Rabu, 20 April 2011
Video lucah sudah masuk masjid
Di sini MiM sertakan artikel pembaca media perdana yang mendedahkan sesetengah pihak yang memperalatkan khutbah Jumaat untuk mempertahankan Anwar Ibrahim dan isu video lucah kontroversi.
Sila baca:-
ISU video lucah melibatkan individu yang dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang telah menarik perhatian banyak pihak. Pelbagai cara nampaknya digunakan untuk membersihkan nama pemimpin tersebut, termasuklah semasa khutbah Jumaat.
Kejadian ini berlaku pada Jumaat lalu (15 April) di Masjid Jamek Kampung Melayu, Ampang. Khutbah hari itu telah digunakan sepenuhnya oleh khatib untuk mempertahankan isu video lucah yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang itu.
Khutbah pertama pada hari itu pada awalnya menerangkan apa erti hasad dengki dan fitnah dengan menerangkan serta mengambil iktibar bagaimana iblis tidak senang apabila Allah mencipta Nabi Adam dan berikrar untuk menentang manusia hingga hari kiamat. Banyak ayat-ayat al-Quran digunakan dalam khutbah pertama yang berlangsung selama 15 minit.
Pada bahagian kedua khutbah pertama itu, khatib sempat menyelitkan isu terkini iaitu video lucah. Khatib terbabit menerangkan bahawa terdapat dua senario melalui video lucah itu. Yang pertama, sekiranya video lucah itu tulen dan pelakonnya juga tulen, tetapi cara dan mekanismenya adalah bertujuan khianat bagi mengaibkan pemimpin pembangkang.
Khatib itu berkata, perbuatan itu adalah bersifat khianat dan hasad dengki serta menganggapnya sebagai satu fitnah. Khatib sempat juga mempertahankan tokoh pembangkang berkenaan dengan mengatakan pendekatan mengaibkan ini serupa dengan modus operandi yang didakwa digunakan oleh pemerintah pada tahun 1998.
Malah, khatib itu turut mendakwa pelakon dalam video itu bukan pemimpin parti pembangkang itu. Sebaliknya beliau menegaskan, pemimpin pembangkang tersebut telah difitnah dengan begitu kejam.
Beliau sempat mengajak jemaah supaya mempercayai kata-kata Datin Seri Wan Azizah bahawa hanya seorang isteri sahaja yang tahu bentuk badan suaminya. Pada ketika ini, saya sudah menutup telinga kerana tidak berminat mendengar khutbah tersebut.
Tiba-tiba seluruh hadirin di masjid itu dikejutkan dengan jeritan seorang makmum yang berkata ke arah khatib, "Hoi cukuplah. Di sini bukan untuk berkempen politik".
Saya mengenengahkan isu ini kerana Sultan Selangor telah pun bertitah sebelum ini tidak membenarkan mana-mana pihak menggunakan masjid yang sepatutnya menjadi tempat ibadah sebagai pentas politik individu tertentu.
Saya percaya makmum yang menghadiri khutbah Jumaat lalu kesal. Namun mereka tidak mempunyai pilihan lain ketika itu selain menunggu 'khutbah' tersebut kerana menunaikan solat Jumaat adalah satu kewajipan bagi saya dan makmum Islam yang lain.
Petikan; Blok MIM
CATATAN NOTA KAKI:Pengalaman yang dilalui oleh penulis email berkenaan, bukanlah sesuatu yang terpercil, penulis sendiri mengalami peristiwa itu bukan sahaja sekali malahan dua kali, satu peristiwa dalam kuliah subuh dan satu di kuliah maghrib.
Ustaz yang memberi kuliah tersebut turut mengulas itu video sehingga tepuk meja tanda geramnya dengan tindakan "Mereka" yang membuat fitnah terhadap pemimpin pembangkang itu.
Cara ustaz berkenaan berpersoal isu tersebut, seolah olah dia sudah melihat video itu dan mengesahkan pelakunya bukan pemimpin pembangkang yang dimaksudnya.
Malahan lebih jauh dari itu ,ustaz itu berani mengeluarkan fatwa dan ayat ayat Quran yang ditujukan kepasa Trio Datuk T itu dan mempertahankan pemimpin pembangkang itu.
Apakah nanti sekiranya dakwaan yang dibuat oleh Trio Datuk T itu benar, mampukah ustaz itu menarik balik fatwa yang dikeluarkan itu dan apakah mereka sanggup secara terbuka mengaku kesilapan yang dilakukan !
JIka mereka tidak mampu berbuat demikian, sebenarnya siapa yang membuat fitnah dan siapa yang menjadi maangsa fitnah dan apakah mereka sanggup menghukum atau mengutuk pelaku dalam video itu !.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan