Ahad, 2 November 2014

Penyiasat MH17 sedia ke lokasi nahas

Pasukan penyiasat kini sedang menunggu masa yang sesuai untuk kembali ke lokasi nahas MH17 di Ukraine bagi meneruskan usaha mencari bahan bukti mengenai insiden berkenaan. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pasukan itu sedang menunggu lampu hijau daripada pihak berkuasa di negara itu untuk memasuki lokasi nahas. "Kita sedang menunggu lampu hijau untuk masuk dalam tempoh seminggu dua ini dan pasukan itu akan mencari baki mayat dan juga barang-barang yang boleh dijadikan bahan bukti bagi melengkapkan siasatan," katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia Ke-55 di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Datuk Dr Tam Weng Wah. Beliau berkata kerajaan akan berusaha untuk membawa balik kesemua bahan bukti termasuk rangka pesawat jika dibenarkan untuk dibawa pulang bagi tujuan penyiasatan itu.BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan