Rabu, 13 Februari 2013

PAS PERLU DI TOLAK KERANA SOKONG ANWAR

Menurut Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, PAS perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Anwar Ibrahim yang turut menyokong hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS. "Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam," katanya. Abdullah Sa'amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan PAS mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin PAS seolah-olah jahil agama.
"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu Perdana Menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi PAS.
"Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil. "Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Selasa, 12 Februari 2013

UNDI PAS HARAM

Beberapa orang ulama di Kelantan berkata mengundi PAS dalam pilihan raya akan datang adalah haram kerana kerjasama parti tersebut dengan DAP yang mahu kalimah ‘Allah’ dibenarkan dalam kitab Injil Bahasa Melayu. Menurut pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, kegagalan PAS mempertahankan Islam terutamanya penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik pemimpin PAS dilihat seolah-olah jahil agama. “Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam. “Dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam, maka disinilah kita berjihad, kita jangan undi PAS,” kata Abdullah yang dipetik kenyataannya dari akhbar Utusan Malaysia hari ini. Menurut Abdullah, PAS perlu ditolak kerana menyokong kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyatakan sokongan ke atas hasrat DAP meskipun bertentangan dengan Majlis Syura Ulama PAS. “Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu, adalah membenarkan kalimah Allah digunakan untuk bukan Islam,” katanya lagi. Ahli jawatankuasa Minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd. Yusof al-Hafiz berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) kononnya atas tahaluf siyasi sebenarnya atas nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku ialah PAS adalah kuda tunggangan DAP. “Tahaluf siyasi PAS adalah haram, maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta, antaranya PAS bukan parti dominan, sebaliknya kerjasama itu dibuat dengan DAP yang jelas menolak penubuhan kerajaan Islam. “Tahaluf siyasi yang sebenar kita lihat jelas dalam Barisan Nasional, dimana Umno adalah ‘imam’ manakala MIC dan MCA adalah ‘makmum’ yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam,” kata Mohd Syamsul lagi. Seorang lagi ulama di Kelantan, Mohd Zawawi Awang berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan orang bukan Islam sama berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular. “Gerakan ini sebenarnya bermula berpuluh tahun lalu dan masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari,” kata Zawawi, yang juga ahli jawatankuasa Ikatan Cendikiawan Islam Kelantan (ICIK). Isu penggunaan kalimah Allah timbul kembali pada Disember lalu apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga merupakan ketua menteri Pulau Pinang mendesak kerajaan membenarkan kalimah digunakan dalam bible versi Bahasa Melayu. Pakatan pembangkang PAS, DAP dan PKR kemudiannya membuat ketetapan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama tetapi dengan syarat tidak disalahgunakan. Walau bagaimanapun, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah adalah kalimah khusus Islam dan oleh itu tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.

ANWAR TERMAKAN UMPAN KARPAL ?

Pengerusi DAP Karpal Singh sekali lagi menegaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Beliau menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi. “Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) kerana Anwar Ibrahim paling layak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Belum ini Karpal adalah antara pemimpin pembangkang yang lantang mengkritik Anwar termasuk pernah mengesa Anwar bertaubat kerana telah banyak membawa masalah kepada pakatan pembangkang. Bila tiba tiba Karpan mempertahankan Anwar dan menyokong Punaisihat PKR itu sebagai calon PM ianya adalah sesuatu yang pelik dan seolah olah ada udang di sebalik batu atau Anwar sudah termakan umpan Karpal!...
Baru-baru ini, akhbar melaporkan Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar dilantik sebagai perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam PRU-13 dan berkemungkinan melantik seorang pemimpin dari luar pakatan pembangkang. Menurut laporan itu, Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa rakan-rakannya dalam PAS memberitahu penolakan Majlis Syura Ulama PAS terhadap Anwar semakin kuat.

Sabtu, 9 Februari 2013

KU NAN KEKAL DI PUTRAJAYA

Setiausaha Agung Barisan Nasional(BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menghormati kepercayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan beliau mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Beliau bagaimanapun menegaskan keputusan pemilihan dan penetapan calon merupakan kuasa mutlak Najib selaku Pengerusi BN. "Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib memperkenalkan saya sebagai calon Parlimen Putrajaya. Ia terserah kepada Perdana Menteri. Ini semua kerja Allah Subhanahuwataala," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 kepada setiap isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah kepada 3,500 penduduk Putrajaya, di sini hari ini. Ketika berucap, beliau meminta penduduk Putrajaya agar terus memberi sokongan padu kepada BN bagi memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat di situ terus terjamin.
Najib yang juga Presiden UMNO membuat pengumuman itu di hadapan kira-kira 2,500 penduduk Putrajaya ketika menghadiri Majlis Perayaan Jubli Emas Sekolah Sultan Alam Shah, di sini Khamis lepas.
Tengku Adnan sendiri kelihatan terkejut dengan pengumuman tersebut kerana ia sesuatu yang jarang dilakukan oleh presiden parti sebelum Dewan Rakyat dibubarkan. Pengumuman itu juga telah menutup spekulasi dan kegiatan melobi beberapa individu untuk menjadi calon di pusat pentadbiran negara. Tengku Adnan merupakan wakil rakyat pertama Putrajaya sejak 2004 dan berjaya mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12 dengan mengalahkan calon PAS Mohamad Noor Mohamad. Tengku Adnan mendapat 4,038 undi manakala Mohamad Noor sebanyak 1,304 undi.

BN PERLU USAHA KERAS- TUN M

Barisan Nasional (BN) perlu berusaha keras untuk mendapatkan semula majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang, sekali gus menghakis ancaman perpecahan sesama Melayu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, BN juga bertanggungjawab untuk mempertahankan kemenangan demi masa depan bangsa dan negara dan sehubungan itu penting bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN membariskan calon yang betul. "Pentadbiran harus membariskan calon 'winnable' (boleh menang) di kawasan-kawasan yang mereka paling sesuai. Sebagai contoh, salah untuk meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu kerana Umno tidak akan mendapat sokongan dari orang bukan Melayu," katanya. Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum bertajuk 'Perlembagaan Negara dan Masa Depan Keselamatan Negara' di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini. Jelas beliau, penempatan calon di sesuatu kawasan perlulah bijak supaya pengundi akan mengundi BN. "Inilah yang bermakna kongsi. Barisan Nasional ialah satu coalition (satu perkongsian). Bukan macam Pakatan Rakyat (PR). Pakatan bukan kongsi, bukan coalition. Ia cuma pakat. Macam pakat nak bunuh orang. Jadi lepas pakat, nak buat kerajaan macam mana. "Pas tarik sebelah sana, DAP pula sebelah sini. Yang Datuk Seri Anwar (Ibrahim) konon nak jadi Perdana Menteri," katanya. Dr Mahathir juga berkata, sesetengah pemimpin Umno telah tergelincir daripada perjuangan asal parti, iaitu untuk menegakkan bangsa Melayu. "Kini, beberapa ahli politik berjuang untuk datang ke kuasa dan mengekalkan ia, dan sanggup untuk sabotaj antara satu sama lain bagi maksud itu," katanya. <
b>Ditanya sama ada orang Melayu sudah kehilangan kuasa, Dr Mahathir berkata, "orang Melayu hilang kuasa kerana berpecah." "Dalam sebuah demokrasi, jumlah terbesar ialah yang kuasai keadaan. Bila dia berpecah dan melawan sesama sendiri, mana boleh berkuasa," katanya.
"Sekiranya orang Melayu suka hilang kuasa, mereka boleh 'give up'. Ada orang Melayu yang tidak suka melihat orang Melayu berkuasa, sebab dia sudah dapat semua, biasiswa, kerja dan lain-lain, apa peduli orang lain", katanya lagi. Ditanya sama ada perlu untuk BN menang majoriti dua pertiga, Dr Mahathir berkata, kemenangan dua pertiga amat perlu sekiranya ingin meminda Perlembagaan Persekutuan. "Kalau tidak ada kemenangan dua pertiga, maka ia menunjukkan kerajaan yang lemah, yang akan ditekan oleh parti lawan," terang beliau. Terdahulu, dalam ucapannya, Dr Mahathir mengingatkan rakyat Malaysia menggunakan akal fikiran ketika membuat keputusan untuk mengundi parti mana dan tidak semata-mata berpandu kepada emosi bagi menentukan masa depan negara. Beliau berkata, emosi dan perasaan mungkin akan mendorong rakyat buat keputusan yang salah dan sebab itu perlu disokong pemikiran waras agar mampu membuat penilaian bijak. Katanya jika rakyat mahu sentiasa dihormati dan disegani, mereka perlu bertindak secara bijak dan tidak mudah terpengaruh agar urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. "Saya harap rakyat sedar dan boleh berfikir, harap mereka tidak terbawa-bawa dengan emosi dan perasaan. Oleh itu, penggunaan akal fikiran serta merancang strategi akan menentukan masa depan negara," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata Perlembagaan Negara mesti dipelihara dan dipertahankan pada setiap masa oleh seluruh rakyat Malaysia. – Bernama

Jumaat, 8 Februari 2013

ARAB SPRING UNTUK REALISASIKAN HASRAT ANWAR- TUN M

Perancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimport demonstrasi jalanan ala 'Arab Spring' mampu menghancurkan keamanan serta kestabilan negara. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, 'Arab Spring' sekadar alat merealisasikan hasrat Ketua Pembangkang berkenaan menjadi Perdana Menteri. Menurut beliau, Anwar tidak akan sesekali mempedulikan soal kestabilan atau kemerosotan ekonomi dalam memastikan hasrat tersebut tercapai. "Ketika di Australia baru-baru ini, Anwar dilaporkan mahu menggerakkan 'Arab Spring' di Malaysia. Dia akan membawa gaya demonstrasi Dataran Tahrir, Kaherah ke Kuala Lumpur dengan melibatkan ratusan ribu rakyat untuk menjatuhkan kerajaan jika gagal dalam pilihan raya. "Anwar tahu kerosakan yang akan dibawanya terhadap ekonomi negara dengan demonstrasi besar-besaran itu. Rakyat mungkin dipujuk mengundi partinya untuk mengelak derita ekonomi yang disebabkan demonstrasi tersebut. Ini sudah tentu menyedihkan bagi Malaysia jika bentuk 'ugutan' itu digunakan bagi memenangi pilihan raya," katanya. Beliau berkata demikian dalam entri terbaharu di blognya, http://chedet.cc hari ini.
Dr. Mahathir berkata, perancangan membawa 'Arab Spring' ke negara ini perlu diambil perhatian serius kerana beliau selama ini menonjolkan dirinya sebagai pakar dalam mencetuskan pergolakan. "Saya bukan gelisah tetapi saya tahu keupayaan Anwar untuk mengganggu. Ketika saya menjadi Menteri Pelajaran pada 1974, dia menganjurkan demonstrasi pelajar.
"Ketika dia bersama kerajaan, tidak ada berlaku demonstrasi serius selama 16 tahun. Tetapi selepas disingkirkan daripada kerajaan, setiap minggu ada demonstrasi. Perniagaan di Kuala Lumpur terjejas kerana orang ramai mengelak memasuki ibu negara," ujarnya. Menurut Dr. Mahathir, jika Anwar menganjurkan demonstrasi besar-besaran setiap hari di ibu negara, perkara itu bukan hanya memberi kesan kepada perniagaan tetapi sektor pelaburan dan pelancongan. Katanya, sistem dan pelaksanaan pilihan raya di negara ini diakui bersih dan perkara itu dibuktikan dengan fakta pembangkang juga memenangi banyak kerusi di Parlimen selain menawan beberapa negeri khususnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. "Dalam beberapa contoh, Barisan Nasional (BN) gagal mendapat majoriti dua pertiga. Sudah tentu kalau nak kata BN menipu, ia boleh dengan mudah menukar keputusan itu. Tetapi tidak ada bukti jelas mengatakan BN melakukan perkara tersebut," tambahnya. "Dakwaan mengatakan pilihan raya tidak bersih dan penganjuran perhimpunan haram Bersih adalah satu persediaan jelas untuk menuduh kerajaan BN mengamalkan pilihan raya kotor jika pembangkang tewas," tambahnya-UTUSAN

RONNIE SEORANG HIPOKRIT- BEKAS PEGAWAI KHAS

Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan peletakan jawata serta-merta berikutan tidak tahan dengan sikap hipokrit dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin itu. Jefrei Nordin berkata, surat peletakan jawatan itu akan diserahkan kepada Liu dalam masa terdekat. Menurutnya, tindakan Liu berdiam diri dan tidak menjawab tuduhan rasuah serta penyalahgunaan kuasa menimbulkan seribu persoalan mengenai ketelusannya memikul tanggungjawab yang diamanahkan. >Beliau yang memulakan khidmat dari 1 Julai 2008 melihat sikap Liu semakin tamak mengejar keuntungan sehingga mengabaikan tan ggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat. Semasa dilantik menjadi pegawai khas di pejabat Exco itu, beliau meletakkan kepercayaan dan keyakinan ke atas kepimpinan Liu, namun ia terhakis apabila melihat wajah dan karekter sebenar bekas majikanya itu. Aktivis DAP sejak 2004 itu, mendakwa Ronnie juga seorang pemimpin yang sangat rasis. Jefrei berkata, Ronnie dan DAP Selangor khususnya, menganggap PKR sebagai sebuah parti 'pak lawak" dan sering kali berseloroh dan bertanya kepadanya bagaimana orang Melayu boleh menyokong PKR yang diterajui oleh 'jokers'. Menurutnya, Liu dan pemimpin utama DAP juga menganggap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sampai sanggup menggadaikan apa sahaja untuk mencapai cita-cita tersebut. "Saya melihat sendiri bagaimana peranan yang dimainkan oleh Ronnie dalam memecah-belahkan parti Pas di Selangor bagi memastikan DAP terus mendominasi Pakatan Rakyat (PR) Selangor. "Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie dan DAP bagi memujuk tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikannya mampu membentuk kerajaan baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya.