Jumaat, 5 April 2013

RUMAH URUT DI SELANGOR BERTAMBAH DI ZAMAN PKR

BN mula memerintah Selangor sejak pilihan raya pertama tahun 1955 melalui parti Perikatan yang kemudiannya ditukar nama kepada Barisan Nasional pada tahun 1973. Umum mengetahui BN kehilangan kuasa di Selangor pada PRU ke 12 pada tahun 2008 selepas 53 tahun memerintah. Sepanjang 53 tahun memerintah jumlah lesen pusat hiburan yang dikeluarkan oleh kerajaan BN sebanyak 409 buah. Apabila Selangor diperintah gabungan PKR, DAP dan PAS pada tahun 2008 hingga akhir 2011 jumlah lesen hiburan yang ada bertambah kepada 654 buah daripada yang ditinggalkan BN 409 buah. Ini bermakna sepanjang tiga tahun pemerintahan mereka sebanyak 245 buah lesen baru dikeluarkan.
Jika dikira secara purata bermakna sepanjang 53 tahun pemerintahan BN mereka mengeluarkan lapan lesen setahun. Manakala dibawah pemerintahan gabungan PKR,DAP dan PAS pula mereka mengeluarkan 82 buah lesen setahun. Peningkatan sebanyak 10 kali ganda daripada apa yang dikeluarkan BN sebelum itu.
Itu adalah pusat-pusat hiburan yang berlesen. Belum lagi dikira yang tidak berlesen yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan apabila Ronnie Liu dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa kerajaan tempatan. Dalam satu mesyuarat jawatankuasa kewangan negeri pada 5 Julai 2011 MB Selangor ada membangkitkan mengenai kewujudan pusat-pusat hiburan, SPA dan rumah urut yang begitu banyak dan menjadi rungutan masyarakat. Dalam mesyuarat itu juga pegawai-pegawai kerajaan berkata ianya sukar dibendung kerana pengusaha berselindung di belakang Ronnie Liu. Setelah mendapat penjelasan Ronnie ,MB terpaksa menutup sebelah mata kerana beliau diberi penjelasan tentang tanggungjawab Ronnie yang diamanahkan oleh DAP pusat agar mencari wang sebanyak mungkin sebagai bekalan untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan