Isnin, 11 Mac 2013

PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU PERMULAAN KACUR KACIR NEGARA

Bekas Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said mendakwa pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah merupakan permulaan untuk mengucar-kacirkan negara, yang cuba dicetuskan pihak tertentu demi kepentingan tertentu. Sehubungan itu kata beliau, perkembangan terbaru ini akan memberi impak kepada politik, ekonomi, sosial dan aspek keselamatan jika pihak berkuasa tidak menangani dengan segera dan leka. Beliau juga berkata, perkembangan di Sabah itu memberi gambaran akan ada perkara lebih besar, yang cuba digerakkan oleh pihak tertentu untuk menggugat negara, seakan peristiwa Al-Maunah lebih satu dekad lalu.
"Ini adalah permulaan untuk mengucar-kacirkan negara dan memberi impak kepada ekonomi, politik, sosial dan sudah semestinya keamanan negara.
"Dari segi politiknya, mesti ada orang belakang di sebalik penceroboh ini, kita tengok mereka memang tidak mampu untuk bergerak sendiri, Sultan Kiram yang didakwanya juga mengakui miskin... jadi bagaimana mampu mereka bergerak sendiri," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ceramah bertajuk Dalang Pengganas Lahad Datu Ancaman Keselamatan Negara, di sini malam tadi. Difahamkan, kemungkinan dalang tersebut adalah kuasa ketiga yang ingin merampas negara atau dipergunakan untuk kepentingan tertentu. Sebelum ini, beberapa pihak mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat dengan insiden tersebut. Sehubungan itu, kemungkinan dalangnya juga mungkin berada dalam negara demi kepentingan politik.

Ahad, 10 Mac 2013

PAKATAN RAKYAT BELI BAPA SAIFUL

Jika kerajaan BN mampu pulang kan wang rakyat melalui pelbagai kaedah dari BRIM sehingga lain lain skim transformasi, maka Pakatan pula tidak mampu membuat apa apa pun di dalam negeri yang mereka perintah.Ini kerana banyak perkara yang tidak di setuju oleh parti berdasar kan kaum seperti DAP. Oleh sebab kejayaan BN mendekati rakyat tidak boleh di halang maka sesuatu harus di lakukan oleh Pakatan Rakyat melalui pemimpin nya untuk menyekat kerja memikat hati rakyat yang di lakukan oleh BN ini. Negara melihat bagaimana watak watak “dubios” seperti Deepak dan PI Bala, dan sebelum nya watak seperti Raja Petra di guna kan oleh pihak pembangkang untuk menyerang kepimpinan BN.Selain watak dubios ini, watak watak yang tidak bernyawa juga di jadi kan bahan , watak seperti Altantuya, Teoh Beng Hock dan Kugan juga di seret ke kancah serangan kepada kepimpinan BN dan khusus nya UMNO. Kerja menganggu keberhasilan kerajaan BN memberi faedah dan menafaat kepada rakyat ini berterusan dari masa ke semasa demi untuk menurun kan indeks sokongan kerana nampak gaya kerajaan BN amat memikat hati rakyat. Oleh sebab kegagalan kerajaan Pakatan di beberapa negeri memikat hari rakyat selain hanya memikat hati kroni dan kelompok sendiri maka usha mengujud kan watak sampingan untuk “character assisanation” pemimpin UMNO mesti di tingkat kan lagi. Pada mula nya artis artis pencen atau pun artis kelas 2 yang mula kurang jemputan untuk persembahan atau pun tiada tawaran berlakon di jemput masuk ke dalam Pakatan Rakyat.Mereka di arak bagai pengantin ke hulu dan ke hilir walau pun tiada siapa yang tahu apa kehebatan mereka dan untung nya kepada rakyat dengan kemasukan mereka.Tetapi lama kelamaan artis artis ini gagal menarik perhatian rakyat dan hanya sekadar penghibur kepada peminat tegar Pakatan Rakyat sahaja lalu Pakatan Rakyat mula mencari watak lebih hebat dan berimpak. Maka desas desus para Jeneral pencen dan pegawai tinggi Polis yang pencen juga mula di pancing.Apa kah kerana kehausan wang dan masalah “withdrawal syndrom” ia itu sifat rasa tersisih selepas pencen membuat mereka terpikat dengan tawaran masuk ke pentas awam itu kita pun tidak lah tahu. Tapi yang amat jelas di dalam kamelut ini semua ia lah cara Pakatan Rakyat membeli dan membuat tawaran kepada individu untuk menaik kan imej Pakatan Rakyat yang sedang merudum. Oleh sebab imej terlalu buruk dan sukar memikat hati pengundi menawar kan “sesuatu” kepada individu tertentu menjadi keperluan. Terbaru, ayah kepada Saiful Bukhari pula berjaya di tawan oleh Pakatan Rakyat , individu bermasalah kewangan ini di tawan untuk menunjuk kan betapa kes anak nya semua ada lah konspirasi UMNO. Tetapi di alam maya dan merata blog blog politik, lompatan dan hijrah sokongan ayah Saiful ini tidak di kira menjadi kerana yang melompat ada lah ayah dan bukan diri “mangsa” Anwar Ibrahim itu sendiri.Maka turut tersebar sama ada lah sebab musabab ayah nya itu tertekan dengan masalah wang dan di kata kan orang UMNO tidak membantu nya. Ini menjadi persoalan , apakah sebab orang UMNO harus membantu urusan keluarga nya? UMNO kah yang suruh anak nya bekerja dengan Anwar? Apa pula kata Anwar jika UMNO membantu ayah nya? tidak kah itu nama nya konspirasi UMNO? Tapi apa pun ternyata seolah olah “konspirasi” Anwar pula yang kini dapat di lihat.Konspirasi membeli individu dari dalam negara sehinga luar negara , dari Xenophon Australia, sehingga Misuari dan terkini Azlan, ayah kepada Saiful. Kenapa watak dan individu sahaja yang mampu di ajak? apa kah susah sangat mahu membeli hati rakyat? apa kah kerana dalam semua negeri Pakatan Rakyat amat sedikit sahaja rakyat yang di bantu lalu menguna kan individu lebih murah dan lebih mudah? Jelas sangat menjelang PRU13 ini, Pakatan Rakyat seolah olah gagal membeli rakyat seluruh nya, lalu individu bermasalah pula yang di sasar nya.Sumber SelangorDaily

PENGAKUAN BAPA SAIFUL KELIRU- Tinjuan Sinar Harian

Pendedahan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim berhubung kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin dilihat mengelirukan banyak pihak yang turut menganggap ia hanya mainan politik. Orang ramai yang ditemui Sinar Harian Online, rata-rata melahirkan pendapat yang sama serta mengaitkan kenyataan itu dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Azlan mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab mendalangi kes liwat tersebut. Beliau berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua. Seorang suri rumah, Rosmidah Kadir, 56, mengakui kenyataan tersebut mengelirukannya kerana ia bercanggah dengan pendirian beliau sebelum ini. “Memandangkan dia sudah membuat sumpah laknat, jadi perkara ini (kenyataan ayah Saiful) memang mengelirukanlah. Masyarakat mesti akan keliru tentang perkara ini. “Memang susah kita nak percaya kenyataan ini. Mungkin... memang berkaitan dengan PRU13 akan datang,” katanya. Pekerja swasta, Muhammad Nazir Mohd Nazri, 25 berkata, dirinya juga tidak pasti sama ada mahu mempercayai atau tidak dengan kenyataan itu.
“Ayah dia kata, keterangan yang dibuat sebelum ini adalah kenyataan yang tidak benar. Jadi, adakah apa yang dia lakukan sebelum ini hanya untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim? Adakah dia sudah disogok atau dibayar?
“Mainan politiklah di situ. Tapi saya tak kata apa yang saya dengar dan baca adalah betul. Masyarakat sehingga kini pun tak tahu kebenarannya,” katanya. Nazri menambah, “kalau tiba-tiba perkara ini berlaku hari ini, mesti serba sedikit ada kaitan dengan PRU13. Mesti nak kejar undi, jadi masing-masing nak bersihkan nama sendiri... burukkan orang lain. Sedikit sebanyak mesti ada kaitan.” Pelajar, Nor Aqilah Azmi, 22, berkata, “saya tak tahu sama ada dia memihak pada Anwar atau tidak, tapi yang lebih tahu ayah Saiful sama ada anak dia bersalah atau tak. Cuma, di sini saya rasa isu politik. Saiful mungkin tak bersalah dan Anwar pun mungkin tak salah. Bagi saya, semuanya mainan politik.” Bekas guru,Horyatun Aini Abdullah, 58, turut bersetuju kenyataan tersebut mengelirukan ekoran Azlan turut serta ketika proses mengangkat sumpah yang dijalankan sebelum ini. “Perkara ini memang mengelirukan terutama apabila sudah dekat dengan pilihan raya. Jadi, perkara-peraka seperti ini mungkin dipolitikkan. Sebelum ini pun dia (Saiful) sudah bersumpah. Bapanya pun duduk sebelah dia ketika mengangkat sumpah. “Jadi (apabila kenyataan ini dibuat) ia sangat mengelirukan rakyat, lebih-lebih lagi apabila PRU13 sudah hampir. Kalau boleh fikir dulu apa yang kita nak cakap, nak buat. Saya rasa perkara ini memang mainan politik dan kalau boleh perkara ini jangan dipolitikkan," katanya lagi. Sementara itu, Mohd Rizuwan Ismail, 34, seorang kakitangan awam pula akui tidak percaya dengan kenyataan tersebut. “Saya rasa saya tak percayalah dengan perkara ini. Agak mengelirukan dengan kenyataan itu. Saya pun tak menyebelahi mana-mana pun. “Saya tak boleh nak cakap perkara ini kerana PRU13. Ini pun politikkan? Kita pun susah nak tahu. Nak tahu lebih terperinci itu, kita kena lihat kenyataan-kenyataan yang ada dan laporan yang boleh dipercayai,” katanya. Dalam pada itu, Mohd Roslan Che Mat Zin, 24 pula berkata, “saya rasa benda ini mungkin ada kaitan dengan PRU13." "Memang keliru sebab banyak pendapat, banyak spekulasi yang keluar daripada orang ramai. Jadi saya pun tak tahu sapa yang betul sapa yang salah," katanya lagi. Perkara sama dibangkitkan pelajar, Nurul Hidayah Mohd Mohan Shah, 23, yang mengatakan kenyataan Azlan itu mengelirukannya. “Bagi saya isu ini dah lama tapi nak dekat PRU13, ia dibangkitkan semula dan ayah dia pula yang menyatakan kenyataan yang sebaliknya tapi sebelum ni dia cakap lain. Jadi, perkara ini membuatkan kita keliru. “Kenapa awal-awal dia cakap nak lindungi anak dia. Tak rasa ke itu pun sudah menjatuhkan maruah anak dia. Saya 50-50 sebab saya rasa sangat mengelirukan kenapa dah nak dekat PRU13 baru nak keluar? "Kenapa sebelum ini tak dikaji betul-betul. Kita kena kaji benda tu sebelum kita bercakap atau membuat sesuatu kenyataan,” katanya.

TUN M MAHU SELANGOR DI SELAMATKAN

Selangor perlu diselamatkan daripada pembangkang bagi memastikan hak dan kedudukan orang Melayu serta Bumiputera terus kekal di negeri itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, Pakatan Rakyat yang telah pun menguasai ekonomi di Selangor kini mempunyai keinginan yang tinggi untuk menguasai politik di negeri itu. "Sebelum ini ketika Selangor di bawah Barisan Nasional (BN) kita dapat lihat pertumbuhan ekonomi begitu pesat dan orang Melayu serta Bumiputera turut diberi tempat, sebab itu kita hidup lebih bahagia daripada dahulu.
"Sekiranya pembangkang menang dan tadbir Selangor percayalah kedudukan orang Melayu dan Bumiputera akan diketepikan. Sebab itu kita harus bertindak segera untuk yakinkan rakyat di Selangor supaya jatuhkan kerajaan pembangkang dan gantikannya dengan kerajaan BN yang dipimpin oleh Umno.
"Akan sia-sialah pengorbanan kita kalau Selangor tidak diselamatkan," katanya ketika penutup konvoi 'Selamatkan Selangor' anjuran Perkasa Selangor di sini hari ini. Lebih 3,000 menyertai konvoi motosikal ke USJ, Subang Jaya dan Rantau Panjang, Klang bermula pukul 10 pagi dengan membawa bendera Malaysia, Perkasa dan BN bagi menunjukkan sokongan kepada BN untuk memenangi semula Selangor. Konvoi itu turut menziarahi pusara Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul Tukiran di tanah perkuburan Islam Rantau Panjang dan mengadakan bacaan tahlil untuk anggota polis itu yang terkorban dalam kejadian serangan hendap kumpulan militan dari selatan Filipina di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac lepas. Dr Mahathir berkata, kelemahan dua parti dalam pakatan pembangkang pimpinan orang Melayu menyebabkan pihak lain tidak menghormati kaum itu bahkan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera hendak dihapuskan oleh mereka. "Kita juga ingin tegaskan bahawa bahasa Melayu dan agama Islam ialah bahasa dan agama rasmi negara kita jadi mereka harus hormati hak kita sepertimana kita hormati hak mereka tetapi disebabkan kepimpinan Melayu dalam pakatan (pembangkang) amat lemah mereka sering ikut sahaja rakan mereka termasuk bila desak kalimah Allah boleh digunakan (dalam Bible) maka (Presiden Pas Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun tandatangan beri hak itu kepada mereka. "Bila mereka cadang nak lucut hak istimewa orang Melayu, pembangkang yang kononnya dianggotai dua parti pimpinan Melayu sanggup ikut apa sahaja yang dituntut. Kalau kita tak berjaga-jaga kita akan hilang sama sekali hak kita di bumi kita sendiri dan segala usaha untuk bangunkan orang Melayu dan Bumiputera akan dihapuskan oleh mereka (pembangkang)," katanya. - Bernama

LAWATAN PM KE GAZA DIIKTIRAF YUSUF QARADAWI

Lawatan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza terus mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa kerana pendirian beliau dalam menyokong perjuangan Palestin. Ini termasuk Lembaga Amanah, Institusi Antarabangsa Al-Quds, yang menyatakan penghargaan mereka menerusi sepucuk surat kepada perdana menteri, sambil menyifatkan lawatan itu sebagai petanda jelas kepada masyarakat antarabangsa dan para pemimpin negara-negara Islam. "Ia petanda jelas tentang betapa mendesaknya dilaksanakan tindakaan tegas demi menamatkan kepungan tidak berperi kemanusiaan, tidak saja di Semenanjung Gaza tetapi juga di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang dijajah," kata Pengerusi lembaga itu, Yusuf Al-Qaradawi. Dipetik Bernama, lawatan berani Najib ke Semenanjung Gaza memperkukuhkan harapan jutaan rakyat Palestin yang inginkan kemerdekaan sejak beberapa dekad. "Malaysia bagi mereka telah lama dianggap sebagai negara Islam peneraju, khususnya dalam menyokong rakyat Palestin dan perjuangan mereka. Al-Qaradawi berkata kerajaan Malaysia dan rakyatnya adalah faktor penting dalam menyokong perjuangan adil Baitulmaqdis, dengan Baitulmaqdis sendiri menjadi teras perjuangan Islam. Najib memasuki Gaza untuk lawatan kemanusiaan sehari pada Januari, pertama kali bagi seorang perdana menteri Malaysia, semasa lawatan kerja tiga harinya ke Mesir sebelum menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Sabtu, 9 Mac 2013

ANWAR DESAK- EZAM

Dakwaan Azlan Mohd Lazim bahawa anaknya, Saiful Bukhari, telah dipergunakan pihak tertentu untuk mengheret semula Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, disifatkan sebagai tindakan terdesak. Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd Nor berkata, dakwaan itu mencerminkan usaha pembangkang untuk kepentingan imej Anwar yang selama ini dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, termasuk isu konflik di Sabah. Menurutnya, ini bukan satu kejutan kepada kerajaan dan rakyat sudah dapat membaca perkara berkenaan. “Apabila timbul isu bapa Saiful, saya tidak terkejut. Apatah lagi yang duduk bersebelahannya pada sidang media tadi (semalam) adalah orang kuat Anwar. “Saya mengenali siapa Anwar dan saya juga kenal Saiful dan bapanya selepas kes liwat itu. Apa (kenyataan) yang diberikan Azlan itu saya anggap untuk terus menutup kesalahan Anwar,” katanya kepada semalam. Katanya, bukan sahaja rakyat, malah orang kanan Pakatan Rakyat dilihat sudah tidak meletakkan kepercayaan kepada Anwar. “Jika benar Anwar itu bersih, sudah pasti namanya disebut-sebut menjadi perdana menteri, tetapi ia masih tiada jawapan. Kerana itu, saya katakan, tindakan itu hanyalah untuk menutup terus cerita yang melibatkan dirinya.
“Nasihat saya kepada Anwar, memandangkan saya kenal siapa dia, kembalilah ke pangkal jalan dan takutlah kepada ALLAH,” katanya.
Sementara itu, dakwaan wujud dalang berhubung kes liwat melibatkan Saiful Bukhari Azlan dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mendapat perhatian rakyat jika ia dibuat Saiful Bukhari sendiri. Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, dakwaan tersebut serius kerana melibatkan individu tertentu. Menurutnya, jika benar wujud konspirasi seperti yang didakwa, perkara itu akan dimaklumkan oleh anak dan bapa secara bersama.
"Apa dilakukan bapa Saiful (Azlan Mohd Lazim), tidak memberi impak kerana ia dilihat bercanggah dengan pendedahan Saiful.
"Sukar untuk melihat apakah yang mahu disampaikan oleh Azlan. Jika benar seperti yang didakwa, sudah pasti ia akan didepani bersama, bukan secara sendirian kerana anaknya yang terlibat," katanya. Katanya, sebelum ini, Saiful membuat sumpah laknat berkaitan kes liwat itu, dengan ditemani bapanya dan pendedahan Azlan dilihat seolah-olah wujud konflik dalaman antara dua beranak. "Unsur politik itu wujud apabila sesi pendedahan tersebut turut ditemani orang kuat PKR. "Kenyataan Azlan juga seperti wujud perkara politik kerana pada waktu ini, Anwar berdepan pelbagai cabaran apabila namanya dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, sama ada di dalam mahupun di luar negara," katanya. Sumber Sinar Harian

CERITA DI SEBALIK U TURN BAPA SAIFUL...

Sepertimana yang dijanjikan malam tadi bahawa pagi ini saya akan berkongsi dengan anda apa kisah sebenar yang saya tahu tentang tindakan bapa Saiful yang membuat u turn disaat-saat Anwar dan geng-geng PKR menafikan penglibatan mereka berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu.... Kalau ikutkan perancangan PKR yang sebenarnya bapa Saiful akan dijelmakan selepas pembubaran parlimen kelak. Tetapi oleh kerana nak tutup isu Lahad Datu maka ianya dipercepatkan. Sekarang mari saya ceritakan kisah sebenar.... Dalam kalangan rakan-rakan blogger kami Papa Gomo adalah yang paling rapat dengan Saiful. Mereka sering berhubung dan berjumpa. Beberapa bulan lepas kami telah mendengar cerita bahawa orang-orang Anwar Ibrahim sedang memburu Saiful dan ahli keluarganya untuk tampil membuat pengakuan bahawa kejadian liwat yang berlaku ke atas Saiful adalah konspirasi yang dirancang oleh Datuk Seri Najib. Kemudian cerita tersebut lenyap begitu sahaja.... Kemudian, kira-kira 3-4 minggu yang lepas. Maaf saya tak ingat tarikh yang tepat tetapi jika tidak silap saya ianya dalam minggu pertama bulan Febuari 2013, Parpukari dan saya menerima perkhabaran dari Papa Gomo yang menyatakan bapa Saiful telah bergaduh dengan Saiful dan telah keluar dari rumah. Puncanya kerana bapa Saiful hendak menerima tawaran dari pihak Anwar dan marah kerana Saiful tidak mahu mengikutnya. Bapa Saiful bertindak begitu kerana tidak ada orang-orang Umno atau orang-orang Najib yang menolongnya atau menjaganya. Tiada orang tolong atau tiada orang jaga itu adalah ayat berlapik. Ayat yang tak berlapiknya adalah kerana orang Umno gagal memenuhi permintaan-permintaannya.... Saya serta Parpukari bertekak dengan Gomo. Saya tidak setuju kerana orang-orang Umno dipersalahkan. Ini kerana masalah yang berlaku adalah masalah antara Saiful serta keluarganya dengan Anwar Ibrahim. Kenapa pula orang Umno yang kena tanggung ? Kenapa pula orang Umno yang nak kena jaga dia ? Bagi saya cara bapa Saiful salah kerana apabila dia mewajibkan orang-orang Umno untuk menjaganya bermakna Umno yang terlibat dalam kes liwat berkenaan. Sampai satu tahap saya katakan kepada Gomo, apakah Umno yang suruh Saiful pergi tonggeng kepada Anwar ? Gomo terus naik angin satu badan marahkan saya kerana bercakap begitu. Saya beritahu Gomo bahawa saya nak tulis perkara berkenaan keesokkan harinya kerana nak beritahu awal-awal kepada masyarakat apa yang akan berlaku nanti. Gomo tak benarkan saya tulis kerana katanya minta saya jaga hati dan perasaan Saiful. Katanya beri peluang kepada Saiful untuk pujuk bapanya dan pulihkan balik hubungan mereka. Sekali lagi kami bertekak..... Jika diikutkan cerita Saiful semalam, saya rasa hubungan dia dengan bapanya mungkin telah pulih selepas kejadian itu kerana dia menceritakan dia pergi bercuti bersama bapanya dan telah kembali berhubung. Bermula malam itu saya mula hilang respek pada bapa Saiful apabila mendengar cerita yang dia marahkan orang Umno tidak menjaganya hingga sanggup nak pergi kepada PKR semata-mata pihak sebelah sana menerima permintaannya.... Terpacul dari mulut saya kata-kata, ada juga bapa yang hendak jual punggung anak.... Dipendekkan cerita, perbincangan kisah itu pada malam tersebut antara saya, Parpukari, Papa Gomo dan seorang lagi rakan agak tegang. Kemudian cuti Tahun Baru Cina, selepas itu saya pula bekerja luar kawasan dan tak pedulikan kisah politik serta tidak kemaskini blog dalam tempoh yang agak lama. Saya kembali semula hujung minggu lepas dan awal minggu ini mula ambil tahu semula kisah politik, dan isu yang sedang hangat adalah isu Lahad Datu. Semalam (Jumaat) ketika sedang memandu ke KL tiba-tiba saya menerima SMS dari Gomo yang memaklumkan tentang tindakan bapa Saiful. Saya menjawab kepadanya kalau kau benarkan aku tulis 3-4 minggu lepas kan senang cerita....Selepas itu dia jawablah dengan hujah dia yang bertalu-talu.
Apa yang saya nak beritahu kepada anda adalah apa yang dilakukan oleh bapa Saiful semalam memang telah dirancang sekian lama dan matlamatnya adalah RM....RM....RM....RM..... Selepas lima tahun baru kau sedar ? Jangan kelentonglah Azlan.....
Apakah kau ingat wang yang kau dapat itu dapat menongkat langit ? Lima tahun dulu dialah yang berada di sebelah Saiful sewaktu Saiful bersumpah laknat dalam Masjid. Selepas Saiful bersumpah dia lah yang pertama memeluk Saiful. Hari ini dia kata itu semua bohong.... Selepas mahkamah membebaskan Anwar awal tahun 2012, ketika itu banyak pihak yang tidak berpuashati mendesak Peguam Negara agar memfailkan rayuan termasuklah bapa Saiful sendiri. Malah dia sendiri turut melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang ketika itu menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan. Berikut adalah apa yang dikatakannya pada masa itu.... PETALING JAYA: Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Rabu merayu Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan meliwat anaknya. Azlan Mohd Lazim, 58, berkata, beliau akan terus bersama anaknya itu menuntut keadilan bagi mengembalikan nama dan maruah Mohd Saiful serta seluruh ahli keluarganya. "Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan. "Sebagai bapa, saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya," katanya pada sidang media di kediamannya di Bandar Utama di sini. Dalam pada itu Azlan turut melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan. Jelas beliau, tindakan berkenaan dilihat sebagai langkah bagi menidakkan hak seorang warganegara untuk mendapatkan keadilan sehingga ke peringkat tertinggi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. "Majlis Peguam seharusnya bersikap natural dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung. "Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah bantah tertuduh dalam kes ini yang mengikut rekod telah mengemukakan rayuan atau permohonan sebanyak 36 kali? Ini baru pertama kali pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang. "Mengapa 'double standard? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP atau ahli politik, maka hak beliau dinafikan begitu sahaja," katanya. Sementara itu Azlan berkata, pihaknya akan mempertimbangkan langkah seterusnya termasuk kemungkinan membuat saman sivil sekiranya Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan. Ditanya mengenai keadaan Mohd Saiful ketika ini, Azlan berkata anak lelakinya itu tabah dan menerima keputusan mahkamah dengan tenang. "Saiful tenang sahaja, beliau kini sedang bekerja di suatu tempat di Kuala Lumpur. Kehidupannya mesti diteruskan. "Kami sekeluarga profesional dalam perkara ini, hakim telah menjalankan tugasnya dengan membuat keputusan berkenaan," katanya. M Star Online Itu kata-katanya dulu....semalam apa yang dia kata pula.... "Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar." Malaysiakini Tak payah banyak En Azlan oiiiii, itu pun sudah cukup untuk menunjukkan kamu sememangnya manusia yang tidak boleh dipakai dan sanggup aibkan anak sendiri kerana kerakusan kamu. Ingat mati wehhhhhh......kamu dah senja.....anak kamu masih muda.....dia mungkin akan hidup lama lagi.....tak kasihankah kamu pada dia ? Apa jenis punya bapa macam ni ? Cuba kita imbas balik kisah bapa si Saiful ni...... Saya difahamkan dia bercerai dengan mak Saiful dan Saiful dijaga oleh ibunya. Kemudian selepas ibunya meninggal dia tidak jaga atau pedulikan Saiful. Tiba-tiba selepas dia mendengar Saiful bekerja dengan Anwar Ibrahim selepas PRU 2008 dan ketika itu mereka dah menang banyak negeri serta ura-ura Anwar akan menjadi PM pada 16 September 200,tiba-tiba dia rapat kembali dengan Saiful. Di situ pun sudah boleh nampak dia seorang yang oppurtunist..... Kemudian apabila Saiful diliwat tiba-tiba dia menjadi seorang bapa yang prihatin. Kemudian semalam dia kata dia sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya. Kasih seorang ayah apa ke bendanya kalau dulu tak jaga anak pun ? Kasih seorang ayah atau nak ambil kesempatan diatas kejadian yang menimpa anak untuk mengepow orang-orang Umno ? Bila gagal lari sebelah sana..... Suka tak suka bapa Saiful telah mencipta satu sejarah baru apabila sanggup malukan anak sendiri kerana kerakusan nafsunya. Jawablah pakcik oiiii di kubur nanti..... Yang paling saya tak boleh tahan adalah apabila dia duduk sebelah anak dia masa anak dia bersumpah laknat.Habis bersumpah dia peluk anak dia.....Hari ini dia kata apa yang anak dia buat itu tak betul.... Kalau masa itu dia dilarang jumpa anak dia sebelum bersumpah, tak boleh bersama di mahkamah, dirumah dan sebagainya , logiklah juga kalau dia nak kata segalanya dikawal oleh orang lain dan dia tak berupaya menghalang. Ini tidak, dia bebas bersama anak dia 24 jam sehari , selepas 5 tahun dia kata itu semua perancangan. Nak tipu pun biarlah logik pakcik oiiii.....ingat kubur pakcik... Dalam soal ini Anwar tidak boleh dipersalahkan kerana dia sebagai seorang ahli politik bijak mengambil kesempatan. Yang salah adalah dia sendiri. Tidak berprinsip, tidak berpendirian dan tidak bermaruah. Azlan yang mengambil kesempatan menjelang PRU untuk menekan orang-orang Umno agar memenuhi kehendak-kehendak dia. Puak-puak PKR semalam raya sakan dengan tindakan bapa Saiful. Apakah dia ingat orang lain beraya bersamanya ? Terus terang saya katakan bahawa saya sikit pun tak goyang atau berdebar apabila menerima berita tindakan bapa Saiful semalam. Sebab saya tetap percaya kepada sumpah yang Saiful lafazkan dulu. Dan saya yakin kebenaran akan tetap menjelma. Cerita liwat dan cerita sumpah Saiful sebenarnya masyarakat dah tak ingat pun. Sebab benda dah lama. Tetapi tindakan bapa Saiful semalam akan membuatkan masyarakat kembali mengingatinya, dan rata-rata orang melayu akan tetap percaya kepada sumpah laknat yang dilafazkan walaupun Pas kata sumpah tiada dalam islam. Sekarang demi ntuk mempertahankan kemaluan Anwar Pas sanggup kata dalam islam tiada sumpah. Tapi mereka lupa apa yang mereka kata dulu..... Jadi terima kasihlah kepada Johari Abdul kerana menguruskan bapa Saiful semalam dan jangan salahkan orang lain kerana cerita liwat hidup kembali. Kalau benar dan kalau tak bersalah kenapa terlalu takut hingga buat sidang media semalam secara tertutup di sebuah kondominium dan hanya wartawan-wartawan mereka sahaja dibenarkan masuk ? Apasal ? supaya boleh kawal soalan-soalan yang ditanya dan tidak terperangkap ke ? Takut wartawan tanya pasal sumpah Saiful ke ? Kalau pakcik berani dan tidak bersalah buatlah satu sidang media terbuka dan panggil semua wartawan tanpa memilih bulu. Saya tetap yakin dan percaya apa yang berlaku semalam adalah proses PKR menggali lubang kubur bukan sahaja untuk mereka tetapi juga untuk DAP dan Pas.... Kepada Saiful Bukhari, saya minta maaf banyak-banyak jika anda terasa hati dengan tulisan ini. Saya faham buruk macamana sekali pun dia tetap bapa anda. Marah macamana sekali pun sikit sebanyak anda tetap akan terasa hati bila membaca tulisan ini. Ya lah....bapa tetap bapa....tapi bapa boleh khianat anak. Patutnya kamu yang patut jadi bapa dan bapa kamu yang patut jadi anak....Maafkan saya Saiful.... Kepada masyarakat pula ambillah iktibar diatas apa yang berlaku. Kerana duit apa sahaja boleh berlaku. Marilah kita termasuk saya sendiri sama-sama bermohon kepada Allah agar dijauhkan perkara begini terjadi kepada keluarga kita , rakan-rakan kita, jiran sekeliling kita dan juga berulang kembali kepada muslimin dan muslimat yang lain. Jangan lupa juga kita sama-sama berdoa agar bapa Saiful tidak terus dikuasai iblis dan kembali ke pangkal jalan. Sumber dari Topeng Rakyat.