Sabtu, 8 Disember 2012
Cerita hujung minggu...
Cerita hujung minggu 1:
Ketika menghadiri majlis walimatulurus seorg teman mlm tadi, duduk semeja dgn bekas pemimpn kecil UMNO yang satu ketika dulu pernah menjadi ketua pemuda, katanyan sehingga hari ini dia rasa bersalah kerana dalam satu pemillihan agung parti 1982, dia memilih tidak memberi undi kepada Datuk Suhaimi Kamarudin tetapi bagi kepada pencabar Datuk suhaimi kerana tertarik pada watak pemimpin itu, rupanya hari ini terserlah pemmpin tersebut adalah petualang agama bangsa dan negara...kerana satu undi itu saya rasa bersalah sangat! ".katanya.
Cerita hujung minggu 2:
Sambil2 minum kopi di Chawan Bangsar tadi, seorg kawan bertanya kenapa kat wall saya banyak sangat menghemtam Anwar Ibrahim Al juburi, takde yang baik langsung ke mamat tu, jawab saya mudah, ada yang baik tentang mamat tu satu aja,.. lakonan dia memang baik sangat, antarannmya naik mimbar masjid tpi wang judi pun telan, tuduh orang amal kroni sedangkan dia yang menternak spesis tu dlm UMNO dulu...dan macam2 lagiiiiiiiiiiiiii
Khamis, 6 Disember 2012
Rabu, 5 Disember 2012
Jangan main politik isu masjid Al Rahman
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(Jawi), Datuk Che Mat Che Ali mengingatkan pihak tertentu tidak mempolitikkan isu penutupan sementara Masjid Al Rahman di jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur.
"Jangaen ada pihak yang mempolitik isu ini dan memutarbelitkan isu penutupan sementara masjid ini kerana pihak JAWI sentiasa berkhidmat untuk meningkatkan syiar islam di negara ini"
Katanya masjid yang dibina pada tahun 1942 sudah semakin uzur dan memerlukan pembaikpulih walaupun sebelum ini sudah beberapa kali kerja kerja berkaitan dilakukan.
Menurut Datuk Che, masjid tertua di kawasan berkenaan sering bocur dan masalah pendawaian eletrik yang tidak selamat dan menyebabkan ketidakselesaan kepada jemaah untuk mendirikan solat.
Sehubungan itu JAWI mendapat peruntukan menjalankan kerja kerja pembaikpulih secara menyeluruh dan memaksa masjid di tutup untuk keselesaan dan keselamatan.
Sebelum ini ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izah Anwar memainkan isu ini dengan mendakwa kerajaan akan menutup masjid tersebut atas arahan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik.
Selasa, 4 Disember 2012
Kejadian di Gombak, provokasi atau tragedi...
Apapun taksiran orang ramai terhadap kejadian di batu 8, Gombak malam tadi jelas membuktikan masyarakat Melayu semakin tegang dan hilang kesabaran dan tata susila yang menjadi adat resam sekian lama.
Segalanya berpunca dari seorang dua yang tamakkan kuasa hingga mempergunakan anak anak muda sebagai alat mencapai cita politik masing masing dan menjadikan mereka sebagai perisai untuk memperkukuhkan empayar kuasa.
Dengan niat untuk tidak memyebelahi sesiapa dalam kejadian ini, jauh sekali untuk menghukum siapa yang bersalah memandangkan saya tidak berada di tempat kejadian tetapi dengan pengalaman sebelum ini, saya boleh membuat taksiran sendiri.
Kenapa sejak parti yang diasaskan Anwar Ibarahim ini wujud, terlalu banyak kejadian sebegini berlaku dan yang terbaru dalam beberapa pilhanraya kecil disamping kejadian lain di dataran merdeka dan Universiti Perguruan Sultan Idris.
Dengan latar belakang, pemimpan jalanan, barangkali Anwar terlalu percaya dengan cetusan kejadian sebegini mampu meraih sokongan rakyat sekaligus memcemar baik nama kerajaan.
Tetapi apakah dia lupa bahawa dalam mencetuskan suasana ini, banyak yang menjadi mangsa termasuk penyokong sendiri dan paling sedih di kalangan anak muda bangsa sendiri yang sedang mencari identiti.
Tentunya anak muda yang kurang kesabarannya senang untuk di provok , apa lagi kalau kita berkunjung ke rumah orang, tuan rumah tentunya akan mempertahankan pencerobohan dan mudah untuk mewujudkan ketegangan.
Bila berlaku ketegangan kita akan menyalahkan tuan rumah sedangkan kita lupa siapa yang berkunjung atau menceroboh rumah terlebih dahulu dengan membawa grombolan tentera upahan.
Walaupun ini barangkali sekadar provokasi tetapi kita harus melihat sebagai satu tragedi besar yang sedang menimpa anak Melayu hari ini, demi kerana rakus berkuasa ada darah telah mengalir.
Sampai bila kita harus begini dalam menegakkan idelogi dan mencapai cita cita politik kita harus korban generasi mudah dan menanam kebencian mereka kepada bangsa dan negara sendiri.
Langgan:
Ulasan (Atom)




