Ahad, 2 Mei 2010

Tahniah buat YB Ezam



Bekas ketua pemuda, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor dan Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, hari ini.

Dua lagi yang dilantik ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Mengulas perlantikan itu, Ezam turut membidas pengkrirtik kononya dia tidak layak dilantik sebagai senator.

Sebaliknya menurut Ezam, dia telah membuat sumbangan besar bagi memerangi gejala rasuah di negara ini.

"Hanya saya yang terpaksa ke penjara kerana kesalahan rasuahnya kerana saya dituduh menurut Akta Rahsia Rasmi. Semua tuduhan ini bertujuan untuk memburuk-burukan diri saya,” katanya.

Ezam juga menafikan bahawa pelantikannya itu berkait dengan tindakannya meninggalkan PKR dan menyertai Umno semula.

Sebaliknya, bekas setiausaha politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata dia dilantik sebagai senator kerana peranan yang dimainkannya dalam pertubuhan NGO, gerakan menentang rasuah (GERAK).

"Saya amat berpuas hati dengan kedudukan saya sebelum ini. Jawatan ini bukannya sesuatu yang besar. Ia bukannya satu ganjaran,” katanya.

NOTA KAKI: Tahniah buat YB Ezam, mudah mudahan dengan perlantikan ini akan memberikan kekuatan baru kepada Ezam untuk terus bekerja dan membetulkan pelbagai pandangan negatif yang dilemparkan sewaktu menjadi panglima perang Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu.

Walaupun sudah menjelajah ke serata negeri dan berkempen di semua pilihan raya kecil selepas meninggalkan Anwar sejak dua tahun lalu, bagi menjelaskan apa yang dibuat sebelum ini satu penipuan dan kepalsuan semata-mata, tetapi masih ramai rakyat sukar untuk menerima pengakuan tersebut.

Tentunya dengan perlantikan sebagai YB ini akan mendorong Ezam untuk terus melangkah ke depan bagi membetulkan kepincangan yang sedang melanda umat Melayu sekarang gara gara kerakusan bekas bos Ezam yang turut dikongsi Ezam sebelum ini.

Dosa Ezam terhadap orang Melayu dan UMNO, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad harus ditebus semula dan jawatan Senator bukan satu anugerah tetapi satu kesempatan untuk membetulkan yang terlanjur itu.

Teruskan perjuangan untuk kembalikan penyatuan umat Melayu yang sudah berpecah dan teruskan memdedahkan pekung bekas bos YB yang semakin rakus tu...

Tahniah YB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan