Selasa, 1 Mei 2012

Solat pakai kasut...Bila ada orng tertikai encik anwar dan kuncu kuncunya solat sambil pakai kasut , apa nak dihairankanm anaknya si nurul juga yang pernah mengajar anak cina pompuan seluar pendek masuk masjid pun pakai kasut juga...
Salam buat semua... teman akan kembali menulis setelah sekian lama bercuti demi tuntutan tugas yang perlu didahulukan. Dan mulai hari ni teman akan kembali menyediakan sedikit ruang masa untuk merakam, mengulas, mencatit di ruang kecil ini untuk tatapan dan kita fikirkan bersama. Apa lagi pelbagai isu timbul kebelakangan ini yang turut dimainkan oleh kumpulan rakus untuk berkuasa hingga sanggup mengadai nasib bangsa,maruah sekaligus agama sudah jadi perhitungan dalam kerakusan mereka bagi mendapatkan kuasa. Marilah kita bangun atas kesedaran itu!

Sabtu, 22 Oktober 2011


salam kembali di blog ini yang sekian lama tidak singgah bagi menilai mengupas isu isu semalam, kekangan masa kerana di dorong oleh komitment lain hinggakan melalai untuk mencatat sesuatu di ruangan ini...


- Posted using BlogPress from my iPad

Isnin, 25 April 2011

Kerajaan tidak takut dengan blog- PM



Kerajaan tidak pernah takut dengan kehadiran penulis blog, malah sebaliknya ingin menjadi sebahagian daripada mereka serta mengetahui pandangan mereka, termasuk yang bersifat membina, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya percaya hubungan ini akan menjadi hubungan penting yang berlandaskan sikap saling menghormati. Mungkin kita tidak boleh mempunyai pendapat yang serupa sepanjang masa, tapi kita tidak boleh bermusuhan.

“Apa yang penting bagi kita ialah mengetengahkan pandangan anda (penulis blog), termasuklah pandangan yang bersifat membina dan dengan cara ini kita dapat sama-sama membina sebuah negara Malaysia dan masa depan yang lebih baik untuk kita,” kata Najib dalam ucaptama beliau pada Persidangan Penulis-penulis
Blog Rantau Malaysia-Asean Pertama di sini hari ini.

Turut hadir penaung Blog House Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, presiden Blog House Malaysia Syed Akbar Ali dan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.

Najib berkata era ‘kerajaan tahu semuanya’ sudah berlalu dan kini kerajaan perlu mengetahui pandangan serta kritikan para penulis blog yang mewakili masyarakat Malaysia.

“Tapi, kita perlu wujudkan garis sempadannya; jika kita gunakan ruang siber untuk menyebarkan pembohongan dan hal-hal separuh benar, ia suatu perbuatan yang tidak betul. Saya bersetuju dengan Tun Dr Mahathir bahawa perlu ada garis sempadan yang tidak boleh kita langgar,” kata beliau.

Najib berkata sekiranya penulis blog tidak melampaui garis yang ditetapkan, beliau percaya mereka boleh memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan yang lebih gemilang untuk Malaysia dan Asean.

Kata beliau kerajaan yang memerintah bukan saja dicabar oleh gerila dan tentera upahan yang dilengkapi pelbagai senjata canggih, tetapi juga oleh laskar siber yang melancarkan peperangan virus melalui pengunaan papan kekunci dan pad kekunci serba canggih serta telefon pintar seperti yang dapat dilihat dalam perang “Twitter” di Iran dan Revolusi “Facebook” di Mesir.

“Kita juga antara peminat Facebook paling tegar – terdpat 10.1 juta pengguna FB. Saya berani mengatakan bahawa Malaysia memiliki sfera blog paling meriah di dunia dan semangnya yang cukup bebas, walaupun mungkin bukanlah yang paling bebas.

“Sekali lagi, rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir tentang hal ini. Ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan Malaysia sedang membangunkan Koridor Raya Multimedianya, Tun berjanji kepada dunia, Malaysia tidak akan menapis kandungan Internet. Kerajaan pimpinan saya komited sepenuhnya terhadap pandangan bijak beliau itu; kami tidak akan memungkiri janji beliau,”
katanya.

Najib berkata beliau yakin Internet merupakan enjin bagi pertumbuhan ekonomi serta portal yang menjadi hidangan untuk masyarakat berilmu.

“Ini terpakai bagi semua masyarakat, malah kerajaan yang tidak begitu berminat dengan sisi demokrasi yang terdapat pada demokrasi digital pun boleh menggunakan bahagian digitalnya kerana implikasi ekonomi yang terdapat padanya terlalu besar untuk diketepikan.

“Media sosial, blogging dan microblogging, mampu merapatkan hubungan antara negara kerana untuk julung kalinya dalam sejarah manusia, orang boleh berkomunikasi antara satu dengan lain secara tepat masa dan tanpa perlu menunggu berhari-hari atau berminggu-minggu untuk mendapatkan surat,” katanya.

Persidangan dua hari itu, yang bermula semalam dengan tema “Blogging Mindfully and Responsibly”, dianjurkan Blog House Malaysia.

Persatuan ini menyediakan platform yang memiliki mekanisme defensif bagi melindungi golongan penulis blog yang menghasilkan tulisan tentang Malaysia dan yang berpusat di Malaysia.

Matlamat persidangan ini adalah untuk menghimpunkan penulis blog dari rantau Asean dan mengetengahkan kekangan yang mereka hadapi serta rintangan yang mungkin mereka alami dalam menangani pelbagai isu. — BERNAMA

Sah, lelaki Y adalah Anwar



Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya telah mengaitkan kesemua hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan dua ahli kimia.

Dia turut mengesahkan bahawa ‘Lelaki Y’ yang merupakan penyumbang DNA utama dalam rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian sewaktu hujah di akhir pendakwaan kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim dan Mohd. Saiful Bukhari.

Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa profil DNA ‘Lelaki Y’ yang diambil dari bahagian dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sampel DNA Anwar diperoleh dari tuala Good Morning, berus gigi dan botol air mineral yang diambil dari dalam lokap yang pernah dihuni oleh Ketua Pembangkang tersebut.

Pada prosiding pagi Isnin, barisan pembelaan Anwar mendakwa bahawa Mohd Saiful Bukhari yang mendakwa dirinya diliwat berbohong semasa memberi keterangan di mahkamah.

Tuduhan tersebut dibuat semasa barisan pembelaan itu mendesak agar Mahkamah Tinggi di sini menbebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, yang merupakan bekas pembantunya.

Anwar didakwa melakukan kesalahan tersebut pada antara pukul 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008 di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, dekat sini.

Pihak pendakwaan menutup kes mereka pada bulan lalu selepas selesai memanggil semua 27 saksi dan mahkamah akan memutuskan sama ada Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut akan dibebaskan atau diarahkan untuk membela diri atas pertuduhan tersebut.

Peguam Karpal Singh yang mengetuai barisan pembelaan menghujahkan bahawa, individu yang menuduh Anwar gagal untuk memberikan keterangan bahawa anak guamnya telah memaksa dia untuk melakukan hubungan seksual.

Karpla berkata, Mohd Saiful yang berusia 25 tahun adalah ‘seorang lelaki yang muda dan cukup kuat untuk menolak Anwar di bilik tidur, tetapi dia tidak berbuat demikian’.

Selain itu, barisan pembelaan juga menghujahkan bahawa Anwar sedang mengadakan perjumpaan dengan individu lain di sebuah unit apartmen lain semasa kejadian tersebut didakwa berlaku.

“Tiada bukti perubatan yang dapat menyelamatkan kes pendakwaan, yang ditakdirkan untuk gagal,” kata Karpal dan menambah, Mohd Saiful seharusnya didakwa atas tuduhan memberi keterangan palsu.

Pihak pendakwaan bergantung pada keterangan Mohd Saiful dan air mani yang ditemui padanya yang dikatakan sepadan dengan DNA daripada barangan milik Anwar.

Anwar sebelum ini enggan menyerahkan DNAnya secara sukarela atas alasan bimbang akan disalah gunakan oleh pihak polis.

Jumaat, 22 April 2011

Video Seks : PAS Tunggu Siasatan Polis Selesai



Pas akan membuat ketetapan baru mengenai masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang, apabila siasatan mengenai rakaman video seks yang pelakonnya dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim siap sepenuhnya.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu tidak akan mendahului siasatan polis kerana sebarang keputusan mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang, tidak boleh diputuskan berdasarkan andaian semata-mata.

“Kita tunggu siasatan selesai, sehingga benar macam itu (dakwaan bahawa lelaki dalam rakaman video seks tersebut adalah Anwar). Kemudian baru kita boleh buat keputusan tetapi, buat masa ini, belum ada sebarang kesimpulan mengenainya.

“Selepas siasatan (polis) selesai, kita akan memutuskan kedudukan (parti Pas) dan kita tengoklah macam mana nanti,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai desakan pelbagai pihak supaya Pas menilai semula kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang, berikutan pendedahan skandal video seks yang didakwa mirip Anwar, sehingga ia menjadi liabiliti kepada Pas.

Semalam akhbar melaporkan, hasil ujian biometrik (imbasan diri berkomputer) yang dijalankan sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan mendapati, lelaki di dalam rakaman video seks itu sepadan dengan Anwar berdasarkan perincian saiz tubuh.

Dalam pada itu, ditanya mengenai saranan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin agar Anwar bersumpah mubahalah, Mustafa berkata, Pas sudah membuat ketetapan yang jelas, iaitu biarlah proses siasatan dijalankan mengikut perundangan sedia ada.

Bagaimanapun katanya, Pas sedia untuk mempertimbangkan pendirian itu jika kerajaan bersetuju bahawa, kes rakaman video seks berkenaan perlu disiasat mengikut cara syariah.

“Siasat dulu. Proses yang dibuat oleh kerajaan ini berasaskan perundangan sedia ada. Jadi kita ikutlah undang-undang sedia ada,” jelasnya – utusan

HARI INI TDM BERCAKAP LAGI



Oleh Ibrahim Yahaya

Hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad (TDM) bercakap lagi. Kisah lama tetapi disampaikan dalam nada bersahaja tetapi serius. Mengingatkan mereka di dalam dewan Al-Bukhary jangan terikut-ikut dengan amalan dunia. Bukan semuanya amalan itu baik, apatah lagi dari negara maju.

Hari ini, TDM bersuara lagi. Kisah perang yang amat malang. Jutaan nyawa diragut tetapi kurang disebut. Mengingatkan mereka di dewan, jangan jadi pak turut tetapi sentiasa sanggup meredah lautan untuk satu perubahan. Bukan semua pemimpin dunia baik, apatah lagi mereka yang mengaku polis dunia tetapi bunuh manusia.

Hari ini, TDM buka cerita. Kisah orang yang bernama Soros menjawab suratnya. Mengingatkan mereka yang hadir hari ini bahawa orang yang bernama Soros yang menentang Bush kerana berperang pusing 360 darjah apabila diminta menyokong anti-peperangan, jangan jadi macam dia. Bukan semua yang Soros buat itu bagus, apatah lagi ramai yang tahu dia rakus.

Hari ini, TDM tetap bersemangat. Menceritakan kisah pemimpin yang membunuh ratusan ribu manusia diangkat dan dibina tugu. Mengingatkan pelajar UITM dan LimKokWing agar apabila menjadi pemimpin jangan tersilap langkah dengan budaya ini. Bukan semua pembinaan tugu itu baik, apatah lagi mengagungkan mereka yang tangan dilumuri darah.

Hari ini, TDM melancarkan satu lagi peperangan minda. Bukan peperangan untuk membunuh orang tetapi peperangan untuk menentang orang yang bunuh orang. Mengingatkan manusia di dalam dewan yang mulia itu, peperangan adalah satu jenayah. Keamanan adalah satu-satunya jalan penyelesaian.