Selasa, 2 April 2013

PAS DAH MULA TOLAK ANWAR

Ramai pemimpin dan ahli PAS sudah hilang kepercayaan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan keraguan atas faktor isu moral yang menyelubungi sisi gelap kehidupan peribadinya. Golongan ini termasuklah sebahagian besar ahli Majlis Syura Ulama yang berkongsi pendapat bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menguasai Kerajaan Pusat kelak, disebabkan pertimbangan berkaitan moral. Sebaliknya mereka bersepakat hanya Presiden PAS, Abdul Hadi Awang adalah satu-satunya calon yang sesuai. Kecuali hanya Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang masih meyakini Anwar disebabkan faktor dipengaruhi oleh golongan Anwarinas dalam PAS yang mempunyai hubungan rapat dengan Mursyidul Am PAS itu. Sementara itu, satu sumber PAS menyatakan Ketua Umum PKR itu telah dinasihatkan supaya mengurangkan penglibatannya dalam program anjuran PAS terutama sekali solat hajat, munajat dan sebagainya. Nasihat berupa larangan penuh diplomasi itu bertujuan untuk mengurangkan kesan mudarat dari terpalit kepada PAS berikutan sikap liberal Anwar yang menyokong penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible oleh penganut Kristian. Sebab itu sejak akhir-akhir ini amat jarang sekali Anwar berpeluang memberi tazkirah di masjid atau surau yang ahli jawatankuasanya terdiri dari kalangan penggerak akar umbi PAS, sebaliknya pemimpin utama PKR itu lebih banyak berceramah di pentas PKR atau DAP. Cuma sesekali sahaja Anwar dapat berceramah di pentas PAS, itu pun anjuran pemimpin PAS pro Anwarinas dan sekali sekala terpaksa menggagahkan kaki berlakon mesra sepentas dengan Presiden PAS. Senario ini dipercayai ada kaitan rapat dengan pendirian pemimpin-pemimpin PAS yang menguasai Majlis Syura Ulama parti itu yang semakin merenggangkan hubungan mereka dengan Anwar. Malah arahan dalam juga sudah dikeluarkan meminta supaya lidah rasmi PAS, Harakah mengurangkan penampilan Anwar dalam akhbar itu, dengan demikian PAS percaya pendekatan ini akan mengekang ketaksuban penyokong kepada Ketua Umum PKR, sekaligus mengurangkan pengaruhnya di kalangan ahli dan penyokong PAS. Namun untuk melihat PAS menyuarakan larangan secara terbuka tentunya tidak sama sekali memandangkan PAS sendiri dalam keadaan tersepit bila mana sebahagian pemimpinnya dari golongan Anwarinas masih menguasai sebahagian besar kepimpinan PAS di peringkat Pusat. Anwar dikatakan menyedari keadaan ini tapi beliau masih menaruh keyakinan penyokongnya dalam PAS mampu berbuat sesuatu bagi menaikkan semula imejnya di kalangan penyokong dan pemimpin PAS. Menjelang PRU 13 akan menyaksikan lebih banyak konflik kepentingan dan kepercayaan antara PAS dan PKR akan terdedah kepada umum, tak mustahil selepas PRU lebih banyak konflik akan muncul dan Pakatan Rakyat bakal berkubur sebagaimana lain-lain kerjasama sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan