Ahad, 3 Mac 2013

NAJIB DAPAT PIMPIN NEGARA DENGAN BAIK- TUN M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjangka perdana menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak dapat memimpin negara ini dengan baik jika Barisan Nasional menang pada pilihan raya umum akan datang. Katanya, bukan mudah untuk menstabilkan negara yang berbilang kaum kerana banyak cabaran perlu ditempuhi bukan sahaja oleh pemimpin tetapi juga rakyat.
“Ini negara berbilang bangsa, berbilang agama, bahasa dan budaya. Justeru kekayaan, pertumbuhan ekonomi, pembangunan dikongsi bersama, ini satu cabaran bagi pemimpin untuk menguruskan semua aspek pada masa yang sama, bagi memastikan kestabilan dan keamanan dalam negara.
“Contohnya, krisis di Eropah sekarang menjejaskan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat, banyak negara tidak bertumbuh (ekonominya) tetapi kita masih bertumbuh,” katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk ‘The Future of Malaysian Politics’ pada jamuan malam Alumni ICCAM, di sini semalam. Katanya kebanyakan penyokong pembangkang adalah generasi muda yang sentiasa mahu mencari perubahan dan pembangkang pula memanipulasi perkataan ‘perubahan’. “Memandangkan generasi muda sentiasa mahu perubahan, mudahlah bagi pembangkang mendapat sokongan mereka kerana apa yang mereka perlukan ialah sesuatu yang baharu. “Akan tetapi, kerap kali apabila berlaku perubahan, kita mungkin dapat yang lebih teruk,” katanya. Beliau berkata generasi muda kurang menghargai apa yang mereka miliki sekarang kerana mereka belum wujud ketika generasi lama berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah British. – Bernama

SIDANG AKHBAR TAN SRI MUSA HASSAN

puisi buat bangsaku




tika ini bangsaku
sedang menghirup nanah nanah kebencian
kerana kerakusan kuasa sedang menguasai diri
tidak lagi perhitungan kewarasan

tika ini bangsaku
mula menghitung janji janji palsu
sebagai ikatan erat bagi memiliki kuasa
tidak lagi keprihatinan warisan

tika ini bangsaku
sudah tidak mahu lagi meriba anak bangsa
yang sedang tangis mencari pembelaan
tidak ada simpati di hati

tika ini bangsaku
di tengelami kemewahan mendatang
yang sedang meragut kesopanan kita
tidak ada lgi kesetiaan diri

tika ini bangsaku
semakin pudar ditelan kegelapan malam
kerana sumbu semakin padam
cahaya itu semakin hilang

duhai anak bangsaku
bangunlan dari tidur kita
zaman ini semakin penghujung
tewaskan keegoan itu
lupakan janji janji perakus derhaka itu
ruang pembelaan masih punya waktu
sedar dari tidur kita
ayuhhhhhhhhh
bangunnnnn
jangan sampaiiiii bangsa kita
jadi bangkaiiiii !



baha azuwan
sewaktu mata tidak mahu pejam
hati meninjau ke lahad datu
4 mac 2013.


- Posted using BlogPress from my iPad

SEMBOYAN EKSEKUTIF AKHIRNYA DIKELUARKAN!!

TERKINI!!! Semboyan/perintah eksekutif telah dikeluarkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengambil alih sepenuhnya kekacauan di Sabah. Arahan yang dikeluarkan ialah ''HAPUSKAN MUSUH!!''..Ini bermakna perperangan telah tercetus. Semua musuh akan dibunuh. Tiada lagi belas kasihan kepada mereka. Semoga pejuang-pejuang kita berjaya. Selamat berjuang pejuang-pejuang semua!!

MUSA DESAK SIASAT DALANG

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendesak pihak berkuasa menyiasat maklumat media antarabangsa yang mendakwa pembangkang terlibat dalam pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina. Menurutnya, pihak berkuasa harus menyiasat sama ada maklumat itu benar atau tidak kerana ia melibatkan isu keselamatan negara. “Pihak berkuasa perlu pastikan sama ada maklumat atau dakwaan itu benar atau tidak. Jika benar, mereka harus mengambil tindakan segera,” katanya. Sebelum ini, media Filipina dipetik melaporkan, perisikan negara itu mendapati individu dalam pembangkang sebagai dalang kepada isu di Lahad Datu.
Beliau juga menyelar kenyata
an beberapa ahli politik yang cuba memperlekehkan usaha pasukan keselamatan, kerana ia dilihat dapat mengeruhkan lagi keadaan.
“Sepatutnya semua orang bersatu padu untuk menentukan konflik itu dapat diselesaikan, bukan tuduh menuduh antara satu sama lain,” katanya pada sidang media bersama wakil 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di sini, semalam. Beliau berkata, kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah baik dan mampu menamatkan konflik di Lahad Datu. “Saya percaya beberapa pegawai yang terlibat dalam operasi itu cukup berpengalaman. Mereka boleh memberi pandangan untuk menangani masalah tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor menasihatkan penduduk Sabah terutamanya yang tinggal di kawasan berlakunya insiden pecerobohan di Lahat Datu dan Semporna memberikan kerjasama kepada pihak polis bagi membantu pihak berkuasa membanteras dan menyelesaikan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina.
Rahim berkata, antara bentuk kerjasama yang boleh diberikan termasuklah menyalurkan maklumat kepada polis jika mendapati mana-mana individu yang mencurigai berada di kawasan mereka. “Kemungkinan mereka ini menyerupai warga tempatan dan membolehkan mereka menyeludup masuk. Jadi penduduk tempatan harus berhati-hati dan sesiapa yang mereka syak, mesti segera lapor. “Penduduk tempatan harus tahu bahawa orang Sulu ini adalah keturunan lanun. Mereka kuat jadi perlu sangat berhati-hati. Kalau ada orang yang tidak dikenali, jangan mudah buka pintu atau beri makan dan minum,” katanya kepada Sinar Harian Online. Sementara itu, Rahim menambah, kerjasama ini penting bagi memastikan pihak penceroboh tidak akan mengambil kesempatan terhadap orang awam.

NUR JAZLAN KECAM TIAN CHUA

Kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menuduh Umno terlibat dalam konspirasi di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah sehingga melibatkan kematian pejuang negara, terus mendapat tentangan daripada pimpinan Barisan Nasional (BN). Meskipun Tian Chua cuba melakukan pusingan ‘U’ dengan mengatakan kenyataannya dimanipulasikan media kawalan Umno dalam portal media pembangkang, baru-baru ini, namun beliau terus dikecam hebat sekali gus disifatkan sebagai tidak memahami sensitiviti keluarga anggota yang terkorban. Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kenyataan pemimpin kanan PKR itu jelas tidak memahami perasaan keluarga anggota yang kehilangan nyawa ketika berjuang mempertahankan tanah air.
“Saya berharap rakyat faham dengan jelas bahawa pembangkang amat rakus dalam meraih kuasa sehingga sehingga tidak mempedulikan perasaan keluarga anggota yang terkorban. Rakyat perlu berhati-hati dengan mereka kerana pemimpin pakatan pembangkang akan membuat dakwaan tidak berasas dalam setiap apa yang berlaku.
“Nak meraih undi pembangkang akan cakap macam-macam untuk dapatkan simpati, sedangkan ia adalah perbuatan yang keji dan menjurus kepada kepentingan politik sahaja. Jika sekarang mereka boleh berkata sedemikian, cuba bayangkan apa yang berlaku jika mereka berjaya meraih kuasa? Nauzubillah,” katanya. Mengulas mengenai manifesto Pakatan Rakyat (PR), Nur Jazlan menyifatkan segala janji dibuat oleh pembangkang kepada rakyat bukanlah satu nikmat dan rakyat diharapkan tidak mudah terpedaya dengan apa yang dikatakan. “Apa yang dijanjikan dalam manifesto tidak akan dapat membangunkan dan meningkatkan hasil ekonomi negara seperti dilakukan oleh BN. NUR J “Pimpinan kerajaan di bawah BN berjaya melaksanakan pelbagai projek koridor ekonomi termasuklah di Iskandar Malaysia yang akhirnya memberi limpahan manfaat kepada rakyat termasuklah menerusi pemberian pelbagai bantuan yang dihulur,” katanya. Sambil merujuk kepada kegagalan kerajaan PR di Selangor menunaikan pelbagai janji untuk memberikan bantuan kepada rakyat di negeri itu, beliau yakin semua rakyat dapat melihat dengan jelas kegagalan pentadbiran pakatan pembangkang di beberapa negeri berbanding pemerintahan BN.

SIASAT PEMIMPIN PEMBANGKANG- PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Katanya dakwaan itu suatu perkara yang serius tetapi dakwaan itu memerlukan bukti kukuh bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian itu. Beliau juga hairan kenapa kumpulan itu datang ke Sabah ketika ini semasa negara sedang hampir untuk mengadakan pilihan raya umum sedangkan tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah sudah lama dibuat.
"Semua pihak kena siasat. Filipina, Presiden Aquino pun nak tahu apa sebenarnya. Perkara ini satu embarrassment (penghinaan) yang besar kepada kerajaan Filipina. "Mereka tak reda warga mereka terlibat dengan pencerobohan, mengganas, guna senjata dan bunuh orang kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, dekat sini hari ini.
Perdana Menteri mengulas laporan media asing bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan oleh kumpulan yang mendakwa Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu. Philippine Daily Inquirer menggunakan artikel agensi berita Reuters yang memetik seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata penceroboh terbabit datang atas "jemputan" seorang ahli politik pembangkang Malaysia. Manila Times pula dilaporkan mendakwa bahawa pencerobohan secara mendadak itu adalah berkaitan dengan kempen pembangkang Malaysia untuk memberi autonomi kepada Sabah jika mereka menang. Najib berkata Presiden Benigno S.Aquino III juga mengarahkan agensi perisikannya untuk menyiasat dan mencari kebenaran di sebalik insiden itu. "Ia (dakwaan itu) perlu disokong dengan bukti. Gambar-gambar dan bukti berdasarkan keadaan. Kita perlu bukti kukuh untuk mengetahui siapa sebenarnya dalang disebaliknya. Seperti yang saya sebut, mengapa semua ini (berlaku) secara tiba-tiba. Masanya begitu dekat dengan pilihan raya," katanya. Katanya beliau merasakan kumpulan itu mempunyai perancangan besar untuk mengganggu gugat keamanan dan kestabilan di Sabah yang dikecapi selama ini.