Selasa, 28 Januari 2014

Perlantikan MB Selangor di bawah kuasa Sultan

Disebalik spekulasi berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikatakan akan meletak jawatan ekoran tekanan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun hakikatnya pelantikan jawatan itu adalah di bawah bidang kuasa Sultan Selangor. Menurut pakar undang-undang di Selangor Datuk Salehuddin Saidin, pelantikan seorang Menteri Besar di Selangor terletak di bawah kuasa Sultan sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. Katanya menurut Perkara 53 (2) (a) undang-undang itu, baginda boleh melantik seorang anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti anggota DUN, selaku Menteri Besar. Di bawah Perkara 55 (2) (a) pula, dinyatakan baginda boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan seorang Menteri Besar, katanya. Pada masa sama, seseorang Menteri Besar juga haruslah berbangsa Melayu dan beragama Islam sepertimana yang telah termaktub dalam undang-undang berkenaan, katanya. Salehuddin berkata pemilihan seseorang individu untuk menjadi Menteri Besar adalah dibuat oleh sesebuah parti yang mendapat sokongan majoriti daripada rakyat dalam pilihan raya. "Parti yang memenangi pilihan raya itu boleh mengemukakan calon-calon Menteri Besar untuk pertimbangan Sultan Selangor. Sultan Selangor akan memilih seorang Menteri Besar yang difikirkan layak oleh baginda," katanya. Semalam Abdul Khalid dilaporkan menafikan spekulasi bahawa beliau akan meletakkan jawatannya dan memberikan laluan kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dinamakan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, sekiranya ada pertandingan, untuk mengambil alih tempatnya. Penyandang DUN Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerusi itu semalam. Abdul Khalid dilaporkan berkata beliau akan berundur daripada jawatannya sebagai Menteri Besar dengan syarat ia mendapat persetujuan daripada semua komponen parti dalam pakatan pembangkang selain mendapat perkenan daripada Sultan Selangor. -- BERNAMA

Kembali melakar catatan tanpa prajudis..

Agak lama tidak muncul dalam ruang sempit ini,sebaik sahaja pilihanraya umum selesai, selepas sedikit sumbangan kepada perjuangan untuk Agama Bangsa dan Tanahair dapat diabadikan. Namun perkembangan semasa politik tanahair terasa terpanggil untuk kembali ke gelanggang ini bagi bercakap yang berani kerana prinsip BERANI UNTUK BENAR masih tidak lekang dan tidak ada kekang. Pastikan gelanggang Pilihanraya Kecil DUN Kajang akan menjadi ruang pertarungan dalam membetulkan persepsi dan mempertahankan realiti. Moga kita akan mulai bertemu selalu di ruang ini untuk kali ini dan seterusnya demi Alif Ba Ta... Sampai jumpa...

Selasa, 25 Jun 2013

Kerajaan tidak takut dengan Malaysian Spring

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan tidak gentar dengan penggunaan ungkapan ‘Malaysian Spring’ untuk menggambarkan usaha menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan, dan tidak akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menggunakan ‘rakyat’ untuk melahirkan rasa tidak puas hati, selagi tindakan mereka tidak melangkaui batas undang-undang negara. Perdana menteri berkata mereka yang menggunakan perkataan ‘rakyat’ semata-mata untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diberi ruang membantah selagi tindakan seumpama itu tidak melangkaui batas undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan. “Jika tindakan sudah langkaui batas undang-undang Perlembagaan Persekutuan, kerajaan tidak teragak-agak untuk bertindak agar kedaulatan negara terus dihormati,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Soalan Abdul Latiff yang menyentuh pandangan kerajaan mengenai penggunaan perkataan ‘rakyat’ untuk melahirkan rasa tidak puas hati mengenai keputusan PRU13 dan cubaan mewujudkan ‘Malaysian Spring’ menjadi soalan pertama yang dikemukakan pada persidangan Dewan Rakyat penggal pertama ini. Soalan serupa turut dibangkitkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). Najib berkata sebarang usaha untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada Malaysia. “Malah jika diamati dan diteliti, keadaan negara yang bergolak angkara rusuhan dan pergolakan jalanan, tidak ada perkara positif yang terhasil daripadanya. Ekonomi dan politik di negara-negara itu masih tercalar akibat persengketaan dan tidak nampak sebarang tanda untuk pulih seperti sedia kala,” katanya. Terdahulu, Najib berkata perbezaan pandangan bukan penyebab malapetaka dan punca perpecahan, sebaliknya jika ditangani dan diurus dengan baik, ia mampu mendatangkan rahmat dan kebahagiaan kepada rakyat dan memajukan negara. Kerajaan, katanya, mengakui kematangan dan kebijaksanaan rakyat dengan memberi hak untuk memilih kepimpinan negara melalui peti undi yang menjadi kaedah terbaik yang boleh diamalkan mana-mana negara. “Ironinya, mereka yang lantang menyuarakan mengenai ketidakadilan, menerima pula keputusan di kawasan yang dimenangi mereka,” katanya sinis. Menjawab soalan tambahan Abdul Latiff, kerajaan belum berhasrat untuk mewajibkan rakyat untuk mengundi. Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak menolak cadangan untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik. “Apa-apa undang-undang jika difikirkan baik, perlu dilihat dahulu sama ada ia boleh dikuatkuasakan secara praktikal atau tidak,” katanya. – Bernama

Ghani Othman dilantik Pengerusi Sime Darby

Bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman telah dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Sime Darby Bhd yang baru berkuat kuasa 1 Julai, bagi menggantikan pemangku Pengerusi Tan Sri Samsudin OSman. Abdul Ghani, 66, akan berkhidmat sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif Sime Darby manakala Samsudin ditukar menjadi Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Sime Darby, demikian menurut konglomerat itu di dalam satu kenyataan hari ini. "Abdul Ghani telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada Disember 1993 sehingga Mac 1995 sebelum menjadi Menteri Besar Johor sehingga Mei 2013," katanya. Samsudin dilantik sebagai pemangku Pengerusi Sime Darby berikutan persaraan Tun Musa Hitam sebagai pengerusi pada mesyuarat agung tahunan yang diadakan pada 8 Nov, 2012. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Tan Sri Mohd Bakke Salleh mengalu-alukan pelantikan Abdul Ghani, sambil menyatakan ia baik bagi kumpulan multinasional itu. "Sime Darby berbesar hati menerima beliau sebagai ahli Lembaga Pengarah dan kami yakin beliau akan membantu menyumbang bagi mengemudikan syarikat itu ke tahap lebih tinggi lagi dan bagi mengharungi tempoh yang mencabar," katanya. - Bernama

Isnin, 24 Jun 2013

Sesumpah yang sudah angkat sumpah...

Terciptalah sejarah, sekaligus bagi mereka yang mempunyai akal fikiran yang dibukakan oleh Allah Taala, akan melihat sendiri tembelang dan belang Anwar Ibrahim yang selama ini cukup kuat menipu dan memperdayakan rakyat Malaysia semata-mata untuk kepentingan peribadinya atau lebih tepat lagi demi menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia. Sejurus selepas kegagalan demonstrasi di Padang Merbok, Anwar Ibrahim menyatakan Pakatan Rakyat tidak akan menganjurkan sebarang himpunan atau demonstrasi lagi. Seolah-olah dia sudah serik kerana sambutan yang diberikan terhadap himpunan di Padang Merbok amat mengecewakan. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dia tidak akan menutup mulut daripada mencaci Malaysia dan kerajaan kepada pihak asing, selagi mana dia akan terus diberikan sokongan dari pelbagai sudut dan bentuk. Itu janjinya…. Beberapa hari sebelum hari angkat sumpah dan perlantikan Speaker Dewan Rakyat, Anwar bersuara juga. Katanya, Pakatan Rakyat mencadangkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Abdul Kadir Sulaiman sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baru walaupun sebenarnya cadangan itu membuang masa, memandangkan jumlah Ahli Parlimen mewakili Barisan Nasional jauh mengatasi jumlah Ahli Parlimen mewakili Pakatan Rakyat. Namun Anwar Ibrahim yang licik cuba pula kaedah lain. Dia menuntut agar undian dijalankan secara rahsia dan ada nombor siri seolah-olah akan berlaku penipuan sepertimana dalam pemilihan CEC DAP mahupun pemilihan MPP PKR. Menjelang dua hari sebelum hari angkat sumpah, Anwar Ibrahim ke Padang Merbok. Berapi-apiucapannya. Bersemangat seperti biasa walaupun air mukanya keruh apabila melihat lebih ramai peserta demonstrasi angkat kaki dan enggan mendengar ucapan skemanya. Selesai program berkenaan, Anwar Ibrahim menghamburkan kemarahan kerana pemimpin Pakatan Rakyat kebanyakannya enggan memberikan komitmen dalam menjayakan demonstrasi terbesar rakyat Malaysia menentang Kerajaan UMNO-BN. Hadi Awang yang berjanji akan turun padang, tak nampak batang hidung. Para pemimpin PAS kecuali manusia seperti Mujahid Yusof dan Khalid Samad, lebih senang berada di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut daripada sama-sama berarak meredah jerebu tebal yang didatangkan Allah Taala dari arah selatan Semenanjung. Itu cerita dua hari sudah… Semalam, gerombolan yang diketuai oleh Chegu Bard, Harris Ibrahim, Aruchelvam dan Adam Adli dengan bertemankan Tian Chua menjadikan Padang Merbok sebagai lapangan untuk mereka berkhemah. Jam 4:40 pagi, penguatkuasa DBKL merobohkan khemah-khemah mereka dan tercetus pula provokasi sambil Tian Chua menyatakan, tindakan anggota-anggota penguatkuasa DBKL itu melanggar Akta Perhimpunan Aman. DBKL terpaksa membuat laporan polis dan meminta bantuan polis agar menangani kedegilan kelompok manusia yang gemar menyalahgunakan undang-undang untuk kepentingan mereka. Pagi tadi, mereka berarak dan melakukan kekecohan di luar Parlimen. Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dicederakan. Alasan mereka hanyalah ingin menyerahkan memorandum tetapi tindakan mereka menyusahkan lebih ramai orang. Pemilihan speaker Dewan Rakyat berjalan penuh kontroversi. Anwar Ibrahim tidak membuat usul sebab dia tahu, usul itu adalah usul bodoh. Sebaliknya dia mengarahkan si tongong yang jadi Menteri Besar Selangor untuk buat usul. Keputusan akhirnya berpihak kepada Pandikar Amin Mulia dengan keseluruhan undi wakil Barisan Nasional diberikan kepada Pandikar Amin Mulia. Mahfuz Omar melalak melolong bagi pihak Anwar Ibrahim. Semuanya diungkit dan alasan kononnya, undi tidak dijalankan secara rahsia kerana Barisan Nasional takut ada Ahli Parlimen mereka yang khianat, dipopularkan. Sedangkan selama ini, itulah proses yang diamalkan di Parlimen sepanjang sejarah Parlimen Malaysia. Kecoh lagi… Tetapi sewaktu rehat tengah hari, Anwar Ibrahim bergelak tawa dan sungguh mesra dengan Najib Abdul Razak serta Muhyiddin Yassin! Gelagatnya jelas menunjukkan para pengikutnya telah dikencing dan diberak di atas kepala masing-masing. Anwar sedikit pun tidak prihatin dengan semangat meluap-luap para penyokongnya sendiri!!! mykmu.net

Keputusan pembangkang turut angkat sumpah bukti demokrasi masih diperakui...

Kehadiran semua 89 anggota Parlimen pembangkang pada majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat hari ini menunjukkan sistem demokrasi di negara ini diperakui pembangkang di sebalik laungan tidak puas hati terhadap keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata dengan itu, pembangkang pada masa depan tidak sepatutnya mempertikaikan lagi sistem pilihan raya atau demokrasi negara. “Proses ini (angkat sumpah) menandakan sistem demokrasi di negara kita sudah diamalkan dengan baik, dan kitapun, termasuk pembangkang, telah angkat sumpah taat setia, mematuhi undang-undang dan menghormati Perlembagaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini. Ditanya kekecohan yang dicetus segelintir pemimpin pembangkang sewaktu proses pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat pagi ini, anggota Parlimen Semporna, Sabah itu berkata perkara yang dipertikai hanyalah kecil dan sengaja diperbesarkan. “Kita selaku anggota Parlimen sepatutnya ada peradaban dan faham aturan mesyuarat mana yang boleh, mana yang tidak, takkanlah kita terlampau ‘rigid’ sangat dalam cara perjalanan mesyuarat, sedikit perkataanpun nak dijadikan pertikaian dia (pembangkang),” katanya. Acara angkat sumpah melibatkan 222 anggota Dewan Rakyat itu didahului Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, diikuti anggota Dewan Rakyat lain, termasuk 89 daripada gabungan pembangkang PAS-DAP-PKR. Komposisi Dewan Rakyat kali ini terdiri daripada 133 anggota Parlimen Barisan Nasional selain 38 dari DAP, PKR (30) dan PAS (21). Turut menyokong kenyataan Mohd Shafie ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang menjelaskan prosedur pemilihan Speaker dan timbalannya melalui undi bersurat sudah dinyatakan dalam Peraturan Mesyuarat 4. “Undi bersurat bermakna kita kena tandatangan sebab nanti sesiapapun boleh undi, jadi bila kita undi kita tanda tangan, bererti kena tulis nama kitalah untuk pastikan tandatangan itu tandatangan kita,” katanya. Dalam pada itu, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang menasihatkan semua wakil rakyat agar mematuhi lafaz sumpah yang diucap pada sesi mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat hari ini. “Keputusan pilihan raya telah dibuat malah sudah sampai masanya semua wakil rakyat datang bersidang dan lupakan isu-isu politik dan sebaliknya menunjukkan komitmen serta semangat mereka untuk menyumbang kepada rakyat,” katanya. Abu Zahar berkata semua wakil rakyat tanpa mengira parti politik seharusnya menggunakan persidangan kali ini sebagai platform untuk menyumbang khidmat bakti kepada negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berharap anggota Dewan Rakyat pada kali ini akan berhujah dengan lebih bijaksana selaras dengan peringatan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. “Beliau telah memberi peringatan awal supaya Parlimen Malaysia menjadi contoh dan anggota Parlimen yang baharu dan lama dijadikan ikutan ketika sesi perbahasan,” katanya.Petikan Umnoonline.com

Jumaat, 17 Mei 2013

PM Najib dijangka dilanda gelora-Kabinet yang sugul.

TIDAK ada sesiapa pun yang mempertikaikan pemilihan ataupun sipa yangPM najib pilih Ahli Parlimen daripada Sabah maupun Sarawak kerana kedua-dua negeri ini layak untuk diberikan sedikit kelebihan berbanding dengan negeri-negeri lain lantaran kemenangan besar mereka dalam PRU13 hingga menyumbang kepada pembentukan kabinet Najib. Namun meminggirkan Ahli Parlimen di negeri-negeri yang menang seperti Kedah dianggap oleh pemerhati politik sebagai menafikan sumbangan besar pimpinan negeri yang telah berjaya merampas serta menumbangkan kerajaan PAS di negeri itu dan sekaligus mengembalikan Kedah ke tangan Barisan Nasional. Apakah kejayaan tersebut tidak dilihat sebagai sebuah kejayaan yang besar oleh PM Najib?Kalau Sabah dan Sarawak boleh diberikan tempat yang begitu besar dalam kabinet PM Najib,adakah cukup dengan hanya seorang sahaja MP diberikan jawatan sebagai Menteri cabinet sedangkan Terengganu yang hilang begitu banyak kerusi Parlimen dihadiahkan dua jawatan Menteri? Apakah Johari Baharum tidak layak sedangkan beliau sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen dan memegang jawatan Pengerusi Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah dan memegang jawatan Timbalan Menteri di Kementerian Pertanian Dan Indsutri Asas Tani ataupun Johari Bahrum dicantas oleh Tun M kerana dendam kesumat?Pengalaman Johari Bahrum rupa-rupanya gagal memikat PM Najib.Kejayaan Johari Bahrum meningkatkan majoriti dalam PRU13 daripada tujuh ribu ke 10,444 bukan ukuran keberkesanan pimpinan beliau? Apakah Mahadzir Khalid tidak layak sedangkan beliau bekas Menteri Besar Kedah seperti juga Sahidan Kasim dan Idris Jusuh yang diberikan jawatan Menteri Penuh dalam kabinet Najib?Sepatutnya bekas Menteri Besar Kedah ini menolak perlantikan tersebut kerana inaya bersifat penghinaan kepada beliau..PM Najib `menampar’ Mahadzir Khalid dalam senyum dan sepatutnya Mahadzir Khalid menolak lantikan tersebut kerana beliau tidak rugi apa-apa pun apatah lagi pengalaman beliau sebelum ini tidak mendapat tempat. Jo Bahrom mangsa dendam Tun M? Siapa yang menyusun kabinet ini?PM Najibkah ataupun masih ada campurtangan Tun M ataupun orang-orang yang sama sebelum ini menyusun calon yang kononnya `winnable candidate’ dan akhirnya PM Najib terpempam tidak memperolehi majoriti 2/3 turut sama menjadi tangan-tangan ghaib menasihati PM Najib dalam masa menyusun kabinet ini? Apakah PM Najib tidak melihat kejayaan pimpinan Kedah itu bukan sesuatu yang patut dibanggakan dan kita bersetuju keputusan PM Najib yang tidak menyenarai satu pun jawatan Menteri kepada calon yang menang di Selangor ekoran kegagalan mengambilalih negeri itu dari pembangkang tetapi memandang remeh kepada kejayaan pimpinan UMNO Kedah menakluk kembali negeri itu merupakan satu tindakan yang silap dan PM Najib seperti tidak berterima kasih kepada segala usaha mereka itu selama ini. 10 Parlimen BN Berjaya rampas datri PAS dan menumbangkan PAS untuk mengambil alih kerajaan negeritetapi malangnya perjuangan serta pengorbanan pimpinan Kedah tidak mendapat tempat di hati Najib sebagaimana Sabah dan Sarawak yang diberikan enam jawatan Menteri manakal Sarawak pula mendapat tujuh jawatan Menteri termasuk bertaraf Senator. Di Sarawak pula,Parti Progresif Demokratilk Sarawak (SPDP) yang bertanding di empat kerusi Parlimen dan menang kesemuanya,itu pun tidak mendapat perhatian daripada PM Najib sedangkan Joseph Kurup yang bertanding satu kerusi dan tidak pun mempunyai keahlian yang ramai dipilih Najib untuk mengisi jawatan menteri. Apakah Tiong King Sing yang merupakan bekas Pengerusi BNBBC tidak layak untuk mengisi kuota parti itu bagi jawatan Menteri?Buruk sangatkah pimpinan SPDP ini hingga PM Najib langsung tidak memandang keupayaan mereka?Tafsiran perkongsian kuasa apa yang PM Najib lakukan ini? Mahadzir patut tolak jawatan Timbalan Menteri..! Kita bersetuju andai PM Najib kata politik bukan satu bentuk jaga hati,politik adalah perjuangan menentukan nasib serta masa depan agama,bangsa dan negara tetapi PM Najib harus mengambil kira perjuangan serta pengorbanan mereka tatkala Najib mengambil alih pimpinan daripada Pak Lah dan kepada mereka inilah antara yang Najib sandarkan apabila berlakunya ura-ura ada penghijrahan ataupun lompat parti beberapa orang MP sebelum ini dan adakah PM Najib begitu yakin,peristiwa 16 September tidak berulang lagi? Sekarang ini pun sudah terdengar bisik-bisik suara yang tidak puas hati apabila yang patut menjadi Menteri disingkirkan atapun tidak mendapat tempat dihati PM Najib dan penasihat-penasihat dan PM Najib tidak perlu yakin dengan AkuJanji calon-calon yang bertanding kerana dalam demokrasi AkuJanji bukan penghalang untuk mereka berhijrah.moral bukan lagi keutamaan. Sekiranya masih ada ruang yang terbuka,kabinet berimbang PM Najib ini harus secara menyeluruh supaya tidak ada Ahli Parlimen yang menang terguris hati dengan gaya politik PM Najib ini dan sebagai rakyat bawahan,kita mahu semua yang berkelayakan serta berpengalaman harus mendapat tempat sejajar dengan segala kerja keras mereka untuk memenangkan parti hingga PM Najib boleh menubuh kerajaan.Petikan: Sanggahtokjanggut.