Khamis, 24 Januari 2013

Akhirnya bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Khianati Negara !!

Akhirnya bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Khianati Negara !! Akhirnya bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid menyertai Parti Keadilan Rakyat sewaktu Anwar Ibrahim mengadakan siding media di ibu pejabat PKR Tropicana, Damansara. Alasan beliau menyertai PR adalah ingin memperjuangkan nasib bekas-bekas tentera yang tidak diberi KEDUDUKAN yang sewajarnya oleh kerajaan pimpian Dato’ Ser Najib Tun Razak. Adalahlah sesuatu yang pelik apabila seorang bekas TPATM yang menerima gaji dan sara hidup yang besar, serta mendapat pelbagai kemudahan dari kerajaan mengatakan kerajaan tidak menjaga kebajikan anggota tentera dan bekas-bekas angkatan tentera. Apakah beliau gagal memperjuangkan kebajikan anak buahnya sehingga kini umpama gunting dalam lipatan. Anwar Ibrahim yang kini sedang menghadapi masalah moral yang teruk dan berhadapan dengan Nallakarupan di mahkamah, sebaliknya cuba mengalihkan perhatian rakyat bermodalkan pembohongan demi pembohongan menuduh Dato’ Seri Najib telah mengkhianati pengorbanan angkatan tentera dengan berbelanja besar ekoran pembelian senjata oleh kerajaan Malaysia secara RASUAH dan lebih tepat lagi merujuk kepada pembelian kapal selam Scorpene yang dikatakan menjadi cemuhan rakyat sehingga kebajikan anggota tentera diabaikan. Yang jelas Pakatan Rakyat melalui Mat Sibu telah mengangkat anggota komunis sebagai pejuang kemerdekaan berbanding anggota tentera yang bermati-matian memperjuangkan kemerdekaan sehingga ramai yang terkorban termasuk wantia dan kanak-kanan. Difahamkan Ketua Komunis ketika itu adalah Mat Indera yang digambarkan sebagai seorang pejuang tulin oleh Mat Sabu dan telah membangkitan kemarahan bekas-bekas pejuang kemerdekaan. Bukan itu saja, penyokong pembangkang rata-rata tidak mempercayai agenda mengurangkan kakitangan awam yang kebanyakannya orang Melayu oleh DAP, yang merupakan parti paling berkuasa di dalam Pakatan Rakyat. Mengikut agenda DAP, seandainya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, 40% kakitangan awam termasuk anggota tentera akan ditamatkan perkhidmatan mereka. Purata hampir 1 juta orang Melayu akan hilang sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan. Memberi undi kepada PR bermakna memberi mandat kepada DAP untuk melaksanakan kerja jahat mereka untuk menghapuskan Raja-Raja Melayu, mengubah Perlembagaan Negera, membenarkan Kalimah Allah digunapakai oleh agama Kristien dan pelbagai malapetaka yang tidak terbaca akalfikiran. Petikan: Topeng rakyat.

ANWAR GUNA TENTERA UNTUK SIMPATI...

Selepas pernah mengaitkan Angkatan Tentera berada di belakangnya sewaktu peristiwa 16 September 2009 tidak lama dulu, sekali lagi Anwar Ibrahim cuba bermain emosi bekas anggota tentera pula dalam menjayakan cita cita politiknya untuk mengambil alih putrajaya. Kali ini kejayaanya membawa bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid menyertai parti itu dengan membawa pelbagai tuduhan dan dakwaan kepincangan angkatan tentera Malaysia diharapnya mampu menarik sokongan kalangan anggota dan bekas tentera menyokong parti itu. Ghafir yang pertama kali menghadiri majlis dianjurkan Anwar di ibu pejabat parti itu diharapkan mampu menjadi sebagai kuda baru Anwar sebagaimana Mazlan Alimin yang digunakan untuk menpengaruhi peneroka Felda walaupun anak peneroka itu tidak mendapat sokongan di tempatnya sendiri. Tentunya, Gahfir juga akan digunakan sepenuhnya oleh Anwar sebagai senjata menghasut angota dan bekas membenci kerajaan, walaupun pelbagai perancangan dan bantuan yang disalurkan kerajaan untuk membantu membela bekas anggota keselamantan dan balu mereka. Persoalannya sejauhmana keikhlasan Anwar untuk membela anggota tentera, sedangkan sewaktu mencetuskan peristiwa 16 September jelas Anwar mengunakann nama Panglima Angkatan Tentera dan tentera khusus yang kononnya bersama menyokong usaha untuk mengambil alih kerajaan dalam satu penipuan rampasan kuasa. Bagaimanapun kenyataannya itu dinafikan sendiri oleh Panglima Angkatan Tentera dan menegaskan Anggota Tentera akan terus setia di bawah panji panji Yang DIpetuan Agung dan kerajaan memerintah. Malah sejarah penghinaan Anwar terhadap bekas anggota tentera masih tidak mudah untuk dilupakan oleh sebahagian besar bekas anggota keselamatan itu. Tidak kurang juga sekutunya, Mohd Sabu pernah menghina anggota tentera apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar. Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu. Dalam satu ceramahnya, Mohd Sabu turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British. Penghinaan ini jelas bahawa keprihatinan terhadap anggota tentera sebagaimana yang dilakonkan Anwar tidak lebih untuk menarik simpati bekas anggota tentera menjelang pilihan raya umum akan datang saja. Sementara itu, apa yang membimbangkan bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat ini juga ialah beliau akan mengalami nasib yang sama seperti bekas seorang pegawai kanan Polis yang menyertai PAS, tidak lama selepas tu, baru dia sedar, apa yang sebenarnya dalam PAs. Tidak mustahil Datuk Ghafir akan mengalami keadaan yang sama kerana sejarah politik Anwar akan meninggalkan sesiapa saja di tepi jalan sekiranya tidak mampu menyumbang apa apa habuan politiknya. Sama sama kita lihat!.

Rabu, 23 Januari 2013

KENYATAAN DERHAKA ADIK AZMIN...

Teman tidak berani komen panjang, ini urusan keluarga orang yang tidak ada kena mengena dengan Teman, hanya mampu berdoa saja!.. Terdahulu Murai.com telah menyiarkan berita ibu kepada Azwan Ali iaitu Mak Tom dikatakan jatuh di bilik air pada malam persandingan Ummi Hafilda. Rentetan dari berita tersebut... Azwan Ali adik kepada Ahli Parlimen PKR Azmin Ali mengeluarkan kenyataan biadap menghina ibunya sendiri di twitter, beliau turut dikecam oleh peminat beliau di twitter.. Macam Haram!! Sikap jijik seorang anak yang kononnya diminati berjuta manusia yang dahagakan responnya di Twitter. Menurut Azwan, kejadian itu adalah balasan di atas perbuatan Mak Tom dan Ummi Hafilda diatas apa yang dorang lakukan pada dirinya sebelum ni..

ANWAR PATUT DAHULUKAN MAJLIS SYURA PAS...

Tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan pendirian bersama pakatan pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang sekaligus dilihat menolak ketetapan oleh Majlis Syura Pas adalah tidak wajar sama sekali. Timbalan Rektor Al-Madinah International Universiti Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata ianya menyalahi etika dan amat-amat tidak wajar perkara itu berlaku kerana keketatapan yang dibuat oleh Majlis Syura Pas adalah berdasarkan pandangan majoriti. Menurut beliau Anwar sepatutnya perlu mengambil kira pandangan Majlis Syura Pas dan sewajarnya ketetapan itu didahulukan memandangkan Majlis berkenaan diwar-warkan dibarisi oleh golongan ulama dan cendekiawan Islam Pas. “Dalam ilmu tafsir….. pandangan terkini memansuhkan pandangan yang lama dan terdahulu. Justeru bagi saya, sewajarnya pandangan terkini yang perlu diambil kira. Dan ianya sama sekali amat-amat tidak wajar dan sekaligus menyalahi yang sepatutnya,“ tegas beliau kepada UMNO-Online di sini. Kata beliau Anwar boleh jatuh dan boleh dikategorikan dalam situasi menghina kredibiliti ulama Pas yang membarisi Majlis Syura parti berkenaan. “Ini satu perkara yang besar. Kepakaran Anwar adalah dalam politik… dan kepakaran dalam agama adalah orang yang selayaknya. Jadi sama-samalah kita bermuhasabah,“ katanya. Ustaz Fadlan seterusnya memetik sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan etika/akhlak yang mulia”. Kontroversi berhubung penggunaan kalimah Allah di kalangan pembangkang dilihat belum selesai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pendirian bersama pakatan pembangkang sebelum ini agar kalimah berkenaan boleh digunakan oleh bukan Islam. Menurut Ketua Pembangkang seperti yang dilaporan Mstar, Pakatan Rakyat kekal dengan pendirian mereka sebelum ini walaupun Majlis Syura Ulama Pas membuat ketetapan bertentangan apabila melarang penggunaanya oleh bukan Islam. “Setakat ini, inilah pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan (Presiden Pas), Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Rabu. -MediaUMN

Selasa, 22 Januari 2013

KEJAYAAN YANG DITAKUTI PUAK PAS...

Barangkali antara berita yang tidak disenangi Encik Anwar Ibrahim dan sekutunya Nik Aziz Nik Mat dan Haji Hadi Awang ialah langkah berani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya menjejak kaki ke bumi Gaza semalam. Kejayaan yang sekaligus mencipta sejarah tersendiri kerana beliau merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia yang mengambil langkah berani dan tindakan bijak itu bagi mengadakan lawatan kemanusiaan sambil menawar diri sebagai orang tengah untuk pelan damai Hamas dan Fatah. Mengulas lawatannya itu, Najib menjelaskan beliau mengikut gerak hati apabila mengambil keputusan melawat Gaza kerana ingin melihat sendiri keperitan dan kesengsaraan yang di alami penduduk bumi Palestin itu. Lawatan yang turut sertai isteri dan beberapa menteri kabinet lebih bermakna dengan pelbagai sumbangan yang disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini terhadap penderitaan dan tekanan penduduk Gaza. Bagaimanapun PAs yang sering memperlihatkan keprihatinannya dalam membela nasib rakyat GAza hanya lebih berminat mencipa propaganda sendiri dari menyumbang tenaga dan mengambil rasiko untuk berada di negara tertekan itu. Malahan langkah bekas Timbalan Presiden PAS yang turut serta bersama rombongan PM juga tentunya tidak disenangi mereka yang sering melihat kepentingan politik sempit dari perpaduan sejagat. Nik Aziz dan Haji Hadi tentunya akan mencipta isu dan tuduhan baru bagi menafikan kejayaan besar yang di cipta Perdana Menteri itu. Bagitu juga bagi sekutu Nik Aziz, Encik Anwar Ibrahim yang tidak senang dengan langkah berani PM itu akan turut sekongkol dengan Nik Aziz bagi memandang enteng sejarah besar ini. Anwar yang tidak pernah merasa senang dengan apa yang dilakukan PM dan kejayaan demi kejayaan diraih sebagaimana sebelum ini antaranya misi damai bangsamoro, akan mengeluarkan kenyataan sinis bagi menafikan kejayaan itu. Sekaligus akan keluar pula tuduhan baru bagi mengalih isu ini yang mampu mengugat popularitinya yang semakin menurut itu. Sama sama kita tunggu dan lihat apakah pandangan sinis mereka setelah PM berjaya mecipta kejayaan dan membuka laluan damai di negara tertindas itu kerana kerakusan kuasa yahudi...

lagi dari GAZA...

PM Palestin Ismail Haniyeh & PM Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Menteri Luar Dato' Seri Anifah Aman & Menteri di JPM Jamil Khir Baharom berdoa bersama di depan bangkai kereta almarhum Ahmed Al-Jaabari yg terbunuh dibom Israel, dalam lawatan PM Malaysia ke Gaza.

NAJIB CIPTA SEJARAH DI GAZA

Alhamdulilah dan sekalung tahniah.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selamat sampai ke bumi Gaza hari ini. Dengan kunjungan tersebut, Najib menjadi PM yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin . Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40 petang waktu Malaysia). Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan. Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu. Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin. Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55km dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah. Selepas memeriksa kawalan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah. Di Gaza, Najib dijadual melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baru untuk Ismail. Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lalu. Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran. Selepas itu, Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir, Mohamed Morsi. Perdana Menteri, yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir, dan isteri, tiba di Kaherah 9 malam tadi, waktu tempatan.