HARI demi hari tembelang Pas di bongkar. Pembongkaran yang membabitkan penipuan yang dibuat oleh Pas yang kononnya mereka adalah perjuang Islam adalah bohong semata-mata. Sebaliknya Pas mengabaikan prinsip perjuangan Islam parti itu apabila mempamerkan sikap tolak-ansur untuk melantik calon bukan Islam sebagai pemimpin demi mengejar cita-cita politik Pakatan Rakyat. Perkara ini dibongkar oleh bekas pemimpin Pas, Datuk Mohd Nakhael Ahmad.
Menurut Mohd Nakhael, hasrat Datuk Seri Hadi Awang meletakkan calon bukan Islam di kerusi Sabah dan Sarawak, bercanggah dengan 'fatwa' yang pernah dikeluarkan oleh Presiden Pas itu sendiri yang mana dulu tidak boleh melantik dan tidak boleh undi orang bukan Islam. Fatwa itu adalah merupakan fatwa dari Haji Hadi sendiri. Jadi kafir kita bila tidak mengkafirkan orang kafir seterusnya nak undi orang bukan Islam pun tidak boleh. Tapi...sekarang ini sudah terbalik. Bukan sahaja mengharuskan kita undi orang bukan Islam, malah, Pas letak calon bukan Islam pula.
Pas dilihat semakin menyeleweng daripada prinsip asal yang mendaulatkan agama serta mempertahankan orang Islam. Mereka menganggap Perlembagaan negara ini perlembagaan kafir, jadi apa yang sebenarnya Pas perjuangkan? Penulis setuju dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Mohd Nakhael. Pas bukan perjuangan Islam. Perjuangan mereka menjurus kepada perjuangan untuk dapat kuasa, tiada lagi semangat perjuangan di kepala mereka. Kini, hanya tinggal nama saja parti Islam, tapi tidak pertahankan Islam.
Difahamkan, Haji Hadi ada membuat kenyataan , cuba nak berdalih le tu. Kononnya kegagalan Pas menawan sebarang kerusi di Sabah dan Sarawak kerana memberi tumpuan kepada usaha-usaha dakwah. Podahhhhh le Pas. Tak habis-habis nak klentong dan menipu rakyat. Terkini, Pas sekali akan mencuba dan membuat keputusan untuk bertanding di 80 kerusi dengan harapan Parti Ajaran Sesat (Pas) itu mampu melebarkan pengaruh mereka di negeri Borneo itu. Mimpi le korang Pas. Bawak le banyak-banyak duit tu. Ada yang balik dengan tangan kosong dan hilang wang pertaruhan nanti. Bukan cakap besar atau bongkak. Ini pendapat yang boleh
Isnin, 18 Mac 2013
NAKHAEL DEDAH PEMBOHONGAN PAS

PEMIMPIN PAS KEDAH MUNAFIK
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah Datuk Mohd Johari Baharom menyifatkan pemimpin Pas Kedah munafik kerana mengaku 12 buah masjid yang dibina oleh kerajaan persekutuan, dibina oleh kerajaan negeri.
Beliau mendakwa sejak mengambil alih pentadbiran negeri Kedah selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008, kerajaan negeri pimpinan Pas itu tidak membina walau sebuah masjid atau surau di negeri ini.
Katanya kerajaan negeri lepas tangan berikutan kerajaan persekutuan mengambil tanggungjawab melaksana 818 projek pembinaan, membaik pulih dan menaik taraf masjid, surau serta rumah-rumah ibadat kaum lain di seluruh Kedah dengan kos lebih RM74 juta sejak 2008.
"Kerajaan Pas Kedah lebih galak menebang balak dan melicinkan hutan-hutan manakala pembangunan syiar Islam diabaikan…kerajaan persekutuan membelanjakan lebih RM30 juta setahun (untuk memberi insentif kepada guru-guru agama dan pegawai-pegawai masjid)," katanya selepas menyampaikan bantuan input pertanian di bawah 'Program Touch Point' Jabatan Perikanan di sini hari ini.
Beliau mengulas buku 'Sayangi Kedah Sejahtera' yang diterbitkan kerajaan negeri Kedah yang antara lain mengaku telah membina 12 buah masjid di seluruh negeri sejak 2008.
Pada majlis itu seramai 29 orang pengusaha akuakultur menerima 25 bag makanan dan 3,510 ekor benih ikan tilapia/keli bernilai RM74,000 daripada Mohd Johari yang merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Mengenai isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) milik kerajaan negeri, beliau berkata tindakan pengurusan Kuin mengarahkan lebih 1,000 pelajar berpindah ke kampus baharu di Kuala Ketil dua hari lepas sebagai tindakan tidak waras dan bijak kerana asrama pelajar belum siap.
Bagaimana Kuin hendak menampung kos pengangkutan pelajar berkenaan dari rumah sewa mereka yang dianggarkan RM1.48 juta sebulan sedangkan hutang termasuk tunggakan elaun dan gaji kakitangan gagal dilunaskan sehingga sekarang, katanya.
"Amat malang bagi Kuin kerana kelemahan pentadbirnya bakal memberi kesan negatif terhadapnya setelah mendapat pengiktirafan Universiti Al-Azhar, Mesir. Sekiranya kerajaan persekutuan atau Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak campur tangan, Kuin pasti terjerumus dalam masalah besar," katanya.
Baru-baru ini KPT mendenda Kuin RM272,000 kerana mengambil 34 pelajar di bawah kelayakan syarat masuk yang ditetapkan dan hendaklah dibayar sebelum 26 Mac ini, dan jika gagal, secara automatik tanpa notis, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Kuin.
Mohd Johari mahu rakyat membuat penilaian seadil-adilnya dan menyokong Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-13 akan datang kerana terbukti pakatan pembangkang tidak mampu mentadbir dan gagal memberi perkhidmatan terbaik.
Sumber: media umno
DALANG LAHAD DATU SEMAKIN DI KENALPASTI
INQUIRER News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun
.
Pegawai perisikan Filipina berkata, salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah.
Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kiram membuat tuntutan ke atas negeri Sabah.
Malah, satu laporan The Philippine Star telah mendedahkan pencerobohan ke atas Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.
Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya tiga kumpulan yang memperalatkan tuntutan Jamalul Kiram III untuk kepentingan masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia.
Maka, jika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diuar-uarkan pakatan pembangkang.
Agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.
Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.
Satu komunikasi dari Kedutaan Amerika Syarikat di Manila ke Jabatan Negara di Washington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileaks. Komunikasi tersebut mengenai perkembangan terbaharu pengasas dan bekas pengerusi MNLF, Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkannya bertanding kerusi Gabenor Sulu.
Wikileaks mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkannya kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada 2002. Dia juga masih menaruh harapan untuk mengambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki secara ketenteraan.
Apakah mereka yang jadi puncanya?
Tindakan Anwar menyanyikan lagi “Tanya Sama Pokok" yang diubahsuai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu mencetuskan pelbagai persoalan. Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut ‘Sabah bakal hilang’.
Jelas Anwar, apabila Sabah hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan BN akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang.
Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang," dendang Anwar berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.
Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datuk Sabah, diceroboh kumpulan pengganas Sulu.
Aquino sendiri hairan bagaimana Jamalul Kiram III tiba-tiba boleh ada ada wang yang banyak untuk menghantar bala tenteranya menceroboh Sabah sedangkan sebelum ini dia nak buat rawatan (dialisis) penyakit buah pinggangnya pun tak mampu sehingga terpaksa ditanggung oleh sebuah badan amal di negara itu.
Jika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian itu.
Jadi, di mana dia mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan," kata Aquino dipetik daripada Malaya-Business Insight.
Saya hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia," kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika, Manila. Tidak seperti keluarga diraja lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya, hidup pula mewah, ‘kerajaan’ Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.
DUA pemimpin kanan pakatan pembangkang yang disahkan pergi ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu menggusarkan banyak pihak kerana kedua-dua individu terbabit dikatakan mempunyai rekod ‘buruk’ pada masa lampau dalam usaha pemecahan wilayah. Kedua-dua pemimpin kanan itu pernah memainkan peranan penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia.
Mereka berusaha ‘membebaskan’ wilayah Timor Timur dengan memberi tekanan politik kepada kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Suharto dengan menganjurkan persidangan Asia-Pacific Conference on East Timor (APCET) di Kuala Lumpur pada November 1996.
TINDAKAN Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meramalkan bosnya, Anwar bakal ditangkap dalam masa terdekat yang dilaporkan Free Malaysia Today, juga dikatakan ‘skrip lama’ pembangkang untuk mengelak Penasihat PKR itu daripada dikaitkan dalam pembabitan isu-isu tertentu termasuk terbaharu, isu pencerobohan Lahad Datu.
Dulu, Anwar menyatakan dia akan dibunuh, dia pun lari ke pejabat Duta Turki...satu sandiwara filem Tamil yang cukup hebat. Skrip lama yang diperbaharui. Ingat tak kita kepada beberapa skrip masa Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh? Kononnya, Anwar akan disuntik dengan racun arsenik. Bila keluar, siap dengan topang dagu kata leher sakit. Hairan ya, Anwar boleh bersenam semasa di penjara, tapi katanya sakit belakang.Kemudian, dia dibawa ke Jerman untuk rawatan sakit belakangnya. Dan sehinggalah dia ‘pulih serta-merta’.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

Ahad, 17 Mac 2013
JANGAN TERTIPU JANJI PEMBANGKANG-TPM
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan masyarakat Wilayah Persekutuan agar tidak tertipu dengan janji yang ditabur parti pembangkang melalui manifesto yang diumumkan baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata janji dibuat pembangkang semasa pilihan raya umum 2008 juga masih banyak yang tidak tertunai seperti pemberian bantuan kepada ibu tunggal dan air percuma.
“Rakyat jangan tertipu dengan janji yang dibawa Pakatan Rakyat. Walaupun apa yang disebut itu menarik, tetapi apa yang dijanjikan pada pilihan raya umum 2008 pun tidak tertunai sehingga ada rakyat di Selangor bawa kes ke mahkamah.
“Bagi rakyat Malaysia yang sudah tahu kepentingan keamanan, keselamatan dan perpaduan, bukti telah ditunjukkan Barisan Nasional (BN). Hanya BN yang mampu teruskan perjuangan bantu rakyat menjadi negara maju pada tahun 2020,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Rakyat 1Malaysia dan pelancaran Gelombang Biru Wilayah Persekutuan di depan kira-kira 50,000 anggota parti komponen Barisan Nasional di Bandar Tun Razak semalam. Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden PPP Datuk Seri M.Kayveas, Timbalan Pengerusi BN Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan MIC Datuk M.Saravanan.
Muhyiddin berkata sebab lain janji pembangkang perlu ditolak adalah seorang pemimpin kanan mereka juga pernah membuat kenyataan bahawa manifesto pilihan raya bukanlah suatu perjanjian yang perlu ditunaikan.
Muhyiddin berkata beliau turut mendapat maklum balas bahawa isi kandungan manifesto pembangkang tidak dipersetujui golongan profesional termasuk ahli perbankan.
“Mereka kata jika inilah manifesto pembangkang, lebih baik sokong BN,” katanya.
Sementara itu, beliau menyeru jentera BN di Wilayah Persekutuan agar mempertingkat usaha untuk merampas semula kawasan di Parlimen itu yang ‘terlepas’ ke tangan pembangkang pada 2008.
“Kita nak tebus kekalahan, kembalikan kepada BN. Ini bukan mustahil. Saya percaya semangat terus membara. Jangan berhenti berusaha, jangan tidur, jangan buat masalah baharu. Sokong calon 100 peratus, insya-Allah akan menang besar,” katanya.
DR ASRI TOLAK TAWARAN JADI CALON PKR
Tokoh agama terkenal Datuk Dr Asri Zainul Abidin, yang diura-urakan bertanding atas tiket PKR, kemungkinan besar tidak jadi dicalonkan oleh parti tersebut. Sumber-sumber PKR memberitahu media, Dr Asri dianggap tidak serius untuk bertanding selepas pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dua minggu lepas.
Pada masa yang sama, Dr Asri sendiri dikatakan sudah membuat keputusan muktamad dengan menolak tawaran itu walaupun dijanjikan kerusi timbalan ketua menteri Pulau Pinang. Sumber-sumber PKR memberitahu, parti itu mahukan komitmen segera daripada bekas mufti Perlis itu kerana pembubaran Parlimen dijangka diumumkan penghujung bulan ini.
Difahamkan tawaran kerusi timbalan ketua menteri itu dibuat oleh Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam pertemuan empat matanya dengan ulama muda itu sebelum ini. Dr Asri sendiri malam tadi mendedahkan dalam mesej di akaun Twitternya tentang pertemuan dengan perdana menteri.
Bagaimanapun butiran perbincangan di pertemuan kedua-duanya tidak dinyatakan dengan jelas sama ada berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum atau hal-hal lain. "Dua minggu lepas, YAB PM jemput saya ke pejabat beliau sendirian. Saya beri pandangan-pandangan saya dan beliau dengar dengan teliti. Saya hargai sikap itu," kata Dr Asri dalam twitnya. Sumber:utaranews.com
UMNO TAK TERLIBAT EDAR GAMBAR AKSI SONGSANG ANWAR
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel.
Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. dan kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain.
"Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur segalanya.
<b>"Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di sini, hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar The Star hari ini yang menafikan individu dalam video itu adalah dirinya sambil mendakwa ia perbuatan Umno. Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh menilai sendiri siapa tokoh politik yang didakwa dalam video itu. "Tengok sendiri dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok dulu...kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri," katanya. Sementara itu, Ahmad menyeru semua anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) agar menanam keyakinan bahawa parti itu mampu mencapai kemenangan serta memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13. Beliau berkata, keyakinan itu harus disandarkan pada kejayaan program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini. Malah, katanya, pembangkang tidak mempunyai sebarang kekuatan kerana gagal melaksanakan janji selain mempunyai pemimpin yang didakwanya terlibat dalam pelbagai skandal. Read more at http://brojinggo.blogspot.com/2013/03/umno-nafi-sebar-video-aksi-songsang.html#PIKyuXaISLZ1aHsL.99
Langgan:
Ulasan (Atom)