Jumaat, 29 Mac 2013

INI KAH WAJAH PEMIMPIN KITA?...fikir2kan lah

Inikah wajah pemimpin kita 1. Mula menyertai UMNO 1982 sudah mewujudkan perpecahan di kalangan Pemuda apabila menyingkirkan Datuk Suhaimi Kamaruddin sebagai Ketua Pemuda walaupun hanya beberapa hari berada dalam parti itu. Semakin kuat, Tun Ghafar yang begitu banyak berjasa kepada UMNO dimalukan dengan membuka pintu keluar kepada pemimpin vateran itu dengan penuh keaiban dan akhir sekali wujudkan gerakan besar besaran untuk mengenepikan Tun M, tetapi usaha gagal disitu kerana tewas dengan kerakusan nafsu sendiri, Bila dipenjara harapkan sudah insaf, tapi rupanya semakin teruk hingga agama bangsa dan negara sanggup di perdagangkan...Inikah wajah pemimpin kita?...fikir2kan lah! Inikah wajah pemimpin kita 2 Apabila menyertai UMNO, membawa imej Islam dan digelar sebagai Pak Syeikh, ABIM sebagai topeng kemaraan politik, memulakan imej pemimpin berbaju kemeja putih tangan pendek, kemudian melangkah ke jawatan yang lebih tinggi, berada di puncak Kementerian Kewangan mula menampakkan keegoan, pakaian sudah mulai berubah, rakan ABIM semakin dijauhi, golongan korporat mula dikelilingi..berada setapak untuk ke jawatan utama, kerakusan semakin terserlah, media terus diguna mempotret imej, suara2 Islam semakin terhakis, berjoget menari bukan lagi luar biasa, muncul jutawan segara dari kalangan orang orang biasa, akhinya tewas di pintu kuasa...mula bergerak menghasut rakyat dengan didalangi dengan kuasa2 besar dan tangan ghaib...Islam sudah mau disamaratakan dengan agama lain, kalimah Allah sudah boleh dikongsi. Marahkan nyamuk kelambu mau dibakar, Inikah wajah pemimpin kita?..fikir2kan lah. INikah wajah pemimpin kita 3 Sejak menyertai UMNO dan kerajaan pada 1982 semua yang dilakukan kerajaan dan parti baik belaka, TUn M dianggap sebagai ayahanda, Tun Ghafar macam bapa sendiri, tetapi setelah dipecat parti dan kerajaan atas kesalahan moral sendiri pada 1998 semua dilakukan kerajaan tidak satu yang betul, Tun M dikecam dihina abis2an dan puak pembangkang Kit Siang Karpal SIngh Nik Aziz Haji Hadi yg dihina dulu dah boleh cium mulut...setiap hari yang keluar dari mulut adalah fitnah, kecaman, demdam dan hasad dengki...Inikah wajah seorang pemimpin?..fikir2kan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan