Mufti Kerajaan Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam serangan penceroboh di Sabah dianggap sebagai mati syahid.
Beliau berkata, tidak wajar mana-mana pihak yang masih mempersoalkan status kematian wira negara dalam mempertahankan tanah air itu.
"Walaupun kematian anggota pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan pencerobohan itu tidak dianggap sebagai syahid dunia dan akhirat sebagaimana di zaman Nabi yang berperang antara orang Islam dengan bukan Islam, namun ia tetap dinamakan mati syahid juga kerana kematian mereka itu adalah untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mohamad Shukri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) diminta mengulas mengenai terdapat pihak yang mempersoalkan kematian wira negara dalam mempertahankan tanah air dari pencerobohan kumpulan bersenjata warga Filipina di Lahad Datu, Sabah.
"Mengikut sabda Nabi SAW sesiapa yang mempertahankan nyawa, harta daripada dirompak, kehormatan diri daripada dirogol atau mati dalam kemalangan misalnya ia juga dinamakan mati syahid dan wajib dikebumikan sebagaimana jenazah yang mati dalam keadaan biasa, iaitu dimandi, kafan dan disembahyangkan," katanya.
Beliau juga berkata, tidak sepatutnya mana-mana pihak atau negara luar mempersoalkan hak Malaysia ke atas bumi Sabah sebagaimana termeterai dalam perjanjian.
"Sesiapa yang mempertikaikan isu itu seolah-olah mencabul kedaulatan negara kita dan ia perlu dipertahankan," katanya.
"Cuma, kalau adapun sesiapa yang ingin menuntut sesuatu hak itu tidak boleh kecuali melalui undang-undang kerana kita ada mahkamah dunia, pencerobohan itu sendiri adalah salah dari segi hukum agama.
"Begitu juga contohnya, jika ada orang bunuh anak kita, kita tidak boleh bunuh balik kerana kita kini ada undang-undang, mereka yang melakukan tindakan sendiri tanpa berpandukan kepada peraturan dan undang-undang disifatkan mengamalkan 'undang-undang rimba'," katanya.
Sejak krisis pencerobohan pengganas itu lima anggota polis cedera manakala lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac. - BERNAMA
Isnin, 11 Mac 2013
WIRA TERKORBAN DI LAHAD DATU SYAHID- MUFTI
Mufti Kerajaan Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam serangan penceroboh di Sabah dianggap sebagai mati syahid.
Beliau berkata, tidak wajar mana-mana pihak yang masih mempersoalkan status kematian wira negara dalam mempertahankan tanah air itu.
"Walaupun kematian anggota pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan pencerobohan itu tidak dianggap sebagai syahid dunia dan akhirat sebagaimana di zaman Nabi yang berperang antara orang Islam dengan bukan Islam, namun ia tetap dinamakan mati syahid juga kerana kematian mereka itu adalah untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mohamad Shukri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) diminta mengulas mengenai terdapat pihak yang mempersoalkan kematian wira negara dalam mempertahankan tanah air dari pencerobohan kumpulan bersenjata warga Filipina di Lahad Datu, Sabah.
"Mengikut sabda Nabi SAW sesiapa yang mempertahankan nyawa, harta daripada dirompak, kehormatan diri daripada dirogol atau mati dalam kemalangan misalnya ia juga dinamakan mati syahid dan wajib dikebumikan sebagaimana jenazah yang mati dalam keadaan biasa, iaitu dimandi, kafan dan disembahyangkan," katanya.
Beliau juga berkata, tidak sepatutnya mana-mana pihak atau negara luar mempersoalkan hak Malaysia ke atas bumi Sabah sebagaimana termeterai dalam perjanjian.
"Sesiapa yang mempertikaikan isu itu seolah-olah mencabul kedaulatan negara kita dan ia perlu dipertahankan," katanya.
"Cuma, kalau adapun sesiapa yang ingin menuntut sesuatu hak itu tidak boleh kecuali melalui undang-undang kerana kita ada mahkamah dunia, pencerobohan itu sendiri adalah salah dari segi hukum agama.
"Begitu juga contohnya, jika ada orang bunuh anak kita, kita tidak boleh bunuh balik kerana kita kini ada undang-undang, mereka yang melakukan tindakan sendiri tanpa berpandukan kepada peraturan dan undang-undang disifatkan mengamalkan 'undang-undang rimba'," katanya.
Sejak krisis pencerobohan pengganas itu lima anggota polis cedera manakala lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac. - BERNAMA
PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU PERMULAAN KACUR KACIR NEGARA
Bekas Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said mendakwa pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah merupakan permulaan untuk mengucar-kacirkan negara, yang cuba dicetuskan pihak tertentu demi kepentingan tertentu.
Sehubungan itu kata beliau, perkembangan terbaru ini akan memberi impak kepada politik, ekonomi, sosial dan aspek keselamatan jika pihak berkuasa tidak menangani dengan segera dan leka.
Beliau juga berkata, perkembangan di Sabah itu memberi gambaran akan ada perkara lebih besar, yang cuba digerakkan oleh pihak tertentu untuk menggugat negara, seakan peristiwa Al-Maunah lebih satu dekad lalu.
"Ini adalah permulaan untuk mengucar-kacirkan negara dan memberi impak kepada ekonomi, politik, sosial dan sudah semestinya keamanan negara."Dari segi politiknya, mesti ada orang belakang di sebalik penceroboh ini, kita tengok mereka memang tidak mampu untuk bergerak sendiri, Sultan Kiram yang didakwanya juga mengakui miskin... jadi bagaimana mampu mereka bergerak sendiri," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ceramah bertajuk Dalang Pengganas Lahad Datu Ancaman Keselamatan Negara, di sini malam tadi. Difahamkan, kemungkinan dalang tersebut adalah kuasa ketiga yang ingin merampas negara atau dipergunakan untuk kepentingan tertentu. Sebelum ini, beberapa pihak mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat dengan insiden tersebut. Sehubungan itu, kemungkinan dalangnya juga mungkin berada dalam negara demi kepentingan politik.
Ahad, 10 Mac 2013
PAKATAN RAKYAT BELI BAPA SAIFUL
Jika kerajaan BN mampu pulang kan wang rakyat melalui pelbagai kaedah dari BRIM sehingga lain lain skim transformasi, maka Pakatan pula tidak mampu membuat apa apa pun di dalam negeri yang mereka perintah.Ini kerana banyak perkara yang tidak di setuju oleh parti berdasar kan kaum seperti DAP.
Oleh sebab kejayaan BN mendekati rakyat tidak boleh di halang maka sesuatu harus di lakukan oleh Pakatan Rakyat melalui pemimpin nya untuk menyekat kerja memikat hati rakyat yang di lakukan oleh BN ini.
Negara melihat bagaimana watak watak “dubios” seperti Deepak dan PI Bala, dan sebelum nya watak seperti Raja Petra di guna kan oleh pihak pembangkang untuk menyerang kepimpinan BN.Selain watak dubios ini, watak watak yang tidak bernyawa juga di jadi kan bahan , watak seperti Altantuya, Teoh Beng Hock dan Kugan juga di seret ke kancah serangan kepada kepimpinan BN dan khusus nya UMNO.
Kerja menganggu keberhasilan kerajaan BN memberi faedah dan menafaat kepada rakyat ini berterusan dari masa ke semasa demi untuk menurun kan indeks sokongan kerana nampak gaya kerajaan BN amat memikat hati rakyat.
Oleh sebab kegagalan kerajaan Pakatan di beberapa negeri memikat hari rakyat selain hanya memikat hati kroni dan kelompok sendiri maka usha mengujud kan watak sampingan untuk “character assisanation” pemimpin UMNO mesti di tingkat kan lagi.
Pada mula nya artis artis pencen atau pun artis kelas 2 yang mula kurang jemputan untuk persembahan atau pun tiada tawaran berlakon di jemput masuk ke dalam Pakatan Rakyat.Mereka di arak bagai pengantin ke hulu dan ke hilir walau pun tiada siapa yang tahu apa kehebatan mereka dan untung nya kepada rakyat dengan kemasukan mereka.Tetapi lama kelamaan artis artis ini gagal menarik perhatian rakyat dan hanya sekadar penghibur kepada peminat tegar Pakatan Rakyat sahaja lalu Pakatan Rakyat mula mencari watak lebih hebat dan berimpak.
Maka desas desus para Jeneral pencen dan pegawai tinggi Polis yang pencen juga mula di pancing.Apa kah kerana kehausan wang dan masalah “withdrawal syndrom” ia itu sifat rasa tersisih selepas pencen membuat mereka terpikat dengan tawaran masuk ke pentas awam itu kita pun tidak lah tahu.
Tapi yang amat jelas di dalam kamelut ini semua ia lah cara Pakatan Rakyat membeli dan membuat tawaran kepada individu untuk menaik kan imej Pakatan Rakyat yang sedang merudum.
Oleh sebab imej terlalu buruk dan sukar memikat hati pengundi menawar kan “sesuatu” kepada individu tertentu menjadi keperluan.
Terbaru, ayah kepada Saiful Bukhari pula berjaya di tawan oleh Pakatan Rakyat , individu bermasalah kewangan ini di tawan untuk menunjuk kan betapa kes anak nya semua ada lah konspirasi UMNO.
Tetapi di alam maya dan merata blog blog politik, lompatan dan hijrah sokongan ayah Saiful ini tidak di kira menjadi kerana yang melompat ada lah ayah dan bukan diri “mangsa” Anwar Ibrahim itu sendiri.Maka turut tersebar sama ada lah sebab musabab ayah nya itu tertekan dengan masalah wang dan di kata kan orang UMNO tidak membantu nya.
Ini menjadi persoalan , apakah sebab orang UMNO harus membantu urusan keluarga nya? UMNO kah yang suruh anak nya bekerja dengan Anwar? Apa pula kata Anwar jika UMNO membantu ayah nya? tidak kah itu nama nya konspirasi UMNO?
Tapi apa pun ternyata seolah olah “konspirasi” Anwar pula yang kini dapat di lihat.Konspirasi membeli individu dari dalam negara sehinga luar negara , dari Xenophon Australia, sehingga Misuari dan terkini Azlan, ayah kepada Saiful.
Kenapa watak dan individu sahaja yang mampu di ajak? apa kah susah sangat mahu membeli hati rakyat? apa kah kerana dalam semua negeri Pakatan Rakyat amat sedikit sahaja rakyat yang di bantu lalu menguna kan individu lebih murah dan lebih mudah?
Jelas sangat menjelang PRU13 ini, Pakatan Rakyat seolah olah gagal membeli rakyat seluruh nya, lalu individu bermasalah pula yang di sasar nya.Sumber SelangorDaily
PENGAKUAN BAPA SAIFUL KELIRU- Tinjuan Sinar Harian
Pendedahan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim berhubung kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin dilihat mengelirukan banyak pihak yang turut menganggap ia hanya mainan politik.
Orang ramai yang ditemui Sinar Harian Online, rata-rata melahirkan pendapat yang sama serta mengaitkan kenyataan itu dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Azlan mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab mendalangi kes liwat tersebut.
Beliau berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.
Seorang suri rumah, Rosmidah Kadir, 56, mengakui kenyataan tersebut mengelirukannya kerana ia bercanggah dengan pendirian beliau sebelum ini.
“Memandangkan dia sudah membuat sumpah laknat, jadi perkara ini (kenyataan ayah Saiful) memang mengelirukanlah. Masyarakat mesti akan keliru tentang perkara ini.
“Memang susah kita nak percaya kenyataan ini. Mungkin... memang berkaitan dengan PRU13 akan datang,” katanya.
Pekerja swasta, Muhammad Nazir Mohd Nazri, 25 berkata, dirinya juga tidak pasti sama ada mahu mempercayai atau tidak dengan kenyataan itu.
“Ayah dia kata, keterangan yang dibuat sebelum ini adalah kenyataan yang tidak benar. Jadi, adakah apa yang dia lakukan sebelum ini hanya untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim? Adakah dia sudah disogok atau dibayar?“Mainan politiklah di situ. Tapi saya tak kata apa yang saya dengar dan baca adalah betul. Masyarakat sehingga kini pun tak tahu kebenarannya,” katanya. Nazri menambah, “kalau tiba-tiba perkara ini berlaku hari ini, mesti serba sedikit ada kaitan dengan PRU13. Mesti nak kejar undi, jadi masing-masing nak bersihkan nama sendiri... burukkan orang lain. Sedikit sebanyak mesti ada kaitan.” Pelajar, Nor Aqilah Azmi, 22, berkata, “saya tak tahu sama ada dia memihak pada Anwar atau tidak, tapi yang lebih tahu ayah Saiful sama ada anak dia bersalah atau tak. Cuma, di sini saya rasa isu politik. Saiful mungkin tak bersalah dan Anwar pun mungkin tak salah. Bagi saya, semuanya mainan politik.” Bekas guru,Horyatun Aini Abdullah, 58, turut bersetuju kenyataan tersebut mengelirukan ekoran Azlan turut serta ketika proses mengangkat sumpah yang dijalankan sebelum ini. “Perkara ini memang mengelirukan terutama apabila sudah dekat dengan pilihan raya. Jadi, perkara-peraka seperti ini mungkin dipolitikkan. Sebelum ini pun dia (Saiful) sudah bersumpah. Bapanya pun duduk sebelah dia ketika mengangkat sumpah. “Jadi (apabila kenyataan ini dibuat) ia sangat mengelirukan rakyat, lebih-lebih lagi apabila PRU13 sudah hampir. Kalau boleh fikir dulu apa yang kita nak cakap, nak buat. Saya rasa perkara ini memang mainan politik dan kalau boleh perkara ini jangan dipolitikkan," katanya lagi. Sementara itu, Mohd Rizuwan Ismail, 34, seorang kakitangan awam pula akui tidak percaya dengan kenyataan tersebut. “Saya rasa saya tak percayalah dengan perkara ini. Agak mengelirukan dengan kenyataan itu. Saya pun tak menyebelahi mana-mana pun. “Saya tak boleh nak cakap perkara ini kerana PRU13. Ini pun politikkan? Kita pun susah nak tahu. Nak tahu lebih terperinci itu, kita kena lihat kenyataan-kenyataan yang ada dan laporan yang boleh dipercayai,” katanya. Dalam pada itu, Mohd Roslan Che Mat Zin, 24 pula berkata, “saya rasa benda ini mungkin ada kaitan dengan PRU13." "Memang keliru sebab banyak pendapat, banyak spekulasi yang keluar daripada orang ramai. Jadi saya pun tak tahu sapa yang betul sapa yang salah," katanya lagi. Perkara sama dibangkitkan pelajar, Nurul Hidayah Mohd Mohan Shah, 23, yang mengatakan kenyataan Azlan itu mengelirukannya. “Bagi saya isu ini dah lama tapi nak dekat PRU13, ia dibangkitkan semula dan ayah dia pula yang menyatakan kenyataan yang sebaliknya tapi sebelum ni dia cakap lain. Jadi, perkara ini membuatkan kita keliru. “Kenapa awal-awal dia cakap nak lindungi anak dia. Tak rasa ke itu pun sudah menjatuhkan maruah anak dia. Saya 50-50 sebab saya rasa sangat mengelirukan kenapa dah nak dekat PRU13 baru nak keluar? "Kenapa sebelum ini tak dikaji betul-betul. Kita kena kaji benda tu sebelum kita bercakap atau membuat sesuatu kenyataan,” katanya.
TUN M MAHU SELANGOR DI SELAMATKAN
Selangor perlu diselamatkan daripada pembangkang bagi memastikan hak dan kedudukan orang Melayu serta Bumiputera terus kekal di negeri itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat yang telah pun menguasai ekonomi di Selangor kini mempunyai keinginan yang tinggi untuk menguasai politik di negeri itu.
"Sebelum ini ketika Selangor di bawah Barisan Nasional (BN) kita dapat lihat pertumbuhan ekonomi begitu pesat dan orang Melayu serta Bumiputera turut diberi tempat, sebab itu kita hidup lebih bahagia daripada dahulu.
"Sekiranya pembangkang menang dan tadbir Selangor percayalah kedudukan orang Melayu dan Bumiputera akan diketepikan. Sebab itu kita harus bertindak segera untuk yakinkan rakyat di Selangor supaya jatuhkan kerajaan pembangkang dan gantikannya dengan kerajaan BN yang dipimpin oleh Umno."Akan sia-sialah pengorbanan kita kalau Selangor tidak diselamatkan," katanya ketika penutup konvoi 'Selamatkan Selangor' anjuran Perkasa Selangor di sini hari ini. Lebih 3,000 menyertai konvoi motosikal ke USJ, Subang Jaya dan Rantau Panjang, Klang bermula pukul 10 pagi dengan membawa bendera Malaysia, Perkasa dan BN bagi menunjukkan sokongan kepada BN untuk memenangi semula Selangor. Konvoi itu turut menziarahi pusara Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul Tukiran di tanah perkuburan Islam Rantau Panjang dan mengadakan bacaan tahlil untuk anggota polis itu yang terkorban dalam kejadian serangan hendap kumpulan militan dari selatan Filipina di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac lepas. Dr Mahathir berkata, kelemahan dua parti dalam pakatan pembangkang pimpinan orang Melayu menyebabkan pihak lain tidak menghormati kaum itu bahkan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera hendak dihapuskan oleh mereka. "Kita juga ingin tegaskan bahawa bahasa Melayu dan agama Islam ialah bahasa dan agama rasmi negara kita jadi mereka harus hormati hak kita sepertimana kita hormati hak mereka tetapi disebabkan kepimpinan Melayu dalam pakatan (pembangkang) amat lemah mereka sering ikut sahaja rakan mereka termasuk bila desak kalimah Allah boleh digunakan (dalam Bible) maka (Presiden Pas Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun tandatangan beri hak itu kepada mereka. "Bila mereka cadang nak lucut hak istimewa orang Melayu, pembangkang yang kononnya dianggotai dua parti pimpinan Melayu sanggup ikut apa sahaja yang dituntut. Kalau kita tak berjaga-jaga kita akan hilang sama sekali hak kita di bumi kita sendiri dan segala usaha untuk bangunkan orang Melayu dan Bumiputera akan dihapuskan oleh mereka (pembangkang)," katanya. - Bernama
LAWATAN PM KE GAZA DIIKTIRAF YUSUF QARADAWI
Lawatan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza terus mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa kerana pendirian beliau dalam menyokong perjuangan Palestin.
Ini termasuk Lembaga Amanah, Institusi Antarabangsa Al-Quds, yang menyatakan penghargaan mereka menerusi sepucuk surat kepada perdana menteri, sambil menyifatkan lawatan itu sebagai petanda jelas kepada masyarakat antarabangsa dan para pemimpin negara-negara Islam.
"Ia petanda jelas tentang betapa mendesaknya dilaksanakan tindakaan tegas demi menamatkan kepungan tidak berperi kemanusiaan, tidak saja di Semenanjung Gaza tetapi juga di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang dijajah," kata Pengerusi lembaga itu, Yusuf Al-Qaradawi.
Dipetik Bernama, lawatan berani Najib ke Semenanjung Gaza memperkukuhkan harapan jutaan rakyat Palestin yang inginkan kemerdekaan sejak beberapa dekad.
"Malaysia bagi mereka telah lama dianggap sebagai negara Islam peneraju, khususnya dalam menyokong rakyat Palestin dan perjuangan mereka.
Al-Qaradawi berkata kerajaan Malaysia dan rakyatnya adalah faktor penting dalam menyokong perjuangan adil Baitulmaqdis, dengan Baitulmaqdis sendiri menjadi teras perjuangan Islam.
Najib memasuki Gaza untuk lawatan kemanusiaan sehari pada Januari, pertama kali bagi seorang perdana menteri Malaysia, semasa lawatan kerja tiga harinya ke Mesir sebelum menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.
Sabtu, 9 Mac 2013
ANWAR DESAK- EZAM
Dakwaan Azlan Mohd Lazim bahawa anaknya, Saiful Bukhari, telah dipergunakan pihak tertentu untuk mengheret semula Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, disifatkan sebagai tindakan terdesak.
Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd Nor berkata, dakwaan itu mencerminkan usaha pembangkang untuk kepentingan imej Anwar yang selama ini dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, termasuk isu konflik di Sabah.
Menurutnya, ini bukan satu kejutan kepada kerajaan dan rakyat sudah dapat membaca perkara berkenaan.
“Apabila timbul isu bapa Saiful, saya tidak terkejut. Apatah lagi yang duduk bersebelahannya pada sidang media tadi (semalam) adalah orang kuat Anwar.
“Saya mengenali siapa Anwar dan saya juga kenal Saiful dan bapanya selepas kes liwat itu. Apa (kenyataan) yang diberikan Azlan itu saya anggap untuk terus menutup kesalahan Anwar,” katanya kepada semalam.
Katanya, bukan sahaja rakyat, malah orang kanan Pakatan Rakyat dilihat sudah tidak meletakkan kepercayaan kepada Anwar.
“Jika benar Anwar itu bersih, sudah pasti namanya disebut-sebut menjadi perdana menteri, tetapi ia masih tiada jawapan. Kerana itu, saya katakan, tindakan itu hanyalah untuk menutup terus cerita yang melibatkan dirinya.
“Nasihat saya kepada Anwar, memandangkan saya kenal siapa dia, kembalilah ke pangkal jalan dan takutlah kepada ALLAH,” katanya.Sementara itu, dakwaan wujud dalang berhubung kes liwat melibatkan Saiful Bukhari Azlan dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mendapat perhatian rakyat jika ia dibuat Saiful Bukhari sendiri. Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, dakwaan tersebut serius kerana melibatkan individu tertentu. Menurutnya, jika benar wujud konspirasi seperti yang didakwa, perkara itu akan dimaklumkan oleh anak dan bapa secara bersama.
"Apa dilakukan bapa Saiful (Azlan Mohd Lazim), tidak memberi impak kerana ia dilihat bercanggah dengan pendedahan Saiful."Sukar untuk melihat apakah yang mahu disampaikan oleh Azlan. Jika benar seperti yang didakwa, sudah pasti ia akan didepani bersama, bukan secara sendirian kerana anaknya yang terlibat," katanya. Katanya, sebelum ini, Saiful membuat sumpah laknat berkaitan kes liwat itu, dengan ditemani bapanya dan pendedahan Azlan dilihat seolah-olah wujud konflik dalaman antara dua beranak. "Unsur politik itu wujud apabila sesi pendedahan tersebut turut ditemani orang kuat PKR. "Kenyataan Azlan juga seperti wujud perkara politik kerana pada waktu ini, Anwar berdepan pelbagai cabaran apabila namanya dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, sama ada di dalam mahupun di luar negara," katanya. Sumber Sinar Harian
Langgan:
Ulasan (Atom)