Jumaat, 1 Februari 2013

Kalimah Allah hak Islam

Penganut-penganut agama lain tidak mempunyai hak untuk menuntut kesamarataan dalam soal beragama termasuk penggunaan kalimah suci Allah kerana tindakan seumpama itu amat bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan negara ini. Sehubungan itu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim meminta penganut-penganut bukan Islam sedar tentang kedudukan tersebut terutama kedaulatan Islam sebagai Agama Persekutuan supaya mereka lebih bijak membawa diri dengan tidak menyentuh isu-isu sensitif. Beliau berkata, penggunaan kalimah Allah sememangnya amat berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan langkah mempertahankannya daripada dicemari oleh pihak tidak bertanggungjawab merupakan satu jihad yang perlu digalas oleh seluruh umat Islam negara ini. ''Hanya Islam sahaja Agama Persekutuan dan bukannya agama Kristian, Buddha atau Sikh. Penganut-penganut agama lain harus sedar tentang kedudukan ini dan sebab itu mereka tidak boleh menuntut hak kesamarataan dalam soal beragama,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan ringkas selaku Pengerusi Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan selepas pembentukan rasminya di Masjid Negara di sini hari ini. Hadir sama Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad. Bercakap kepada pemberita selepas majlis pembentukan sekretariat itu Ahmad Fairuz berkata, Perlembagaan tidak menghalang penganut bukan Islam mengamalkan agama masing-masing tetapi hendaklah dibuat secara aman damai ''Usaha mereka hendak menggunakan kalimah Allah merupakan satu perkara yang sensitif bagi orang Islam dan kemungkinan boleh mencetuskan perbalahan dan juga perkara-perkara yang tidak diingini. ''Ini bererti penganut-penganut agama lain itu telah tidak mengamalkan agama mereka secara aman dan damai,'' katanya. Dalam perkembangan sama, Ahmad Fairuz mengakui sejak negara merdeka lebih 50 tahun yang lalu beliau tidak pernah melihat bagaimana Islam telah dicemari dengan begitu hebat. ''Sebagai seorang Islam saya sendiri terasa amat sangat. Jika kita sebagai seorang Islam tidak mempertahankan hak kita sebagai muslimin apa ertinya kita sebagai seorang Muslim. ''Saya rasa kebanyakan orang Islam akan mengatakan kita perlu berjihad dalam hal hak kita telah dipermainkan, diperlekehkan dan cuba dicemarkan oleh penganut-penganut agama lain,'' katanya. Sementara itu, beliau turut menarik perhatian pemberita bagaimana Kamus Dewan turut merujuk perkataan God kepada tuhan. ''Sebentar tadi saya melihat kamus dwibahasa menyatakan perkataan God itu merujuk kepada tuhan dan tidak menyatakan Allah tetapi ada juga disebut salah satu pengertiannya merujuk kepada Allah namun khusus untuk Islam sahaja. ''Dalam kamus sendiri telah menjelaskan Allah itu hanya untuk Islam, jadi orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah,'' ujarnya. Beliau turut menyentuh mengenai pelaksanaan Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam di 10 negeri yang antara lain mengharamkan penganut-penganut agama lain daripada menggunakan kalimah Allah. ''Cuma saya memikirkan mengapa kita tidak menguatkuasakan undang-undang yang telah dibuat di 10 negeri ini. Mungkin juga tiada laporan dibuat. ''Saya fikir jika laporan dibuat sudah tentu penyiasatan akan dibuat oleh pihak polis dan sekiranya ada kes pendakwaan boleh dijalankan. Isu ini sebenarnya amat sensitif dan boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu dan Islam khususnya,'' ujarnya. Menjawab satu soalan beliau berkata, tindakan penganut agama lain membawa isu penggunaan kalimah Allah itu ke mahkamah mungkin ada motif tertentu. ''Mereka tahu Allah itu hak Islam namun mereka tetap pergi ke mahkamah untuk mendapatkan deklarasi daripada mahkamah bahawa Allah bukan hak orang Islam sahaja. ''Kalau Allah bukan hak orang Islam mengapa ada Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam di 10 negeri. Saya tidak tahu mengapa mereka tidak guna nama tuhan tetapi mahu juga guna nama Allah. Mereka tahu tuhan mereka 'Trinity' tetapi Allah di dalam Islam adalah bersifat Esa (Ahad) seperti mana surah al-Ikhlas. Mungkin ada motifnya,'' katanya lagi.

MENANTI PEMBUBARAN PARLIMEN...

MENANTI PEMBUBARAN PARLIEMN yang semakin hampir, setiap pihak samaada parti pemerintahr mau pun pembangkang sedang membuat perhitungan dan percaturan sendiri dan pelbagai spekulasi semakin kuat kedengaran dan setiap pihak mempunyai hujah kukuh untuk mengambil tempat dalam pilihanraya kali ini. Kemana saja Perdana Menteri Najib menjelajah dan bertemu pemimpin dan rakyat, antara persoalan yang kerap di ajukan ialah bila tarikh pembuburan dan siapa yang akan di pilih sebagai calon. Sebagai pemimpin yang berpengalaman luas dalam mengendalikan beberapa pilihanraya umum mau pun pilihanraya kecil sebelum ini, tentunya dalam senyuman menjawab soalan soalan liar itu, PM sudah tentu mempunyai jawapan tepat yang bersesuaian bila dan waktu yang sesuai untuk membubarkan Parlimen. KIta tidak harus lupa, sebelum menduduki kerusi PM, Najib adalah bekas Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ketua Pemuda UMNO yang biasanya memegang amanah dan peranan penting dalam mengendalikan jentera mana mana pilihan sebelum ini. Tentunya, apapun alasan dan perhitungannya PM, keputusan itu sama sekali tidak di dorong oleh desakan dan tuduhan melulu dari puak pembangkang yang hanya melihat pembuburan Parlimen sebagai jalan untuk mengambil alih kuasa dan menguasa Putrajaya sedangkan bagi PM pembuburan harus mengambil kira perhitungan untung nasib orang Melayu dan rakyat negara ini keseluruhnya. Tuduhan BN takut kehilangan kuasa dan tidak bersedia adalah satu provokasi semata mata bagi menunjukkan kerajaan BN lemah dan puak pembangkang semakin kuat dan sudah bersedia keselurunnya. Tetapi beberapa kenyataan pemimpin pembangkang akhir akhir ini jelas membuktikan mereka bukan saja tidak bersedia malah sudah "pancit" untuk menghadapi gelombang besar PRU ke 13 kali ini.
Pembahagian kerusi sesama pembangkang, pertembungan sesama sendiri dan penentu pemimpin utama untuk mengetuai gagasan pembangkang juga masih lagi belum dimuktamatkan, dalam DAP yang mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri jika mereka memenangi pilihanraya kali ini, PAS masih berharap Presiden mereka, Datuk Haji Hadi adalah calon yang paling layak. DIsamping itu, isu yang jelas tidak wujud sefahaman sesama mereka juga antara perkara yang tidak boleh dibendungkan lagi seperti pengunaan istilah ALlah oleh bible yang maana pada awalnya nampak masing masing sependapat tetapi akhirnya wujud pencanggahan antara PAS dan DAP. Malahan isu itu juga mencetuskan salah faham dan tidak sefahaman sesama sendiri dalam kepimpinan PAS sendiri antara puak yang mesra Anwar dengan kepimpinan ulama dalam PAS. dan perkara ini tidak mampu di bendung lagi hinggakan Haji Nik Aziz ddan Haji Hadi kena akur kepada keputusan Majlis Syura mengenai perkara berkenaan. Begitu juga bila MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang gagap dan panik terus mengumumkan untuk membubarkan DUN selepas Cap Goh Meh kemudian menafikan perkara itu dengan mendakwa kenyataan tersebut sekadar main main saja. Satu kenyaatan keanak anakan yang jelas tidak matang itu sekaligus mereka masih dalam kekeliruan dan mulai takut pada bayang bayang walaupun sering mendakwa PM Najib lambat membubarkan Dewan kerana takut. Hakikatnya, pihak pembangkang yang lebih takut menghadapi kenyataan. Begitu juga perhimpunan 1 juta rakyat hanya mampu menarik tidak sampai 10 peratus itu gagal untuk menjadikan plaform untuk meraih simpati rakyat. Kalau benar mereka sudah kuat, perhimpunan sepert itu tidak perlu diadakan lagi..apa yang patut di buat memberi fokus kepada persiapabn terakhir menjelang pilihanraya. Apapun keadaannya, ini jelas membuktikan kekuatan pembangkang hanya lebih kabar dari rupa dan ada yang mulai terasa bahang kesukaran untuk menjejak kaki ke putrajaya...dan masing masing sekadar Menanti Pembuburan Parlimen untuk melepaskan dendam terhadap kerajaan.

Khamis, 31 Januari 2013

BN SEDIA HADAPI PILIHANRAYA- NOH OMAR

Kenyataan Media berkenaan kenyataan MB Sgor membubarkan Dun lebih awal Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mahu membubarkan Dun Selangor lebih awal. Kenyataan beliau itu secara tidak langsung membuktikan bahawa Abdul Khalid telah bersetuju bahawa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah bersih. Pakatan pembangkang sebelum ini berdolak-dalik mengatakan Selangor tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan selagi SPR tidak membersihkan daftar pemilih. Saya mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Selangor. Beliau sendiri nampaknya tidak sabar-sabar hendak membubarkan Dun dan mengadakan pilihan raya. Beliau secara tidak langsung telah bersetuju bahawa daftar pemilih SPR telah bersih BN Selangor sudah bersedia bila-bila masa sekiranya Dun dibubarkan dan yakin akan menawan semula negeri ini. Kita harap pakatan pembangkang akan menerima apa sahaja keputusan pilihan raya itu nanti. Kita tidak mahu apabila kalah, macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada SPR dan juga BN. Kita juga berharap PRU13 berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi atau tindakan tidak sepatutnya daripada penyokong dan pemimpin parti pembangkang Berkenaan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka tidak akan mengikut jejak Selangor membubarkan Dun, Saya melihat ini membuktikan bahawa pakatan pembangkang semenangnya tidak pernah sepakat. Dalam membuat keputusan yang begitu besar yang melibatkan kepentingan rakyat mereka tidak sehaluan, ini menunjukkan pakatan pembangkang sebenarnya sebuah parti yang cacamarba. Mereka tidak layak untuk mentadbir sebuah negeri mahpun negara Saya mengambil kesempatan menasihati rakyat agar membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kebajikan dan masa depan yang terbela. Terima Kasih Datuk Seri Noh Omar TPPU Selangor.

TUN M YAKIN BN TERUS BERKUASA

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad amat yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-13. Kata beliau, pilihan raya itu, yang akan diadakan tahun ini, merupakan pertarungan politik paling penting yang perlu dihadapi BN. Dr Mahathir juga berharap BN akan memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen bagi membolehkan kerajaan melaksanakan dasarnya tanpa halangan. "Pakatan Rakyat hanya sebuah gabungan untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Sekiranya mereka dipilih untuk memerintah, saya yakin setiap parti kemudiannya akan berperang untuk melaksanakan ideologi masing-masing. "Itu sudah tentu tidak baik bagi Malaysia dan akan mengganggu semua usaha untuk membangunkan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan sekarang," katanya pada persidangan Tinjauan Strategik Malaysia Ke-15 di sini hari ini. Dr Mahathir berkata, percakaran dalam kumpulan pembangkang menjadi sebab utama para pengundi kembali mempunyai keyakinan terhadap gabungan parti pemerintah. Katanya, kerajaan BN, di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, memahami isu sosial dan ekonomi, sesuatu yang sangat penting bagi sebuah negara membangun.
Beliau berkata, kerajaan telah merangka pelan pembangunan secara besar-besaran bagi masa depan Malaysia dan sejajar dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk memberi peluang kepada kerajaan membuktikan keberkesanan pelan itu. "Perubahan itu sendiri akan membawa kemusnahan dan mencetuskan keadaan tidak menentu. Keadaan kacau-bilau memang tidak baik untuk mana-mana negara pun. "Sebuah kerajan baharu juga akan mengambil banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan peranan baharunya, daripada pembangkang kepada kerajaan. Masa yang dibazirkan ini akan menggugat pertumbuhan Malaysia," katanya. Ditanya tentang masa yang sesuai untuk membubarkan Parlimen, Dr Mahathir berkata: "Saya berpendapat ia patut dibuat selepas sambutan Tahun Baharu Cina."

Rabu, 30 Januari 2013

KHALID GAGAP YANG SEMAKIN PANAS...

Tidak lama dulu, Menteri Besar Selangor yang gagap, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan tegas membayangkan kerajaan negeri tidak akan membuburkan Dewan Undangan Negeri serentak dengan Kerajaan Pusat dengan alasan ia tidak perlu berbuat demikian kerana tempah pemerintahnya masih panjang dan banyak perancangan untuk rakyat boleh dibuat. Bagaimanapun, tiba tiba saja, apa mimpinya malam tadi, hari ini Khalid mengumumkan cadangan kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan Cap Goh Meh bulan depan. Katanya cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan. "Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa indicator berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan DUN). "Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan Dun)," katanya. Bagaimanapun Sepatutnya Khalid tidak perlu menjadi kalam kabut untuk membuat cadangan berkenaan kerana kerajaan pusat juga tidak mempunyai masa yang banyak untuk menangguhkan lagi pilihanraya kerana tempohnya sudah semakin hampir iaitu 23 April atau selewatnya 60 hari selepas tarikh berkenaan. Malahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mempunyai alasan yang cukup kukuh sebelum beliau membuat keputusan tarikh pembubaran Parliman dan menasihatkan kerajaan negeri turut membuat pembuburan serentak sebagaimana tradisinya sebelum ini. Barangkali ini juga antara transformasi yang akan diperkenalkan Najib selepas ini iaitu tempoh untuk diadakan pilihanraya umum adalah sehingga tempoh akhir tarikh penggal Dewan dan tidak lagi diadakan selepas empat tahun sebagaimana sebelum ini. Bagaimanapun Khalid yang agak tertekan dengan pelbagai isu yang sedang melanda pentadbiran beliau selama hampir lima tahun ini tidak lagi merasa selesa hinggakan terpaksa mempercepatkan pembubaran Dewan bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat yang semakin kuat menolak beliau. Isu bekalan air, konsesi pasir, krisis dengan Syabas, penjualan aset keraajan negeri dan sayikat milik kerajaan negeri, tindakan saman daripada ibu ibu tunggal yang tertipu dengan janji kerajaan negeri, kes tanah orang asli di Langat yang di kebas oleh puak puak mereka cukup untuk memanaskan katil dan kerusi empuk Khalid.
Malahan tekanan dari Puak Azmin Ali yang semakin rakus untuk merebut kerusi empuk Khalid juga antara dorongan untuk beliau mempercepatkan pembubaran bagi mencari nyawa baru politiknya. Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, dalam petikan perkara-perkara berhubung kait dengan urusan pilihan raya iaitu perkara LXX. (2), Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan atau membubarkan Dewan Negeri. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Negeri hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

KAJIAN: BN TERUS KEKAL PRU 13

Satu kajian mendapati Barisan Nasional (BN) diramal untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan pada tahun ini. Bertajuk Kajian Maklumbalas Pengundi Mahasiswa, kajian itu membabitkan 3,000 responden dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Responden melibatkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas dari kaum Melayu, Cina dan India yang mana ada di antara mereka yang bakal mengundi untuk kali pertama. Kajian dilakukan pada 9 hingga 12 Dis tahun lepas itu juga mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang pemimpin yang popular, mempunyai prestasi yang baik dan layak menjadi Perdana Menteri.
Pengerusi Yayasan Hal Ehwal Siswa Datuk Mohd Radzi Abdul Latif berkata 57 peratus responden, yang mewakili UKM (75 peratus), UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4 peratus), mengatakan kepimpinan Perdana Menteri baik dan popular. "Selain itu 59 peratus dari kesemua responden mengakui Najib pilihan utama sebagai Perdana Menteri. "Kajian juga mendapati pengundi atas pagar (responden dalam golongan tidak pasti) merupakan kunci utama penentu kepada kejayaan sesebuah parti," katanya ketika mengumumkan hasil kajian tersebut dalam sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata hasil kajian mendapati 68 peratus responden tidak pasti untuk memilih siapa pada PRU-13 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 40 peratus responden tidak pasti untuk memilih siapa bagi kerusi Parlimen. Menurutnya hampir kesemua responden percaya Facebook merupakan medium paling baik sebagai platform untuk kempen pilihan raya selain Facebook dan Youtube juga merupakan medium pilihan untuk mengakses maklumat politik. - Bernama

Selasa, 29 Januari 2013

18 TUNTUTAN CUEPACS DITUNAI KERAJAAN

Sebanyak 18 permohonan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ditunaikan kerajaan sejak 2007, menunjukkan kerajaan prihatin terhadap penjawat awam, kata Presidennya Datuk Omar Osman. “Antara permohonan penting yang berjaya diselesaikan kerajaan ialah pelarasan gaji sebanyak dua kali, lanjutan usia pencen, pencen minimum, kenaikan elaun sara hidup, penambahbaikan gred perkhidmatan, cuti bersalin 90 hari serta pelbagai insentif yang lain. “Ini merupakan bukti kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan 1.4 juta penjawat awam negara ini,” katanya.
Katanya kejayaan merealisasikan tuntutan itu menjadi pembakar semangat kepada penjawat awam serta sebagai pemangkin kepada peningkatan mutu perkhidmatan dan produktiviti mereka. Cuepacs sedang mengusahakan beberapa lagi tuntutan antaranya kenaikan gaji penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksimum dan pelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan, katanya. “Selain itu kita juga menanti pengumuman skim baru oleh suruhanjaya khas transformasi perkhidmatan awam dan Jabatan Perkhimatan Awam bagi menggantikan Skim Saraan Malaysia setelah pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam,” katanya. Pada majlis itu Omar turut menyampaikan sumbangan Cuepacs berjumlah RM10,000 untuk Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad, yang diterima wakil media Ketua Unit Foto Bernama Mustaza Mohd Yusoff.