juga pernah di tahan di bawah ISA ketika kemuncak isu liwat melibatkan Anwar pada 1998, justeru itu ramai yang percaya hubungan mereka berdua akan berkekalan dan mustahil akan terungkai sama sekali. Namun persahabatan kedua-duanya tidak berkekalan apabila semenjak tiga tahun lalu Dr. Sidek telah bertindak meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun mereka bersahabat. Ramai yang sukar mempercayainya malah tidak mengetahui kenapa dan mengapa Dr Sidek mengambil tindakan demikian. Bagaimana pun ketika menyertai program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara MARA pada 26 Mac 2013, Dr Sidek telah mengambil peluang tersebut menjelaskan tiga sebab kenapa beliau meninggalkan Anwar sekaligus keluar dari landasan perjuangan bekas sahabat baiknya itu. Tiga sebab yang dimaksudkannya itu ialah mengenai persoalan moral, sokongan kepada agenda pluralisme agama dan masalah kredibiliti, yang mana ketiga-tiganya cukup rapat dengan Anwar yang akhirnya mendorong Dr Sidek untuk mengambil keputusan muktamad menjauhkan diri.
Menurut Dr Sidek, terlalu banyak persoalan moral yang melingkari hidup Anwar dan agak sukar untuk diterimanya, apatah lagi bila diimbas semula pesanan Anwar ketika bersama ABIM dulu yang sering menegaskan seseorang pemimpin bukan sahaja mesti bersih tetapi juga kelihatan bersih. Dalam majlis yang dihadiri sekitar 1,000 orang kakitangan MARA itu juga, Dr Sidek meluahkan kekecewaannya terhadap Anwar kerana perubahan drastik bekas mentornya itu yang kini menjadi pendukung pemikiran liberal serta cukup dekat dengan golongan pluralisme agama.
Ucapan Anwar di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 menurut Dr Sidek adalah bukti nyata yang tidak dapat disangkal lagi mengenai penglibatan Anwar dengan pendukung liberal dan pluralisme agama. Selain itu, Dr Sidek juga menjelaskan keraguannya terhadap hubungan rapat Anwar dengan para pelobi berbangsa Yahudi yang dianggap sangat berbahaya kepada keselamatan negara selain menjejaskan kredibiliti Anwar yang sebelum ini dilihat sebagai Islamik. Kesemua sebab yang diutarakan oleh Dr Sidek di atas adalah asas penting yang mendorongnya meninggalkan Anwar meskipun lebih 30 tahun lalu mereka berdua akrab bersahabat. Dr Sidek bukanlah satu-satunya sahabat seperjuangan Anwar dari ABIM yang telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Umum PKR itu, ramai lagi yang lain antaranya bekas Presiden ABIM, Dr Yusri Muhammad serta bekas pengasas NGO itu, Tuan Haji Ustaz Ismail Mina. Sebelum mengambil tindakan yang tentunya sukar itu, Dr Sidek terlebih dahulu melakukan siasatan sendiri dengan menemu bual seramai 28 orang individu yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar diikuti dengan solat istikharah bagi memohon petunjuk Allah S.W.T. Selepas itu barulah beliau membuat keputusan muktamad menjarakkan diri dari Anwar dan parti-parti pembangkang