Rabu, 27 Mac 2013

NIK AZIZ PATUT BERSARA

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Wan Ubaidah Omar secara peribadi berpendapat sudah tiba masanya untuk Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berehat dari politik sekali gus berhenti daripada terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang. Wan Ubaidah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri itu berkata, desakan itu dibuat ekoran mengambil kira keadaan kesihatan Menteri Besar Kelantan itu meskipun beliau tidak dapat menafikan kehendak lebih ramai pihak yang mahu Nik Aziz terus memimpin. "Memanglah secara peribadi kita nak Tok Guru (Nik Abdul Aziz) berehat tetapi oleh kerana ramai mahukan kepimpinan, karisma dan barakah beliau, kita tak boleh halang, ini pun keputusan dibuat PAS Pusat, selagi orang nak kepada Tok Guru kita terimalah, Tok Gurulah yang (merasa) letihnya tetapi kita tak. "Kalau pengasas Hamas Almarhum Sheikh Ahmad Yassin boleh mentadbir dari kerusi roda, kita ada Timbalan (Menteri Besar) dan pegawai yang seharusnya boleh menjalankan tanggungjawab Tok Guru sebagai pemikir yang mengarahkan dasar-dasar untuk dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan rumah bernilai RM30,000 kepada keluarga fakir miskin. Sementara itu, penganalisis berpendapat Nik Aziz pasti menjadi liabiliti kepada parti itu sekiranya meneruskan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya sampai bila-bila. Dalam usianya yang sudah tua dan uzur, beberapa penganalisis politik turut meramalkan penolakan kuat daripada golongan muda terhadap kepimpinan Menteri Besar Kelantan itu sekiranya beliau berbuat demikian. Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Samsul Adabi Mamat berkata, penglibatan dinosaur politik seperti Nik Abdul Aziz menyebabkan landskap politik negara mundur. "Nik Abdul Aziz sejak 1967 sudah masuk PAS, jadi lebih 40 tahun dalam politik. Dalam usianya yang sudah hampir menginjak 90 tahun, apakah perkhidmatan yang boleh dilakukannya, apatah lagi membawa perubahan? "PAS perlu sedar perkara ini agar parti itu mampu memberi cerminan segar kepada pengundi atas pagar, jangan bila mereka pegang kuasa tidak mahu melepaskan, bukan Nik Aziz, Karpal Singh dan Lim Kit Siang juga," katanya. Dalam pada itu, Penasihat Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (PEWARIS), Datuk Dr Ahmad Zaki Ismail berkata Nik Aziz sebagai pemimpin yang arif dalam selok-belok politik seharusnya berundur sejak dahulu lagi. Katanya, ini kerana Mursyidul Am PAS itu sepatutnya berehat dan menurunkan ilmu kepimpinan beliau kepada golongan muda dalam parti itu. "Nik Aziz perlu menggunakan pengalaman beliau untuk memberi nasihat, meluangkan masa untuk keluarga dan melakukan aktiviti yang tidak menimbulkan kebencian antara ummah," ujarnya. Akhbar hari ini melaporkan Nik Aziz tetap dengan keputusannya untuk bertanding pada PRU ke 13 akan datang, malah beliau juga dikatakan akan terus bertanding sampai bila-bila waima terpaksa menggunakan kerusi roda sekali pun. Nik Aziz berkata, beliau hanya akan berundur daripada politik sekiranya PAS tidak lagi memerlukannya. Bagaimanapun, ujar Nik Aziz bagi PRU13 kali ini PAS Pusat telah membuat keputusan untuk beliau terus bertanding.-Antara Pos

SURAT PAPA GOMO UNTUK WAN AZIZAH

Salam Datin Sri Wan Azizah isteri kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim ketua umum Pakatan Pembangkang. Tujuan saya mengarang artikel ini bukankah dengan niat untuk mengaibkan keluarga Datin Sri tetapi lebih kepada seorang anak yang sayangkan Datin Sri sekeluarga sesama umat Islam. Datin Sri, saya percaya Datin Sri telah mengetahui berkenaan video yang saya keluarkan tempoh hari yang mana video tersebut memaparkan kemesraan Dato Sri Anwar Ibrahim dan seorang mahasiswa berumur 19 tahun didalam sebuah bilik hotel. Apa yang saya nak nyatakan hari ini adalah tindakan Dato Sri Anwar Ibrahim yang menggunakan menantu Datin Sri suami kepada Nurul Izzah . Raja Shahril suami kepada Nurul Izzah telah dipergunakan oleh Anwar Ibrahim untuk membawa beliau ke lokasi lokasi liwat sekitar Kuala Lumpur dan lembah Klang dengan menggunakan kenderaan Kia Spectra milik keluarga Datin Sri. Saya beranggapan Datin Sri tidak tahu mengenai pekara ini walaupun dalam hati saya mengesyaki Datin Sri tahu apa yang dilakukan Anwar Ibrahim dengan menggunakan menantu Datin Sri sebagai ALIBI ketika beliau menjalankan kerja kotor beliau meliwat anak muda. Saya seorang Islam dan saya telah belajar daripada apa yang saya pernah dedahkan perihal Dato Sri sebelum ini yang melanggan pelacur China sepertimana yang didedahkan Dato Eskay. Saya telah mengeluarkan video seks tersebut untuk paparan umum dan saya lihat Dato Sri malah Datin Sri dan Nurul Izzah juga bersama sama menafikan aksi didalam video tersebut sebagai Dato Sri Anwar Ibrahim walaupun video tersebut 99.9% tulendan pelakunya adalah Anwar Ibrahim. Untuk kali ini saya harap supaya saya tidak mengeluarkan video tersebut kerana adengan yang berlaku adalah antara lelaki sesama lelaki. Satu benda yang begitu aib untuk keluarga Datin Sri jika ianya tersebar apatah lagi melibatkan menantu Datin Sri sebagai orang yang menghantar Dato Sri meliwat mahasiswa itu. Untuk makluman Datin Sri dan juga para pembaca, video tersebut hanya berada di tangan saya dan saya tidak pernah memberikan kepada sesiapa sekalipun melainkan memberi kepada beberapa orang rakan Blogger untuk tontonan. Video yang saya ada berwarna dan mempunyai audio yang jelas dan ianya juga telah disahkan oleh pengarah strategik PKR Rafizi Ramli sendiri. Atas sebab sebab tidak mahu mengaibkan Datin Sri dan keluarga saya pohon agar Datin Sri dapat menasihati Dato Sri untuk kembali ke pangkal jalan. Datin Sri, sebagai seorang isteri semestinya mentaati perintah suami apatahlagi perkahwinan antara Datin Sri dan Dato Sri adalah antara dasar suka sama suka walaupun mendapat tentangan daripada ayah Datin Sri. Namun dalam isu ini saya rasa Datin Sri perlu menasihati Dato Sri agar berhenti dari melakukan kegiatan sumbang dan adalah lebih baik berundur dari pentas politik untuk mengelakkan diaibkan dengan lebih dasyat lagi. Ehsan satu satunya anak lelaki tunggal Datin Sri yang kini tinggal di New York juga mengharapkan sedemikian kerana beliau sudah tidak tahan lagi dengan pendedahan demi pendedahan yang menimpa Papa nya. Apakah Datin Sri mahu Ehsan anak lelaki tunggal dalam keluarga Datin Sri membuang keluarganya dek kerana video yang akan dipertontonkan kelak? Apakah Ehsan dan juga anak anak Datin Sri yang lain sanggup untuk melihat video tersebut? Saya masih lagi menimbang untuk tidak mengaibkan Dato Sri Anwar Ibrahim. Apa yang saya mahukan beliau berundur dari pentas politik dan bertaubat dari melakukan apa yang dilakukannya waktu ini. Saya yakin jika beliau berundur secara terhormat rakyat akan mengerti dan akan kagum dengan apa yang dilakukan Dato Sri Anwar Ibrahim. Mungkin Dato Sri Anwar Ibrahim boleh mengatakan apa yang berlaku adalah konspirasi politik. Namun apa yang pasti menantu Datin Sri tahu apa yang berlaku. Cukuplah dengan saya memberikan butiran kejadian tersebut menggunakan Kia Spectra untuk menghantar Dato Sri Anwar. Cukuplah setakat disitu apa yang saya maklumkan buat Datin Sri. Saya tidak ada pilihan lain daripada terus mendedahkan perilaku Dato Sri Anwar Ibrahim kerana apa yang saya lakukan adalah demi Agama Bangsa dan Negara bagi mengelakkan Dato Sri memimpin Malaysia ini yang pastinya akan dilanda musibat jika dibiarkan. Saya mewakili berjuta juta rakyat Malaysia yang mahukan pemimpin yang bersih apatahlagi dari segi moral untuk menerajui negara. Atas sebab ini saya menawarkan rundingan dengan cara berhemah agar Datin Sri sekeluarga memikirkan dengan cara yang terbaik untuk keluarga Datin Sri sendiri. Akhir kata dari saya buat Datin Sri sekeluarga, berhenti dari terus diaibkan kerana kuasa yang diidamkan hanyalah duniawi semata mata. Namun jika Aib yang melanda keluarga Dato Sri Anwar Ibrahim ini sudah pasti 7 keturunan sekalipun akan melekat dibibir rakyat Malaysia dan juga Dunia. Fikirkanlah kesan anak anak dan cucu Datin Sri. Fikirkanlah dengan mendalam apa yang saya katakan ini. Sesungguhnya Allah maha mengasihi dan mengampuni umatnya. Salam Datin Sri, semoga keluarga Datin Sri tidak mendapat aib yang lebih dasyat dek kerana keegoan Dato Sri Anwar Bin Ibrahim. Jumaat ini saya harap Dato Sri Anwar Ibrahim berundur. Psssttt.... Gua nyatakan dengan ikhlas demi menjaga aib keluarga Anwar Ibrahim.Sumber: Topeng Rakyat

Selasa, 26 Mac 2013

FAEKAH BERJAYA BELI WAN AZIZAH

Boleh dikatakan Khalid Ibrahim kini sedang meniti hari-hari terakhirnya sebagai menteri besar Selangor. Jika Khalid menang sekali pun peluang untuk beliau menjadi MB amat-amat tipis. Nasib Khalid hanya bergantung kepada Wan Azizah. Pergaduhan antara kem Khalid dan kem Azmin tidak dapat dinafikan lagi. Dari sudut parti Azmin mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Khalid kerana beliau pengerusi PKR Selangor. Khalid tiada hak untuk menentukan senarai-senarai calon dan kerusi-kerusi yang ditandingi calon-calon PKR. Semua kuasa terletak di tangan Azmin. Di peringkat PKR pusat pula pergaduhan antara Azmin dengan Wan Azizah juga tidak boleh dinafikan. Kini dikhabarkan pergaduhan berkenaan menjadi semakin meruncing menjelang PRU kerana faktor calon. Wan Azizah banyak menggunakan kuasa mutlak beliau sebagai presiden untuk memotong nama-nama calon yang dikenal pasti orang-orang Azmin. Di Selangor pula Azmin tidak menyenaraikan orang-orang yang dikenal pasti sebagai orang Khalid dan orang Wan Azizah sebagai calon. Antara nama yang sedang hangat diperkatakan sekarang adalah nama setiausaha politik MB Selangor, Faekah Husin. Azmin dikatakan tidak menyenaraikan nama Faekah sebagai calon. Manakala Faekah yang sedang angau untuk bertanding mengunakan kelebihan hubungan rapat beliau dengan presiden untuk mempengaruhi Wan Azizah agar beliau dicalonkan. Apa yang mengejutkan apabila Faekah meminta untuk bertanding di dua kerusi. Satu kerusi parlimen di Kuala Langat dan satu kerusi DUN di Pelabuhan Kelang. Lebih mengejutkan lagi apabila Wan Azizah bersetuju dengan permintaan Faekah. Ini yang menyebabkan Azmin dan orang-orangnya semakin berang dengan Faekah dan Wan Azizah. Faekah kini telah bersiap sedia untuk bertanding dua kerusi dan mula bercakap besar dengan mengatakan kuasa menandatangani watikah adalah kuasa presiden dan bukannya kuasa Azmin. Bagi kami di Sel13.Com kami hanya menunggu masa nama Faekah dinobatkan sebagai calon. Segala bahan-bahan untuk kami dedahkan tentang penyelewengan yang dilakukan Faekah sepanjang menjawat jawatan setiausaha politik MB Selangor telah berada di tangan kami. Sebelum ini kami pernah mendedahkan bagaimana Faekah menyalah guna kedudukannya untuk mempengaruhi GLC Selangor memberi perniagaan kepada syarikat milik ahli keluarganya. Sumber: sel13.com

TAHNIAH SEMUA ANAK ANWAR JADI CALON

Yaa..senarai calon PR yg telah dikemas kini setakat 25 Mac 2013 telah terdedah. Apa punya malang nasib PR, satu demi satu rahsia dan strategi mereka dibongkarkan oleh jentera parti mereka sendiri. Malah mereka yang mendedahkan bukan sebarangan orang tetapi dikatakan merupakan pimpinan peringkat tertinggi parti itu. Jika sebelum ini mereka begitu mendabik dada mengatakan mereka mereka mempunyai 'agen' di dalam pentadbiran kerajaan untuk membongkar kononnya terdapat banyak penyelewengan tapi sekarang sebaliknya telah berlaku. Ia dikatakan ekoran dari ketidakpuasan hati segelintir pimpinan tertentu yang merasakan disisih oleh Ketua Umum, Anwar Ibrahim. Mereka merasakan seolah-olah tidak dihargai walaupun telah menunjukkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada. "Kenapa perlu meletakkan calon yang baru sahaja menyertai parti sedangkan kita tidak tahu lagi tahap kesetiaan mereka? "Apa jaminan mereka akan kekal setia bersama parti dan tidak akan melompat parti?" soal sumber dalaman yang marah dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan. Mereka turut mempertikaikan keputusan pemilihan calon, yang dilihat tidak berdasarkan konsep merit. Hanya disebabkan rapat dengan Anwar mereka terus diberikan tempat, sedangkan pimpinan kawasan telah berhempas pulas bekerja untuk langsung tidak dipertimbangkan. Sebagai contoh, apabila nama Chegu Bard tidak tersenarai sebagai calon ada dikalangan pencacainya yang bangkit mempertikaikan, kononnya sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan kepada parti tidak boleh dipertikaikan. Malah melalui Solidariti Anak Muda Malaysia, kepimpinan Chegu Bard turut dikatakan menyerlah kerana berjaya menarik sokongan anak muda, walaupun pada hakikatnya Anwar tahu ia lebih kepada gerakan untuk menyaingi peranan Ketua AMK. Ada desas-desus yang mengatakan, apabila ditawarkan bertanding di kerusi Permatang Pauh, Chegu Bard telah menolak dan merayu agar dijadikan calon untuk kerusi Nibong Tebal. Berikut adalah senarai calon PR yang dikemas kini setakat semalam. SENARAI CALON PKR Sembrong - Onn Abu Bakar Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid Segamat - Chua Jui Meng Batu Pahat - Syed Hamid Ali Selayang - William Leong Jee Ken Kuantan - Fuziah Salleh Azan Ismail - Kemaman Padang Serai - N Surendran Kulim Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail Sungai Petani - Johari Abdul Pandan - Rafizi Ramlii Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty Mustafa Kamil Ayub – Pasir Salak Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong Setiawangsa - Ibrahim Yaacob Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh Saratok - Ali Biju Hulu Rajang - Abun Sui Anyit Baram - Roland Engan Limbang - Baru Bian

Isnin, 25 Mac 2013

KEHILANGAN BESAR BUAT NEGARA

Semasa hidupnya, beliau mungkin tidak pernah mendapat pendidikan formal dari Timur Tengah atau Universiti Al-Azhar yang tersohor di Mesir, namun tidak mungkin ada sesiapa pun dapat menafikan ketinggian ilmu dan segala jasa serta pengorbanannya di dalam bidang dakwah di rantau ini. Beliau yang saya maksudkan ialah Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, seorang ilmuan atau ulama terkenal negara yang meninggalkan kita buat selama-lamanya. Beliau meninggal dunia di kediamannya di Taman Duta, petang tadi, Al-Fatihah. Allahyarham mesra disapa dengan panggilan Ustaz sahaja. Kezuhudan dan akhlak anak kelahiran Kampong Telok, Panji, Kota Bharu, Kelantan itu membuatkan beliau sangat dihormati dan disegani oleh seluruh umat Islam di rantau Asian Tenggara. Ustaz Muhammad dilahirkan pada 1 Februari 1943. Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum memasuki Special Malay Class di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudiannya dinaik taraf menjadi Maktab Sultan Ismail (Sultan Ismail College) hingga ke Tingkatan 5. Beliau kemudian mengambil Higher School Certificate (HSC) di Maktab Sultan Abdul Hamid, atau lebih dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), sebuah kolej yang melahirkan dua Perdana Menteri ulung negara, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Dr Mahathir Mohammad. Allahyarham kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Fakulti Pengajian Islam di Universiti Malaya untuk mendapat ijazah sarjana muda dan meneruskan pengajian di universiti berkenaan sehingga ke peringkat ijazah sarjana sambil bekerja sebagai tutor di situ pada tahun 1969. Pada tahun 1973, beliau memutuskan untuk berhenti menjadi pensyarah di UM dan kembali ke kampung halamannya di Kelantan untuk memberi fokus pada minatnya iaitu menulis buku agama sambil berdakwah ke jalan Allah SWT. Beliau pernah menterjemah Al-Quran Al-Karim dan menghuraikan maksud kalamullah. Malah buku-bukunya seperti “Fathul Mu’in, terjemahan dan Huraian Maksud” dan “Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi” pernah diterbitkan Majlis Agama Islam Kelantan. Semasa hayatnya diabdikan pada bentuk penulisan ke jalan Allah SWT itu, dilaporkan bahawa beliau telah menghasilkan ratusan buah buku ilmu dan dakwah mengenai Islam serta tersebar di seluruh dunia, khususnya di Malaysia. Maka tidak hairanlah apabila Ustaz Muhammad Uthman kemudiannya dikurniakan anugerah Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D. Litt.) dari USM kerana jasa usaha dan penulisannya yang syumul dalam pemikiran Islam serta gerakan dakwah di negara ini. Setelah itu, beliau telah menerima gelaran ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia. Dr. Muhammad Uthman pernah dilantik sebagai Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sejak 1995 hingga 2008 dan perlantikannya itu kemudiannya disambung semula hingga 2010. Jawatan terakhri yang disandang beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM. Menariknya tentang Allahyarham, beliau pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi tahun 2005 dan pernah menjawat jawatan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas. Diantara jasa beliau semasa hayatnya, Dr. Muhammad Uthman begitu konsisten, tegas dan sering mempersoalkan tentang fahaman sesat, Pluralisme, yang dipercayai disebarkan oleh Anwar Ibrahim melalui Insititut Kajian Dasar (IKD). Menurut ulama terbilang itu, Pluralisma perlu dibanteras segera dari terus menular di kalangan rakyat dan memfatwakan fahaman tersebut sebagai sesat. Ketegasan beliau pernah ditegaskan di sebuah majlis anjuran Mykmu.net tidak lama dulu. Sebagai seorang “pelajar tidak formal” kepada Ustaz Muhammad Uthman, saya merasakan pemergian beliau adalah satu kehilangan besar pada umat Islam di negara ini. Selain itu, sebagai seorang tokoh ilmuan yang sering dijemput ke program-program anjuran Mykmu.net sebelum ini, saya percaya kehilangan beliau yang fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Arab itu sangat dirasai oleh kami. Justeru itu, saya memunajatkan doa kepada Allah SWT supaya mencucuri rahmatNya kepada Allahyarham Dr Muhammad Uthman dan semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada, para solihin, para sahabat dan anbiya’ RA. Semoga damai beliau disana… Amin.

Pemegang Rahsia Besar Anwar Bocorkan Perjanjian Anwar dan Nur Misuari!!!

Raja Petra Kamarudin atau RPK merupakan insan yang menggerakkan Free Anwar Campaign (FAC) untuk membebaskan Anwar dalam penjara. RPK juga merupakan orang yang terpenting sebagai pakar propaganda Anwar yang membantu pembangkang menafikan 2/3 kerusi Parlimen dalam PRU 2008. Daripada RPK juga cerita mengenai skandal kapal selam, Altantuya dan juga Khairy Chronicles yang mencipta persepsi bahawa Kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang teruk di bawah kepimpinan Tun Abdullah. Pendek kata, apa yang ditulis oleh RPK ketika itu merupakan perancangan daripada Anwar Ibrahim dan sebahagian dari perancangan besar Anwar ada di tangan RPK. Ianya didedahkan sendiri oleh RPK dalam temubualnya. Apa yang menariknya, dalam kes Lahad Datu, RPK mula membongkar satu demi satu rahsia Anwar dan kaitannya dengan Nur Misuari. Yang terbaru, RPK mendedahkan penerbangan yang digunakan oleh Anwar untuk berjumpa dengan Nur Misuari iaitu MH704 ke Manila. On 16th July 2012, Opposition Leader Anwar Ibrahim flew to Jakarta to meet Nur Misuari -- who is very close to Anwar since the days when Anwar was in the government -- and the military commanders of the MNLF. The meeting was held in the Crowne Plaza Jakarta hotel and was arranged by an Indonesian Member of Parliament -- another close friend of Anwar -- at the behest of Anwar. A second meeting was held in Manila on 4th August 2012 to finalise and seal the agreement. Anwar flew to Manila on flight MH 704 and if you were to check these flight details you can confirm that Anwar did make this trip, as he did the trip to Jakarta just two weeks or so earlier. In that meeting, Anwar told Misuari that he needs the latter’s help to win the coming general election. Pakatan Rakyat was confident of winning at least 82-85 of the 165 seats in West Malaysia. It was the 57 seats in Sabah, Sarawak and Labuan that he was not confident of winning. Baca seterusnya di sini : http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/55331-the-untold-story-of-the-lahat-datu-incident MyMassa kongsikan juga pendedahan dari blogger Sabah, Apa Yang Tersirat, bagaimana rancangan dengan Nur Misuari boleh gagal. Tujuan Anwar Mahu menang PRU-13. Di Semenanjung Anwar yakin boleh menang antara 82-85 daripada 165 kerus; namun bagi Sabah dan Sarawak yang mempunyai 57 kerusi Anwar perlu sekurang-kurangnya 30, untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah. Menurut Anwar, pertambahan kerusi PR akan berlaku selepas itu, melalui melompatnya para MP Bn. Disebabkan Anwar sukar mendapat kerusi yang diinginkan, maka bantuan Nur Misuari diperlukan untuk mempengarui pengundi asal Filipina yang telah menjadi warganegara dan boleh mengundi. Keuntungan Bagi Nur Misuari Disebabkan Sabah dan Sarawak akan diberikan kuasa autonomi dan pertambahan bayaran royalti minyak sebanyak 15% daripada 5%, maka kedua negeri itu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM4bilion setahun hanya daripada minyak; ertinya peluang pekerjaan akan banyak. Rakyat Filipina yang menyokong Nur Misuari akan diberikan kerakyatan, atau sekurang-kurangnya penduduk tetap, sehingga memudahkan mereka berkerja. Bagimana Perjanjian Ini Dimuktamadkan? Anwar berlepas ke Jakarta pada 16 Julai dan pada 17 Julai 2012 berjumpa dengan Nur Misuari di Hotel Crown Plaza atas aturcara seorang ahli Permasyuarat Rakyat Indonesia (MPR) kawan rapat Anwar. Kemudian Anwar berlepas ke Manila pada 4 ogos 2012 dengan menaiki pesawat MAS MH704 untuk memuktamdkan perjanjian. Laporan Yang Menyokong Perjanjian ini Penasihat Kiram Saycon mengakui bahawa sebenarnya rancangan menduduki Sabah bermula sejak ogos 2012, namun dilambatkan dan disesuaikan dengan pembubaran Parlimen Malaysia. Menurut risikan Anwar, Parlimen Malaysia akan dibubarkan pada 28 Februari, dan PRU-13 akan berlangsung dua minggu kemudian, iaitu antara 23-24 Mac sempena cuti sekolah. Atas sebab itu perancangan rapi bermula sejak Januari sehinggalah ke minggu pertama bulan Februari. Para pengikut Nur Misuari yang menggunakan Nama Jamalul Kiram III menyusup ke Sabah secara berperingkat, dan menjadikan Semporna sebagai Markas utama mereka. Para pengikut Nur Misuari/ Jamalul kiram III menyusuan perancangan termasuk membeli sembilan buah rumah di Kg Sri Jaya Simunul, dan turut membina pondok di Kg Tanduo, Tanjing Labian dan Tanjung Batu.

NIAT DAP UNTUK BUNUH MCA- SHAHRIL

Tindakan DAP menghantar ramai pemimpin besarnya ke Johor untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hanyalah untuk satu tujuan iaitu “membunuh” MCA di negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) ini, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Anggota parlimen Johor Baharu itu berkata, DAP berharap apabila ia berjaya “membunuh” MCA pada PRU13, parti pembangkang itu akan diangkat sebagai wakil tunggal kepada masyarakat Cina di Johor. “Ini tujuan DAP sebenarnya, untuk mengalahkan MCA dan jikalau mereka berjaya, mereka akan mengubah suasana politik di Johor berasaskan kepada politik perkauman,” kata Shahrir mengulas merasmikan jentera PRU13 Puteri, Pemuda dan Wanita BN baru-baru ini. “Adakah ini yang dimahukan oleh masyarakat Cina di Johor?” Menurutya, DAP mahu melakukan perkara yang sama sebagaimana dilakukan parti pembangkang itu di Pulau Pinang pada pilihan raya umum lepas — “membunuh” parti Gerakan di negeri pulau itu. Walaupun DAP mendakwa ia sebuah parti pelbagai kaum, tetapi parti pembangkang itu hanya bertanding di kawasan majoriti pengundinya kaum Cina dan hanya menentang calon BN daripada parti MCA, kata Shahrir baru-baru ini ketika mengulas tindakan DAP memindahkan pemimpinnya bertanding di Johor. DAP yang berhasrat menjadikan Johor sebagai medan utamanya pada PRU13, memutuskan untuk meletakkan penasihatnya Lim Kit Siang sebagai calon di kawasan parlimen Gelang Patah. Parti pembangkang itu juga berhasrat meletakkan pakar strateginya, Liew Chin Tong, yang juga merupakan anggota parlimen Bukit Bendera, sebagai calonnya di Johor dengan kemungkinan besar kerusi parlimen Kluang menjadi pilihan. Anggota parlimen Johor Baharu itu berkata terdapat juga spekulasi pengerusi DAP Karpal Singh akan bertanding di Johor pada PRU13 ini, untuk kerusi parlimen Kulai yang kini disandang bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting. Shahrir juga tidak menolak kemungkinan setiausaha agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertanding di Johor memandangkan beliau dilahirkan di Johor Baharu. Parlimen Kluang yang menjadi sasaran DAP kini disandang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung, manakala parlimen Gelang Patah diwakili Tan Ah Heng. Masyarakat Cina di Johor, kata Shahrir, perlu bertanya diri sendiri sama ada mereka mahukan DAP dan pembangkang untuk mempolitikkan semua perkara daripada pendidikan Cina kepada rumah ibadat dan agama, sebagaimana dilakukannya kini. Berlainan dengan pembangkang, BN, katanya, tidak mencampuri urusan sekolah-sekolah Cina sebaliknya menyerahkan pengurusan kepada persatuan Tionghua, sama seperti yang dilakukan dalam pengurusan hal ehwal agama. “DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mempolitikkan semua perkara,” kata Shahrir. “Masyarakat Cina, Melayu dan India di Johor perlu bertanya sama ada ini baik untuk masa depan di Johor dan Malaysia.” Mengenai kemungkinan PKR meletakkan bekas Panglima Tentera Darat Jen (B) Tan Sri Hashim Hussein sebagai calon mereka di kawasan parlimen Johor Baharu, Shahrir berkata apa yang lebih penting ialah sokongan pengundi, bukan calon. — Bernama