Selasa, 4 Mei 2010

Peritnya fitnah...




Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkannya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah satu pandangan bertujuan melaga-lagakannya dengan pihak Istana Selangor.

“Dalam hal tersebut, Datuk Seri Mohd Najib sebenarnya telah menceroboh sempadan moral saya dan membelasah imej saya yang dilakukan sehari sebelum berlaku pengundian di Hulu Selangor,” katanya dalam blognya.

Nik Aziz menjelaskan sudah menjadi kelazimannya, apabila hadir di mana-mana masjid atau surau di Kelantan, prinsip yang diamalkannya adalah tidak akan bercakap atau berkhutbah atau menjadi imam selagi tidak diminta oleh pihak masjid atau surau berkenaan.

Katanya lagi, prinsip yang sama dipegang apabila hadir di masjid atau surau di mana-mana negeri termasuk di Selangor.

“Oleh sebab itu, sekali lagi saya nyatakan bahawa tuduhan Datuk Seri Mohd Najib sehingga menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ia adalah tindakan mala fide bukan sahaja untuk melaga-lagakan saya dengan Sultan Selangor, malah menimbul fitnah besar kepada umat Islam untuk menggambarkan kononnya 'orang beragama' dan pemimpin seperti saya suka mengingkari dan menghina Sultan.

“Atas dasar itu, sesungguhnya saya tidak bersikap seperti difitnahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, maka saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka. Saya sedia menghalalkan apabila beliau menarik balik tuduhan itu secara terbuka.,” kata Nik Aziz.

NOTA KAKI:Nampaknya Nik Aziz begitu tertekan dengan apa yang didakwanya beliau difitnah oleh YAB Perdana Menteri sehinggakan tidak bersedia untuk memaaafkan Datuk Seri Najib.

Dengan kenyataan tersebut, sekurang kurangnya Nik Aziz dapat merasakan bagaimana perasaan sesorang itu apabila terkena fitnah dan betapa lukanya hati untuk menerima pelbagai tuduhan yang berunsur fitnah dan tuduhan tidak berasas.

Itu yang dialami oleh Najib sebaik sahaja menduduki kerusi utama, beliau bukan sahaja difitnah malah didoakan untuk menerima bala dan pelbagai akibat yang tidak baik semata-mata kerana tidak tunduk kepada kehendak Nik Aziz.

Tetapi hari ini Nik Aziz melahirkan perasaan amat "kecewa" dengan Perdana Menteri.

Sepatutnya apabila dapat merasa betapa peritnya kalau dilanda golombang "fitnah" itu, sepatutnya Nik Aziz tidak perlu melenting kepada Najib kerana apa yang didakwa Najib itu bukan tuduhan melulu , jauh sekali untuk menfitnah beliau.

Sebalik tindakan Niz Aziz sendiri jelas cuba melanggar peraturan dan engkar kepada titah Sultan.

Nik yang terluka dengan "kononnya" terkena fitnah sepatutnya menasihatkan pemimpin parti PAS pimpinan beliau untuk berhenti daripada mengamalkan gejala fitnah dan menjelaskan kepada mereka betapa bahayanya fitnah.

Walaupun akan ada yang akan membuat penafian dengan pebagai hujah kononnya mereka tidak pernah mengamalkan fitnah tetapi jelas beberapa pemimpin kanan parti pimpinan Nik Aziz masih petah bercakap dan menuduh pelbagai gelaran dan dakwaaan terhadap Najib dan kerajaan pimpinan beliau.

Tidak hairan juga antara panglima perang PAS sanggup membuat pengakuan beliau diberi peruntukan sebanyak RM4 juta untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri.

Walaupun Kickdefella sudah tidak lagi dalam parti itu, tetapi mereka yang menaja beliau masih berada PAS dan tentunya masih mengamalkan "gejala fitnah" yang menyakitkan itu.

Malahan ada yang sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menghidupkan kilang fitnah yang diterokai mereka.

Bagi Nik Aziz, perasaan terluka beliau harus dijadikan iktibar dan menyeru ahli PAS yang masih lagi sinonim dengan amalan fitnah menghentikan segala gejala yang menyakitkan itu..

Barangkali pengalaman Nik Aziz ini dapat manfaatkan oleh anggota parti belian untuk kembali ke pangkuan jalan dan tidak terlalu terbabas jauh demi mengejar cita-cita politik. Dan Nik Aziz tidak perlu mengunakan Najib sebagai mangsa untuk menghalalkan fitnah fitnah mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan