Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Pakatan Rakyat tidak harus berangan-angan menawan Perlis semata-mata kerana perbalahan beliau dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Isa Sabu, kata Shahidan.
SHAHIDAN KASSIMBeliau berkata pertelingkahan itu adalah hal dalaman Umno Perlis membabitkan beberapa pemimpin dan bukan faktor yang menentukan keputusan PRU ke-13.
“Mereka (Pakatan) berangan-angan nak tawan Perlis sebab mereka tengok Umno Perlis macam bergolak, ia ada sikit itu tak dapat dinafikan tapi bergolaknya Umno Perlis bukan kerana Umno itu tapi dua atau tiga pemimpinlah yang menyebabkan Umno bergolak.
“Saya pimpin Umno Bahagian Arau dari tahun 1986 dan jadi pemimpin negeri Perlis dari 1995 sehingga 2004, saya tak pernah (timbulkan masalah).
“Saya amalkan politik bersama bukan politik gengster,” katanya dalam temubual eklusif bersama di pejabatnya di sini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Anuar Tahir berkata pembangkang mempunyai peluang cerah menawan Putrajaya pada kali ini.
Walaupun masalah dalaman Umno Perlis berlarutan sekian lama, ia tidak menjadi penghalang kepada parti itu kekal berkuasa di Perlis dengan majoriti besar pada PRU yang lalu.
Bagaimanapun Shahidan diganti dengan Isa sebagai Menteri Besar susulan pilihan raya umum itu.
Perlis selamat daripada tsunami politik 2008 namun kali ini Anuar mendakwa pembangkang akan melakukan kejutan.
Beliau merujuk kepada apa yang didakwanya sebagai rekod cemerlang kerajaan negeri pimpinan PAS di Kedah.
“Rakyat sudah sedar dan melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan PR diterajui Pas umpamanya di Kedah. Kita dapat lihat kemampuan pentadbiran yang bersih rasuah dan pembaziran dalam pengurusan kewangan negeri, maka rakyat negeri ini pun mahukan perubahan sedemikian.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dikecam oleh kalangan Exconya serta beberapa cawangan PAS di negeri itu.
Kedah juga dibelit dengan defisit RM5 billion dan dan ditegur oleh Ketua Audit Negara kerana pengurusan dana awamnya.
Shahidan berkata sungguhpun pertelingkahan dalam Umno Perlis tidak cukup untuk Pakatan mengambil alih negeri itu, namun perpaduan dalam parti harus dipulihkan.
Shahidan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, walaupun perselisihan antara beberapa pemimpin negeri masih berlaku namun ia bukan halangan untuk Umno-B terus mentadbir negeri tersebut.
Justeru beliau menasihatkan agar barisan pimpinan negeri mengetepikan soal kepentingan diri dan bertumpu berkerjasama demi kekuatan parti.
“Sekarang memang ada masalah sikit sebab ada kumpulan tertentu yang pukul kumpulan tertentu…pukul sesama sendiri bukan pukul pembangkang,” katanya.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis merangkum 15 kawasan DUN dan tiga kawasan Parlimen.
Pada 2008, BN menang 13 kerusi DUN dan PAS (2), manakala kerusi Parlimen disapu bersih BN.
Selasa, 2 April 2013
PEMBANGKANG JANGAN MIMPI TAWAN PERLIS-SHAHIDAN
Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Pakatan Rakyat tidak harus berangan-angan menawan Perlis semata-mata kerana perbalahan beliau dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Isa Sabu, kata Shahidan.
SHAHIDAN KASSIMBeliau berkata pertelingkahan itu adalah hal dalaman Umno Perlis membabitkan beberapa pemimpin dan bukan faktor yang menentukan keputusan PRU ke-13.
“Mereka (Pakatan) berangan-angan nak tawan Perlis sebab mereka tengok Umno Perlis macam bergolak, ia ada sikit itu tak dapat dinafikan tapi bergolaknya Umno Perlis bukan kerana Umno itu tapi dua atau tiga pemimpinlah yang menyebabkan Umno bergolak.
“Saya pimpin Umno Bahagian Arau dari tahun 1986 dan jadi pemimpin negeri Perlis dari 1995 sehingga 2004, saya tak pernah (timbulkan masalah).
“Saya amalkan politik bersama bukan politik gengster,” katanya dalam temubual eklusif bersama di pejabatnya di sini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Anuar Tahir berkata pembangkang mempunyai peluang cerah menawan Putrajaya pada kali ini.
Walaupun masalah dalaman Umno Perlis berlarutan sekian lama, ia tidak menjadi penghalang kepada parti itu kekal berkuasa di Perlis dengan majoriti besar pada PRU yang lalu.
Bagaimanapun Shahidan diganti dengan Isa sebagai Menteri Besar susulan pilihan raya umum itu.
Perlis selamat daripada tsunami politik 2008 namun kali ini Anuar mendakwa pembangkang akan melakukan kejutan.
Beliau merujuk kepada apa yang didakwanya sebagai rekod cemerlang kerajaan negeri pimpinan PAS di Kedah.
“Rakyat sudah sedar dan melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan PR diterajui Pas umpamanya di Kedah. Kita dapat lihat kemampuan pentadbiran yang bersih rasuah dan pembaziran dalam pengurusan kewangan negeri, maka rakyat negeri ini pun mahukan perubahan sedemikian.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dikecam oleh kalangan Exconya serta beberapa cawangan PAS di negeri itu.
Kedah juga dibelit dengan defisit RM5 billion dan dan ditegur oleh Ketua Audit Negara kerana pengurusan dana awamnya.
Shahidan berkata sungguhpun pertelingkahan dalam Umno Perlis tidak cukup untuk Pakatan mengambil alih negeri itu, namun perpaduan dalam parti harus dipulihkan.
Shahidan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, walaupun perselisihan antara beberapa pemimpin negeri masih berlaku namun ia bukan halangan untuk Umno-B terus mentadbir negeri tersebut.
Justeru beliau menasihatkan agar barisan pimpinan negeri mengetepikan soal kepentingan diri dan bertumpu berkerjasama demi kekuatan parti.
“Sekarang memang ada masalah sikit sebab ada kumpulan tertentu yang pukul kumpulan tertentu…pukul sesama sendiri bukan pukul pembangkang,” katanya.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis merangkum 15 kawasan DUN dan tiga kawasan Parlimen.
Pada 2008, BN menang 13 kerusi DUN dan PAS (2), manakala kerusi Parlimen disapu bersih BN.
PAS DAH MULA TOLAK ANWAR
Ramai pemimpin dan ahli PAS sudah hilang kepercayaan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan keraguan atas faktor isu moral yang menyelubungi sisi gelap kehidupan peribadinya.
Golongan ini termasuklah sebahagian besar ahli Majlis Syura Ulama yang berkongsi pendapat bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menguasai Kerajaan Pusat kelak, disebabkan pertimbangan berkaitan moral.
Sebaliknya mereka bersepakat hanya Presiden PAS, Abdul Hadi Awang adalah satu-satunya calon yang sesuai. Kecuali hanya Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang masih meyakini Anwar disebabkan faktor dipengaruhi oleh golongan Anwarinas dalam PAS yang mempunyai hubungan rapat dengan Mursyidul Am PAS itu.
Sementara itu, satu sumber PAS menyatakan Ketua Umum PKR itu telah dinasihatkan supaya mengurangkan penglibatannya dalam program anjuran PAS terutama sekali solat hajat, munajat dan sebagainya.
Nasihat berupa larangan penuh diplomasi itu bertujuan untuk mengurangkan kesan mudarat dari terpalit kepada PAS berikutan sikap liberal Anwar yang menyokong penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible oleh penganut Kristian.
Sebab itu sejak akhir-akhir ini amat jarang sekali Anwar berpeluang memberi tazkirah di masjid atau surau yang ahli jawatankuasanya terdiri dari kalangan penggerak akar umbi PAS, sebaliknya pemimpin utama PKR itu lebih banyak berceramah di pentas PKR atau DAP.
Cuma sesekali sahaja Anwar dapat berceramah di pentas PAS, itu pun anjuran pemimpin PAS pro Anwarinas dan sekali sekala terpaksa menggagahkan kaki berlakon mesra sepentas dengan Presiden PAS.
Senario ini dipercayai ada kaitan rapat dengan pendirian pemimpin-pemimpin PAS yang menguasai Majlis Syura Ulama parti itu yang semakin merenggangkan hubungan mereka dengan Anwar.
Malah arahan dalam juga sudah dikeluarkan meminta supaya lidah rasmi PAS, Harakah mengurangkan penampilan Anwar dalam akhbar itu, dengan demikian PAS percaya pendekatan ini akan mengekang ketaksuban penyokong kepada Ketua Umum PKR, sekaligus mengurangkan pengaruhnya di kalangan ahli dan penyokong PAS.
Namun untuk melihat PAS menyuarakan larangan secara terbuka tentunya tidak sama sekali memandangkan PAS sendiri dalam keadaan tersepit bila mana sebahagian pemimpinnya dari golongan Anwarinas masih menguasai sebahagian besar kepimpinan PAS di peringkat Pusat.
Anwar dikatakan menyedari keadaan ini tapi beliau masih menaruh keyakinan penyokongnya dalam PAS mampu berbuat sesuatu bagi menaikkan semula imejnya di kalangan penyokong dan pemimpin PAS.
Menjelang PRU 13 akan menyaksikan lebih banyak konflik kepentingan dan kepercayaan antara PAS dan PKR akan terdedah kepada umum, tak mustahil selepas PRU lebih banyak konflik akan muncul dan Pakatan Rakyat bakal berkubur sebagaimana lain-lain kerjasama sebelum ini.
Isnin, 1 April 2013
DANA KERAJAAN SELANGOR DI SELEWENG
Selain daripada menerima dana asing negeri Selangor dan Pulau Pinang juga diminta menyediakan dana yang mengcukupi untuk bekalan DAP, PKR dan PAS bagi menghadapi PRU ke 13. Ini kerana kedua-dua negeri berkenaan mempunyai hasil yang lebih berbanding Kedah dan Kelantan.
Di Selangor selain hasil daripada kelab-kelab malam dan rumah-rumah urut yang hasilnya diuruskan oleh Ronnie Liu, lombong pasir turut menjadi penyumbang utama kepada dana pilihan raya mereka. Tidak ketinggalan juga kaedah round tripping penyelesaian hutang Talam yang dilakukan Khalid Ibrahim. Kemudian hasil berkenaan diletak nama Geran Selangorku untuk mengaburi mata rakyat.
klang_gate_02Dana Geran Selangorku yang berjumlah RM 300 juta dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat Menteri Besar dan tidak melalui Pegawai Kewangan Negeri. Segala keputusan ditentukan oleh Khalid Ibrahim seorang diri. Di sini pun sudah cukup untuk menunjukkan kepada kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran berkenaan. Tidak lain tidak bukan ianya untuk dana politik mereka.
Untuk menghalalkan kegiatan mereka rakyat dikelirukan dengan kerja-kerja penurapan jalan atau kerja-kerja kecil lain di setiap Dun untuk menunjukkan mereka benar-benar menggunakan dana berkenaan untuk rakyat. Namun ada perkara yang rakyat tidak tahu apa yang berlaku di sebalik geran berkenaan, dan wangnya digunakan untuk apa.
Hari ini kami di sel13.com akan mendedahkan salah satu kaedah yang mereka gunakan bagaimana wang berkenaan boleh menjadi dana politik mereka.
Tahun 2012 sebuah syarikat, Rozz Niaga Enterprise telah menghantar satu kertas kerja projek yang bertajuk REMAJA UNGGUL NEGERI SELANGOR. Motif projek berkenaan adalah melatih remaja-remaja negeri Selangor mengenali potensi diri dan memantapkan mereka agar dapat bersaing dalam arus cabaran masa kini. Selain daripada itu program berkenaan dirangka khusus untuk melengkapkan dan menggerakkan penyertaan remaja untuk menilai kemampuan diri serta menetapkan hala tuju masing-masing bagi melahirkan insan yang berkualiti.
Berdasarkan kertas kerja yang dibentangkan, projek ini didapati cuba menerapkan idealogi pembangkang kepada pelajar sekolah. Kumpulan sasaran projek ini adalah pelajar tingkatan 3-5 seluruh Selangor dengan kapasiti 80 pelajar bagi setiap siri.
Projek berkenaan dijalankan secara usahasama antara syarikat berkenaan dengan Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan Negeri Selangor. Projek berkenaan diadakan di setiap Dun di negeri Selangor yang berjumlah 56 Dun. Setiap Dun diberi peruntukkan RM 60,400.00 untuk program berkenaan. Untuk 56 Dun jumlah projek ini bernilai RM 3’382’400.00.
Projek berkenaan sepatutnya bermula pada Mei 2012. Malangnya walaupun telah hampir setahun berlalu sehingga kini projek berkenaan belum berjalan, tetapi wang peruntukkannya telah dikeluarkan.
Mengikut maklumat yang kami terima wang berkenaan telah disalurkan kepada pihak-pihak tertentu untuk dana pilihan raya mereka. Inilah kaedah mencairkan wang yang dilakukan Khalid Ibrahim untuk menghalalkan wang tersebut melalui projek yang hanya on paper sahaja tetapi tidak dilaksanakan.
Itulah sebabnya Geran Selangorku dikawal sepenuhnya oleh Pejabat Menteri Besar tanpa membabitkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Supaya senang untuk mereka melakukan kerja-kerja menyebat.Petikan: sel13.com
DIPECAT KERANA MELANCAP
Ketua Penerangan PKR Merbok Saharuddin Hamid yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani kesal dengan pucuk pimpinan parti PKR yang mengambil tindakan memecat beliau dari parti tanpa diberikan peluang untuk membela diri.
"Apa salah saya sehingga dipecat dari parti tanpa memberikan saya peluang untuk mempertahankan diri? Adakah salah saya melancap didalam pejabat saya sehingga menyebabkan pihak parti PKR memecat saya?"
Beliau yang ditemubual melalui panggilan talifon agak kecewa dengan pemecatan yang dilakukan tanpa asas ekoran penyebaran gambar gambar beliau yang sedang melakukan onani didalam pejabat PKR negeri Kedah.
"Saya hanya melancap dan bukan saya melakukan kesalahan merogol ataupun meliwat. Ada pucuk pimpinan parti lebih teruk dari saya dengan melakukan seks luar tabii beserta bukti video adengan seks tetapi tidak dikenakan apa apa tindakan dari pihak parti PKR."
Apabila dirujuk oleh wartawan siapa yang dimaksudkan oleh beliau tentang pucuk pimpinan itu beliau menjawap
"Dato Sri Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali dan Yb Elizebeth Wong semuanya terbukti jelas melakukan kesalahan dengan bukti video dan gambar namun tidak dikenakan apa apa tindakan oleh pihak parti PKR. Apakah melancap merupakan satu kesalahan jenayah?" Ujar beliau.
Saharuddin Hamid yang kini masih lagi memegang jawatan Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani memaklumkan sudah memohon bantuan daripada Ahli Parlimen Sg Petani yang juga Pemimpin PKR Yb Johari Abdul untuk membantu beliau dalam mempertahankan hak beliau dalam membela diri dari pemecatan parti PKR.
"Adakah kerana saya hanya berjawatan Ketua Penerangan PKR Cabang maka saya dijatuhi hukuman bersalah sedangkan pucuk pimpinan parti sendiri lebih teruk dari saya yang hanya melancap bersendirian. Yang duduk diatas kebal dari sebarang tindakan, tapi kita yang dibawah ini yang akan menjadi korban".
Saharuddin Hamid menjadi tumpuan minggu lalu apabila beberapa blog menayangkan gambar beliau sedang melakukan onani dihadapan komputer didalam pejabat beliau. Gambar tersebut tersebar dan turut dimuat naik dalam blog http://www.1cilipadi.blogspot.com/ yang kemudiannya disebarkan oleh blog blog lain.
Pihak kami cuba mendapat maklum balas dari Presiden PKR Datin Sri Wan Azizah bagi mendapat jawapan berhubung kenyataan Saharuddin Hamid tetapi gagal.
Ahad, 31 Mac 2013
PRU 13: PAPA GOMO CABAR PAPA HOMO
ANWAR Ibrahim bakal berdepan dengan pendedahan demi pendedahan tentang kebejatan moralnya apabila ada usaha untuk memujuk PapaGomo supaya bersetuju bertanding menentang Anwar dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti malah menurut mereka,demi perjuangan untuk rakyat PapaGomo harus memburu Anwar hingga ke lubang cacing sebelum lebih ramai lagi rakyat negara ini terpedaya,tertipu dan diperbodohkan oleh Anwar dan sekutunya.
Menjadi tanggungjawab dan amanah besar kepada PapaGomo sebagai orang yang mula-mula mendedahkan wajah-wajah munafik Anwar untuk terus membongkar perlakuan seks songsang,kecurangan seorang suami,penipuan seorang bapa terhadap anak-anak dan lebih penting adalah penipuan demi penipuan yang direkayasakan oleh Anwar untuk mengeliru serta membohongi rakyat jelata.
Menurut Saudara Hamidzun Khairuddin,Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPs,selain daripada rakyat dan kepimpinan yang sedia ada berusaha untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar bukan seorang pemimpin yang baik serta tidak layak menjadi Imam kepada seluruh makmum dalam negara ini,PapaGomo juga mempunyai tanggungjawab yang cukup besar bagi menelanjangi warna serta batang tubuh Anwar secara keseluruhannya dan selepas itu menyerahkan kepada rakyat yang celik mata hatinya untuk menilai selebihnya.
“Kita bersedia untuk melancarkan tabung kutipan bagi menampung kos pilihanraya sekiranya PapaGomo bersetuju bertanding untuk menentang Anwar di mana-mana sahaja kawasan Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri yang Anwar pilih untuk bertanding.
“Untuk permulaan kepada gerakan ini, GAPs bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM1,000 dan kita akan melancarkan secara rasmi tabung kutipan ini demi menyediakan dana kewangan untuk PapaGomo bertanding menentang Anwar Ibrahim,” kata Hamidzun sewaktu dihubungi.
Menurut Hamidzun yang juga seorang Peguam dan aktivis politik terkenal tanahair,selain mendedahkan melalui blognya,PapaGomo tidak harus memberikan peluang untuk Anwar bergerak bebas berkempen untuk diri beiau dan partinya sedangkan hakikatnya setiap kali Anwar buka mulut untuk berceramah ataupun bercakap,segalanya adalah bohong belaka dan kesediaan PapaGomo untuk bertanding akan membuatkan Anwar ditimpa masalah ataupun musibah yang lebih besar.
“Landasan terbaik untuk PapaGomo ketika ini adalah bersetuju untuk menentang Anwar demi kelangsungan perjuangan PapaGomo yang selama ini berjaya membongkar segala salah laku termasuk skandal seks Anwar dan rakyat sedang menunggu pendedahan selanjutnya.Paling penting Anwar mesti dikubur serta partinya ditalkinkan dalam PRU13 ini,”tegas Hamidzun lagi sambil menambah bahawa beliau yakin sebahgian besar rakyat Malaysia ini berada bersama-sama dan menyokong segala pendedahan PapaGomo selama ini.
“Taktik Anwar menyaman PapaGomo sebanyak RM10 juta itu hanyalah usaha beliau untuk menutup mulut PapaGomo daripada terus mendedahkan siapa dia sebenarnya.Itu taktik bacul yang Anwar amalkan.Takut untuk berdepan dengan realiti,takut rakyat lebih tahu siapa beliau sebenarnya.
`Sekiranya PapaGomo memilih untuk bertanding menentang Anwar dalam PRU13 ini samada di Permatang Pauh ataupun dimana-mana sahaja akan memberikan ruang yang lebih besar untuk PapaGomo menelanjagi satu persatu topeng-topeng munafik yang sedang Anwar pakai ketika ini,” ujar Hamidzuan lagi.
Menurut Hamidzaun lagi,terpulang kepada PapaGomo untuk menggunakan lambang apa pun atau parti apa sekalipun dan sekiranya PapaGomo menang menentang Anwar dalam PRU13 nanti,ianya akan mencatat sejarah tersendiri dan akan dikenang sampai bila-bila.
"Andai pun beliau kalah tetapi sekurang-kurangnya beliau telah memberikan bukti secara langsung kepada rakyat siapa Anwar Ibrahim sebenarnya dan PapaGomo sudah tidak bersalah sekiranya rakyat terus mengundi Anwar walaupun Anwar seorang pemimpin yang tidak bermoral,:ujar Hamidzun lagi sambil menambah bahawa pihaknya hanya menunggu persetujuan PapaGomo sahaja sebelum meneruskan usaha mengisi Tabung PRU13 bagi membantu PapaGomo. Petikan: Sanggahtokjanggut
PRU 13: Peluang untuk singkirkan veteran pembangkang- Tun M
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah masa terbaik untuk rakyat negara ini menamatkan karier politik tiga pemimpin veteran pembangkang.
Mereka yang dimaksudkan ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Gesaan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berucap pada program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi.
"Anwar sejak awal lagi tidak pernah memperjuangkan agama dan bangsa, baru tiga hari masuk UMNO minta jawatan Ketua Pemuda, lepas itu mahu Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden sampai saya Presiden sendiri pun nak lawan. Sampai sekarang gila-gila nak jadi Perdana Menteri.
"Kit Siang pula sibuk mahu orang 'change', Barisan Nasional dah berapa kali 'change' dah... dia di situ juga. Patut dia kena buat dulu. Jadi orang Johor perlu ganyang Kit Siang, biar PRU-13 jadi hari terakhir politik dia.
"Nik Aziz pula bagaimana boleh gelar diri ulama jika mengatakan Tuhan mencarut, Nabi Muhammad sama seperti orang kampung biasa dan tidak perlu sambut Maulud. Tapi hari beranak dia, Karpal beri kek dan sambut pula," katanya.
Sehubungan itu, Mahathir menyeru rakyat menolak pakatan pembangkang yang jelas hanya 'bersatu di permukaan' walaupun hakikatnya mahu menipu sesama sendiri.
Menurutnya, tidak seperti BN yang ikhlas berkongsi kuasa dan kekayaan negara sejak merdeka lagi, tanpa berpura-pura dan tidak berlawan sesama sendiri malah calon yang bertanding mendapat undi semua parti komponen bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya untuk bina kerajaan.
"Bila mereka (pembangkang) menang... Kalau mereka menanglah... Mereka akan kelahi sesama mereka. Kalau mereka kalah... Dan tahu akan kalah... mereka mahu cetus tunjuk perasaan dan demonstrasi sepanjang masa.
"Dia (Anwar) memang 'expert' kalau tunjuk perasaan, dulu dalang demonstrasi pada tahun 1974 kononnya ada rakyat mati
kebuluran di Baling, kemudian selepas dipecat 1999, lepas itu Bersih. Saya bukan jenis bertaruh, tetapi saya bertaruh 10 sen yang dia akan tunjuk perasaan," katanya.
MASA BERSAMA KELUARGA
Saya mengambil peluang untuk mengisi masa lapang pada hari Ahad ini dengan menikmati makan tengahari bersama keluarga saya di Little Penang Café, The Curve sebentar tadi. Keluarga adalah segala-galanya bagi saya dan sebab itulah saya cuba meluangkan masa untuk bersama mereka.
Kami sekeluarga seronok kerana berpeluang menikmati makanan tempatan yang digemari oleh setiap daripada kita sebagai rakyat Malaysia. Saya memilih untuk menikmati Assam Laksa sebentar tadi dan ia sangat menyelerakan. Kita cukup dikenali di seluruh dunia dengan pelbagai makanan tempatan yang menyelerakan.
Dalam kesempatan itu, saya melihat ramai daripada anda rakyat Malaysia juga turut mengambil peluang cuti hujung minggu untuk bersama keluarga. Syukur Alhamdulillah kerana negara kita kekal aman dan ini membolehkan kita bebas untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
Terima Kasih Malaysia...!!
Langgan:
Ulasan (Atom)