Selasa, 4 Mei 2010

Boleh percaya ka?...




Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali pagi Selasa memanggil satu sidang akhbar khusus untuk menafikan penglibatan bagi PAS Pusat maupun PAS Kelantan dalam menyalurkan wang RM4 juta yang didakwa oleh Syed Azidi Syed Aziz @ blogger Kickdefella untuk menghentam pentabiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya beliau tidak tahulah kalau wang itu diberikan oleh orang lain tetapi PAS sebagai sebuah parti tidak terlibat.

Apapun beliau mengakui adalah menjadi agenda PAS untuk menjatuhkan BN seperti mana BN hendak menjatuhkan pembangkang..

“Saya menafikan perkara ini ( operasi Syed Azidi) dan ianya bukan agenda PAS…orang PAS ( jika ada pembabitan pemimpin PAS) saya tidak tahu,” jelasnya.

Kata Mustapha PAS tidak perlu kepada sebarang tindakan undang-undang dalam perkara berkenaan.

“Tindakan undang-undang apa, PAS tidak kena mengena dengan perkara ini, no…no…so…tak berbangkitlah perkara tu,” kata Mustapha ketika diajukan soalan tentang perlukah tindakan undang-undang diambil pada Syed Azidi kerana membabitkan imej parti PAS.

Mustapha juga menafikan imej PAS terjejas dalam isu tersebut kerana ianya tidak ada kena mengena dengan PAS dan PAS tidak terlibat.

NOTA KAKI: Sekali lagi PAS yang sinonim dengan "sindrom nafi" menolak pembabitan parti itu dalam apa yang dipanggil usaha menjatuhkan Perdana Menteri sebagaimana yang didedahkan bekas blogger jagohan meraka,Kickfefella.

Bagi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, penafikan parti itu tidak akan menyelesaikan tembelang buruk mereka yang sanggup melakukan taktik kotor semata-mata untuk mempertahankan negeri itu dari terjatuh ke BN.

Pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh panglima perang mereka itu akan terus membuka pekung yang semakin busuk itu walaupun pelbagai fatwa yang akan terus dikeluarkan nanti.

Sepatutnya dalam menghadapi isu ini, kalau PAS benar-benar untuk membersihkan nama mereka yang "sudah tercemar" itu satu jawatankuasa siasatan harus diwujudkan bagi membetulkan dakwaan tersebut.

Tidak susah bagi PAS untuk memanggil penulis blog itu dan meminta bukti tuduhan yang dilemparkan dan memanggil mereka yang dikaitkan dengan tuduhan itu untuk disoal siasatan secara terbuka, kerana tuduhan itu adalah sesuatu yang seriuas.

Ianya tidak selesai sedar menafikannya sahaja.

Rakyat masih tertanya tanya pendirian parti itu dan melihat sejauh mana kebenaran dengan pendedahan yang dibuat oleh bekas kaki tangan kerajaan negeri itu.

Tentunya dalam menjalankan "aktiviti" ini PAS tidak akan mengunakan jentera parti secara langsung tetapi mereka akan mengarahkan individu tertentu untuk melakukan pelbagai kegiatan gerak saraf dan sudah tentunya mereka terbabit itu di kalangan pemimpin berpengaruh dalam parti..

Dengan perbelanjaan yang sampai RM 4 juta, bukan satu angka yang kecil, tentunya tidak ada individu yang akan berbuat demikian kalau ia sekadar misi peribadi mereka.

Tentunya misi besar dengan belanja yang besar itu tentu mendapat restu pemimpin besar juga.

Kalau PAS yang selalu bijak mencadangkan pelbagai suruhanjaya atau jawatankuasa siasatan, kertas putih dan sebagainya, dalam menghapadi isu tertentu, mereka juga sepatutnya harus berbuat demikian bila berdepan dengan pendedahan ini.

Kenapa perlu takut dengan menafikan pembabitan parti itu. Ianya tidak boleh selesai dengan hanya memanggil satu sidang akhbar.!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan