Anwar Ibrahim yakin beliau adalah orang yang disasarkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib dalam kes pendakwaan terhadap penceroboh Sulu sekarang.
Bagaimanapun Anwar berjanji beliau tidak akan berhenti dengan dakwaan itu bahkan akan memberikan semangat lebih kuat kepada beliau untuk melawan kerajaan BN sehingga ia tumbang dalam pilihan raya umum akan datang.
"Dakwalah saya, fitnahlah saya tetapi jangan harap saya akan menyerah," kata Anwar ketika memberikan ceramah dalam program Merdeka Rakyat di Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri malam tadi.
Anwar dipercayai mengulas pengakuan seorang yang didakwa dalam kes pencerobohan Sulu bahawa dia diupah.
Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.
Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.
Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.
"Ini dakwaan ada orang bayar ni. Ini semua pelan Najib untuk mendakwa saya," kata Anwar dalam ceramah itu.
Menurut Anwar, bayang-bayang mengenai perkara ini sudah disebut sebelum ini lagi apabila beberapa pemimpin Umno mula mendakwa beliau di belakang kemasukan tentera kesultanan Sulu ini.
"Mereka nak dakwa ke, mereka nak tangkap ke, kita akan tetap lawan untuk tumbangkan Umno dalam pilihan raya ini," kata Anwar.
Bahkan katanya, dia menyanyi lagu 'Sabah nak hilang' pun dikaitkan sebagai bukti beliau mengarahkan orang serang Sabah.
Sabtu, 23 Mac 2013
ANWAR TERMAKAN CILI...

Jumaat, 22 Mac 2013
RAFIZI KANTOI LAGi..MEMALUKAN!
Individu yang dikaitkan dengan Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan dirinya adalah blogger pro-Umno seperti yang didakwa oleh PKR, semalam.
Sebaliknya, Wan Muhammad Azri menegaskan beliau adalah Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.
“Saya nak maklum bahawa nama saya adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan 8301210350** dan merupakan Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.
“Saya tegaskan di sini bahawa saya bukan blogger Papa Gomo seperti didakwa pembangkang,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.
Wan Muhammad Azri turut menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa beliau pernah menjadi pengundi hantu kerana beliau belum pernah mengundi sebelum ini.
“Macam mana (boleh jadi) pengundi hantu sedangkan saya belum pernah mengundi lagi. PRU12 (Pilihan Raya Umum ke-12) saya belum ada kesedaran untuk mengundi.
“Sekarang, saya daftar mengundi di Parlimen Wangsa Maju dan tidak pernah mendaftar untuk mengundi di mana-mana tempat selain Wangsa Maju,” katanya. Petikan Sinar Harian.
Papa Gomo dipukul !
Akibat daripada pendedahan Utusan Malaysia hari ini, "Anwar Ibrahim Saman Papagomo RM100juta" dan paparan wajah blogger yang disyakki Papagomo, baru tadi aku terima berita bahawa Gomo dipukul oleh seseorang di Segambut.
Menurut Gomo, 2 lelaki yang menaiki motorsikal berkuasa besar itu tiba-tiba menghampiri dan salah seorang daripada mereka tanpa bercakap apa2 memukul beliau dari belakang. Akibat daripada itu, beliau mengalami pendarahan kecil di kepala, dan menerima rawatan di HKL.
Kejadian tersebut dipercayai ekoran daripada pendedahan blogger Papagomo dalam blog beliau berkaitan pendedahan salah laku sex Anwar Ibrahim.
Weiii Nuar, yang kau belasah tu betul ke Papagomo???
Baca seterusnya di blog Tok Guru86
Khamis, 21 Mac 2013
ANWAR KALUT BILA DITANYA SAMA ADA DIA GAY!...!
Dalam wawancara dengan satu stesen radio, Encik Anwar ditanya apakah dia seorang Gay, ini jawapannya!..fikir2kan lah.
HINA ANGGOTA KESELAMATAN TIDAK LAYAK JADI WARGA NEGARA
Mereka yang memperlekeh atau menghina anggota pasukan keselamatan yang menjaga keamanan dan keselamatan negara tidak layak menjadi warganegara Malaysia.
Menurut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, tindakan menghina atau memperlekehkan anggota pasukan keselamatan yang berkorban demi negara menunjukkan seseorang itu tidak menghormati kedaulatan negara ini.
"Kalau pasukan keselamatan diperlekehkan, maka tiada semangat patriotik, seseorang itu tidak layak menjadi warganegara di negara ini," katanya.
Mereka yang menjadi warganegara sesebuah negara, perlulah cinta dan sayangkan negara itu malah sanggup mati untuk negaranya.
"Kalau pasukan keselamatan yang berkorban menjaga kedaulatan negara menjaga keamanan negara pun dihina, tidak mustahil jika kita mendapat ancaman lebih besar, mereka yang menghina pasukan keselamatan kita akan berpaling tadah kepada musuh," katanya.Seorang lagi anggota panel program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang itu, bekas Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said berkata, tindakan pihak tertentu yang menghina dan memperlekehkan pasukan keselamatan tidak ubah seperti duri dalam daging. "Kita sepatutnya menyokong apa yang dilakukan pasukan keselamatan yang menjaga kedaulatan negara kita. Anggota pasukan keselamatan juga manusia, apabila mereka diperlekehkan, sudah tentulah akan timbul jua keraguan mereka ketika di perbatasan. "Malah terdapat bekas bos yang turut mengutuk mereka (merujuk kepada pegawai kanan tentera menyertai parti pembangkang dan memperlekehkan anggota tentera),ini akan meruntuhkan moral mereka di perbatasan," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Musa dan Zaini turut berkongsi pendapat supaya pasukan risikan dan peralatan pasukan keselamatan ditingkatkan. Isu keselamatan dan keperluan peralatan keselamatan bukanlah sesuatu perkara yang perlu dipolitikkan oleh mana-mana pihak. "Peralatan yang canggih diperlukan, kita harap kerajaan dapat membeli peralatan yang lebih canggih bagi memantapkan lagi kawalan keselamatan negara kita," katanya.
LEMBAGA DISIPLIN UMNO PANTAU AHLI SABOTAJ PRU
Lembaga Disiplin UMNO telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana pemimpin dan ahli UMNO yang melakukan kesalahan sabotaj terhadap parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke -13 ini, kata Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.
Jelasnya, antara tindakan tegas dikenakan adalah termasuk pecat dan gantung keahlian sebagaimana telah pun diambil terhadap sebuah bahagian UMNO di Sabah yang didapati bersalah kerana kesalahan sabotaj.
“Lembagaa Displin UMNO juga sudah melantik Pemantau di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memantau dan melaporkan kes-kes sabotaj parti yang berlaku di kawasan masing-masing bagi membolehkan tindakan disiplin lebih awal dapat diambil terhadap mereka yang melakukan perbuatan sabotaj,” katanya dalam satu siaran media hari ini.
Jelas beliau, sebuah Jawatankuasa Khas telah diwujudkan yang akan berperanan mempercepatkan proses membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang didapati bersalah atas kesalahan sabotaj atau melanggar disiplin parti.
“Jawatankuasa Khas ini dianggotai oleh empat orang wakil Majlis Tertinggi UMNO dan empat orang wakil daripada Lembaga Displin dan akan dipengerusikan oleh saya selaku Pengerusi LD UMNO.”
Dengan kewujudan Jawatankuasa Khas ini tindakan tegas dan segera boleh diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan sabotaj dan disiplin parti.
“Namun begitu sebelum memutuskan apa juga hukuman, Lembaga Displin akan menjalankan siasatan terperinci dan membuat keputusan berdasarkan kepada bukti-bukti yang kukuh.”
Selaras dengan itu, beliau menyeru kepada semua ahli UMNO di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong siapa sahaja yang akan diletakkan sebagai calon oleh pucuk pimpinan parti dan tidak melakukan sabotaj terhadap parti.
“Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti. Lembaga Displin tidak akan berkompromi serta akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang mengkhianati parti,” tegasnya lagi. –
Uptown Girl: Untuk Tatapan 18 Tahun Ke Atas....Aksi Anwar Ibrah...
Uptown Girl: Untuk Tatapan 18 Tahun Ke Atas....Aksi Anwar Ibrah...: VIDEO YANG DINANTI-NANTIKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA.... UG MALAS NAK KOMEN BANYAK-BANYAK... KORANG TENGOK DAN NILAI LAH SENDIRI... NI KE...
Langgan:
Ulasan (Atom)