Rabu, 20 Februari 2013

PUAK PAS KEDAH MENGAMUK DENGAN AZIZAN

Sebelas Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu. Ketua Unit Peti Undi (UPU) PAS, Megat Dewa Asri Ahmad mendakwa kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa. “Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya PAS,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini, Rabu. Asri mendakwa antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baru, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas. Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama PAS Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya.
“Kami bagi sokongan kepada Ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat, minta Azizan turun… kami mahu PAS Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan, ulama adalah dasar perjuangan PAS,” kata Asri.
Sementara itu Azizan ketika diminta mengulas mengenai desakan itu berkata, ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan huru-hara dan ia merupakan strategi yang dipercayai dirancang musuh PAS. Beliau berkata, bagaimanapun sebagai sebuah negara bebas, sesiapa sahaja berhak untuk mengeluarkan kenyataan dan pihaknya hanya boleh lihat apa sahaja yang dilakukan mereka. “Pimpinan-pimpinan bahagian semua bersatu dan tak ada masalah pun, tiba-tiba ada pulak pihak lain cuba timbulkan huru-hara. Apa lagi yang saya buat tak kena, saya dah cuba bangunkan negeri, buat yang terbaik untuk rakyat,” katanya. Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika ditemui pemberita pula berkata setakat ini isu desakan supaya Azizan berundur belum pernah dibangkitkan dalam mesyuarat perhubungan yang dihadiri semua bahagian pada setiap bulan. “Kalau ada perkara tak puas hati, patut guna saluran perhubungan… setakat ni tak sebut dalam mesyuarat perhubungan secara rasmi lagi,” katanya.

Selasa, 19 Februari 2013

PEMBANGKANG JOHOR TOLAK CHUA JUI MENG

Hubungan DAP dan PKR di Johor semakin memburuk selepas Pengerusi DAP negeri itu Dr Boo Cheng Hau mengisytiharkan beliau tidak lagi boleh bekerjasama dengan Datuk Chua Jui Meng. Beliau mendesak kepimpinan PKR mengambil alih jawatan pengerusi PKR negeri daripada Chua susulan pertelagahan yang berpanjangan mengenai pengagihan kerusi menjelang pilihan raya umum ke 13. Boo menuduh Chua sebagai angkuh dan membelakangkan kepentingan Pakatan Rakyat dalam mencari kerusi selamat untuk dirinya bertanding pada PRU 13.
"Kebanyakan pemimpin DAP dan PKR dan golongan di akar umbi tiada masalah untuk bekerjasama, namun keangkuhan Chua adalah punca utama Pakatan Rakyat berpecah belah di Johor," katanya.
Beliau seterusnya menuntut agar jawatan Chua diambil alih oleh ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim atau presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Boo membidas Chua kerana kerap kali mendakwa beliau akan bertanding di Gelang Patah walaupun Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang keputusan mengenainya. “Beliau juga menolak banyak cadangan DAP dan PAS Johor, seolah-olah dia memegang kuasa mutlak di negeri ini,” kata Boo.

Isnin, 18 Februari 2013

Bantah Projek Datum Jelatek

Lagi Isu Kalimah Allah- Pesanan Zul Nordin

Penjelasan Datuk Haron Din mengenai Isu Kalimah Allah

njelas

SENATOR XENOPHON BERTINDAK BODOH-Media Australia

Seorang pengulas kanan Australia menganggap senator bebas Nick Xenophon bertindak "bodoh atau sengaja mempromosi diri" berhubung episod di Malaysia hujung minggu lalu. Editor berita luar negara akhbar The Australian, Greg Sheridan berkata tindakan Xenophon meminta kerajaan Australia memantau pilihan raya umum di Malaysia nanti adalah "bodoh dan tidak praktikal". Sheridan juga menuduh Xenophon "berkempen hanya untuk sebelah pihak politik Malaysia - pihak pembangkang".
Beliau berkata Menteri Luar Bob Carr bertindak betul dengan tidak memperbesarkan isu pengusiran Xenophon dan dengan bersetuju terhadap kenyataan rakan sejawatannya dari Malaysia bahawa isu itu tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.
"Carr tidak perlu mengambil tindakan lanjut berhubung perkara itu dan kemungkinan pun tidak," katanya. "Mereka (Malaysia) sepatutnya sama ada memberitahu Xenophon lebih awal yang beliau tidak diterima masuk atau sepatutnya membiarkan sahaja lawatan itu tanpa disedari. Bagaimanapun, apabila berdepan dengan ahli politik Australia yang mencampuri urusan politik negara dalam beberapa perkara akan memberi kelebihan kepada parti pemerintah. "(tindakan) beliau boleh mencerminkan bahawa pihak yang beliau sokong mungkin mempunyai elemen paling kukuh sebagai parti Islam paling ekstrem dalam arus utama politik di Asia Tenggara," kata Sheridan. Memberi contoh masalah pilihan raya di Vietnam dan Kemboja, Sheridan berkata Malaysia dalam sudut apa sekalipun ialah antara negara paling demokratik dan bebas di Asia Tenggara. "Pilihan rayanya mungkin tidak sempurna, tetapi mereka lebih baik daripada kebanyakan negara lain di dunia. "Malah, keterbukaannya membolehkan individu seperti Xenophon untuk menunjuk-nunjuk di sana". -

Ahad, 17 Februari 2013

RAKYAT SELANGOR PERLU BANGKIT TUNTUT HAK- NOH OMAR

Barisan Nasional (BN) Selangor menyeru seluruh rakyat di negeri ini bangkit menuntut hak mereka yang telah dinafikan oleh kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang. Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, kebangkitan itu dilihat perlu memandangkan kerajaan negeri yang ditadbir Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas telah pun berjanji untuk membantu rakyat dengan menawarkan pelbagai insentif serta bantuan seperti mana yang terkandung dalam manifesto mereka pada pilihan raya umum 2008. Tegas beliau, keengganan pentadbiran negeri melaksanakan janji mereka seperti pemberian air percuma kepada pengguna meter pukal, memberikan elaun kepada ibu tunggal, menurunkan cukai pintu serta memberi bantuan kepada kanak-kanak pra-sekolah jelas membuktikan kerajaan Selangor pada hari ini tidak bertanggungjawab serta tidak menghormati rakyat. <
b>"Rakyat ada hak untuk tuntut kerana kerajaan negeri telah berjanji. Namun, kita lihat pada hari ini kerajaan negeri mahu berlawan dengan rakyat apabila mereka dituntut melunaskan janji-janji seperti yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum lalu. "Sepatutnya, kerajaan negeri berusaha menunaikan janji mereka kepada rakyat sebelum ini, bukannya mencari helah lebih-lebih lagi apabila rakyat telah bangkit membuat tuntutan mereka di mahkamah.
"Kerajaan negeri kena faham bahawa rakyat Selangor sebelum ini telah memberi kepercayaan sehingga PKR, DAP dan Pas berjaya menubuhkan kerajaan negeri. Jangan ingat mentadbir negeri semudah membuat janji bintang, bulan tapi tak dilaksanakan atau hanya guna lidah dan air liur semata-mata," katanya. Dalam perkembangan lain, Noh yang turut merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mencabar Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok menyenaraikan jumlah projek pelaburan yang telah dibawa masuk sendiri oleh kerajaan negeri bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun lalu. Cabaran itu dikemukakan beliau susulan pengumuman Teresa pada 14 Februari lalu bahawa Selangor menerima pelaburan berjumlah RM10.52 bilion dengan 211 projek perkilangan diluluskan dalam tempoh tersebut