Selasa, 29 Januari 2013

18 TUNTUTAN CUEPACS DITUNAI KERAJAAN

Sebanyak 18 permohonan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ditunaikan kerajaan sejak 2007, menunjukkan kerajaan prihatin terhadap penjawat awam, kata Presidennya Datuk Omar Osman. “Antara permohonan penting yang berjaya diselesaikan kerajaan ialah pelarasan gaji sebanyak dua kali, lanjutan usia pencen, pencen minimum, kenaikan elaun sara hidup, penambahbaikan gred perkhidmatan, cuti bersalin 90 hari serta pelbagai insentif yang lain. “Ini merupakan bukti kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan 1.4 juta penjawat awam negara ini,” katanya.
Katanya kejayaan merealisasikan tuntutan itu menjadi pembakar semangat kepada penjawat awam serta sebagai pemangkin kepada peningkatan mutu perkhidmatan dan produktiviti mereka. Cuepacs sedang mengusahakan beberapa lagi tuntutan antaranya kenaikan gaji penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksimum dan pelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan, katanya. “Selain itu kita juga menanti pengumuman skim baru oleh suruhanjaya khas transformasi perkhidmatan awam dan Jabatan Perkhimatan Awam bagi menggantikan Skim Saraan Malaysia setelah pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam,” katanya. Pada majlis itu Omar turut menyampaikan sumbangan Cuepacs berjumlah RM10,000 untuk Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad, yang diterima wakil media Ketua Unit Foto Bernama Mustaza Mohd Yusoff.

PENYINGKIRAN REJIM TOLAK ANWAR DALAM PAS BERMULA...

Apapun alasan yang diberikan oleh pucuk pimpinan PAS mengenai keputusan Majlis Syura parti itu mengugurkan Ustaz Nasharudin Isa sebagai anngotanya, ini sebagai bukti jelas bahawa usaha usaha besar sedang dilakukan oleh parti itu untuk mengenepikan pemimpin yang tidak mesra Anwar Ibrahim. Walaupun kenyataan ini agak janggal tetapi inilah hakikatnya apabila Awnar yang terkenal dengan cita cita besarnya itu menguasai PAS dari luar tetapi berperanan penting dalam menentukan hala tuju poltik dan dasar parti itu asalkan ia boleh memberi keuntungan politik beliau. Penyingkiran Datuk HAsan Ali sebelum ini sudah dilihat jelas sebagai langkah pertama Anwar untuk melakukan satu transformasi politik dalam PAS agar golongan yang bersekutu dengannya saja boleh berada di dalam saf kepimpinan bagi memudahkanya membuat percaturan terutama dalam usahanya merampas Putrajaya bersama sama dengan DAP. Anwar sedar tanpa sokongan PAS, dia tidak mampu bersama DAP untuk mencapai cita cita besarnya itu dan usaha untuk kahwinkan DAP dengan PAS juga bukan sesuatu misi yang mudah. Malahan beberapa bukti pertentangan pendapat antara Hasan Ali dan Ustaz Nasha dalam membina kerjasama di antara PAS dengan DAP jelas ketara, hinggakan timbul isu cabar mencabar antara Hasan dan Nasha dengan Karpal Singh sebelum ini. Oleh itu liku liku yang menyukar laluan untuk DAP dan PAS duduk semeja mendorong Anwar melakukan sesuatu walaupun secara langsung atau tidak langsung walaupun dia tidak mempunyai sebarang kuasa rasmi dalam menentukan dasar PAS tetapi dengan membiakkan bakanya dalam PAS seperti Timbalan Presiden, Mohd Sabu,Naib Presiden, Husam Musa, Mahfuz Omar dan Salahudin Ayob yang memenangi pemilihan parti 2011 lalu sudah cukup bagi Anwar melancarkan dan menyusun apa sahaja strategi menguntungkan politik dia.
Dengan mengunakan alasan Nasha gagal memainkan peranan sebagai ahli Majlis Syura disamping isu lawatan Nasha bersama Perdana Menteri ke bumi Gaza baru baru ini, tekanan diberikan untuk membuka kepada keputusan penyingkiran Nasha. PAstinya, isu penyingkiran ini tidak akan berakhir di situ saja, selepas ini akan ada lagi HAsaan Ali dan Nasha kedua dalam parti terutama mereka yang masih lantang menentang beberapa pandangan dan desakan daripada luar PAS seperti DAP dan PKR. Isu pengunaan kalimah Allah antara bukti pencanggah yang jelas dalama kerjasama rapuh mereka itu. Sama sama kita lihat nanti, siapa selepas ini yang tidak disenangi Anwar akan mengalami nasib yang sama seperti dua bekas pemimpin itu...

PAS TAKUT BAYANG BAYANG SENDIRI

Pas kelihatan takut dengan bayang sendiri bila tidak bersedia menyerahkan senarai nama calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk saringan. Menyatakan demikian, Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata parti pembangkang itu memang tidak berani menentukan bersih atau tidaknya bakal calon mereka. "Sudah menjadi sikap Pas dan Pakatan Pembangkang yang suka menentang prosedur termasuk berkaitan saringan oleh SPRM. Kita (Barisan Nasional) memang akur dengan saringan yang dibuat oleh SPRM kerana mahu pastikan calon kita bersih dan tidak timbul masalah kemudian, berbanding Pas," katanya. "PAS yang gemar menuduh Umno/BN terbabit rasuah, penyelewengan dan sebagainya, cepat-cepat desak dan pergi ke SPRM untuk disiasat, tetapi apabila pemimpin mereka sendiri terbabit, mereka tidak laporpun untuk disiasat," katanya.
Beliau mengulas keputusan Pas tidak akan menyerahkan senarai nama bakal calon mereka kepada SPRM, sebagaimana dilakukan Umno dan BN, kerana percaya semua calon mereka bersih. Baru-baru ini Ketua Penerangan Pas Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sehingga ini Pas berpuashati dengan semakan dan siasatan senarai nama calon yang dibuat jawatankausa dalaman parti itu yang telah diteliti Majlis Syura. Mengenai isu kalimah Allah, Ahmad berkata ahli Pas yang waras pemikiran akan menolak dan meninggalkan parti itu apabila membenarkan kalimah suci itu digunakan oleh bukan Islam. "Tapi, bagi yang taksub, buat apa pun dia akan anggap pemimpin mereka betul," katanya. Sementara itu Ahmad berkata, beliau percaya BN mampu menang dengan cemerlang pada PRU13 berdasarkan sikap semasa rakyat termasuk ahli PAS sendiri semakin bosan dengan parti itu menjadi pak turut kepada DAP.

Isnin, 28 Januari 2013

PECAT NASHA KERANA POLITIK- PM

Tindakan Majlis Syura PAS memecat bekas Naib Presiden parti itu, Ustaz Nasharudin Isa menganggotai Majlis tersebut adalah disebabkan motif politik semata mata. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bekas Timbalan Presiden Pas, dipecat kerana memberi keuntungan kepada Umno daripada menguntungkan Pas ekoran lawatannya ke Gaza. Beliau berkata, Nasharudin tidak pernah berbincang dengannya mengenai soal parti dalam pertemuan mereka dan juga tidak menidakkan mana-mana parti. Menurutnya, Nasharudin hanya memperjuangkan prinsipnya untuk menyatukan ummah. Justeru beliau juga berkata, Pas perlu menghargai perjuangan yang dibuat dan tidak memikirkan keuntungan parti semata-mata. "Walaupun dikatakan beliau (Nasharudin) disebabkan kegagalannya menghadiri Syura, tapi masa pemecatan beliau setelah kembali ke tanah air membuat lawatan ke Gaza. "... memberi persepsi beliau ada kaitan dengan lawatan tersebut, pada hal Nasharudin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta tidak menidakkan parti politik. "Beliau pentingkan perpaduan untuk wujudkan satu ummah, ini pendiriannya, tetapi beliau telah dikenakan tindakan walaupun mempunyai niat yang baik," katanya kepada pemberita di PWTC hari ini di sini.

HASAN ALI ULAS ISU NASHARUDIN

KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI PEMECATAN YB UST NASHARUDIN SEBAGAI AHLI MAJLIS SYURA PAS Potensi YB Ust Nasharudin Mat Isa telah lebih awal dikenalpasti oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan atas kehendak beliau yang diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ust Nasharudin dalam usia yang masih muda telah diberi amanah menjawat jawatan antara yang terpenting dalam PAS iaitu sebagai Setiausaha Agong. Al-Marhum Dato Fadhil Nor sebagai Presiden parti telah berusaha menggilap batu permata PAS tersebut sehinggalah dengan itu Ust Nasharudin dengan jarak masa yang agak pendek berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Islam itu. Kejayaan Ust Nasharudin dalam hirarki parti mungkin telah menimbulkan rasa tidak senang dan sebahagiannya menganggap sebagai satu ancaman kepada karier politik mereka apabila Ust Nasharudin diberi tanggungjawab yang begitu besar di dalam mencorakkan PAS. Rasa tidak puas hati dikalangan sesetengah pimpinan PAS terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarak jauh campurtangan dalam urusan kepimpinan Parti PAS. Ust Nasharudin kecundang di dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang berlangsung dalam Muktamar Tahun 2011 yang lalu. Berita bahawa Ust Nasharudin dipecat daripada menjadi ahli Majils Syura Ulama tidaklah begitu memeranjatkan. Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas. Ust Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Dato Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin. Ust Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Paktan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat. Di pihak parasit dalam pimpinan PAS memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas Ust Nasharudin. Tetapi disebabkan beliau adalah ahli Majlis Syura golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keahlian Majlis Syura adalah diluar bidangkuasa mereka. Keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah kelihatan tertunai. Saya yakin selepas ini Ust Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS.
Kedudukan Ust Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor. Batu permata yang digilap sebahagiannya oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor sayangnya proses penggilapan itu tidak diteruskan oleh pucuk pimpinan yang ada sekarang ini. Secara jujur saya tidak nampak dikalangan pimpinan PAS kalau ada mereka yang mempunyai kualiti yang sama seperti Ust Nasharudin. Beliau mempunyai pendedahan yang luas dibidang antarabangsa khususnya dikalangan Gerakan Islam dan pada masa yang sama beliau boleh diletakkan dikerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia timur atau barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia. Saya juga yakin setelah mengenali dari dekat Ust Nasharudin buat sekian lamanya, beliau dapat menyumbang memartabatkan Islam dalam keadaan apapun tanpa berpijak di atas mana-mana wadah pun. Saya juga yakin beliau bijak memilih masa depan karier politik dan kemungkinan besar perancangan ke arah itu sudah pun ada di dalam pemikiran beliau. Sebagai sahabat saya mendoakan sesuatu yang terbaik dilimpahkan oleh Allah SWT kepada Ust Nasharudin atas usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat untuk memartabat dan mengagungkan Islam. YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI Presiden JATI Malaysia TTDI Kuala Lumpur 28 Januari 2013

Ahad, 27 Januari 2013

Malaysia Terus Berdiri Teguh Bersama Perjuangan Rakyat Palestin

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa rakyat di negara ini akan terus bersama-sama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mengembalikan keamanan dan hak asasi rakyat di negara tersebut yang telah dicabul oleh Israel sejak sekian lama. Menurut Najib, isu penindasan rakyat di Palestin bukanlah hanya isu umat Islam semata-mata, tetapi merupakan isu kemanusiaan yang perlu diambil berat oleh semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa. “Saya ambil keputusan untuk pergi ke Gaza kerana saya tahu, isu rakyat Palestin ini amat dekat dengan rakyat di Malaysia. Selama ini kita sudah menghulurkan pelbagai bantuan derma dan sebagainya, namun kita belum lagi pergi ke sana atas nama kerajaan Malaysia,atas nama rakyat Malaysia, atas nama Barisan Nasional (BN). “Maka saya mengambil keputusan untuk ke sana kerana selain daripada saya mahu menyampaikan pendirian rakyat Malaysia kepada mereka, disamping saya sendiri mahu melihat bagaimana keadaan di bumi Gaza Palestin dengan mata sendiri,” tegasnya di hadapan lebih 10,000 rakyat yang berhimpun menyambut kepulangan beliau di Kompleks Bunga Raya KLIA hari ini. Menurut Najib, pengalaman selama berada di Gaza biarpun hanya dibenarkan melawat selama enam jam, namun beliau dapat menyelami perasaan dan harapan rakyat Palestin yang sedang menderita akibat konflik peperangan dengan Israel. “Selama enam jam itu, saya bersama Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh membawa saya melawat bertemu dengan rakyat Palestin. Saya telah melihat gambar kanak-kanak yang mati dalam keadaan menyayat hati. Paling menyedihkan mereka telah diserang akhir tahun sudah secara bertubi-tubi dengan senjata yang begitu canggih yang menyebabkan kerosakan dan kematian yang begitu dahsyat sekali. “Isteri saya telah melawat hospital yang menempatkan ramai kanak-kanak tidak berdosa menderita sakit leukimia akibat kesan uranium kesan dari serangan Israel. Saya juga melihat bagaimana melihat rumah-rumah, bangunan dan masjid yang hancur dan ranap akibat diserang oleh Israel,” tegas beliau. Tambahnya lagi, apa yang kerajaan dan rakyat di negara ini tekankan ialah rakyat Palestin mesti mendapatkan hak asasi mereka, kedaulatan dan keselamatan yang terjamin dan rakyat Palestin tidak akan keseorangan dalam perjuangan mereka untuk hak mereka. Jelasnya, isu Palestin bukan saja isu umat Islam saja, tetapi ia adalah isu hak asasi kemanusiaan yang tidak mengira agama dan bangsa. Sebab itu hari ini, beliau dapat melihat bukan sahaja orang Islam, tetapi rakan-rakan bukan Islam turut berhimpun menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.
“Ini kelebihan rakyat Malaysia. Kita berjuang atas prinsip. Kita berjuang untuk mencapai sesuatu yang hak kepada mereka yang sepatutnya menerima hak tersebut. Sebab itulah saya katakan, lawatan saya ke Palestin mesti disifatkan sebagai lawatan kemanusian dan bukannya untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman mereka. “Selain dari mesej kemanusian, saya nyatakan kepada kepimpinan Palestin, bahawa mereka mesti bersatu antara Fatah dan Hamas kerana jika tidak, mereka tidak akan punyai masa depan.Saya beritahu pada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh bahawa perpaduan antara Fatah dan Hamas mesti dilakukan. “Tetapi jika mereka tidak bersatu, segala-galanya akan berakhir dengan kehampaan. Ingatlah bahawa perpaduan itu amat penting dan merupakan tunjang pada segalanya. Dan ini juga merupakan satu perkara yang boleh kita ambil sebagai pengajaran untuk kita sebagai rakyat Malaysia bahawa perpaduan itu merupakan tonggak kepada segalanya,” ujarnya. -MediaUMNO

Selamat kembali wira negara...


keberanian dalam membawa misi besar melihat sendiri keperitan rakyat Palestine dengan memijak kaki di bumi Gaza adalah antara kejayaan diukir Perdana Menteri Najib Tun Razak

Kepulangan Perdana Menteri bersama isteri pagi tadi di kompleks Bunga Raya disambut dengan penuh kesyukuran lapisan rakyat walaupun ada pandangan sinis puak yang tidak senang dengan kejayaan tersebut.

Kehadiran YB Tun Mahathir yang turun serta menyambut kepulangan PM Najib juga membuktikan kesinambungan perjuangan untuk rakyat Palestine oleh rakyat Malaysia tidak ada noktahnya.

Tahniah buat PM, tahniah buat semua rakyat Malaysia!




- Posted using BlogPress from my iPad