Ahad, 17 Mac 2013

JANGAN TERTIPU JANJI PEMBANGKANG-TPM

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan masyarakat Wilayah Persekutuan agar tidak tertipu dengan janji yang ditabur parti pembangkang melalui manifesto yang diumumkan baru-baru ini. Timbalan Perdana Menteri berkata janji dibuat pembangkang semasa pilihan raya umum 2008 juga masih banyak yang tidak tertunai seperti pemberian bantuan kepada ibu tunggal dan air percuma. “Rakyat jangan tertipu dengan janji yang dibawa Pakatan Rakyat. Walaupun apa yang disebut itu menarik, tetapi apa yang dijanjikan pada pilihan raya umum 2008 pun tidak tertunai sehingga ada rakyat di Selangor bawa kes ke mahkamah. “Bagi rakyat Malaysia yang sudah tahu kepentingan keamanan, keselamatan dan perpaduan, bukti telah ditunjukkan Barisan Nasional (BN). Hanya BN yang mampu teruskan perjuangan bantu rakyat menjadi negara maju pada tahun 2020,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Rakyat 1Malaysia dan pelancaran Gelombang Biru Wilayah Persekutuan di depan kira-kira 50,000 anggota parti komponen Barisan Nasional di Bandar Tun Razak semalam. Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden PPP Datuk Seri M.Kayveas, Timbalan Pengerusi BN Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan MIC Datuk M.Saravanan. Muhyiddin berkata sebab lain janji pembangkang perlu ditolak adalah seorang pemimpin kanan mereka juga pernah membuat kenyataan bahawa manifesto pilihan raya bukanlah suatu perjanjian yang perlu ditunaikan. Muhyiddin berkata beliau turut mendapat maklum balas bahawa isi kandungan manifesto pembangkang tidak dipersetujui golongan profesional termasuk ahli perbankan. “Mereka kata jika inilah manifesto pembangkang, lebih baik sokong BN,” katanya. Sementara itu, beliau menyeru jentera BN di Wilayah Persekutuan agar mempertingkat usaha untuk merampas semula kawasan di Parlimen itu yang ‘terlepas’ ke tangan pembangkang pada 2008. “Kita nak tebus kekalahan, kembalikan kepada BN. Ini bukan mustahil. Saya percaya semangat terus membara. Jangan berhenti berusaha, jangan tidur, jangan buat masalah baharu. Sokong calon 100 peratus, insya-Allah akan menang besar,” katanya.

DR ASRI TOLAK TAWARAN JADI CALON PKR

Tokoh agama terkenal Datuk Dr Asri Zainul Abidin, yang diura-urakan bertanding atas tiket PKR, kemungkinan besar tidak jadi dicalonkan oleh parti tersebut. Sumber-sumber PKR memberitahu media, Dr Asri dianggap tidak serius untuk bertanding selepas pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dua minggu lepas. Pada masa yang sama, Dr Asri sendiri dikatakan sudah membuat keputusan muktamad dengan menolak tawaran itu walaupun dijanjikan kerusi timbalan ketua menteri Pulau Pinang. Sumber-sumber PKR memberitahu, parti itu mahukan komitmen segera daripada bekas mufti Perlis itu kerana pembubaran Parlimen dijangka diumumkan penghujung bulan ini. Difahamkan tawaran kerusi timbalan ketua menteri itu dibuat oleh Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam pertemuan empat matanya dengan ulama muda itu sebelum ini. Dr Asri sendiri malam tadi mendedahkan dalam mesej di akaun Twitternya tentang pertemuan dengan perdana menteri. Bagaimanapun butiran perbincangan di pertemuan kedua-duanya tidak dinyatakan dengan jelas sama ada berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum atau hal-hal lain. "Dua minggu lepas, YAB PM jemput saya ke pejabat beliau sendirian. Saya beri pandangan-pandangan saya dan beliau dengar dengan teliti. Saya hargai sikap itu," kata Dr Asri dalam twitnya. Sumber:utaranews.com

UMNO TAK TERLIBAT EDAR GAMBAR AKSI SONGSANG ANWAR

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel. Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. dan kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain. "Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur segalanya. <
b>"Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar The Star hari ini yang menafikan individu dalam video itu adalah dirinya sambil mendakwa ia perbuatan Umno. Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh menilai sendiri siapa tokoh politik yang didakwa dalam video itu. "Tengok sendiri dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok dulu...kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri," katanya. Sementara itu, Ahmad menyeru semua anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) agar menanam keyakinan bahawa parti itu mampu mencapai kemenangan serta memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13. Beliau berkata, keyakinan itu harus disandarkan pada kejayaan program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini. Malah, katanya, pembangkang tidak mempunyai sebarang kekuatan kerana gagal melaksanakan janji selain mempunyai pemimpin yang didakwanya terlibat dalam pelbagai skandal. Read more at http://brojinggo.blogspot.com/2013/03/umno-nafi-sebar-video-aksi-songsang.html#PIKyuXaISLZ1aHsL.99

Jumaat, 15 Mac 2013

Kenapa Aksi si Raja Goyang meletop malam ini.

Sebuah blog baru, Aksi si Raja Goyang yang dipercayai masih baru tiba tiba menjadi tumpuan hangat malam ini...berlegar di fb, twitter dan sms mengenai blog ini...ini sahaja yang terdapat dalam blog tersebut dan foto foto inikah punca pada segalanya?....




- Posted using BlogPress from my iPad

Aksi si Raja Goyang: 3... 2... 1..... Action!!! (PART 1)

Aksi si Raja Goyang: 3... 2... 1..... Action!!! (PART 1):   Ketibaan Sang Hero..... RAJA GOYANG     Hi!!! Sayang kat ABANG   Pelukan MESRA dua KEKASIH INTIM   errmmmmm...

DEMO AMAN TOLAK DALANG

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam berkumpul di hadapan Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini sebagai tanda menggesa rakyat bersatu bagi mempertahankan kedaulatan negara. Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali berkata sokongan yang tidak berbelah bahagi perlu diberikan kepada anggota keselamatan yang memperjuangkan keamanan negara. "Setiap rakyat tanpa mengira bangsa perlu menjalinkan hubungan bersama dalam memberikan sokongan dalam usaha menjaga keamanan negara. "Bagi pihak Jati yang memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu, kami tidak reda dengan apa yang berlaku...tidak reda dengan tindakan kumpulan pencerobohan yang mahu menjajah Sabah,"katanya. Beliau berkata demikian pada Himpunan Gerakan Rakyat Menolak Pengkhianat Negara di sini. Perhimpunan yang turut dihadiri oleh Mursyidul Am Gerakan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) Zahid Md Arip, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah dilakukan berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu. Tambahnya, pihak yang dipercayai menjadi dalang terhadap insiden tersebut perlu dihapuskan dalam usaha menjaga keamanan negara ini. Kita nyahkan individu-individu yang menyuntik kuman-kuman keganasan,pertempuran sesama sendiri dan membawa kepada perpecahan umat Islam. "Jika ada pencuri masuk ke rumah kita, kita halau...tapi ada kumpulan yang menceroboh masuk ke negara kita. Mari kita sama-sama tentukan mereka dapat balasan sepatutnya," katanya ketika ditanya mengenai dakwaan wujudnya dalang berhubung pencerobohan tersebut. Sementara itu, Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin turut menyeru agar peristiwa di Lahad Datu sebagai dijadikan sebagai pengajaran dan bersama membangkitkan solidariti dalam mempertahankan negara. "Kita sedang berdepan dengan keadaan yang mengancam kedaulatan negara ekoran pencerobohan di Lahad Datu. Jadikan peristiwa itu sebagai satu pengajaran kepada kita," katanya. Psssttt.... Tubuhkan suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat siapa dalang nya.Sumber PAPA GOMO

WIRA KITA TIDAK KESEORANGAN DI LAHAD DATU- PM

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perwira negara tidak keseorangan dalam perjuangan mereka mempertahan tanah air daripada penceroboh militan di Lahad Datu, Sabah. Perdana menteri berkata rakyat Malaysia menyokong penuh apa jua tindakan untuk menghapuskan musuh durjana negara itu. “Kita sebagai rakyat Malaysia mesti mengatakan bahawa perwira-perwira kita itu tidak keseorangan dalam perjuangan mereka. “Kita, rakyat pada perhimpunan di Kuala Krai ini dan rakyat Malaysia teramai, menyokong penuh apa jua tindakan menghapuskan musuh durjana negara,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 45,000 orang pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai di sini hari ini. Najib yang dalam lawatan sehari ke negeri ini, berkata beliau marah dengan sikap pembangkang yang mempermain isu pencerobohan militan di Lahad Datu itu kerana soal keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dipermain-mainkan. “Ambo (saya) yang jadi marah sebab dalam isu Lahad Datu ini, kita kena bersatu, soal keselamatan negara sepatutnya tidak kira bulan (PAS), roket (DAP), (atau) mata sebelah (PKR), soal keselamatan dan kedaulatan negara ini, tidak boleh dimain-mainkan,” katanya. Perdana menteri berkata beliau begitu sedih apabila melihat perwira negara gugur semasa mempertahan negara daripada pencerobohan musuh durjana itu. “Ambo (saya) sedih sebab sebagai perdana menteri satu daripada kerja yang ambo rasa amat berat sekali bila menerima jenazah perwira-perwira negara, dibawa dengan kapal terbang turun di lapangan terbang. “Ambo boleh tengok muka balu, suara tangisan balu, ambo boleh tengok muka anak hilang tempat bermanja, kegembiraan keluarga berganti dengan duka dan tangisan, (mereka) cuma disambut dengan doa, itu sahaja yang mampu,” katanya sambil menyatakan situasi itu amat memedihkan hati beliau. Lapan anggota polis dan dua tentera gugur dalam Operasi Daulat untuk mengusir penceroboh di Lahad Datu. Perdana Menteri berkata pembangkang yang mempermain-mainkan soal keselamatan dan kedaulatan negara ini perlu ditolak oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Terdahulu, ketibaan Najib disambut dengan lagu patriotik ‘Barisan Kita’ yang dinyanyikan hadirin dengan penuh semangat dan kemudian mereka bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan mengangkat doa untuk perwira yang terkorban. Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO Kuala Krai Datuk Ramzi Abdul Rahman