Khamis, 24 Januari 2013
Akhirnya bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Khianati Negara !!
Akhirnya bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Khianati Negara !!
Akhirnya bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid menyertai Parti Keadilan Rakyat sewaktu Anwar Ibrahim mengadakan siding media di ibu pejabat PKR Tropicana, Damansara. Alasan beliau menyertai PR adalah ingin memperjuangkan nasib bekas-bekas tentera yang tidak diberi KEDUDUKAN yang sewajarnya oleh kerajaan pimpian Dato’ Ser Najib Tun Razak.
Adalahlah sesuatu yang pelik apabila seorang bekas TPATM yang menerima gaji dan sara hidup yang besar, serta mendapat pelbagai kemudahan dari kerajaan mengatakan kerajaan tidak menjaga kebajikan anggota tentera dan bekas-bekas angkatan tentera. Apakah beliau gagal memperjuangkan kebajikan anak buahnya sehingga kini umpama gunting dalam lipatan.
Anwar Ibrahim yang kini sedang menghadapi masalah moral yang teruk dan berhadapan dengan Nallakarupan di mahkamah, sebaliknya cuba mengalihkan perhatian rakyat bermodalkan pembohongan demi pembohongan menuduh Dato’ Seri Najib telah mengkhianati pengorbanan angkatan tentera dengan berbelanja besar ekoran pembelian senjata oleh kerajaan Malaysia secara RASUAH dan lebih tepat lagi merujuk kepada pembelian kapal selam Scorpene yang dikatakan menjadi cemuhan rakyat sehingga kebajikan anggota tentera diabaikan.
Yang jelas Pakatan Rakyat melalui Mat Sibu telah mengangkat anggota komunis sebagai pejuang kemerdekaan berbanding anggota tentera yang bermati-matian memperjuangkan kemerdekaan sehingga ramai yang terkorban termasuk wantia dan kanak-kanan. Difahamkan Ketua Komunis ketika itu adalah Mat Indera yang digambarkan sebagai seorang pejuang tulin oleh Mat Sabu dan telah membangkitan kemarahan bekas-bekas pejuang kemerdekaan.
Bukan itu saja, penyokong pembangkang rata-rata tidak mempercayai agenda mengurangkan kakitangan awam yang kebanyakannya orang Melayu oleh DAP, yang merupakan parti paling berkuasa di dalam Pakatan Rakyat. Mengikut agenda DAP, seandainya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, 40% kakitangan awam termasuk anggota tentera akan ditamatkan perkhidmatan mereka.
Purata hampir 1 juta orang Melayu akan hilang sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan. Memberi undi kepada PR bermakna memberi mandat kepada DAP untuk melaksanakan kerja jahat mereka untuk menghapuskan Raja-Raja Melayu, mengubah Perlembagaan Negera, membenarkan Kalimah Allah digunapakai oleh agama Kristien dan pelbagai malapetaka yang tidak terbaca akalfikiran.
Petikan: Topeng rakyat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan