Belum ini Karpal adalah antara pemimpin pembangkang yang lantang mengkritik Anwar termasuk pernah mengesa Anwar bertaubat kerana telah banyak membawa masalah kepada pakatan pembangkang. Bila tiba tiba Karpan mempertahankan Anwar dan menyokong Punaisihat PKR itu sebagai calon PM ianya adalah sesuatu yang pelik dan seolah olah ada udang di sebalik batu atau Anwar sudah termakan umpan Karpal!...Baru-baru ini, akhbar melaporkan Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar dilantik sebagai perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam PRU-13 dan berkemungkinan melantik seorang pemimpin dari luar pakatan pembangkang. Menurut laporan itu, Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa rakan-rakannya dalam PAS memberitahu penolakan Majlis Syura Ulama PAS terhadap Anwar semakin kuat.
Selasa, 12 Februari 2013
ANWAR TERMAKAN UMPAN KARPAL ?
Pengerusi DAP Karpal Singh sekali lagi menegaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Beliau menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi.
“Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) kerana Anwar Ibrahim paling layak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sabtu, 9 Februari 2013
KU NAN KEKAL DI PUTRAJAYA
Setiausaha Agung Barisan Nasional(BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menghormati kepercayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan beliau mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Beliau bagaimanapun menegaskan keputusan pemilihan dan penetapan calon merupakan kuasa mutlak Najib selaku Pengerusi BN.
"Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib memperkenalkan saya sebagai calon Parlimen Putrajaya. Ia terserah kepada Perdana Menteri. Ini semua kerja Allah Subhanahuwataala," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 kepada setiap isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah kepada 3,500 penduduk Putrajaya, di sini hari ini.
Ketika berucap, beliau meminta penduduk Putrajaya agar terus memberi sokongan padu kepada BN bagi memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat di situ terus terjamin.
Najib yang juga Presiden UMNO membuat pengumuman itu di hadapan kira-kira 2,500 penduduk Putrajaya ketika menghadiri Majlis Perayaan Jubli Emas Sekolah Sultan Alam Shah, di sini Khamis lepas.Tengku Adnan sendiri kelihatan terkejut dengan pengumuman tersebut kerana ia sesuatu yang jarang dilakukan oleh presiden parti sebelum Dewan Rakyat dibubarkan. Pengumuman itu juga telah menutup spekulasi dan kegiatan melobi beberapa individu untuk menjadi calon di pusat pentadbiran negara. Tengku Adnan merupakan wakil rakyat pertama Putrajaya sejak 2004 dan berjaya mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12 dengan mengalahkan calon PAS Mohamad Noor Mohamad. Tengku Adnan mendapat 4,038 undi manakala Mohamad Noor sebanyak 1,304 undi.
BN PERLU USAHA KERAS- TUN M
Barisan Nasional (BN) perlu berusaha keras untuk mendapatkan semula majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang, sekali gus menghakis ancaman perpecahan sesama Melayu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, BN juga bertanggungjawab untuk mempertahankan kemenangan demi masa depan bangsa dan negara dan sehubungan itu penting bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN membariskan calon yang betul.
"Pentadbiran harus membariskan calon 'winnable' (boleh menang) di kawasan-kawasan yang mereka paling sesuai. Sebagai contoh, salah untuk meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu kerana Umno tidak akan mendapat sokongan dari orang bukan Melayu," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum bertajuk 'Perlembagaan Negara dan Masa Depan Keselamatan Negara' di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.
Jelas beliau, penempatan calon di sesuatu kawasan perlulah bijak supaya pengundi akan mengundi BN.
"Inilah yang bermakna kongsi. Barisan Nasional ialah satu coalition (satu perkongsian). Bukan macam Pakatan Rakyat (PR). Pakatan bukan kongsi, bukan coalition. Ia cuma pakat. Macam pakat nak bunuh orang. Jadi lepas pakat, nak buat kerajaan macam mana.
"Pas tarik sebelah sana, DAP pula sebelah sini. Yang Datuk Seri Anwar (Ibrahim) konon nak jadi Perdana Menteri," katanya.
Dr Mahathir juga berkata, sesetengah pemimpin Umno telah tergelincir daripada perjuangan asal parti, iaitu untuk menegakkan bangsa Melayu.
"Kini, beberapa ahli politik berjuang untuk datang ke kuasa dan mengekalkan ia, dan sanggup untuk sabotaj antara satu sama lain bagi maksud itu," katanya.
<
b>Ditanya sama ada orang Melayu sudah kehilangan kuasa, Dr Mahathir berkata, "orang Melayu hilang kuasa kerana berpecah." "Dalam sebuah demokrasi, jumlah terbesar ialah yang kuasai keadaan. Bila dia berpecah dan melawan sesama sendiri, mana boleh berkuasa," katanya."Sekiranya orang Melayu suka hilang kuasa, mereka boleh 'give up'. Ada orang Melayu yang tidak suka melihat orang Melayu berkuasa, sebab dia sudah dapat semua, biasiswa, kerja dan lain-lain, apa peduli orang lain", katanya lagi. Ditanya sama ada perlu untuk BN menang majoriti dua pertiga, Dr Mahathir berkata, kemenangan dua pertiga amat perlu sekiranya ingin meminda Perlembagaan Persekutuan. "Kalau tidak ada kemenangan dua pertiga, maka ia menunjukkan kerajaan yang lemah, yang akan ditekan oleh parti lawan," terang beliau. Terdahulu, dalam ucapannya, Dr Mahathir mengingatkan rakyat Malaysia menggunakan akal fikiran ketika membuat keputusan untuk mengundi parti mana dan tidak semata-mata berpandu kepada emosi bagi menentukan masa depan negara. Beliau berkata, emosi dan perasaan mungkin akan mendorong rakyat buat keputusan yang salah dan sebab itu perlu disokong pemikiran waras agar mampu membuat penilaian bijak. Katanya jika rakyat mahu sentiasa dihormati dan disegani, mereka perlu bertindak secara bijak dan tidak mudah terpengaruh agar urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. "Saya harap rakyat sedar dan boleh berfikir, harap mereka tidak terbawa-bawa dengan emosi dan perasaan. Oleh itu, penggunaan akal fikiran serta merancang strategi akan menentukan masa depan negara," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata Perlembagaan Negara mesti dipelihara dan dipertahankan pada setiap masa oleh seluruh rakyat Malaysia. – Bernama
Jumaat, 8 Februari 2013
ARAB SPRING UNTUK REALISASIKAN HASRAT ANWAR- TUN M
Perancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimport demonstrasi jalanan ala 'Arab Spring' mampu menghancurkan keamanan serta kestabilan negara.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, 'Arab Spring' sekadar alat merealisasikan hasrat Ketua Pembangkang berkenaan menjadi Perdana Menteri.
Menurut beliau, Anwar tidak akan sesekali mempedulikan soal kestabilan atau kemerosotan ekonomi dalam memastikan hasrat tersebut tercapai.
"Ketika di Australia baru-baru ini, Anwar dilaporkan mahu menggerakkan 'Arab Spring' di Malaysia. Dia akan membawa gaya demonstrasi Dataran Tahrir, Kaherah ke Kuala Lumpur dengan melibatkan ratusan ribu rakyat untuk menjatuhkan kerajaan jika gagal dalam pilihan raya.
"Anwar tahu kerosakan yang akan dibawanya terhadap ekonomi negara dengan demonstrasi besar-besaran itu. Rakyat mungkin dipujuk mengundi partinya untuk mengelak derita ekonomi yang disebabkan demonstrasi tersebut. Ini sudah tentu menyedihkan bagi Malaysia jika bentuk 'ugutan' itu digunakan bagi memenangi pilihan raya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam entri terbaharu di blognya, http://chedet.cc hari ini.
Dr. Mahathir berkata, perancangan membawa 'Arab Spring' ke negara ini perlu diambil perhatian serius kerana beliau selama ini menonjolkan dirinya sebagai pakar dalam mencetuskan pergolakan. "Saya bukan gelisah tetapi saya tahu keupayaan Anwar untuk mengganggu. Ketika saya menjadi Menteri Pelajaran pada 1974, dia menganjurkan demonstrasi pelajar."Ketika dia bersama kerajaan, tidak ada berlaku demonstrasi serius selama 16 tahun. Tetapi selepas disingkirkan daripada kerajaan, setiap minggu ada demonstrasi. Perniagaan di Kuala Lumpur terjejas kerana orang ramai mengelak memasuki ibu negara," ujarnya. Menurut Dr. Mahathir, jika Anwar menganjurkan demonstrasi besar-besaran setiap hari di ibu negara, perkara itu bukan hanya memberi kesan kepada perniagaan tetapi sektor pelaburan dan pelancongan. Katanya, sistem dan pelaksanaan pilihan raya di negara ini diakui bersih dan perkara itu dibuktikan dengan fakta pembangkang juga memenangi banyak kerusi di Parlimen selain menawan beberapa negeri khususnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. "Dalam beberapa contoh, Barisan Nasional (BN) gagal mendapat majoriti dua pertiga. Sudah tentu kalau nak kata BN menipu, ia boleh dengan mudah menukar keputusan itu. Tetapi tidak ada bukti jelas mengatakan BN melakukan perkara tersebut," tambahnya. "Dakwaan mengatakan pilihan raya tidak bersih dan penganjuran perhimpunan haram Bersih adalah satu persediaan jelas untuk menuduh kerajaan BN mengamalkan pilihan raya kotor jika pembangkang tewas," tambahnya-UTUSAN
RONNIE SEORANG HIPOKRIT- BEKAS PEGAWAI KHAS
Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan peletakan jawata serta-merta berikutan tidak tahan dengan sikap hipokrit dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin itu.
Jefrei Nordin berkata, surat peletakan jawatan itu akan diserahkan kepada Liu dalam masa terdekat.
Menurutnya, tindakan Liu berdiam diri dan tidak menjawab tuduhan rasuah serta penyalahgunaan kuasa menimbulkan seribu persoalan mengenai ketelusannya memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
>Beliau yang memulakan khidmat dari 1 Julai 2008 melihat sikap Liu semakin tamak mengejar keuntungan sehingga mengabaikan tan
ggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.
Semasa dilantik menjadi pegawai khas di pejabat Exco itu, beliau meletakkan kepercayaan dan keyakinan ke atas kepimpinan Liu, namun ia terhakis apabila melihat wajah dan karekter sebenar bekas majikanya itu.
Aktivis DAP sejak 2004 itu, mendakwa Ronnie juga seorang pemimpin yang sangat rasis.
Jefrei berkata, Ronnie dan DAP Selangor khususnya, menganggap PKR sebagai sebuah parti 'pak lawak" dan sering kali berseloroh dan bertanya kepadanya bagaimana orang Melayu boleh menyokong PKR yang diterajui oleh 'jokers'.
Menurutnya, Liu dan pemimpin utama DAP juga menganggap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sampai sanggup menggadaikan apa sahaja untuk mencapai cita-cita tersebut.
"Saya melihat sendiri bagaimana peranan yang dimainkan oleh Ronnie dalam memecah-belahkan parti Pas di Selangor bagi memastikan DAP terus mendominasi Pakatan Rakyat (PR) Selangor.
"Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie dan DAP bagi memujuk tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikannya mampu membentuk kerajaan baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya.
Khamis, 7 Februari 2013
MAKA BERTAMBAH GAGAP LAH KLALID...
Apabila Chua Tee Yong mendedahkan berhubung skandal Talam di Selangor, Khalid Ibrahim mula menggelupur dan mengugut untuk menyaman Chua. Namun sehingga kini telah lebih enam bulan berlalu tidak ada sepucuk surat peguam pun apatah lagi surat saman yang dihantar oleh Khalid Ibrahim kepada Chua.
Kemudian Khalid Ibrahim berkata beliau akan membentangkan kertas putih bagi menjelaskan isu Talam. Akhirnya kertas putih yang dibentangkan membongkar satu lagi episod baru.
Kertas putih yang dibentang Khalid memerangkap atau membuka pintu untuk siasatan lanjut dan meletakkan kedudukan Khalid dalam keadaan serius berikutan penyalahgunaan kuasa beliau sebagai MB dalam penyelesaian hutang Talam.
Penyalahgunaan kuasa dan penipuan fakta semasa membentangkan kertas putih berkenaan telah disahkan sendiri oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) kepada Bursa Saham pada 20 November 2012.
Pengumuman kepada Bursa Saham oleh KHSB jelas memperlihatkan dengan nyata bahawa anak syarikat kerajaan negeri itu tidak dapat lagi bersekongkol dengan MB dan menanggung dosa dalam penyalahgunaan kuasa serta manipulasi harta rakyat Selangor.
Kesalahan dan penipuan yang dilakukan MB tidak dapat lagi dirahsiakan oleh KHSB dan mengumumkan penyiasatan awal kepada Bursa Malaysia untuk pengetahuan pemegang-pemegang saham KHSB.
KHSB telah melantik juruaudit bebas AKN ARIF yang merupakan sahabat kepada Raja Idris dan penyokong kuat Pas untuk mengaudit transaksi penyelesaian hutang Talam yang dilaksanakan oleh Khalid Ibrahim.
Daripada siasatan awal juruaudit ebbas tersebut dan seperti yang diumumkan oleh KHSB, terdaat banyak keraguan dan pelanggaran undnag-undang dalam transaksi tersebut. Lebih mengejutkan laporan juruaudit AKN ARIF bertentangan dengan pengesahan dan endosmen oleh KPMG yang dilantik oleh Khalid untuk menyediakan kertas putih berkenaan yang jelas untuk mengaburi mata rakyat Selangor untuk menutup salah guna kuasanya.
Hasil daripada laporan yang bertentangan oleh juruaudit bebas yang dilantik oleh KHSB, Khalid Ibrahim dan juruaudit KHSB (Ernest And Young) telah mengundang Suruhajaya Sekuriti dan SPRM membuka kertas siasatan bagi melindungi kepentingan pemegang saham KHSB serta harta rakyat Selangor yang hampir mencecah RM 1 bilion.
Penipuan fakta semasa membentangkan kertas putih tersebut adalah sesuatu yang dijangka banyak pihak bagi melindungi kesalahan penyalahgunaan kuasa Khalid sebagai MB dalam isu hutang Talam. Lebih mengejutkan apabila fakta siasatan awal juruaudit bebas yang dilantik KHSB,AKN ARIF yang mengesahkan penipuan Khalid Ibrahim diumumkan untuk pengetahuan rakyat Selangor oleh KHSB sendiri. Sumber SEL13.com
WANITA PKR SABAH LUMPUH...
Masalah pembangkang di Sabah menjadi semakin parah dengan perletakkan jawatan 14 orang Wanita PKR, diketuai oleh Naib Ketua Wanita Negeri Winnie Juani semalam menjelang PIlihan Raya 2013.
Juani yang berumur 52 tahun memberitahu The Malaysian Insider beliau dan rakan-rakannya telah membuat keputusan untuk keluar parti kerana mereka merasakan “perlu berehat”, menafikan khabar angin ini berlaku disebabkan rundingan kerusi diantara Pakatan Rakyat (PR) dan sekutu baru mereka di Sabah Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS).
Juani juga mengakui tindakan tersebut mungkin akan merangsang dakwaan beliau dan rakan-rakannya telah dibeli oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN), tetapi mengatakan beliau menolak untuk melayan dakwaan itu.
“Tidak ada sebab untuk keluar,” katanya ketika dihubungi di sini. “Kami hanya mahu berehat buat masa ini.”
Selain dari Juani, 13 lain yang keluar PKR kesemuanya dipilih dan dilantik sebagai ahli jawatankuasa sayap Wanita cabang Penampang.
Satu sumber memberitahu The Malaysian Insider sebelum itu, Juani yang menerajui jawatan ketua Wanita PKR cabang Penampang semenjak 2007, kecewa kepimpinan pusat parti itu tidak dapat mengesahkan pencalonan beliau di Moyog.
Moyog adalah salah satu daripada dua kerusi dewan undangan negeri (Dun) di bawah kawasan Parlimen Penampang yang secara tradisinya dikenali sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).
Penampang adalah kerusi Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)Tan Sri Bernard Giluk Dompok, manakala ketua penerangan parti itu Datuk Donald Peter Majuntin adalah Adun Moyog dan ketua MCA Sabah, Datuk Edward Khoo adalah Adun Kapayan.
Menurut sumber, Juani telah menetapkan tempat beliau bertanding di Moyog tetapi kemasukan APS dan PPPS berkemungkinan membantutkan peluangnya.
APS diketuai oleh Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, bekas timbalan presiden UPKO dari BN, manakala PPPS diketuai oleh ahli parlimen Beaufort dan bekas anggota majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin.
Kedua-dua gerakan sedang bekerja dalam rangka formula perkongsian kerusi dengan tiga parti komponen PR, parti DAP, PKR dan PAS, menyebabkan kesesakan barisan pembangkang Sabah.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (gambar) mengesahkan kepada The Malaysian Insider dengan kemasukan sekutu baru PR berasaskan Sabah, semua perjanjian sebelumnya mengenai pengagihan kerusi di negeri tersebut digantung buat sementara waktu.
“Bukan semua dimuktamadkan lagi,” katanya.
Ahli Parlimen Ampang itu terkejut dengan tindakan mengejut Juani keluar parti, memberitahu portal berita ini beliau baru bertemu Juani dua hari lalu untuk membincangkan situasi kerusi Sabah dan calon wanita berpotensi.
The Malaysian Insider difahamkan Zuraida kemudian menghubungi Juani dan kononnya memberitahunya dia masih dalam proses “memperjuangkan” pencalonan beliau.
“Tetapi saya meminta maaf. Saya mengatakan, biar orang lain bertanding jika mereka mahu menjadi calon,” kata Juani, nenek kepada tujuh cucu, kepada portal berita ini.
Beliau menambah ini juga akan menafikan khabar angin beliau meninggalkan parti itu kerana takut tidak akan dipilih untuk pilihan raya akan datang.
“Saya adalah calon berpotensi yang dikenali. Tetapi anda tahu, itidak mudah [untuk menjadi calon]. Anda perlu menghabiskan banyak wang dan masa.
“Perjuangan saya dalam pilihan raya untuk memastikan PKR menang. Tetapi sekarang, saya fikir saya hanya ingin berehat,” katanya.
Juani juga mendedahkan “parti pembangkang” sudah menjemput baliau untuk menyertai mereka, akan tetapi beliau menyerahkan keputusan kepada rakan-rakan yang menyertainya keluar PKR.
Terdapat dua lagi parti pembangkang dikenali di Sabah — Parti Maju Sabah (SAPP) yang diketuai oleh Datuk Yong Teck Lee dan Parti Pembaharuan Negeri (STAR) yang diketuai oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Rundingan kerusi diantara PR dan kedua-dua parti ini berlaku sebelumnya tetapi telah mencapai kebuntuan, menjelang pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum Jun ini.
Langgan:
Ulasan (Atom)






