Khamis, 7 Februari 2013

MAKA BERTAMBAH GAGAP LAH KLALID...

Apabila Chua Tee Yong mendedahkan berhubung skandal Talam di Selangor, Khalid Ibrahim mula menggelupur dan mengugut untuk menyaman Chua. Namun sehingga kini telah lebih enam bulan berlalu tidak ada sepucuk surat peguam pun apatah lagi surat saman yang dihantar oleh Khalid Ibrahim kepada Chua. Kemudian Khalid Ibrahim berkata beliau akan membentangkan kertas putih bagi menjelaskan isu Talam. Akhirnya kertas putih yang dibentangkan membongkar satu lagi episod baru. Kertas putih yang dibentang Khalid memerangkap atau membuka pintu untuk siasatan lanjut dan meletakkan kedudukan Khalid dalam keadaan serius berikutan penyalahgunaan kuasa beliau sebagai MB dalam penyelesaian hutang Talam. Penyalahgunaan kuasa dan penipuan fakta semasa membentangkan kertas putih berkenaan telah disahkan sendiri oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) kepada Bursa Saham pada 20 November 2012. Pengumuman kepada Bursa Saham oleh KHSB jelas memperlihatkan dengan nyata bahawa anak syarikat kerajaan negeri itu tidak dapat lagi bersekongkol dengan MB dan menanggung dosa dalam penyalahgunaan kuasa serta manipulasi harta rakyat Selangor. Kesalahan dan penipuan yang dilakukan MB tidak dapat lagi dirahsiakan oleh KHSB dan mengumumkan penyiasatan awal kepada Bursa Malaysia untuk pengetahuan pemegang-pemegang saham KHSB. KHSB telah melantik juruaudit bebas AKN ARIF yang merupakan sahabat kepada Raja Idris dan penyokong kuat Pas untuk mengaudit transaksi penyelesaian hutang Talam yang dilaksanakan oleh Khalid Ibrahim. Daripada siasatan awal juruaudit ebbas tersebut dan seperti yang diumumkan oleh KHSB, terdaat banyak keraguan dan pelanggaran undnag-undang dalam transaksi tersebut. Lebih mengejutkan laporan juruaudit AKN ARIF bertentangan dengan pengesahan dan endosmen oleh KPMG yang dilantik oleh Khalid untuk menyediakan kertas putih berkenaan yang jelas untuk mengaburi mata rakyat Selangor untuk menutup salah guna kuasanya. Hasil daripada laporan yang bertentangan oleh juruaudit bebas yang dilantik oleh KHSB, Khalid Ibrahim dan juruaudit KHSB (Ernest And Young) telah mengundang Suruhajaya Sekuriti dan SPRM membuka kertas siasatan bagi melindungi kepentingan pemegang saham KHSB serta harta rakyat Selangor yang hampir mencecah RM 1 bilion. Penipuan fakta semasa membentangkan kertas putih tersebut adalah sesuatu yang dijangka banyak pihak bagi melindungi kesalahan penyalahgunaan kuasa Khalid sebagai MB dalam isu hutang Talam. Lebih mengejutkan apabila fakta siasatan awal juruaudit bebas yang dilantik KHSB,AKN ARIF yang mengesahkan penipuan Khalid Ibrahim diumumkan untuk pengetahuan rakyat Selangor oleh KHSB sendiri. Sumber SEL13.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan