Khamis, 7 Februari 2013

WANITA PKR SABAH LUMPUH...

Masalah pembangkang di Sabah menjadi semakin parah dengan perletakkan jawatan 14 orang Wanita PKR, diketuai oleh Naib Ketua Wanita Negeri Winnie Juani semalam menjelang PIlihan Raya 2013. Juani yang berumur 52 tahun memberitahu The Malaysian Insider beliau dan rakan-rakannya telah membuat keputusan untuk keluar parti kerana mereka merasakan “perlu berehat”, menafikan khabar angin ini berlaku disebabkan rundingan kerusi diantara Pakatan Rakyat (PR) dan sekutu baru mereka di Sabah Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS). Juani juga mengakui tindakan tersebut mungkin akan merangsang dakwaan beliau dan rakan-rakannya telah dibeli oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN), tetapi mengatakan beliau menolak untuk melayan dakwaan itu. “Tidak ada sebab untuk keluar,” katanya ketika dihubungi di sini. “Kami hanya mahu berehat buat masa ini.” Selain dari Juani, 13 lain yang keluar PKR kesemuanya dipilih dan dilantik sebagai ahli jawatankuasa sayap Wanita cabang Penampang. Satu sumber memberitahu The Malaysian Insider sebelum itu, Juani yang menerajui jawatan ketua Wanita PKR cabang Penampang semenjak 2007, kecewa kepimpinan pusat parti itu tidak dapat mengesahkan pencalonan beliau di Moyog. Moyog adalah salah satu daripada dua kerusi dewan undangan negeri (Dun) di bawah kawasan Parlimen Penampang yang secara tradisinya dikenali sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN). Penampang adalah kerusi Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)Tan Sri Bernard Giluk Dompok, manakala ketua penerangan parti itu Datuk Donald Peter Majuntin adalah Adun Moyog dan ketua MCA Sabah, Datuk Edward Khoo adalah Adun Kapayan. Menurut sumber, Juani telah menetapkan tempat beliau bertanding di Moyog tetapi kemasukan APS dan PPPS berkemungkinan membantutkan peluangnya. APS diketuai oleh Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, bekas timbalan presiden UPKO dari BN, manakala PPPS diketuai oleh ahli parlimen Beaufort dan bekas anggota majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin. Kedua-dua gerakan sedang bekerja dalam rangka formula perkongsian kerusi dengan tiga parti komponen PR, parti DAP, PKR dan PAS, menyebabkan kesesakan barisan pembangkang Sabah. Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (gambar) mengesahkan kepada The Malaysian Insider dengan kemasukan sekutu baru PR berasaskan Sabah, semua perjanjian sebelumnya mengenai pengagihan kerusi di negeri tersebut digantung buat sementara waktu. “Bukan semua dimuktamadkan lagi,” katanya. Ahli Parlimen Ampang itu terkejut dengan tindakan mengejut Juani keluar parti, memberitahu portal berita ini beliau baru bertemu Juani dua hari lalu untuk membincangkan situasi kerusi Sabah dan calon wanita berpotensi. The Malaysian Insider difahamkan Zuraida kemudian menghubungi Juani dan kononnya memberitahunya dia masih dalam proses “memperjuangkan” pencalonan beliau. “Tetapi saya meminta maaf. Saya mengatakan, biar orang lain bertanding jika mereka mahu menjadi calon,” kata Juani, nenek kepada tujuh cucu, kepada portal berita ini. Beliau menambah ini juga akan menafikan khabar angin beliau meninggalkan parti itu kerana takut tidak akan dipilih untuk pilihan raya akan datang. “Saya adalah calon berpotensi yang dikenali. Tetapi anda tahu, itidak mudah [untuk menjadi calon]. Anda perlu menghabiskan banyak wang dan masa. “Perjuangan saya dalam pilihan raya untuk memastikan PKR menang. Tetapi sekarang, saya fikir saya hanya ingin berehat,” katanya. Juani juga mendedahkan “parti pembangkang” sudah menjemput baliau untuk menyertai mereka, akan tetapi beliau menyerahkan keputusan kepada rakan-rakan yang menyertainya keluar PKR. Terdapat dua lagi parti pembangkang dikenali di Sabah — Parti Maju Sabah (SAPP) yang diketuai oleh Datuk Yong Teck Lee dan Parti Pembaharuan Negeri (STAR) yang diketuai oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Rundingan kerusi diantara PR dan kedua-dua parti ini berlaku sebelumnya tetapi telah mencapai kebuntuan, menjelang pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum Jun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan