Jumaat, 29 Mac 2013

"U tak kerja ke besok", EPISOD KE TIGA SUDAH KELUAR...

Episod ketiga video yang mengaitkan tokoh parti pembangkang sudah berada di intenet dengan aksi dan dialog yang lebih panas. Blog blog politik sudah mengeluarkan dan mengulas mengenai video itu yang mula panas dengan pendedahan berani Papa Gomo minggu lalu. Antara petikan dari blog ulat dan kulat.blogspot.com Sampai bila agaknya Anwar Ibrahim boleh bertahan dengan pendedahan prilaku homoseksualnya yang tersiar di blog PapaGomo.com yang kini sudah masuk ke episod tiga. Ntah berapa banyak lagi episod yang masih tersimpan? Sehingga ke hari ini, Anwar Ibrahim terus berdiam diri dalam isu video seks sejenis yang melibatkan dirinya walaupun asakkan bertubi-tubi dari rakyat Malaysia yang mahukan penjelasan dari mulut beliau sendiri. Setakat ini tiada lagi kenyataan dari Anwar membuat penafian bahawa individu yang terlibat dalam klip video tersebut bukan dirinya. Sebaliknya Anwar mengenakan tindakan saman terhadap blogger yang mendedahkan perbuatan tidak bermoralnya itu untuk tujuan menutup mulut. Buat masa ini, hanya Rafizi Ramli sahaja telah mengesahkan bahawa lelaki yang sedang beramah mesra dengan seorang lelaki ‘lembut’ di dalam bilik hotel seperti yang disiarkan di blog PapaGomo adalah Anwar Ibrahim. Sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita tinggi hendak menjadi Perdana Menteri, Anwar harus beranikan diri dengan tampil dikhalayak ramai memberi penjelasan tetantang apa sebenarnya telah berlaku dan tidak perlu lagi bersembunyi di balik kain isteri apabila isu moralnya timbul. Sekarang sudah jelas lagikan bersuluh, sebagai rakyat yang masih lagi boleh berfikir secara waras cuba tanya pada diri sendiri, adakah pemimpin seperti ini yang mempunyai masalah moral begitu teruk mahu diangkat sebagai pemimpin no.1 negara? Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan