Jumaat, 22 April 2011

Bila Tun M bersuara..




Tun Dr. Mahathir menyatakan DAP telah membawa satu budaya asing ke Sarawak. Tun Dr. Mahathir berkata lagi, DAP berjaya di Sarawak kerana menggunakan sentimen perkauman sebagai modal pilihanraya mereka. Atau lebih tepat lagi DAP umpama Virus Ke Sarawak.

Dan seperti yang dijangka, kenyataan Tun Mahathir itu mengundang pelbagai kritikan dan kecaman daripada masyarakat berkenaan. Melayu dijadikan subjek yang paling mudah untuk dikecam. Tun Mahathir dikatakan RASIS dan membenci kaum Cina. Sedangkan perkara pokok yang menyebabkan Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan tersebut, langsung tidak diperkatakan.

Antara kempen DAP di Sarawak dalam usaha untuk menawan kerusi DUN yang mereka tandingi ialah mempersoalkan mengapa kaum Cina tidak boleh menjadi Ketua Menteri. Violet Yong yang memenangi kerusi Pending terang-terangan mempersoalkan kaum Melanau dalam pentadbiran negeri.

DAP turut mempergiatkan sentimen agama bagi merangsang undi daripada masyarakat beragama Kristian yang merupakan pengundi majoriti di Sarawak. Selain mengaut sokongan daripada masyarakat Cina, DAP turut cuba mengais sokongan serta undi daripada masyarakat Bumiputera Sarawak yang menganut agama Katholik.

Seperti yang kerap dilakukan oleh DAP sebelum ini, mereka akan cuba mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan setiap kaum di negara ini. Dan peranan ini tidak hanya dilakukan oleh para pemimpin, bahkan ahli-ahli dan simpatisan DAP juga akan memainkan peranan yang serupa.

Semua laporan tentang kenyataan Tun Mahathir dibuat dengan satu gambaran iaitu Melayu marah dan tidak berpuas hati kerana kaum Cina tidak mengundi BN. Bahkan cerita tentang orang Melayu yang meminta kerajaan agar tidak menghentikan semua bantuan kepada masyarakat Cina sebagai pengajaran, turut diperbesar-besarkan.

Alasan sebenar mengapa orang Melayu mulai resah dan marah dengan apa yang berlaku tidak disiarkan dan diperkatakan. Tidak ada laporan tentang segala macam bantuan yang telah diberikan oleh Najib Abdul Razak kepada Cina atas nama dan semangat 1Malaysia. Bahkan bantuan-bantuan yang diambil daripada hak Melayu dan diberikan kepada Cina, tidak langsung disentuh dan diperkatakan.

Protes senyap Melayu bagi memberi peluang Najib meraih sokongan orang Cina sudah bertukar menjadi protes terbuka. Bukan kepada Najib, tetapi kepada penyokong DAP yang tidak tahu menilai budi yang dihulur. Isu Bahasa Kebangsaan, pendidikan vernakular, Al-Kitab, peruntukan untuk masjid dan Sekolah Agama yang dipertikaikan oleh pemimpin-pemimpin DAP sebelum ini selain isu Melayu Pendatang, benar-benar mengguris hati orang Melayu.

Sangat ketara apabila Najib Abdul Razak terus ditipu dari semasa ke semasa. Semua bantuan yang diberikan, disapu dan disimpan. Tidak cukup dengan itu, lebih banyak tuntutan dan desakan dibuat demi kepentingan masyarakat Cina menerusi gelagat para pemimpin DAP.

DAP bijak menggunakan kesempatan untuk memerangkap setiap kaum di negara ini agar saling berlaga antara satu sama lain. Pun begitu, satu lagi kebijaksanaan DAP ialah dengan meletakkan semua kesalahan kepada UMNO. UMNO dikatakan rasis dan menggunakan sentimen perkauman sebagai senjata utama. DAP pula dikatakan sebagai parti yang terbuka buat semua kaum.

Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya. UMNO lebih bertoleransi dengan memberikan ruang yang sangat besar dan tiada had buat kaum lain di negara ini untuk sama-sama mentadbir, menikmati sosio budaya dan ekonomi secara bebas. Dan sepanjang tempoh UMNO mentadbir, tiada sejengkal harta orang bukan Melayu-Bumiputera yang telah dirampas oleh orang Melayu-Bumiputera.

Malangnya DAP tetap meneruskan hasutan dengan memberitahu para penyokong mereka bahawa Melayu adalah RASIS dan apa yang dilakukan oleh DAP adalah hak masyarakat bukan Melayu di negara ini. Dan dalam proses tersebut, DAP menyuakan pelbagai teori sehingga mampu menawan hati dan perasaan masyarakat Cina untuk mengundi mereka.

Hasilnya adalah apa yang dapat dilihat dalam keputusan Pilihanraya Negeri di Sarawak!

Dek kerana itulah, DAP jadi terlalu sensitif apabila kerenah dan taktik mereka didedahkan. Sama seperti apabila fakta sejarah tentang imigrannya mereka di negara ini diperkatakan, DAP akan sentiasa mengecop UMNO sebagai RASIS sekalipun DAP yang sebenarnya menggunakan perkauman sebagai senjata utama mereka untuk mendapatkan pengaruh dan undi di kalangan rakyat Malaysia.

Apabila berada di khalayak Melayu, mereka akan memperkatakan tentang pentadbiran bertunjangkan Melayu yang mengabaikan orang Melayu tetapi nada mereka akan berubah apabila berada di khalayak kaum bukan Melayu. DAP akan menggunakan sentimen Melayu cuba membodoh-bodohkan dan menjadikan masyarakat bukan Melayu sebagai kuli akan dikumandangkan… terutama apabila ceramah dibuat dalam Bahasa Mandarin!

This post was submitted by Hero Tua.

mykmu

Rabu, 20 April 2011

Video lucah sudah masuk masjid




Di sini MiM sertakan artikel pembaca media perdana yang mendedahkan sesetengah pihak yang memperalatkan khutbah Jumaat untuk mempertahankan Anwar Ibrahim dan isu video lucah kontroversi.

Sila baca:-

ISU video lucah melibatkan individu yang dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang telah menarik perhatian banyak pihak. Pelbagai cara nampaknya digunakan untuk membersihkan nama pemimpin tersebut, termasuklah semasa khutbah Jumaat.

Kejadian ini berlaku pada Jumaat lalu (15 April) di Masjid Jamek Kampung Melayu, Ampang. Khutbah hari itu telah digunakan sepenuhnya oleh khatib untuk mempertahankan isu video lucah yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang itu.

Khutbah pertama pada hari itu pada awalnya menerangkan apa erti hasad dengki dan fitnah dengan menerangkan serta mengambil iktibar bagaimana iblis tidak senang apabila Allah mencipta Nabi Adam dan berikrar untuk menentang manusia hingga hari kiamat. Banyak ayat-ayat al-Quran digunakan dalam khutbah pertama yang berlangsung selama 15 minit.

Pada bahagian kedua khutbah pertama itu, khatib sempat menyelitkan isu terkini iaitu video lucah. Khatib terbabit menerangkan bahawa terdapat dua senario melalui video lucah itu. Yang pertama, sekiranya video lucah itu tulen dan pelakonnya juga tulen, tetapi cara dan mekanismenya adalah bertujuan khianat bagi mengaibkan pemimpin pembangkang.

Khatib itu berkata, perbuatan itu adalah bersifat khianat dan hasad dengki serta menganggapnya sebagai satu fitnah. Khatib sempat juga mempertahankan tokoh pembangkang berkenaan dengan mengatakan pendekatan mengaibkan ini serupa dengan modus operandi yang didakwa digunakan oleh pemerintah pada tahun 1998.

Malah, khatib itu turut mendakwa pelakon dalam video itu bukan pemimpin parti pembangkang itu. Sebaliknya beliau menegaskan, pemimpin pembangkang tersebut telah difitnah dengan begitu kejam.

Beliau sempat mengajak jemaah supaya mempercayai kata-kata Datin Seri Wan Azizah bahawa hanya seorang isteri sahaja yang tahu bentuk badan suaminya. Pada ketika ini, saya sudah menutup telinga kerana tidak berminat mendengar khutbah tersebut.

Tiba-tiba seluruh hadirin di masjid itu dikejutkan dengan jeritan seorang makmum yang berkata ke arah khatib, "Hoi cukuplah. Di sini bukan untuk berkempen politik".

Saya mengenengahkan isu ini kerana Sultan Selangor telah pun bertitah sebelum ini tidak membenarkan mana-mana pihak menggunakan masjid yang sepatutnya menjadi tempat ibadah sebagai pentas politik individu tertentu.

Saya percaya makmum yang menghadiri khutbah Jumaat lalu kesal. Namun mereka tidak mempunyai pilihan lain ketika itu selain menunggu 'khutbah' tersebut kerana menunaikan solat Jumaat adalah satu kewajipan bagi saya dan makmum Islam yang lain.
Petikan; Blok MIM

CATATAN NOTA KAKI:Pengalaman yang dilalui oleh penulis email berkenaan, bukanlah sesuatu yang terpercil, penulis sendiri mengalami peristiwa itu bukan sahaja sekali malahan dua kali, satu peristiwa dalam kuliah subuh dan satu di kuliah maghrib.

Ustaz yang memberi kuliah tersebut turut mengulas itu video sehingga tepuk meja tanda geramnya dengan tindakan "Mereka" yang membuat fitnah terhadap pemimpin pembangkang itu.

Cara ustaz berkenaan berpersoal isu tersebut, seolah olah dia sudah melihat video itu dan mengesahkan pelakunya bukan pemimpin pembangkang yang dimaksudnya.

Malahan lebih jauh dari itu ,ustaz itu berani mengeluarkan fatwa dan ayat ayat Quran yang ditujukan kepasa Trio Datuk T itu dan mempertahankan pemimpin pembangkang itu.

Apakah nanti sekiranya dakwaan yang dibuat oleh Trio Datuk T itu benar, mampukah ustaz itu menarik balik fatwa yang dikeluarkan itu dan apakah mereka sanggup secara terbuka mengaku kesilapan yang dilakukan !

JIka mereka tidak mampu berbuat demikian, sebenarnya siapa yang membuat fitnah dan siapa yang menjadi maangsa fitnah dan apakah mereka sanggup menghukum atau mengutuk pelaku dalam video itu !.

Kami tidak takut didakwa" Trio Datuk T



Trio "Datuk T" hari ini mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Syeksen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat dimana sahaja termasuk didepan Ka'abah, bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut, sebagaimana yang di dakwa.

Syabas "Trio Datuk T" anda bertiga orang yang berani demi sayangkan
Negera Malaysia dari diterajui oleh seorang pemimpin yang mengamalkan
sikap keperibadian yang buruk.

Shazly Eskay ketika dihubungi berkata, beliau tidak akan sesekali membantah sebarang tindakan undang-undang, jika benar pihak Peguam Negara mahu mendakwa tirio Datuk T di mahkamah, atas kesalahan memiliki serta mengedar rakaman video seks berkenaan.

"Kami serah sepenuhnya kepada pehak polis dan Peguam Negara,. Di pihak kami, apa jua keputusan dan arahan pihak berkuasa kami akan patuh termasuk pergi ke mahkamah. Kami akan memberi kerjasama 100 peratus kepada semua yang terlibat kerana kami sedar ini adalah perjuangan demi kebenaran.

"Oleh itu, kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi kami juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat dimana sahaja termasuk di depan Ka'abah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan kerana lelaki itu memang Anwar." katanya, disini hari ini.

Alamak Al-juburi sudah naik haji ya dong, kapan perginya tidak
di umumkan. Pastinya sudah sumpah laknat di depan Ka'abah ya?
loo..belum lagi katanya, dia cuma baru mangan sesumpah aje
kate nye

Dalam pada itu, Shuib pula memberi tahu, pihaknya memang sedar akan risiko perundangan yang terpaksa di hadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah.

Katanya, atas niat yang murni tersebut jugalah sehingga kini, semua trio Datuk T tidak mendapatkan sebarang khidmat peguam bagi menghadapi kemungkinan pendakwaan kerana yakin, Allah akan menolong golongan yang berjuang untuk mengelak negara ini dari di perintah individu tidak bermoral.

"Pada saya, pendedahan ini bukan bertujuan mahu mengedarkan rakaman video seks tetapi untuk membolihkan rakyat menjadi saksi. Kalau ingin mendengar, rakaman tersebut sudah di cetak sebanyak 20,000 salinan tetapi hingga kini hanya 15 individu sahaja yang dibenarkan menontonnya," kata beliau.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, jika Shazly Eskay sanggup melakukan sumpah laknat termasuk didepan Ka'abah, Anwar selama ini menampilkan imej Islamik di mata masyarakat juga perlu ada keberanian dan kepercayaan tersebut, dalam mencari kebenaran sebagai di tuntut oleh ugama Islam.

Sambil mengakui bahawa dirinya juga sudah bersedia untuk menerima apa juga keputusan Peguam Negara, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau juga sanggup berdepan dengan Anwar dalam apa juga situasi, selepas ketua pembangkang itu bermati-matian menafikan beliau terlibat dalam aksi video seks itu,-Utusan Online.

Khamis, 14 April 2011

Anwar tercabut lari...pasai Omega



Anwar Ibrahim mengejutkan penduduk di sebuah rumah panjang apabila mengambil keputusan meninggalkan sesi kempen beliau secara mengejut malam tadi.
Beliau berbuat demikian apabila ditanya mengenai isu kes liwat beliau dan jam juga Omega yang menjadi kontroversi sejak beberapa minggu lalu.
Anwar yang menghadiri program kempen di rumah panjang Edarodision Bungap Ng Melekun di Kapit berucap mengenai isu-isu politik semasa selama 20 minit.
Beliau kemudiannya mengadakan sesi dialog bersama penduduk rumah panjang tersebut. Apabila Tuai rumah panjang tersebut bertanyakan isu perbicaraan kes liwat beliau dan mengenai jam Omega yang menjadi kontroversi, Anwar kelihatan agak marah dan tidak menjawab soalan tersebut.
Sebaliknya beliau mengambil keputusan meninggalkan terus majlis tersebut tanpa bersalaman dengan penduduk di situ.
Tindakan Anwar mengejutkan jentera pembangkang di Kapit yang turut hadir bersama beliau.
Mereka berpendapat Anwar sepatutnya bersikap lebih “gentleman” dengan menjawab isu-isu tersebut secara politik memandangkan beliau merupakan ahli politik berpengalaman.

NOTA KAKI: Bila di tanya pasal jam omega tu, jangan salah faham, Anwar bukan cabut lari, sudah terbukti dalam video yang ada kaitan dengan jam Omega itupun Anwar tidak cabut walaupun dua kali sepatutnya dia cabut, dia lebih suka lepas dalam sahaja dari dia.

Anwar nak balik cepat pasai Kak Wan dah bagitau dia, Jam Omega tu dah jumpa, jadi dia cepat2 nak balik tengok atau nak ambil untuk simpan nanti takut hilang lagi jam tu, pasai kak wan pun dah hilang ingatan pasai Jam Omega punya hal.

Tetapi rupanya Kak Wan bukan jumpa Jam Omega, tapi jumpa telur ayam Omega yang menjadi kegemaran Anwar setiap kali untuk menembak amoi cina itu.

Jadi Omega ni agak sensetif bagi Anwar, so kita jangan hairan lah kalau dia melenting bila ditanya Jam Omega, ini gara gara termakan banyak telur Ayam Omega hingga lupa Jam Omega.

Rabu, 13 April 2011

Solat hajat yang dah mula berhasil...


Lewat malam tadi banyak dapat sms dan pangilan telefon daripada kawan kawan yang bertanyakan mengenai pengakuan Raja Petra Kamaruddin dalam Buletin Utama, berita TV 3.

Pelbagai pertanyaan dan persoalan yang muncul dari kekawan dan yang paling menarik sms dari seorang teman yang komen mengenai pendedahan PRK itu, katanya, "aku percaya solat hajat dia makan diri dan Anwar ni memang jahat,muka dia muka koto".

Penulis agak tertarik kerana sebagai rakyat biasa yang tidak ada fahaman politik fanatik kepada UMNO beliau mengeluarkan komen sedemikian ekoran beberapa perisiwa yang berlaku sebelum ini.

Penulis turun bersetuju dengan komen kawan tersebut kerana bagi Anwar apa sahaja yang berlaku dia dengan mudah mengerakkan rakan rakan yang bersekongkol dengannya untuk mengadakan sembahyang hajat termasuk Lim Kit Siang turun diangkut ke majlis berkenaan.

Barangkali sebaik sahaja majlis yang mendapat sambutan meriah itu dengan kehadiran Lim Kit Siang dan ceramah mengenai isu video lucah itu, apa yang di pohon menjadi kenyataan.

Kebenaran semakin terserlah walaupun masih ada yang taksub tidak dapat menerima segala pertunjuk tersebut. Malah tidak mungkin selepas ni mereka akan menganjurkan lagi satu lagi sembayang hajat untuk menutup kebenaran yang semakin terselak sekarang dan bagi meneruskan kemungkaran.

Berbalik kepada pendedahan PRK itu, barangkali ini juga antara hasil solat di stadium melawati itu.,tapi apapun bagi penulis pendedahan itu bukan satu keberanian yang perlu dibanggakan sebaliknya adalah permulaan untuk membetulkan pemikiran golongan takksub yang masih tidak dapat menerima kenyataan.

PRK bukan sahaja harus menghadkan pendedahanya mengenai isu tersebut, masih banyak yang harus dilakukannya bagi membayar nilai fitnah yang dilemparkan sebelum ini.

PRK juga harus mendedahkan siapa yang membiayai beliau semasa berada di London, siapa yang menaja kediaman mewahnya, siapa yang membawa dan merancang membawa beliau keluar negara.

Siapa juga yang menaja kewangannya sewaktu berada dalam negara dan apakah misi besar lagi yang diarahan untuk dilakukan oleh bagi menyekat kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan usaha mengangkat suami anugerah tuhan untuk ke Putrajaya.

Pendedahan yang dibuat beliau semalam tidak harus di ukur sebagai berpaling tadah atau sudah kembali ke pangkal jalan sebaliknya satu permulaan untuk menebus kembali dosanya yang sudah lama melekat di jiwa rakyat yang taksub.

Hinggakan pemimpin PAS juga turut terpesong sampai mengeluarkan pelbagai fatwa dan hukum yang medahului hukum fitnah yang disebarkan.

Jadi PRK harus memainkan peranan besar bagi membetulkan keadaan terutamanya pelbagai penafian dan dakwaan yang akan dikeluarkan nanti terhadapnya mengenai pendedahan yang dibuatnya itu.

Sama sama kita lihat apa lagi pendedahan akan dibuat PRK nanti dan sama sama juga tunggu komen para penjilat suami anegerah tuhan akan katakan nanti.

Selasa, 12 April 2011

Bila Anwar cakap tentang peralihan kuasa...




Dalam keghairahan berkempen bagi Pilihanraya Kecil Negeri Sarawak, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang muflis isu terpaksa menjadikan proses peralihan kuasa Ketua Menteri, Tan Sri Pahin Abdul Taib Mahmud sebagai bahan untuk meraih simpati rakyat.

Dengan bangganya Anwar mendakwa proses kuasa itu tidak akan berlaku dan sekadar janji janji kosong sahaja, tetapi pemimpin "suami anugerah tuhan" itu lupa apa yang didakwanya lebih memakan diri sendiri atau meludah ke muka sendiri.

Seperti penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak proses peralihan kuasa itu akan tetap berlaku kerana beliau sudahpun mengadakan perbincangan dengan Tan Sri Pehin Abdul Taib sendiri.

Proses peralihan kuasa harus berjalan dengan cara yang elok dan penyediaan barisan kepimpinan yang rapi disimping akan berlaku dalam keadaan yang elok dan mendedahkan pelbagai pengalaman kepada bakal penganti Abdul Taib nanti.

Anwar sendiri seolah olah terlupa bahaya dia sendiri pernah mencanangkan peralihan kuasa kerajaan pada 16 September tahun lalu tetapi dilakukan secara tidak demokratik dengan membuat pelbagai penipuan.

Daripada menghantar barisan tukang pujuk ke Taiwan untuk membeli Anggota Parlimen BN yang kebetulan mengadakan lawatan ke negara tersebut, disamping terpaksa menghantar misi memujuk memujuk beberapa Ahli parlimen sehingga Jam 2 pg seperti mana yang pernah didedahkan oleh Anggota Parlimen Batu Pahat. Datuk Dr Fuad Zarkasi sebelum ini.

Begitu juga sebagaimana yang didedahkan oleh Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Zaharin Hashim yang mana Anwar terpaksa menjual nama Yang DiPertuan Agung dan Panglima Angkatan Tentera untuk menipu Anggota Parlimen BN untuk melompat.

Pelbagai tipu helah terpaksa dilakukan oleh pemimpin yang suka dengan hal belakang itu untuk mengambil alih kuasa.

Bagaimanapun saudagar mimpi itu hanya mampu menipu rakan rakan dari kalangan parti pembangkang lain seperti PAS dan DAP sahaja.

Jadi bila dia menghebohkan proses peralihan kuasa tidak berlaku di Sawarak, seolah olah proses peralihan kuasa itu akan berlaku sebagaimana peristiwa 11 September dan bukan melalui proses yang sihat.

Anwar juga yakin gabungan mereka tidak akan mampu untuk mengambil alih Sarawak dalam plihanaraya negeri kali ini kerana sesama mereka juga masih bertelagah dan masing masing tidak mampu untuk duduk semeja.

Jadi bagi menutup kemaluannya yang hanya bertutup dengan sehelai tuala putih itu, Anwar terpaksa membawa isu Abdul Taib tidak akan melepaskan kuasa.

Oleh itu setiap apa yang di canang Anwar sekarang lebih mencerminkan sikap dia sendiri yang meludah ke langit dan menepuk air ke dulang. Saudagar mimpi yang masih dengan mimpi ngerinya kerana untuk menjadi seorang perdana menteri !.

Isnin, 11 April 2011

Sedikit catatan pengalaman membuat liputan Anwar



Terlebih dahulu nak ucap terima kasih dan tahniah kepada wartawan dari TV3 yang membuat liputan sidang akhbar Ketua Pembangkang, Anwar Ibarhim di Kuching baru baru ini.

Kepetahan Anwar menjawab soalan wartawan wanita itu, membuktikan tidak rugi gabungan pembangkang memilih anugerah tuhan itu untuk menjadi ketua mereka kerana kemampuan dia memutar belit soalan dan menghemtam wartawan sebegitu.

Ketua Pembangkang yang dilahirkan selepas isu "menodai teruna" saiful memang terkenal dengan kepetahannya dalam menangani pelbagai isu dan melepaskan kesalahan kepada orang lain.

Malahan kebijaksanaan Anwar sebaik sahaja tercetus isu Saiful itu hingga terpaksa diadakan pilihan raya kecil Permatang Pauh semata mata untuk mengaburi mata rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional sahaja memerangkap dia bagi menyekat kemaraan politiknya, cukup untuk mengaburi penyokong fanatiknya.

Begitu juga, Anwar akan terus memainkan isu isu untuk terus menghalalkan tindakan buruk yang sentiasa dilakukanya termasuk dalam isu video lucah ini.

Walaupun isu ini dicetuskan dari kerakusan nafsu sexnya, tetapi dia berjaya mengalih pemikiran para penyokong fanatiknya dengan mendakwa semuanya ini adalah kerja jahat BN.

Inilah untungnya menjadi seorang Anwar, apa sahaja yang dilakukan bukan kerana sikap buruknya tetapi oleh kejahatan BN atau pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turun dikaitkan.

Hinggakan tempias nafsunya kepada seorang pelacur Cina tidak menjadi kesalahan tetapi penyokong fanatiknya hanya mempersoalkan tindakan mereka yang mendedahkan aktiviti tidak bermoralnya itu.

Begitu juga bila isu kehilangan jam Omega juga turun ditempiaskan kepada wartawan kecil yang bertanyakan soalan biasa mengenai jam itu dengan menuduh wartawan berkenaan menjadi alat UMNO dan sebagainya.

Sikap suka melepaskan kesalahan sendiri kepada pihak lain itu jelas terbukti dan dapat disaksikan semua rakyat Malaysia yang menonton berita TV3 baru baru ini.

Kemarahan Anwar kepada media tidak terkawal lagi, dan ini bukan lah kali pertama, suami anugerah tuhan ini bersikap sedemikian, apapun yang sebenarnya Anwar berhak memarahi dan menghemtam media kerana dia sendiri adalah seorang yang mempelopori budaya rakus menguasaan media sebelum ini.

Barangkali kerana terlalu takut kepada bayang bayang kerana pernah menjadi "tangan hitam" yang menguasai media sebelum ini, Anwar merasakan apa yang dilakukannya itu sedang berulang semula walaupun ia hanya hantu sendiri yang mengusik dirinya.

Bagi penulis yang pernah menjadi wartawan kecil di era kegemilangan Anwar bukan sahaja dapat melihat malahan mengalami beberapa peristiwa kerakusan kuasa dan egonya terhadap media.

Anwar hanya memandang kecil terhadap wartawan yang bertanyakan seolan yang tidak menguntungkannya malahan, kalau nasib tidak baik wartawan itu bukan sahaja diherdik malahan nyawa kerjaya mereka juga turut menjadi pendek.

Bekas jurugambar RTM, Haji Ismail, pernah mengalami peristiwa yang sama sewaktu pilihan raya kecil Pantai Merdeka dan ramai lagi yang mempunyai pengalaman sendiri
terhadap seorang manusia anugerah tuhan ini.

Malahan ada yang terpaksa bertukar kerusi, tempat dan jawatan apabila silap bertanyakan soalan kepada Anwar. Begitu juga yang sering di alami oleh rakan rakan dari Agendadaily dalam sidang akhbar Anwar sebelum ini.

Jadi itu lah watak Anwar sebenar yang sering menuduh dan berprasangka buruk terhadap wartawan kerana dia lah yang menjadi pencetus kepada penguasaan media sebelum ini terutama sewaktu mula menentang Allahyarham Tun Ghafar Baba untuk menjadi orang no 2 parti dan kerajaan hinggakan di saat saat akhir sebelum di pecat dari UMNO.

Malahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan Tun Abdullah Badawi juga pernah menjadi mangsa percaturan penguasaan media oleh Anwar

Oleh itu bagi wartawan kecil dari TV3 tadi, itu adalah pengalaman kecil bila berdepan dengar Anwar. Tahniah atas keberanian anda !.