Sabtu, 19 Januari 2013

Keris desak Majlis Peguam nyata pendirian perhimpunan 112

Kelab Warisan Malaysia (Keris) mendesak Majlis Peguam Malaysia menyatakan pendirian berhubung perbuatan peserta perhimpunan Sabtu lalu melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012. Setiausaha Agungnya, Azman Haj Hassan berkata, hanya dengan cara tersebut Majlis Peguam boleh membuktikan mereka tidak 'pilih bulu' dalam memperjuangkan kebajikan rakyat. "Dulu ketika Bersih 3.0, mereka seolah-olah cuba halalkan perhimpunan haram yang jelas melanggar undang-undang dan mengancam keselamatan rakyat, jadi sekarang mereka perlu nyatakan pendirian berhubung perhimpunan Sabtu lalu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Pada perhimpunan yang berlangsung di Stadium Merdeka itu, polis mengesan pelanggaran tiga daripada 27 syarat yang dipersetujui penganjur dan polis berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012. Tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang. Mengulas perkara lain, Azman Haj berkata, Keris dan 13 lagi badan bukan kerajaan (NGO) akan berhimpun di kawasan parkir Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada Rabu depan bagi menyatakan sokongan terhadap peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang menyaman Majlis Peguam. "Kita akan kumpulkan 500 orang yang terdiri daripada anggota NGO dan pelanggan khidmat guaman yang kecewa dengan tindakan Majlis Peguam mengutamakan hal ehwal lain, selain memberikan khidmat guaman yang terbaik untuk rakyat," katanya. Pada Mei tahun lalu, Mohd Khairul Azam memfailkan saman terhadap Majlis Peguam, Presidennya, Lim Chee Wee dan dua pihak lagi berhubung usul yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam pada bulan yang sama. - BERNAMA

Patrick Teoh harus berhati hati; KP Jakim

Berhati-hati! Demikian nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kepada sesiapa yang membuat kenyataan menyentuh sensitiviti agama. Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata demikian ketika diminta mengulas isu kenyataan pelakon, Patrick Teoh yang mengguris perasaan umat Islam. "Melihat kepada isu yang berbangkit sememangnya ia menyentuh sensitiviti umat Islam. "Jadi, saya minta berhati-hatilah dalam menyatakan pandangan khususnya dalam menyentuh sensitiviti agama," kata beliau kepada Sinar Harian Online. Jakim turut menerima aduan berhubung kenyataan pelakon tersebut. Selasa lalu, Patrick Teoh telah mengguris umat Islam menerusi satu kenyataan di laman sosial. Ekoran kenyataannya di laman sosial, Teoh telah meminta maaf pada keesokan hari. Kenyataan kesat Teoh disifatkan menghina Islam termasuk memperlekeh amalan solat dan menutup aurat wanita Islam. Othman berharap permohonan maaf pelakon itu benar-benar ikhlas. "Kita berharap permohonan maaf daripada beliau benar-benar ikhlas dan tidak akan mengulanginya lagi. "Walaupun dia telah buat permohonan maaf namun kesannya tetap ada kerana mana-mana agama pun tidak mahu diperlekeh dan dihina," katanya. Pelbagai pihak mahukan tindakan tegas diambil ke atas pelakon itu termasuk Persatuan Seniman yang telah membuat laporan polis kelmarin.- Sinar Harian.

Bible tulisan jawi: JANGAN JADI PUNCA API !...

Bible bahasa Inggeris yang turut mengandungi tulisan jawi dikesan diedar di sekolah di negeri ini dipercayai untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan pelajar Islam. Menurut laporan dari Berita Harian, penyebaran itu dipercayai dilakukan oleh dua lelaki di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, jam 12.30 tengah hari kelmarin. Mereka yang berpakaian kemas didapati mengedarkan Bible kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu. Pengerusi Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Salleh Ismail, berkata perbuatan dipercayai dilakukan oleh kakitangan gereja itu menyalahi Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam. Beliau berkata, pihaknya percaya ia sengaja dilakukan untuk mencabar kesabaran umat Islam selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, membangkitkan semula isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu dalam perutusan sempena Hari Krismas, baru-baru ini. Katanya, sejak lebih 50 tahun negara merdeka, kejadian penyebaran agama Kristian di kalangan umat Islam tidak pernah berlaku tetapi ia mula timbul sejak Kerajaan DAP Pulau Pinang dipimpin Guan Eng mula memerintah. “Sehubungan itu, kami membuat laporan polis di Balai Jelutong, di sini, tengah malam tadi (semalam) untuk mendesak supaya satu siasatan dibuat oleh polis peringkat negeri berhubung penyebaran dakyah agama lain kepada umat Islam serta mendesak Kerajaan Pusat menguatkuasa tindakan mengikut Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Khamis, 17 Januari 2013

PM dah nak umum Calon PRU 13!..

Bahang pilihanraya umum ke 13 semakin terasa..teka teki yang berlegar sebelum ini hampir menemui jawapannya. Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) diarahkan siapsiaga bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diumumkan tidak lama lagi. Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, berkata isu perbincangan pembahagian kerusi antara parti komponen dan calon yang akan disenaraikan hampir selesai. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, ketika ini BN mahu memastikan pilihan calon yang akan bertanding pada PRU-13 berdasarkan kebolehan dan penerimaannya di kawasan berkenaan. "Pengumuman calon akan dibuat lebih awal tetapi saya masih belum membuat keputusan bila ia akan diumumkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat BN di Menara Dato' Onn di sini, sebentar tadi.

ISU SENSITIF AGAMA TIDAK PERLU DIBANGKIT- Jamil Khir

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan isu yang menyentuh sensitiviti mana-mana agama tidak seharusnya dibangkitkan dengan apa cara sekalipun. Menurutnya sikap saling menghormati pegangan agama orang lain perlu sentiasa diamalkan memandangkan rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. "Kita kena faham, tidak kira bukan beragama Islam atau Islam tidak boleh untuk bercakap soal ini dan amat salah untuk kita menyentuh soal pegangan anutan seseorang," katanya kepada pemberita mengulas kenyataan pelakon dan personaliti radio, Patrick Teoh dalam laman Facebooknya yang menyinggung perasaan umat Islam. Menerusi laman itu, Teoh mempersoalkan panduan penganjuran program Tahun Baru Cina oleh kerajaan PAS Kedah yang menggalakkan persembahan lagu berbentuk motivasi dan pakaian sopan untuk penganjur serta penyanyi, selain didakwa merendahkan martabat al-Quran. Jamil Khir berkata, meskipun personaliti itu telah memohon maaf menerusi laman Twitter, namun catatan beliau tetap mengguris perasaan umat Islam. "Apabila benda (kenyataan) itu terkeluar, ada permohonan maaf. Mungkin ianya mudah untuk kita ungkapkan. Tetapi ianya sudah mencalarkan orang lain," katanya. Terdahulu beliau mengadakan sesi perjumpaan bersama peserta Diploma Pengurusan Islam siri tiga serta pertemuan dengan warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di sini, hari ini. - Bernama

Rabu, 16 Januari 2013

Patrick Teoh: LU JANGAN MAIN API ...

Patrick Teoh Hina Islam & Al-Quran : Tidak kisah samada dia artis Malaysia atau tidak, hukuman tidak membezakan antara status yang ada padanya. Yang bertambah hairan bagi kami, bagaimana seorang yang sudah menginjak lebih separuh abad tinggal di Malaysia tergamak untuk mengeluarkan perkataan makian seperti di dalam laporan berita ini. Mengapa? Sudah lebih dari 55 tahun kita orang islam dan bukan Islam duduk bersama tetapi kenapa mengapa masih ramai lagi orang bukan Islam belum memahami kehendak orang islam di Malaysia? Sukarkah? Benda mudah sahaja yang diminta. Minta hormat agama orang lain sahaja. Begitu orang islam perlu hormat agama Islam. Sepertimana yang tercacat dalam : “Janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah selain Allah,karena mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.Demikianlah Kami memperelokkan pada (pada pandangan) tiap-tiap ummat akan amal perbuatan mereka,kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka,lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.” (Q.S.al-Anan’am:108) Andaikata tidak bersetuju sekalipun, dengan peraturan & garis panduan yang dikenakan Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2013 kali ini, mengapa tergamak mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa? Belajar menghormati agam orang islam, Insyaallah orang lain menghormati agama kamu. Kami tidak rasa semua bukan Islam tergamak melakukan kenyataan sebegitu rupa. Ini kerana daripada ramai-ramai orang bukan Islam di Kedah amnya dan di Malaysia umumnya, hanya beliau seorang sahaja yang tergamak mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa melibatkan isu kali ini. Kenyataan Hina Islam Ditarik Balik? Adakah begitu mudah?Sampai bilakah insiden seperti ini akan terus berlaku. But perbuatan yang mengguris hati orang Islam, kemudian terus meminta maaf. Apa jaminannya insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi? P/S : Adaalanya kami tertanya-tanya timbul persoalan di mana jikalau selama ini, ada insiden yang membabitkan insiden hina Sultan sepantas kilat akan ada demonstrasi, tindakan pantas pihak berkuasa dan macam-macam lagi. Itu Sultan. Sekarang ini ada kalangan rakyat Malaysia kita yang menghina agama lain, agama Islam. Apa tindakan pihak berkuasa? Petikan:

Selasa, 15 Januari 2013

Bila DAP setuju dengan Majlis Syura PAS...

Alhamdulilah isu pengunaan kalimah Allah yang menimbulkan kekeliruan umat Islam hampir sebulan lalu sudah pun selesai dan dengan rahmat Allah isu yang menjadi polimik dan percanggahan pendapat di kalangan umat Islam sudah menemui jawapan. Muhyidul Am PAS, Nik Nik Nik mAt dan Presiden parti itu Haji HAdi yang mempertahankan tindakan Setiausaha Agung DAP, Guan Eng akhirnya bersetuju dengan keputusan Majlis Syura. Ini sekaligus membuktikan dua pemimpin itu mula meletakkan kepentingan agama mengatasi matlamat politik walaupun sebelum ini timbul percanggahan dan kekeliruan antara pengikut taksub PAS dan umat Islam lain. Persetujuan mereka yang akur dengan keputusan Majlis Syura itu juga diikuti oleh pemimpin lain seperti Haji Mohd Sabu dan tentunya semua tanpa mengira fahaman politik akan kembali tenang dan terima perkembangan tersebut. Bagaimanapun dalam ketenangan menerima keputusan tersebut sekali lagi isu ni menimbulkan gejutan apabila DAP Perak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura itu. Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, isu berkenaan kalimah ALLAH tidak harus diperbesarkan sebaliknya perlu dibuat perbincangan bagi menyelesaikannya. Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Majlis Syura Ulama Pas bahawa kalimah ALLAH adalah universal dan siapa pun boleh menyebutnya. Kenyataan yang mendahului Guan Eng yang membuat desakan sebelum ini masih boleh menimbulkan pertikaian sejauhmana kejujuran atau ada yang tersirat dari tersirat. APapun semua pihak harus berhati hati melihat dengan teliti apa yang sedang dimainkan DAP ini yang begitu mudah menyokong dasar yang bercanggah dengan apa diperjuangkan mereka sebelum ini..Kita tunggu dan lihat...