Ahad, 27 Januari 2013
DEWAN PEMUDA PAS BACUL- Wan Khairul
Kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang masih mmpertahankan rakan dalam Pakatan Rakyat mengenai isu peggunaan Kalimah Allah jelas menampakkan sayap ini amat takut sehingga mnjadi bacul dlm mmperjuangkan agama islam.
Kenyataan ini juga mggambarkan bahawa betapa DPP sanggup menggadai apa saja yang mereka selama ini perjuangkan hanya semata utk menjaga hati rakan dalam pakatan terutama dalam isu isu yang sepatutnya mereka mengepalai sebagai parti islam.
Presiden Ombak,Wan Khairul Ihsan berkata, tindakan itu akan menyebabkan umat Islam akan lebih keliru, terutama ahli mereka sndiri bila Majlis syura brrtegas bahawa Kalimah Suci ALLAH itu hanya untuk org Islam sahaja.
Sebaliknya Dewan Pemuda Pas Pusat menyatakan bahawa mereka menerima perbezaan pendapat kerana mengamalkan demokrasi.
Tambah Wan Khairul, ini salah satu kenyataan Bacul dan Dayus yang terkeluar dari sebuah Sayap parti itu yang langsung tidak memikirkn kesan dan impak kepada kenyataan mereka.
"Sepatutnya kita mengharapkan pendirian tegas dari Dewan Pemuda dalam isu kalimah Allah agar rakan rakan dalam pakatan tidak lagi mmpermainkan isu yg cukup snsitif dan banyak menimbulkan kekeliruan terutama kepada ahli mereka sendiri
"Ternyata sayap ini bukan lagi kumpulan pendesak dalam parti sebaliknya terlalu bermain politik sehingga saggup mempertahankn DAP dan PKR untuk terus rasa selesa dalam mengganggu gugat soal agama islam, tambah Wan Khairul lagi.
Katanya, ini bukan isu ijtihadiyah setempat, ia soal pegangan dan aqidah umat islam khususnya di Malaysia.
Sehubungan itu beliau mengesa kenyatan ini harus d tarik balik dan Nik Abduh harus melihat perjuangan asal pemimpin terdahulu dalam Pas kerana mereka seharusnya menjadi penghubung kepada pimpinan zaman bukan menjadi Hero kpd PKR dan DAP yang terang terang sudah brkali kali membicarakan soal agama islam tanpa ada rasa hormat dan sensitif kepada umat Islam.
Kelaknatan DAP boleh bertambah kuat sekiranya ada manusia seperti Dewan Pemuda Pas ini
"Rakyat boleh melihat kebenaran ini dan harus bijak dalam menilai hujah golongan yang memperjudikan agama hanya semata mata untuk nafsu bagi menakluki Putrajaya
"Islam di letak di belakang kupiah dan Jubah digunakan untuk mengaburi mata dan hujah hujan dalam bahasa arab digunakan untuk mengaburi fikiran ahli mereka." tambah beliau lagi.
MIMPI NGERI ANWAR DI JOHOR...
Kunjungan Penasihat Umum PKR, Ecik Anwar Ibharim ke Johor malam tadi cukup untuk Ketua Pembangkang itu melupakan hasrat untuk merampas Johor daripada kerajaan BN dalam pilihnraya umum akan datang.
Dengan kehadirian yang hanya dalam lingkungan 800 orang saja, bagi Program Jelajah Merdeka yang diadakan di Taman Daya, JB cukup untuk membuktikan parti pimpinan Chua Ju Ming di peringkat negeri itu tidak mampu untuk memberi impak besar dalam politik Johor.
Malahan ketidak hadiran pemimpin utama Pas negeri juga sebagai bukti hanya memerlukan sokongan DAP dalam memcapai cita cita politik mereka.
Isu penggunaan kalimah Allah antara yang mendorong Pas negeri kurang berminat untuk bersama sama dalam program PKR walaupun yang hadir itu bukanlah calang calang orng tetapi pemimpin yang sudah di tunjuk untuk menjadi Perdana Menteri dari kalangan gagasan Pakatan Rakyat.
Kegagalan Anwar mengemukakan isu baru dalam ceramahnya juga turut membuktikan mereka semakin penat mengisi agenda Jelajah Merdeka menjelang pilihanraya umum sekaligu menarik orang ramai walaupun ianya disertai oleh pemimpin utama parti.Chua juga tidak banyak mengemukankan isu tempatan selain isu projek Pengerang tidak berjaya untuk menarik simpati rakyat negeri itu yang rata rata menyokong cadangan projek berkenaan. Dengan program dingin itu, hasrat PKR dan sekutunya untuk merombohkan kubu kuat UMNO itu sebagai satu mimpi ngeri dan omong omong kosong sahaja...
Sabtu, 26 Januari 2013
ISU RCI DI SABAH :KEBENARAN AKAN MEMBEBASKAN BELENGGU RAKYAT
Rakyat Malaysia samada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak perlu menunggu hasil siasatan dari Suruhanjaya Siasatan Diraja sebelum membuat apa-apa spekulasi dan kesimpulan mengenai motif di sebalik pemberian kad pengenalan Malaysia kepada pendatang asing pada masa lampau. Ini bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran jelas tentang apa sebenarnya berlaku.
Sekiranya testimoni dari sesetengah pihak diterima bulat-bulat sebagai perkara sebenar, kita mungkin terperangkap dengan mempercayai sumber yang belum tentu sahih daripada satu hakikat kebenaran yang rumit. Lagipun, kenyataan oleh beberapa saksi pada hari ketiga siasatan telah disangkal oleh testimoni berikutnya pada hari keempat dan kelima. Perkara sebegini merupakan kebiasaan dalam siasatan yang dikendalikan secara terbuka dan berhemah.
Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengambil langkah berani dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu kontroversi yang telah menjadi perbalahan dalam politik di Sabah selama lebih dari tiga dekad. Langkah ini menunjukkan kesediaan Kerajaan untuk menerima kebenaran tanpa mengira implikasi yang bakal ditimbulkan. Kebenaran yang bakal terungkai dari hasil siasatan ini akan membebaskan penduduk Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama dari keraguan dan syak wasangka yang telah menjadi duri dalam daging kepada hubungan etnik di Sabah.
Namun demikian, dalam konteks ini, rakyat tidak seharusnya terlepas pandang mengenai satu aspek kritikal dalam pemberian hak kerakyatan kepada warga asing;iaitu sejumlah besar daripada pendatang asing yang memegang kad pengenalan merupakan mangsa perang berlarutan di Mindanao yang telah melarikan diri dari tempat asal untuk berlindung di Sabah sejak tahun 70-an. Aspek kemanusiaan ini merupakan pertimbangan utama dalam pemberian hak kerakyatan, terutamanya untuk negara seperti Malaysia, sebuah negara yang berpegang teguh kepada keadilan dan berbelas kasihan.Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara pada tahun 1957, sejumlah satu juta penduduk Cina dan India yang bermastautin di Malaya telah diberi kerakyatan dalam sekelip mata. Ini berasaskan beberapa faktor tertentu seperti peranan dan kepentingan mereka dalam sektor ekonomi iaitu getah dan bijih timah, ancaman pemberontak komunis dan yang paling utama ialah perpaduan kaum yang telah disyaratkan oleh British untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sebagaimana pandangan dari Tun Dr. Mahathir Mohamad, kepimpinan UMNO pada masa tersebut juga telah bersedia untuk mengenepikan pemberian hak kerakyatan secara konvensional dalam usaha untuk menarik semua penduduk Tanah Melayu untuk turut sama memperjuangkan kemerdekaan. Pendekatan ini amat berbeza dengan kepemimpinan negara berbilang kaum lain dimana dikotomi atau pengasingan telah wujud di antara pribumi dan bukan pribumi hasil dari pemerintahan penjajah seperti Indonesia dan Myanmar. Di negara-negara seperti itu, peraturan pemberian kerakyatan amat ketat bagi memastikan asimilasi antara komponen kaum yang wujud. Sebaliknya di Malaysia, pemberian hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu dan bukan Bumiputera telah mengubah lanskap negara sama sekali. Tanah Melayu yang telah wujud melalui Kesultanan Melayu sejak berkurun lamanya kini cumalah satu komuniti kaum Melayu di dalam pelbagai komuniti kaum lain yang wujud dalam negara. Dalam erti kata lain, pemberian hak kerakyatan secara mudah kepada orang Cina dan India telah mengubah sifat dan ciri utama pembangunan negara. Disebabkan inilah, cabaran terbesar negara sejak 55 tahun yang lalu adalah menyesuaikan hak orang Melayu yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu dengan kepentingan bukan Melayu melalui integrasi kaum memandangkan kesemuanya merupakan rakyat Malaysia. Jika dilihat dari satu sudut, perkara yang sama juga berlaku di Sabah, di mana penduduk Sabah turut melalui satu perubahan akibat dari pemberian hak kerakyatan kepada pelarian daripada negara jiran. Kaum Bumiputra bukan Islam yang merupakan kaum terbesar di Sabah sewaktu pembentukan Malaysia pada tahun 1963, telah hilang majoritinya kepada Bumiputra Islam. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan bimbang dan runsing penduduk yang terdiridari kalangan pelbagai kaum dan situasi ini haruslah ditangani dengan bijak dan berempati. Menyeimbang dan mengharmonikan kepentingan kedua segmen Islam dan bukan Islam serta elemen Bumiputra dalam perkara ini memerlukan ketangkasan dan kebijaksanaan kepimpinan negara.Dalam perkara ini, negeri Sabah amat beruntung kerana mempunyai tokoh pemimpin seperti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang dikenali kerana kematangan fikiran beliau dan pengalaman politik yang luas telah berjaya mengekalkan keharmonian kaum dan agama di Sabah. *Artikel ini adalah terjemahan dari artikel yang ditulis oleh bekas orang kanan Anwar iaitu Dr. Chandra Muzaffar di sini : Yayasan 1Malaysia
KAFIR JIKA BIARKAN PERBUATAN MENYEKUTUKAN ALLAH
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengingatkan umat Islam di negara ini bahawa mereka akan menjadi kafir sekiranya membenarkan pihak lain menggunakan kalimah Allah.
Beliau menjelaskan jika umat Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan tindakan pihak berkenaan mempersekutukan Allah.
“Maka persetujuan itu juga menjadikan kita (umat Islam) kafir. Justeru kita mesti bersatu mempertahankan aqidah kita.
“Kita tak boleh terima dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang mempersekutukan Allah,” katanya.
Harussani berkata hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan.
Justeru beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.
Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini.
HARAPAN RAKYAT PADA KERAJAAN MENINGKAT- PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata harapan dan jangkaan rakyat terhadap kerajaan telahpun meningkat, dan ini perlu difahami sebaik-baiknya bagi memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Najib, yang juga pengerusi BN, berkata menyedari hakikat ini, kerajaan berazam untuk melakukannya dengan cara berbeza dan bekerja dengan bersungguh-sungguh.
“Kita perlu menyedari bahawa rakyat tidak akan memberi undi mereka berdasarkan setakat manakah sumbangan anda sebelum ini.
“Tetapi rakyat akan mengatakan, ‘apakah yang boleh anda lakukan sekarang dan bagi masa depan,” katanya dalam wawancara bertajuk ‘An Insight, An Idea with Mohd Najib Tun Abdul Razak’ yang disiarkan CNN pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davos, Switzerland.
Najib turut menarik perhatian bahawa tiada siapapun yang boleh menafikan hakikat bahawa Umno dan BN meneruskan agenda pembangunan selepas berjuang untuk kemerdekaan negara.
Mengenai kegagalan BN untuk memenangi majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 2008, Najib memperjelaskan antara faktornya adalah rakyat menjadi semaki n kritikal sejajar dengan kemajuan teknologi maklumat, selain penggunaan media sosial.
Di akhir wawancara itu, perdana menteri ditanya mengenai perancangannya jika diberi mandat memerintah oleh pengundi pada pilihan raya umum ke-13 negara ini.
Beliau menjawab dengan mengatakan kerajaan telahpun menyatakan dengan jelas mengenai hasratnya untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.
“…dan saya komited untuk melakukan apa saja yang boleh agar harapan itu menjadi kenyataan, memang itulah yang akan saya lakukan.”
Jumaat, 25 Januari 2013
ZAHID SAMAN RAFIZI
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.
Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Mengikut pernyataan tuntutan, Ahmad Zahid mendakwa Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.
Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.
Katanya, Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman internet.
Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.
Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.
Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.
Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.
Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain. - Bernama
Isu bible bahasa Melayu: Guan Eng mula panas...
Celuparnya Lim Guan Eng mendesak penggunaan kalimah Allah untuk bible berbahasa Melayu masih menimbulkan kemarahan masyarakat Islam.
Isu tersebut tidak habis begitu sahaja walaupun Setiausaha Agung DAP itu mengambil sikap membisu selepas sekutunya PAS menarik balik sokongan awal yang diberikan sebaik saja Guan Eng membuat desakan tersebut.
Hari in,anggota 10 badan bukan kerajaan (NGO) daerah Kuala Muda mengadakan demontrasi aman bagi mendesak Guan Eng memohon maaf secara terbuka berhubung isu tersebut.
Demontrasi di hadapan Masjid Sultan Muzaffar Shah di sini selepas solat Jumaat itu disertai puluhan umat Islam antaranya mewakili Persatuan Masyarakat Sejahtera Harmoni Kuala Muda (Maksum), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Perkasa Kuala Muda dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sungai Petani.
Naib Pengerusi Maksum Rashid Hanafi berkata, mereka memberi tempoh 48 jam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan dengan lebih banyak bantahan daripada masyarakat Islam.
Menurut Rashid pihaknya juga mahu dia Guan Eng menghormati masyarakat Islam negara ini sebagaimana kita menghormati bangsa lain,
Sementara itu Ketua cawangan PBTM Sungai Petani, Mohd Sattar Mohd Saad meminta pemimpin-pemimpin Islam Malaysia bersatu hati menghadapi pakatan pembangkang khususnya DAP untuk menegakkan hak Islam.
"Kita tidak mahu nama ALLAH digunakan di dalam Bible," katanya.
Langgan:
Ulasan (Atom)






